Jasad Firaun diselimut dengan kain kafan selebar 1.5 meter dan panjang 4.5 meter. Topeng emas dikenakan pada bahagian muka dan bahu. Setelah isi perut dikeluarkan dan diisi dengan kayu-kayan dan bunga-bunga kering selepas garam nitrat dilumurkan, teknik Mesir Kuno menanam mayat, jasad diletakkan di dalam peti kayu selepas dilapiskan dengan kain kafan emas sebelum dimasukkan ke dalam peti lain, yang diperbuat daripada granit. Jasad Firaun dikebumikan di Luxor, iaitu penempatan makam raja-raja Mesir.
Banyak benar peristiwa yang berlaku di makam pengebumian mumia Firaun. Rakyat mencuri, merompak, dan merampas kesemua emas-emas yang ada, harta benda yang ditanam sekali dengan mumia menyebabkan Ramses XI, penguasa terakhir dari Dinasti XXI, memerintahkan supaya seluruh mumia Firaun dipindahkan ke makam rahsia di Dar Al-Bahr. Ini berlaku pada tahun 969 SM.
Selama 2800 tahun penempatan baru makam-makam mumia Firaun itu tidak dikenalpasti. Sehinggalah pada tahun 1872 M, seorang petani Mesir menemui satu pintu masuk menuju ke makam rahsia para Firaun. Petani ini mencuri sekian banyak barang emas dan harta benda yang terdapat di penempatan baru itu. 10 tahun kemudian, pihak berkuasa Mesir menyedari hasil penemuan tersebut dan pada Julai 1881 M, Jabatan Pemuliharaan Benda-benda Purbakala Mesir memindahkan seluruh mumia ke Muzium Nasional Mesir.
Pada tahun 1902, para arkeologis Mesir mula mengkaji, membuka satu-persatu helaian kain kafan mumia dan merasa terkejut apabila salah satu dari mumia-mumia Firaun itu tangannya terangkat ke atas. Hal ini membolehkan arkeologis mengenal pasti yang manakah Ramses II kerana seperti yang diceritakan, tangan Ramses II dengan kuat menahan gelombang air yang berlipat dahsyat menghempap dirinya.
Lebih kurang 70 tahun kemudian, iaitu tahun 1975, Perancis menawarkan bantuan kepada kerajaan Mesir untuk terus mengkaji mumia Firaun Ramses II yang sangat terkenal itu. Hal iti diterima baik oleh Mesir dan pengkajian dipimpin oleh Dr. Maurice Bucaille yang merupakan seorang doktor pakar bedah dan autopsi Perancis. Mari kita lihat apakah penemuan Dr. Maurice Bucaille selepas pembedahannya terhadap mayat Ramses II.
Dr. Bucaille menjumpai sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad Firaun dan ini merumuskan bahawa garam ini ialah akibat begitu lama tenggelam di dalam laut. Di dalam laporan beliau berjudul "Sebuah Penelitian Perubatan Moden" atau tajuk asalnya, "Les Momies Des Pharaons Et La Midecine", Dr. Bucaille mengemukakan teknik-teknik yang digunakan oleh Mesir Kuno yang sangat ajaib kerana berjaya mengekalkan mayat yang telah tenggelam di dalam lautan kerana itu agak mustahil.
Tidak lama selepas itu, Dr. Bucaille mendapat pengkhabaran bahawa hal ini tidak mengejutkan bagi orang Islam kerana Al-Quran sudah memberitahunya sejak lama. Dr. Bucaille terkejut dan terus mencari kebenarannya. Apabila beliau merujuk kepada Injil sekalipun, ia hanya mengatakan bahawa Firaun tenggelam ketika mengejar Bani Israel, tidak disebutkan pula berkaitan mayat Firaun akan terpelihara (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15). Lalu, Dr. Bucaille merujuk Al-Quran pula.
Surah Yunus ayat 92 ini memberikan jawapan kepada persoalan Dr. Bucaille:
"Pada hari ini, Kami biarkan kamu terlepas dengan badanmu yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut. Ini sebagai tanda untuk orang-orang selepasmu, supaya kamu mengambil iktibar. Sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada memerhati dan memikirkan tanda-tanda kekuasaan Kami." (Yunus:92).
Kalimah "Alyaum" datang dalam bentuk "makrifah", bererti ia khusus dan diketahui, dan ia merujuk kepada hari ini. Dan Allah berfirman lagi, "... kamu terlepas dengan badanmu," disebut "badan" kerana ia bererti Allah menjaga badannya sahaja, bukan nyawanya. Sebab itu jasad mumia Firaun masih elok terjaga dan tidak reput. Yang paling menarik, Allah menyebutkan terus siapakah sasaran Allah kepada mumia ini, iaitu "liman khalfaka", orang-orang selepas kamu. "Li" (لِ) digunakan dalam keadaan khusus kepada seseorang, berbeza dengan (إلى) yang digunakan untuk menuju kepada sasaran yang umum. Bererti, bukti mumia ini khusus hamya kepada mereka yang mahu mengambil iktibar.
Dan diakhirnya, Allah tetap memberitahu masalah paten semasa, iaitu "kelalaian", atau alpa, atau lebih tepat, "tidak rasa nak ambil tahu" tentang tanda-tanda kekuasaan ini.
Disebabkan ayat ini. Dr. Bucaille mengucapkan dua kalimah syahadah dan mengakui kebenaran Al-Quran yang berusia 1400 tahun, tetapi sudah menjawab persoalan yang bermain di dalam kepala beliau. Malah, dengan jelas menyatakan apa yang beliau kemukakan, iaitu pemeliharaan jasad Firaun, yang langsung tidak disebutkan oleh Injil dan Taurat.
Itu bukan penamat bagi karier Dr. Bucaille. Beliau kemudiannya mengkaji seluruh isi Al-Quran dari perspektif sains dan mengeluarkan beberapa buku seperti "The Bible The Quran And Science" yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Laporan beliau berkaitan teknik perubatan mumia yang disebutkan di atas menatijahkan beliau meraih anugerah penghargaan tertinggi kerajaan Perancis iaitu "Le Prix Diane Potier-Boes" dan anugerah Prix General daripada "Academie Nationale De Medicine", Perancis.
Terima kasih Dr. Yahya Maurice Bucaille (nama selepas Islam) kerana akhirnya membuktikan kebenaran Al-Quran dan mengeluarkan kami dari kemaruk "ghafilun" (alpa) dari memerhati "tanda-tanda kekuasaanNya".
Credit: Hafizul Faiz
No comments:
Post a Comment