Wednesday 28 October 2015

Kucing hilang 7 minggu, ditemui mabuk wain



Sebuah keluarga di German dilanda kerisauan kerana kehilangan kucing mereka, namun selepas tujuh minggu kucing itu akhirnya pulang dalam keadaan mabuk. Namun, kucing itu memerlukan rawatan lanjut kerana didapati meminum terlalu banyak wain, lapor Maxim. 
“Dia (kucing) kelihatan seperti hendak mati ketika saya menjumpainya,” pemilik kucing itu, Claudia von Buren, dilaporkan sebagai berkata.
Kucing itu ditemui di ruang bawah tanah rumah jirannya setelah menjilat tiga botol wain sehingga mabuk.
Von Buren membawa kucing tersebut ke veterinar dan dirawat selama tiga hari sehingga dibenarkan pulang.
Sebelum itu, Von Buren berkata kucing jenis Turkish Angora itu kebiasaanya keluar dan akan pulang seperti biasa.
Setelah didapati tidak pulang, Von Buren mengedarkan 150 brosur gambar kucing tersebut di kawasan sekitar.
Von Buren berkata, kini kucingnya enggan meminum air kerana trauma ia adalah wain.


No comments:

Post a Comment