MAKHLUK-MAKHLUK YANG MENGAGUMKAN Setakat ini, kami hanya menerangkan makhluk-makhluk yang dapat kamu lihat di sekeliling kamu. Bagaimanapun, terdapat makhluk yang kita jarang lihat di sekeliling kita, melainkan di dalam buku atau televisyen. Makhluk-makhluk ini juga mempunyai ciri-ciri sangat istimewa. Kami akan menerangkan sebahagian daripadanya. Baca semuanya dengan teliti, pasti kamu akan terperanjat, dan dalam masa yang sama kamu akan berkata, "Betapa indahnya ciptaan Allah".BAGAIMANA PENGUIN DAPAT HIDUP DI SEBUAH BENUA BEKU DI KUTUB SELATAN? Penguin hidup di bahagian kutub planet kita. Keadaan unik kawan kutub ini ialah ia amat sejuk dan sentiasa ditutupi dengan salji dan ais. Cuacanya terlalu sejuk hingga membentuk glasier di bawah laut. Sekarang, fikirkan kesejukan yang orang-orang alami ketika bermain bola salji di musim sejuk. Mereka merasa sejuk walaupun mereka memakai baju bulu, kot, topi, sepasang kasut dan skaf. Ketika mereka bermain bola salji, suhunya hanya sekitar 10 darjah selsius bawah paras beku. Penguin pula hidup di tempat yang suhunya rendah sehingga 400 C bawah paras beku.Tambahan pula, penguin tidak mempunyai kot, baju bulu atau sarung tangan, dan mereka tinggal di tempat yang jauh lebih sejuk daripada tempat kita. Mereka berjalan di atas ais tanpa kasut dan mereka tidak pula jatuh sakit. Mereka tidak mempunyai rumah. Mereka tidur di atas ais. Jika kamu berbaring di atas ais selama beberapa minit, kamu pasti akan jatuh sakit. Tetapi, tiada apa-apa yang berlaku kepada penguin, mengapa? Kerana Allah telah menjadikan mereka sedemikian rupa sehingga membolehkan mereka hidup di sebuah persekitaran yang sejuk. Badan penguin dan sifat-sifatnya amat berbeza daripda tubuh kita. Kerana itu, ia dapat hidup di dalam cuaca paling sejuk tanpa sebarang kesukaran. Allah telah membaluti tubuh penguin dengan sekeping lapisan lemak yang tebal, supaya ia tidak merasa sejuk. Lapisan lemak ini melindunginya daripada merasa sejuk, dan bertindak sebagai kulit. Sedangkan, lapisan lemak di sekeliling tubuh kita amat nipis dan kerana itulah kita mudah merasa sejuk. Sebab itu juga kita perlu memakai pakaian tebal ketika cuaca sejuk. Penguin mempamerkan kesetiaan yang hebat kepada telur dan anak-anaknya. Penguin mengeram telurnya ketika cuaca sangat sejuk. Tidak seperti makhluk lain, bukan penguin betina yang mengeramkannya tetapi si jantan. Penguin betina hanya bertelur sebiji dan kemudian meninggalkannya kepada penguin jantan. Ia berjalan jauh untuk mendapatkan makanan kepada suami dan anaknya. Kerana mereka dikelilingi ais dan salji, ia perlu berjalan jauh untuk mendapatkan makanan. Penguin jantan mengeram telurnya selama empat bulan penuh. Ia membawa telur ini di antara kedua kakinya dan sepanjang empat bulan ini, ia sekali pun tidak pernah meninggalkan telur ini. Jika ia melakukannya, telur tersebut akan membeku dan mati di dalam beberapa minit sahaja. Penguin jantan ini begitu sabar, sehinggakan sepanjang empat bulan ini ia bergerak dengan telur berada di antara kedua kakinya. Kerana itulah ia tidak dapat berburu dan dan sentiasa lapar. Cuaca sangat sejuk. Jika cuaca menjadi terlalu sejuk, penguin-penguin jantan akan berkumpul bersama walaupun mereka mambawa telur di kaki mereka. Mereka menghampiri satu sama lain, membentuk bulatan, dan dengan cara ini, dapat memanaskan diri mereka. Mereka bertukar kedudukan supaya penguin yang berada di luar bulatan akan merasa panas juga. Apabila telur tersebut hampir menetas, ibu penguin pulang daripada berburu. Ia memberi makan kepada anak kecilnya dengan makanan yang disimpan di dalam temboloknya. Untuk mencegah bayi tersebut daripada kesejukan, ibu bapanya membawanya di antara kaki mereka dan memanaskan badannya dengan tubuh mereka. Seperti yang kamu lihat, Allah telah mengurniakan makhluk hebat ini beberapa sifat yang mengkagumkan. Allah menjadikan penguin badan yang dapat melindungi dirinya daripada kesejukan, dan menjadikannya begitu taat setia. Kerana mereka amat dedikasi, mereka memelihara anak-anak mereka. Sifat-sifat ini telah diberikan kepada penguin berjuta-juta tahun dahulu. Penguin yang hidup dahulu dan kini tidak berubah walaupun sedikit dari segi kesetiaannya. UNTA MEMBAWA TANGKI AIR DI BELAKANGNYA Kita baru sahaja menyentuh tentang penguin yang tinggal di kawasan paling sejuk di muka bumi ini, dan bagimana Allah menjadikan mereka bersesuaian dengan persekitaran tersebut. Sebaliknya, unta pula adalah haiwan yang dijadikan untuk hidup di cuaca paling panas di dunia. Unta sering digunakan sebagai kenderaan di padang pasir. Padang pasir adalah kawasan pasir yang luas dan suhu di kawasan ini dapat mencecah setinggi 500C.Kamu mungkin pernah mengalami suhu sekitar 300C. Di dalam suhu begini sahaja kamu akan segera merasa letih dan dahaga apabila kamu keluar bermain. Unta masih boleh berjalan beberapa kilometer pada suhu sekitar 500C. Ia dapat bertahan tanpa air selama beberapa hari. Kerana Allah juga telah menjadikan tubuhnya berbeza daripada kita. Unta menyimpan air yang diminum di dalam tubuhnya untuk tempoh yang panjang dan ia menghilangkan dahaganya dengan air ini yang ia dibawanya. Mendapatkan makanan juga merupakan masalah di padang pasir, kerana padang pasir adalah tanah kering dan hampir tidak ada tumbuh-tumbuhan. Hanya terdapat beberapa tumbuhan berduri. Mulut dan bibir unta sangat kuat sehingga apabila ia menggigit, ia dapat menebuk lubang di tapak kasut. Kerana itu ia dengan mudah dapat makan tumbuhan berduri dan menghilangkan kelaparannya. Di samping itu, bulu yang menutupi kulit unta melindunginya daripada kepanasan melampau. Allah menjadikan kaki unta lebar kerana ia sering berjalan di tanah berpasir. Walaupun tubuh unta besar, tetapi ia tidak tenggelam ke dalam pasir. Tambahan pula, Allah telah menjadikan kulit di bawah kaki unta tebal. Dengan itu, tapak kakinya tidak akan terbakar. Ribut pasir sering berlaku di padang pasir. Pernahkah kamu mengalami angin kuat ketika berada di pantai? Kamu tidak dapat membuka mata kerana melindungi mata kamu daripada di masuki pasir. Jika angin menjadi lebih kuat, kamu tidak dapat melihat di hadapan. Bagaimanapun, unta mempunyai dua lapis bulu mata. Bulu-bulu mata ini bergerak cepat seperti sebuah perangkap dan ia melindungi mata unta ketika ribut pasir. Allah telah menjadikan setiap hidupan dengan sifat-sifat yang paling sesuai dengan habitat mereka. Seperti, tidak ada penguin di padang pasir. Memandangkan ciri-ciri yang ada pada seekor penguin tidak sesuai untuk keadaan padang pasir, penguin akan mati serta merta di padang pasir. Begitu juga, unta tidak dapat hidup di kutub. Allah menjadikan setiap sesuatu pada tempatnya. Allah Maha Pekasa dan pengetahuan-Nya tidak terbatas. Allah menjadikan segalanya tanpa kekurangan. Allah mengingatkan kita tentang penciptaan unta di dalam Al-Quran: (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?(Surah Al-Ghasyiyah:17) Credit to: http://www.harunyahya.com |
Sunday, 18 December 2011
MAKHLUK-MAKHLUK YANG MENGAGUMKAN
Labels:
Motivasi,
mystery,
Pendidikan,
Science
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment