Thursday, 29 December 2011

Ujian DNA sahkan mumia Firaun Hatshepsut

       
UJIAN dna ke atas mumia yang dibawa ke Muzium Kaherah dua bulan lalu ini disahkan ia adalah milik Ratu Hatshepsut, Firaun Mesir yang memerintah pada kurun ke-15 sebelum Masehi. – Reuters.


KAHERAH – Pihak berkuasa hari ini mengesahkan mumia yang ditemui sedekad lalu dan disimpan di Muzium Kaherah sebagai Ratu Hatshepsut berdasarkan analisis asid deoksiribonukleik (DNA) dan ujian saintifik struktur giginya.
Ketua Antikuiti, Zahi Hawass berkata, mumia yang ditemui di kawasan perkuburan diraja pada 1903 di Lembah Mesir itu ditinggalkan di tapak penemuan tanpa dikenal pasti identiti hingga dua bulan lalu apabila ia dibawa ke muzium untuk menjalani ujian.
“Kami yakin seratus peratus mumia itu milik Firaun Hatshepsut,” katanya kepada The Associated Press.
Menurutnya, DNA dan ujian saintifik gigi yang ditemui dalam kotak peninggalan mengandungi beberapa organ Raja Firaun wanita yang hilang secara misteri.
Hatshepsut adalah raja wanita yang mahu dikenali sebagai Firaun dan berpakaian seperti lelaki.
Beliau memerintah Mesir ketika abad ke-15 sebelum Masehi.
Ketika kemuncak pemerintahannya pada dinasti ke-18, dia mempunyai lebih kuasa berbanding Cleopatra dan Nefertiti.
Namun apabila kuasanya berakhir, kesemua peninggalannya hilang secara misteri termasuk mayatnya.
Sebelum ini, satu lagi mumia yang berada di muzium tersebut sejak beberapa dekad lalu dipercayai sebagai Hatshepsut.
Namun Zahi berkata, hari ini pakar mengesahkan bahawa mumia yang dibawa balik dua bulan lalu adalah Firaun Hatshepsut yang sebenar.
Credit to: AP/Utusan Online

No comments:

Post a Comment