Friday, 23 December 2011

Gadis pulang selepas 7 tahun dihanyut tsunami

Gadis hanyut semasa tsunami pulang selepas 7 tahun

23/12/2011 5:03pm

JAKARTA 23 Dis. - Tujuh tahun selepas dihanyutkan ke laut pada 2004 dan disangka telah mati, seorang mangsa tsunami Aceh yang berusia 15 tahun muncul di kampung halamannya dan disatukan semula dengan ibu bapanya.
Gadis bernama Wati itu dilaporkan disentap daripada genggaman ibunya di wilayah Aceh ketika berlaku tsunami sehari selepas sambutan Krismas dan dikhuatiri lemas, namun pada Rabu lepas, rakan kepada datuk gadis itu, Ibrahim, menemuinya duduk bersendirian di sebuah kedai kopi dan membawanya pulang ke rumahnya di bandar Meulaboh.
Apabila ditanya, Wati berkata, dia datang dengan menaiki bas dari Banda Aceh dan cuba mencari jalan pulang ke rumah tetapi tidak tahu caranya, menurut laporan portal berita The Telegraph semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment