Thursday, 22 December 2011

Tentera Mesir belasah wanita



KAHERAH: Tentera Mesir, semalam berkata pihaknya amat kesal dengan serangan ke atas penunjuk perasaan wanita, manakala sedutan tayangan menujukkan askar membelasah wanita menyemarakkan protes anti-tentera di bandar raya ini untuk hari kelima berturut-turut.
Pemimpin tentera menghadapi kecaman selepas rakaman video menunjukkan tentera membelasah penunjuk perasaan wanita dan sebahagian lagi menyingkap hijab wanita ketika mengheret mereka, menggesa tindakan dikenakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Keadaan itu berlaku beberapa jam selepas Ketua Forensik negara itu, Ehsan Kamil Georgi menyuarakan keraguan terhadap kredibiliti tentera apabila beliau berkata, kebanyakan mereka yang terbunuh dalam tunjuk perasaan itu mati akibat kecederaan tembakan walaupun tentera menafikan mereka menembak ke arah penunjuk perasaan. Majlis Agung Angkatan Tentera meluahkan simpati yang mendalam terhadap semua wanita di Mesir ekoran kekerasan yang berlaku dalam insiden tunjuk perasaan baru-baru ini di luar Parlimen dan Kabinet,” kata kenyataan itu.
“Tentera menghormati hak wanita untuk memprotes dan sudah mengambil semua langkah yang sah bagi mengenakan tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab melanggar hak itu,” kata kenyataan itu di laman Facebook.

Beribu-ribu menyertai perarakan diketuai oleh kaum wanita kelmarin di Dataran Tahrir, pusat kebangkitan demokrasi yang menggulingkan Presiden Hosni Mubarak, bagi mengecam serangan itu, manakala pertempuran dengan polis masih berterusan berhampiran tempat berkenaan.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan berkata, 14 orang terbunuh sejak Jumaat lalu, tetapi tidak mengatakan sama ada terdapat kemalangan jiwa, kelmarin. Sebelum itu, ia menafikan laporan oleh petugas perubatan di dataran berkenaan yang menyatakan empat orang terbunuh dalam tempoh semalaman. - AFP
Credit to: H Metro

No comments:

Post a Comment