Saturday, 3 December 2011

Bencinya Amerika terhadap Arab dan Islam


Robot sasaran latihan menembak tentera AS berwajah Arab


ROBOT-ROBOT berwajah Arab atau pengganas yang dijadikan sasaran di pusat latihan menembak tentera Marin Amerika Syarikat, termasuk kain biru yang mewakili wanita berjilbab. - AGENSI


VIRGINIA 3 Dis. - Tentera Marin Amerika Syarikat (AS) mereka bentuk latihan menembak menggunakan peluru hidup dengan sasaran robot yang berwajah seperti orang Arab. Direka oleh firma Marathon Targets yang beribu pejabat di Australia, robot tersebut telah pun diuji oleh tentera Marin AS dan diluluskan oleh ketua-ketua tentera dan pasukan pertama kini telah pun dihantar ke pangkalan di Quantico, Virginia yang melibatkan kos bernilai AU$57 juta (RM182 juta). Robot itu menyediakan tahap realiti latihan menembak paling menakjubkan, contohnya, apabila satu daripada robot itu 'terbunuh', robot yang lainnya akan bertempiaran mencari perlindungan.

Ketua Pegawai Eksekutif Marathon Targets, Dr. Alex Brooks berkata, robot sasaran pintar itu boleh melaksanakan senario kompleks yang dirancang dan mampu bergerak tanpa diduga di dalam dan di luar penglihatan pelatih.
Robot sasaran pintar itu turut mampu bekerja dalam pasukan, bergerak bebas di seluruh kawasan sasaran dan pasukan elit sendiri mengakui ia dapat memperbaiki kemahiran menembak mereka dan keberkesanan serangan. - AGENSI/Credit to: Utusan

No comments:

Post a Comment