Wednesday, 14 December 2011

Kemiskinan bukan penghalang kejayaan

RASULULLAH SAW bersabda: "Dan sesungguhnya perbandingan keutamaan orang yang berilmu dengan orang yang gemar beribadat, adalah seperti perbandingan bulan purnama dengan seluruh bintang-bintang". (riwayat Tirmidzi dan Ahmad). Sabda Nabi Muhammad SAW menerusi hadis berikut jelas menunjukkan kepada kita kelebihan dan kepentingan menuntut ilmu sehingga ia dinyatakan melebihi keutamaan melaksanakan ibadat.

Menuntut ilmu merupakan aspek terpenting dalam kehidupan manusia. Ia bukan sahaja mampu mengubah kehidupan seseorang kepada lebih baik, malah tahap pendidikan juga dapat membezakan darjat seseorang individu dengan individu yang lain.


Ini bertepatan dengan firman Allah SWT bermaksud: Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (al-Mujadalah: 11).

Selain itu, ketinggian ilmu pengetahuan berupaya mengeluarkan seseorang atau sesebuah keluarga daripada mewarisi kepompong kemiskinan. Malah, ia juga menjadi tulang belakang kepada pembangunan sosial negara dalam menjamin kemajuan yang berterusan untuk membangunkan modal insan yang ingin dicapai kerajaan iaitu 'minda kelas pertama' pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment