Wednesday 7 March 2012

KEJAYAAN DAN AL QURAN


Membaca Quran dorong kejayaan


PELAJAR kedua terbaik Terengganu, Siti Aishah Syahirah Azman (tengah) menunjukkan slip peperiksaan STPM kepada ibu bapanya, Azman Jusoh dan Norrehhan Arsad di Besut, semalam.


BESUT 7 Mac - Amalan membaca al-Quran dan melakukan solat hajat serta duha mengukuhkan tumpuan terhadap pelajaran.
Itulah yang dibuktikan oleh Siti Aisyah Syahirah Azman, pelajar Sekolah Menengah Agama Maarif dekat sini apabila dia diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga pelajar terbaik negeri bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Siti Aisyah yang merupakan anak sulung daripada empat adik beradik dan kerap berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis berkata, amalan itu memberi ketenangan baginya.
Kejayaan memperoleh gred A dalam empat mata pelajaran iaitu, Pengajian Am, Syariah, Usuluddin dan Sejarah serta gred B+ dalam mata pelajaran Bahasa Arab turut dikongsi bersama kedua ibu bapanya, Azman Jusoh, 46, dan Norrehhan Arsad, 48.

No comments:

Post a Comment