Friday, 16 December 2011


Gay Melayu hampir 30,000


IPOH: “Kalau ada yang mendakwa bilangan golongan homoseksual Melayu terlalu kecil, mereka mungkin tersilap perkiraan,” kata bekas pengamal homoseksual yang hanya mahu dikenali sebagai, Dani, 25. Menurutnya, bilangan gay Melayu semakin membiak apatah lagi dengan adanya teknologi Internet dan jaringan sosial seperti facebook, twitter dan blog. 

“Saya yakin mereka (gay Melayu) mencapai puluhan ribu orang atau mungkin menghampiri 30,000 orang. Itu bukan pelik atau mengarut.

“Saya terbabit dengan gejala ini sejak berusia belasan tahun dan ramai yang menjadi ‘pengikut’ amalan songsang ini terutama di kalangan remaja lepasan sekolah,” katanya yang berjaya dipujuk mendedahkan kegiatan itu hasil bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Menurutnya, komuniti homoseksual Melayu ini meningkat pantas dan bergerak persis aktiviti tentera gerila yang sukar dihidu.

Credit to: HMetro

No comments:

Post a Comment