Google+ Followers

Thursday, 8 March 2012

RIBUT MATAHARI....Jom belajar Sains....Jom

Dua letusan kuat di matahari


NYALAAN matahari terbesar dirakamkan satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan pada Selasa lalu.


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Dua letusan kuat yang berlaku pada permukaan matahari diramalkan mencetuskan ribut geomagnetik dan radiasi terbesar yang pernah dialami Bumi dalam tempoh lima tahun, kata beberapa pakar cuaca kelmarin.
Ribut berkenaan yang akan berterusan sehingga ke hari ini, dijangka mengganggu grid kuasa, sistem navigasi dan satelit selain menyebabkan beberapa syarikat penerbangan mengubah laluan di sekitar kawasan kutub.
Ekoran letusan suria tersebut, penduduk di Asia Tengah berpeluang menyaksikan fenomena cahaya berwarna-warni dikenali sebagai aurora borealis semalam.
"Cuaca angkasa lepas menjadi amat menarik dalam tempoh 24 jam lalu," kata saintis cuaca angkasa lepas Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara (NOAA), Joseph Kunches.
Bencana itu bermula pada Ahad lepas di sebuah kawasan aktif yang dinamakan 1429 di permukaan matahari.
Kawasan tersebut menghambur angin api dan plasma dikenali sebagai ledakan jisim korona (CME) yang menuju ke Bumi pada kelajuan 6.4 juta kilometer sejam.
Satu lagi letusan suria dan CME menyusul kelmarin dan ia mencetuskan ribut radiasi solar dan geomagnetik yang kuat. 
Credit to: Kosmo/AFP