Monday, 12 December 2011

Awang Hitam tersungkur di tangga


Lelaki Afrika cedera di kepala ketika cuba lari

Seorang warga Afrika cedera di kepala akibat tersungkur di tangga dalam operasi di Pangsapuri Baiduri Court, Bandar Bukit Puchong, Puchong, semalam.

SUBANG JAYA 12 Dis. - Cubaan seorang lelaki warga Afrika untuk melarikan diri dalam operasi di Pangsapuri Baiduri Court, Bandar Bukit Puchong 2 di sini, menerima padah apabila suspek tersungkur di tangga dan terpaksa menerima 10 jahitan di kepala, malam tadi.

Suspek adalah antara 14 warga Afrika dan seorang rakyat Pakistan yang ditahan dalam pemeriksaan di 22 unit rumah di kawasan tersebut, hasil intipan sejak sebulan lalu. Dalam operasi Jabatan Imigresen Selangor bermula pukul 12 tengah malam itu, suspek dikatakan hendak memasuki rumahnya sebelum tiba-tiba menyedari anggota penguat kuasa mengekorinya.
Pengarahnya, Amran Ahmad berkata, suspek bertindak melarikan diri namun terjatuh di tangga pangsapuri berkenaan menyebabkannya cedera di kepala.

Katanya, seorang lagi lelaki warga Afrika bertindak nekad terjun daripada tingkat tiga sebaik sahaja penguat kuasa mengetuk pintu rumahnya tetapi tidak cedera.

"Dia berjaya ditahan pegawai yang berkawal di tingkat bawah. Ketika serbuan, ada di antara mereka menyorok di bawah katil apabila kita mengarahkan mereka membuka pintu.
"Kita terpaksa memecahkan pintu rumah apabila mereka enggan bekerjasama," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kelmarin, Jabatan Imigresen Selangor menyerbu beberapa rumah di Pangsapuri Lagoon Perdana yang dipercayai menjadi tumpuan warga Afrika dan berjaya menahan lima lelaki dan seorang wanita. Tambah Amran, hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek melakukan kesalahan tinggal lebih tempoh di negara ini.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat Jabatan Imigresen Negeri bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15 (4) Akta Imigresen.

No comments:

Post a Comment