Google+ Followers

Thursday, 29 October 2015

Bina kerusi roda untuk kucing lumpuh

Bina kerusi roda untuk kucing lumpuh

Kerusi roda untuk kucing peliharaannya yang lumpuh.


CHONGQING - CHINA. Seorang pencinta kucing di Chongqing menarik perhatian netizen selepas inisiatifnya mencipta kerusi roda khas buat kucingnya yang lumpuh viral di media sosial.

Kucing milik Xiaojiu yang diberi nama Guolai yang lumpuh separuh badan mendorong wanita itu mencipta kerusi roda khas buat kucing kesayangannya itu untuk bergerak.

Malah menurutnya, dia mencipta alat itu untuk memastikan kaki kucingnya itu kembali kuat bagi memberikan harapan untuk terus hidup.