Bau busuk selamatkan Karimah sekeluarga
KUALA TERENGGANU - Misteri bau busuk menusuk hidung yang menyelubungi sebuah keluarga di Kampung Hilir Darat, dekat sini sejak petang semalam terbongkar dengan penemuan seekor ular tedung selar di atas sebuah almari baju di dalam bilik rumah berkenaan.
Menurut Karimah Dalillah Abdul Karim, 31, kejadian berlaku jam 3.30 petang ketika dia dan beberapa ahli keluarganya terkejut melihat seekor ular sepanjang kira-kira 2.5 meter itu sedang melilit bangkai anak biawak di atas almari di dalam bilik rumah mereka.
Credit to: Sinar
No comments:
Post a Comment