Thursday 8 March 2012

SEPERTI GUNTING DALAM LIPATAN



JANGAN JADI SEPERTI GUNTING DALAM LIPATAN....Begitulah pepatah Melayu yang indah tapi cukup sinis dalam menegur sikap sesetengah kalangan masyarakt yang terkadang lupa dan lalai terhadap keperluan menjaga tingkah dan tutur kata.


Sehubungan itu, semua pihak dalam kelompok masyarakat perlu bersatu dan memberikan kerjasama yang baik selain mengetepikan perlakuan khianat antara satu sama lain. Jangan buat banyak kerenah dan khianat sesama kita. Kalau buat perangai buruk, kita tidak akan berjaya. Apa yang penting, kita semua mesti bersatu. Bak kata pepatah yang lain..Bersatu Teguh, Bercerai Roboh.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.”

Janganlah kita menjadi ejen perpecahan dan permusuhan dikalangan sesama kita. Janganlah pula kita menjadi wakil atau ejen atau pesuruh syaitan dalam mengadu domba sesama kita didalam masyarakat. Jangan menyebarkan aib saudara kita, walaupun ianya kejahatan yang benar kita ketahui berlaku. Apatah lagI jika ianya sekadar fitnah semata-mata. Ingatlah, setiap perlakuan kita sehalus zarrah (atom) pun akan di hisab. Demikian juga perlakuan baik yang kita lakukan, sebesar zarrah jua pun akan ada kira-kiranya oleh Allah SWT.

No comments:

Post a Comment