Tuesday, 11 November 2014

Jaga adab berziarah

Menziarahi <b>orang</b> <b>sakit</b> adalah sunat dan digalakkan oleh Islam ...
Menziarahi orang sakit adalah amalan mulia.

Adab <b>Ziarah</b> <b>Orang</b> <b>Sakit</b>
Satu amalan mulia, erat silaturahim serta peringatan bagi yang sihat

Gambar hiasan                                                            

ISLAM menggalakkan umatnya melawat orang yang sakit. Kemusykilan saya ada tidak adab-adab tertentu, sama ada bagi seorang perempuan atau lelaki untuk melawat orang yang sakit itu.

Bagaimana pula jika orang yang hendak kita lawati itu berlainan jantina, ada tidak garis panduan daripada Islam? Jawapan Menziarahi orang sakit adalah amalan mulia.

Ia dapat mengingatkan kita yang sihat bahawa kita juga akan sakit. Hari ini kita sihat, esok lusa mungkin kita pula yang sakit. Ziarah juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim.

Antara adab ziarah ialah pemilihan waktu yang wajar. Untuk hospital, maka ziarahi pada waktu melawat. Jika di rumah, ziarahi lah pada waktu petang. Waktu malam mungkin tidak sesuai kerana pesakit mungkin ingin berehat dan tidur.

Maka pilihlah waktu yang sesuai. Waktu ini mungkin berubah mengikut keadaan pesakit. Selain itu, tidak sewajarnya kita berbual lama dengan pesakit. Kita menziarahi sambil duduk satu hingga dua jam berbual isu politik, ekonomi dan agama. Pesakit ingin berehat. Cukup sekadar 10 minit bertanya khabar, mendoakan kesihatannya, menyampaikan salam orang lain kepadanya dan beberapa perkara yang ringan sahaja.

Selain itu, boleh juga dibawa buah tangan. Seeloknya buah tangan yang sesuai dengan pesakit. Pesakit kencing manis lalu kita membawa buah rambutan yang manis. Hatinya mungkin ingin makan, namun tertahan dengan sebab sakitnya. Maka sewajarnya dibawa biskut yang sesuai dengan pesakit kencing manis.

Ini antara sebahagian adab yang boleh diamalkan. Pada masa yang sama, kita tidak lupa mengingatkan pesakit agar banyak bersabar, banyak ingat kepada Allah dan memohon istighfar kerana ini adalah ujian Allah kepada orang yang sakit.

Sejarawan Muslim terkenal

 
Al-Mas’udi juga terkenal sebagai pengembara dunia

AL-MAS’UDI merupakan ahli geografi, sejarah, geologi, zoologi, tokoh ensiklopedia sains Islam dan dikenal sebagai seorang pengembara dunia. Beliau juga mempelajari ilmu kalam, akhlak, politik, dan bahasa.                  

Nama lengkapnya ialah Abu Hasan Ali bin Husein bin Ali al-Mas’udi.
Beliau mendapat gelaran Imam al-Mu’arrikhin (pemimpin para sejarawan) oleh Ibnu Khalikan (608 Hijrah / 1211 M-681 Hijrah / 1282 Masihi), seorang sejarawan Muslim yang terkenal. Selain itu ia juga dikenali sebagai “Herodotus” (ahli sejarah Yunani).

Setelah menyelesaikan pendidikan pertama yang diterima daripada ayahnya, al-Mas’udi segera merancang untuk mendalami sejarah, adat istiadat, dan cara hidup setiap negeri. Beliau juga banyak mempelajari ajaran Kristian dan Yahudi, serta sejarah Barat dan Timur yang berlatar belakang Kristian dan Yahudi.

Ia menulis banyak karangan, namun sebahagian besar tidak ditemui lagi. Dan yang sampai ke tangan generasi sekarang ini pun ada yang hanya berupa ringkasan. Antara karyanya yang termasyhur adalah Zakha’ir al-Ulum wa Ma Kana fi Sa’ir ad- Duhur (Khazanah Ilmu Pada Setiap Kurun) dan al-Istizkar Lima Marra fi Salif al-A’mar, tentang peristiwa-peristiwa masa lalu.

Kedua-dua buku tersebut telah diterbitkan kembali di Najaf pada 1955. Selain itu, banyak lagi buku beliau yang berkaitan dengan sejarah telah diterbitkan. Ia merangkumi sejarah umat masa lampau dan bangsa-bangsa sekarang serta kerajaan-kerajaan mereka.

Buku yang terdiri daripada 30 jilid ini tidak seluruhnya sampai ke tangan generasi sekarang. Yang ada hanyalah dalam bentuk ringkasan, namun tidak diketahui pengarangnya. Beberapa manuskrip menyebutkan bahawa ringkasan itu merupakan jilid pertama daripada kitab ini.

Kitab ini terdiri daripada dua bahagian besar. Pertama, berisi sejarah penciptaan alam dan manusia, sifat-sifat bumi, laut, peristiwa-peristiwa luar biasa, riwayat nabi-nabi, sejarah bangsa-bangsa kuno dengan agama dan alirannya, serta adat istiadat dan tradisi. 

Al-Mas’udi banyak mengutip karya para sejarawan sebelumnya. Kedua, berisi sejarah Islam, mulai akhir masa Khulafa’ ar-Rasyidin (empat khalifah besar) sampai awal masa pemerintahan Khalifah al-Muti daripada Dinasti Abbasiyah.

Selain itu, al-Mas’udi juga memaparkan pembahagian bumi ke dalam beberapa wilayah. Menurutnya, bentuk daratan dan lautan menyerupai segmen sebuah/sebiji bola.

Kitab yang sekarang dianggap sebagai kitab turas (khazanah Islam klasik) ini diterbitkan kembali pada 1866 di Bulaq dan 1895 di Kaherah. Kitab ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis oleh C.B de Meynard dan P. de Courteille, menjadi 9 jilid (Paris, 1861-1877).

Sebelumnya, jilid satu daripada kitab ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh A. Sprenger (London, 1841). Selain kitab-kitab tersebut, beberapa karya al-Mas’udi yang tidak sampai kepada generasi sekarang adalah al-Istinsar (Kebangkitan), az-Zahi (Masa kecemerlangan), al-Qadaya wa at-Tajarib (Peristiwa dan Pengalaman).

Dalam penulisan sejarah, berbeza dengan sejarawan lainnya yang kebanyakan pada masa itu menggunakan pendekatan al-hauliyyat (penulisan berdasarkan tahun), al-Mas’udi menggunakan pendekatan at-tasnif al-maudu’i (tematik).



  • Tema-temanya meliputi bangsa, raja dan dinasti. Dalam pemaparan sejarah, beliau menyajikan bahan dengan menarik, diramu bersama peristiwa politik, peperangan dan informasi tentang masyarakat dan adat-istiadatnya, di samping pembahasan geografi. Dalam hal ini banyak diikuti oleh sejarawan terkemudian, termasuk Ibnu Khaldun.

    Secara keseluruhan, karya al-Mas’udi dapat dipakai sebagai sumber untuk memahami pandangan umum Muslim mengenai dunia dan juga sebagai bahan penyelidikan pengetahuan tentang geografi dan sejarah alam. Informasi dalam karyanya tentang negeri yang dikunjunginya diperoleh daripada sumber primer, terutama wilayah-wilayah Islam.

    Monday, 10 November 2014

    Kisah Imam Malik dengan Si Pemandi Mayat

    mengkafani mayit 2
    Gambar hiasan

     ::Tangan Si Pemandi Mayat Terlekat Di Kemaluan Si Mati::


    Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang sangat buruk akhlaknya.

    Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki.
    Sehinggalah tiba pada hari kematiannya, ketika dia dimandikan oleh seorang wanita yang memang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada kemaluan mayat wanita itu.

    Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu. Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.


    Terdapat 2 cadangan untuk menyelesaikan masalah itu. Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat tersebut dan kedua tanam kedua-dua wanita itu sekali gus.

    Akhirnya, mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik.

    Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa.
    Pernah ada satu ketika, Imam Malik mendapat 40 pertanyaan,
    tetapi yang dijawabnya hanyalah 5. Ini menunujukkan akan berhati-hatinya dan betapa sensitifnya beliau dalam isu agama.

    Imam Malik bertanya kepada wanita si pemandi mayat itu bahawa
    adakah dia berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya.

    Wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada mengatakan
    kepada si mati sewaktu membersihkan tubuhnya:

    "Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina"

    Imam Malik berkata "kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina)
    pada wanita tersebut, sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi.

    Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan
    kerana tidak mendatangkan saksi."

    Selepas wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman 80 sebatan
    maka terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.

    Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menjaga lidah kita. Jangan sembarangan membuat fitnah atau bersangka buruk dengan orang lain.
    Kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya..

    Moga bermanfaat dan sama2lah memperbaiki diri. InsyaAllah.


    Wallahua'lam

    Sekolah tempat cari ilmu, bukannya tunjuk kuat

    KEMPEN anti buli yang sering diadakan tentunya belum berkesan untuk menangani kes-kes buli yang masih berlaku di sekolah. Yang kita nampak, masih ada kes dipaparkan di media massa.

    Itu antara kes yang dipaparkan. Yang disembunyikan entah berapa lagi. Rakan saya yang sudah 25 tahun menjadi guru pernah menyuarakan rasa bimbangnya terhadap pelajar-pelajar sekolah zaman sekarang.

    Katanya, budak-budak zaman sekarang dengan zaman dahulu jauh sangat bezanya. Kalau di rumah, pijak semut tak mati, di sekolah pun begitu juga. Tetapi sekarang, di mana-mana pun, gajah pun boleh lari.

    Kata-kata ini memperlihatkan perubahan zaman menjadikan ada dalam kalangan pelajar sekolah turut menjadi agresif, tidak boleh menahan marah, kurang hormat, berani tidak bertempat dan sebagainya.

    Sikap-sikap ini menjadi masalah kepada pihak pentadbiran sekolah sehingga sekolah memikirkan pelbagai kaedah untuk menanganinya.

    Tugas menangani anak-anak remaja tidak semestinya diserahkan seratus-peratus kepada pihak sekolah. Jika anak-anak tinggal di asrama, bukan warden asrama sahaja yang mesti dipertanggungjawabkan tetapi pelbagai pihak lain mesti berganding bahu memikul masalah ini.

    Sebelum anak-anak melangkah ke sekolah rendah, ibu bapalah yang memikul tanggungjawab ini kerana anak-anak umpama kain putih, ibu bapalah yang mencorak warnakannya. Ibu bapalah yang memainkan peranan untuk membentuk anak-anak mereka sebagai modal insan dengan pelbagai cara.

    Didikan agama dan moral dan beberapa nilai murni sudah boleh dibentuk oleh ibu bapa pada peringkat awal ini supaya anak-anak mereka sudah biasa dengan amalan-amalan mulia di rumah sebelum dibawa ke sekolah dan di mana-mana sahaja mereka pergi selepas tamat zaman persekolahan.

    Oleh itu, pemantauan ke atas anak-anak bukan terhenti setelah anak-anak mereka melangkah ke alam persekolahan. Ini kerana tanggungjawab mereka sebenarnya berterusan supaya anak-anak mereka tahan diuji apabila berada di luar rumah yang penuh dengan pelbagai cabaran.

    Anak-anak yang mempunyai daya saing dan mempunyai cita-cita tinggi mestilah dibentuk sejak di rumah lagi. Di rumah, kebiasaan atau rutin ibu bapa akan menjadi ikutan.

    Jika ibu bapa rajin membaca, anak-anak pun akan rajin membaca; jika ibu bapa sering bertegang leher, anak-anak pun sudah lali dengan keadaan tersebut.

    Apa yang dikhuatiri, segala bentuk perlakuan negatif di rumah akan turut menjadi ikutan oleh anak-anak kemudian mudah bagi mereka mencari jalan keluar dengan kaedah yang mereka rasakan benar di pihak mereka, walaupun tindakan mereka salah.

    Ibu bapa juga mesti menekankan kepada anak-anak mereka tentang tujuan sebenar ke sekolah. Hendak menuntut ilmu atau hendak menunjuk siapa kuat siapa lemah.

    Ibu bapa mestilah memberi penerangan secukupnya tentang peranan institusi pendidikan, iaitu tempat untuk mencari ilmu dan membentuk sahsiah, bukannya tempat untuk bersuka-suka, mencari nama, menunjuk megah dan sebagainya. Usaha untuk melahirkan modal insan memang bermula dari rumah dan sekolah.

    Oleh itu, pihak sekolah dan ibu bapa mestilah bekerjasama dan memahami masalah anak-anak supaya mereka mendapat tempat dalam masyarakat selepas tamat persekolahan.

    Merekalah yang bakal menerajui negara kelak dan sudah semestinya tanggungjawab mereka sangat besar untuk menentukan hala tuju negara kelak.

    Friday, 7 November 2014

    lelaki Islam berpakaian wanita di bolehkan undang-undang??

    Lelaki berpakaian perempuan: Jangan cabar hukum Allah, kata Mufti ...Allahuakhbar!!!

     Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

    Sehubungan dengan itu, Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus mengisytiharkan Seksyen 66 itu sebagai terbatal.
    Keputusan berkenaan secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.

    TOPIK PAGI | Isu Lelaki Berpakaian Wanita: Apa Dah Jadi? Apa Kata Anda?
(17 Muharram / 10 November) 
#topikpagi #warnapagi #ikimfm #isu #transgender
     
    JIKA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMBATALKAN SEKSYEN 66 JENAYAH SYARIAH YG BERPANDUKAN KEPADA HADIS INI, MAKA TERBATALLAH KEDUA-DUA HADIS DI BAWAH INI
     
    Kitab Hadis Sohih Al-Bukhari:
    عن ابن عبّاس رضي الله عنه قال: لعن رسول الله صلّÙ‰ الله عليه وسلّÙ… المتشبّهين من الرجال بالنّساء والمتشبّهات من النّساء بالرجال -رواه البخاري
     
    Dari Ibnu ‘Abbas radiallahuanhu, ia berkata, “Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan para wanita yang menyerupai lelaki”.
    [HR. Bukhari]


     
    Dan dalam hadis lain disebutkan..
     
    Kitab Hadis Sunan Abu Daud.
    Dari Abu Hurairah radiallahu 'anhu dia berkata, "Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita, dan wanita yang memakai pakaian lelaki".

    [HR. Abu Daud juz 4, hal. 60, no. 4098].



    Diharap pihak berouthoriti agama seperti JAKIM, Jabatan-jabatan Agama,Jabatan-Jabatan Mufti, Badan-badan NGO dan lain-lain bangkit secara tegas dan berhikmah untuk menasihati dan menyuarakan hal ini kepada kerajaan agar seksyen 66 (enekmen jenayah syariah N.9) di KEKALKAN walaupun bercanggah dgn perlembagaan persekutuan.

    Diharapkan juga perlembagaan persekutuan mengikut Maqasid Syariyyah dgn acuan Ahlissunnah Waljamaah Asyairah Maturidiyyah bkn ikut acuan Wahabi / Syiah / Liberal dan lain lain.
    Kerana Akidah kita ialah tanzihullah " Allah Ada Tanpa Tempat".


     

    Lebih malang, lelaki yang berusia 34 tahun dan bekerja sebagai tukang ...




    Credit: FB: Alwi Al-Bakaniyy / Ustaz Haji Ahmad Hafiz / Tun Hisan

    Thursday, 6 November 2014

    HEBATNYA KIASAN ULAMAK..


     
    Suatu hari, datang seorang pemuda ke sebuah Pesantren di Indonesia bertujuan untuk bertemu dengan Kiyai di Pesantren tersebut. Maka berlakulah dialog di antara pemuda dan Kiyai di ruang tamu rumah Kiyai itu...

    Pak Kiyai: Silalah duduk anak muda, siapa namamu dan dari mana asalmu?
     
    Pemuda: Terima kasih Pak Kiyai. Nama saya Abdullah dan saya berasal dari Kampung Seberang.
     
    Pak Kiyai: Jauh kamu bertandang ke sini, sudah tentu kamu punya hajat yang sangat besar. Apa hajatnya mana tahu mungkin saya boleh menolongmu?
     
    Pemuda tersebut diam sebentar sambil menarik nafasnya dalam-dalam.
     
    Pemuda: Begini Pak Kiyai, saya datang ke sini, bertujuan ingin berbincang beberapa permasalahan dengan Pak Kiyai. Pendeknya, permasalahan umat Islam sekarang. Saya ingin bertanya, mengapa Kiyai-Kiyai di kebanyakan pesantren di Indonesia, dan Tuan-Tuan Guru di Malaysia serta Pattani dan Asia umumnya sering kali mengajar murid-murid mereka dengan lebih suka mengambil kalam-kalam atau pandangan para ulama?
     
    Seringkali saya mendengar mereka akan menyebut: “Kata al-Imam al-Syafiee, kata al-Imam Ibn Ato’illah al-Sakandari, Kata al-Imam Syaikhul Islam Zakaria al-Ansori dan lain-lain” Mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah ?
     
    Bukankah lebih enak kalau kita mendengar seseorang tersebut menyebutkan “Firman Allah taala di dalam al-Quran, Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis itu dan ini?”
     
    Ulama-ulama itu juga punya kesalahan dan kekurangan. Maka mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Maka sebaiknya kita mengambil terus daripada kalam al-Ma’sum iaitu al-Quran dan al-Sunnah??
     
    Pak Kiyai mendengar segala hujah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dengan penuh perhatian. Sedikitpun beliau tidak mencelah malah memberikan peluang bagi pemuda tersebut berbicara sepuas-puasnya.
     
    Sambil senyuman terukir di bibir Pak Kiyai, beliau bertanya kepada pemuda tersebut,
     
    Pak Kiyai: Masih ada lagi apa yang ingin kamu persoalkan wahai Abdullah?
     
    Pemuda: Setakat ini, itu sahaja yang ingin saya sampaikan Pak Kiyai.
     
    Pak Kiyai: Sebelum berbicara lebih lanjut, eloknya kita minum dahulu ya. Tiga perkara yang sepatutnya disegerakan iaitu hidangan kepada tetamu, wanita yang dilamar oleh orang yang baik maka disegerakan perkahwinan mereka dan yang ketiga si mati maka perlu disegerakan urusan pengkebumiannya. Betul kan Abdullah?
    Pemuda: Benar sekali Pak Kiyai .
     
    Pak Kiyai lalu memanggil isterinya bagi menyediakan minuman pada mereka berdua. Maka beberapa detik selepas itu minuman pun sampai di hadapan mereka.
     
    Pak Kiyai: Silakan minum Abdullah.

    Sebaik dipelawa oleh Pak Kiyai, maka Abdullah pun terus mengambil bekas air tersebut lalu menuangkan perlahan-lahan ke dalam cawan yang tersedia.
     
    Pak Kiyai terus bertanya: Abdullah, kenapa kamu tidak terus minum daripada bekasnya sahaja? Kenapa perlu dituang di dalam cawan?
     
    Pemuda: Pak Kiyai, mana bisa saya minum terus daripada bekasnya. Bekasnya besar sekali. Maka saya tuang ke dalam cawan agar memudahkan saya meminumnya
     
    Pak Kiyai: Abdullah, itulah jawapan terhadap apa yang kamu persoalkan sebentar tadi. Mengapa kami tidak mengambil terus daripada al-Quran dan al-Sunnah? Ianya terlalu besar untuk kami terus minum daripadanya.
     
    Maka kami mengambil daripada apa yang telah dituang di dalam cawan oleh para ulama. Maka ini memudahkan bagi kami untuk mengambil dan memanfaatkannya.
     
    Benar kamu katakan bahawa mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.
     
    Cuma persoalan kembali ingin saya lontarkan kepada kamu. Adakah kamu ingin mengatakan bahawa al-Imam al-Syafie dan para ulama yang kamu sebutkan tadi mengambil hukum selain daripada al-Quran dan al-sunnah? Adakah mereka mengambil daripada kitab Talmud atau Bible?
     
    Pemuda: Sudah tentu mereka juga mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.
     
    Pak Kiyai: Kalau begitu, maka sumber pengambilan kita juga adalah daripada al-Quran dan al-Sunnah cuma dengan kefahaman daripada para ulama.
     
    Pak Kiyai: Satu lagi gambaran yang ingin saya terangkan kepada kamu. Saya dan kamu membaca al-Quran, al-Imam al-Syafie juga membaca al-Quran bukan?
     
    Pemuda: Sudah tentu Pak Kiyai.
     
    Pak Kiyai: Baik, Kalau kita membaca sudah tentu kita ada memahami ayat-ayat di dalam al-Quran tersebut bukan? Al-Imam al-Syafie juga memahami ayat yang kita bacakan.
    Maka persoalannya, pemahaman siapa yg ingin didahulukan? Pemahaman saya dan kamu atau pemahaman al-Imam al-Syafie terhadap ayat tersebut?
     
    Pemuda: Sudah tentu pemahaman al-Imam al-Syafie kerana beliau lebih memahami bahasa berbanding orang zaman sekarang.
     
    Pak Kiyai: Nah, sekarang saya rasa kamu sudah jelas bukan?
    Hakikatnya kita semua mengambil daripada sumber yang satu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Tiada seorang pun yg mengambil selain daripada keduanya.
     
    Cuma bezanya, kita mengambil daripada pemahaman terhadap al-Quran dan al-Sunnah tersebut daripada siapa? Sudah tentu kita akan mengambil daripada orang yang lebih dalam ilmu dan penguasaannya.
    Ini kerana mereka lebih wara’ dan berjaga-jaga ketika mengeluarkan ilmu.
     
    Hatta Imam Syafie rah. yg bebangsa arab sendiri pun tinggal di perkampungan bani Huzail selama lebih kurang 10 thn semata2 ingin belajar b.arab mereka yg hampir dgn fushah...Kamu tahu Abdullah, al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu pernah ditanya oleh seseorang ketika mana beliau sedang menaiki keldai, berapakah kaki keldai yang Imam tunggangi?
     
    Maka al-Imam al-Syafie turun daripada keldai tersebut dan mengira kaki keldai tersebut.
     
    Selesai mengira kaki keldai berkenaan, barulah al-Imam menjawab: “Kaki keldai yang aku tunggangi ada empat”. Orang yang bertanya tersebut merasa hairan lalu berkata “Wahai Imam, bukankah kaki keldai itu sememangnya empat, mengapa engkau tidak
    terus menjawabnya?”

     
    Al-Imam al-Syafiee menjawab: “Aku bimbang, jika aku menjawabnya tanpa melihat terlebih dahulu, tiba-tiba Allah taala hilangkan salah satu daripada kakinya maka aku sudah dikira tidak amanah di dalam memberikan jawapan”
     
    Cuba kamu perhatikan Abdullah, betapa wara’nya al-Imam al-Syafie ketika menjawab persoalan berkaitan dunia. Apatah lagi kalau berkaitan dengan agamanya?
     
    Al-Imam Malik radhiyallahu anhu pernah didatangi oleh seorang pemuda di dalam majlisnya di Madinah al-Munawwarah.
     
    Pemuda tersebut mengatakan bahawa dia datang daripada negeri yang jauhnya 6 bulan perjalanan daripada Madinah. Pemuda itu datang untuk bertanyakan satu masalah yang berlaku di tempatnya.
     
    Al-Imam Malik radhiyallahu anhu, mengatakan bahawa “maaf, aku tidak pandai untuk menyelesaikannya”.

    Pemuda tersebut hairan dengan jawapan Imam Malik, dan dia bertanya: “Bagaimana aku akan menjawab nanti bilamana ditanya oleh penduduk tempatku?”
     
    Maka kata al-Imam Malik: “Katakan kepada mereka bahawa Malik juga tidak mengetahui bagaimana utk menyelesaikannya”
     
    Allah.. Cuba kamu lihat Abdullah betapa amanahnya mereka dengan ilmu. Berbeza dengan manusia zaman sekarang yang baru setahun jagung di dalam ilmu sudah mendabik dada mengaku bahawa seolah-olah mereka mengetahui segalanya.
     
    Mereka sungguh mudah membidaahkan perkara2 khilaf dan menolak pandangan2 ulama2 muktabar terdahulu dgn alasan yg pelbagai..
    Pemuda: MasyaAllah, terima kasih Pak Kiyai atas penjelasan yang sangat memuaskan. Saya memohon maaf atas kekasaran dan keterlanjuran bicara saya .
     
    Pak Kiyai: Sama-sama Abdullah. Semoga kamu akan menjadi seorang yang akan membawa panji agama kelak dengan ajaran
    Dengan ajaran yg benar insya Allah






    Credit: Sahabatku Jaafar Ahmad

    Wednesday, 5 November 2014

    Tersenyum saat kematian




    KEMATIAn memisahkan kita dengan orang yang kita cintai. Namun, suatu hari nanti kita akan dipertemukan dengan orang yang kita cintai di akhirat kelak. – Gambar hiasan

    APABILA sakit Rasulullah SAW semakin berat, baginda memanggil puterinya Fatimah. Puteri kesayangan Nabi SAW ini segera mendatangi rumah baginda untuk memenuhi panggilan tersebut.                   

    Apabila Fatimah tiba, baginda menyambutnya dengan mesra. Baginda lalu mempersilakannya duduk di sebelah baginda Nabi SAW. Tidak lama kemudian, Rasulullah SAW membisikkan sesuatu kepada Fatimah.

    Mendengar apa yang dibisikkan itu, Fatimah menangis. Melihat puterinya bersedih, Rasulullah SAW menjadi kasihan kepadanya. Baginda lalu berbisik kepadanya lagi. Kali ini, Fatimah tersenyum.

    Siti Aisyah yang melihat perkara ini berasa hairan. Beliau ingin tahu apakah perkara yang dibisikan Rasulullah kepada Fatimah itu. Namun apabila Aisyah bertanyakan perkara itu, Fatimah menolak memberitahu. Beliau berkata: “Saya tidak dapat mendedahkan rahsia Rasulullah SAW selagi mana baginda masih hidup.” Beberapa masa kemudian, Rasulullah wafat. Aisyah kembali bertanyakan perkara ini kepada Fatimah.

    Beliau berkata: “Saya meminta kepadamu, demi hak saya ke atasmu, beritahukanlah ucapan yang Rasulullah bisikan kepadamu ketika itu.” Fatimah berkata: “Kerana engkau bertanya pada masa ini, maka aku akan memberitahunya.” 

    Fatimah bercerita: “Pada bisikan pertama, baginda memberitahu bahawa biasanya Jibril membacakan al-Quran kepada baginda satu kali sahaja setiap tahun. Namun pada tahun ini, Jibril membacakannya hingga dua kali. Aku merasa ini menjadi pertanda bahawa ajalku telah dekat. Maka bertakwalah kepada Allah SWT dan bersabarlah. Sesungguhnya aku akan mendahuluimu.” “Itu sebabnya aku menangis sebagaimana yang engkau lihat.” 

    “Baginda menjadi kasihan kepadaku,” lanjut Fatimah. “Beliau lalu berbisik kali kedua dan berkata: Tidakkah engkau suka menjadi penghulu semua perempuan ahli syurga? Sesungguhnya engkau akan menjadi ahli keluargaku yang paling pertama menyusulku.” Fatimah berkata: “Kerana ucapan ini aku lalu tersenyum.” (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Berdamai dengan-Nya Kematian sangat menyedihkan, sekali gus sangat menggembirakan. Kematian memisahkan kita daripada orang yang kita cintai.

    Namun kematian juga pada satu hari mempertemukan kita dengan orang yang kita cintai. Justeru, berita kematian membuat Fatimah menangis juga tersenyum.

    Menurut ramai ahli sejarah, Fatimah meninggal dunia enam bulan selepas hari mangkat baginda Rasulullah SAW. Menurut Abu Jaafar al-Baqir, usia beliau pada masa itu ialah 28 tahun. Semoga Allah meredai beliau dan seluruh ahli keluarga juga para sahabat Nabi SAW sekalian.

    Siapa yang ingin tersenyum apabila menyambut kematian, berdamailah dengan Allah SWT daripada sekarang. Kembalilah kepada agama Allah SWT, tinggalkan maksiat dan mulalah mengumpulkan bekalan.

    Allah sangat suka kepada hamba yang kembali kepada-Nya. Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang mukmin akan meninggal dunia, malaikat menceritakan reda Allah SWT dan kemuliaan yang telah tersedia baginya.

    Justeru, tiada sesuatu yang lebih ia sukai berbanding apa yang tengah disaksikannya ini. Ia menjadi sangat suka berjumpa dengan Allah SWT dan Allah pun suka berjumpa dengannya. (riwayat al-Bukhari dan Muslim) Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk dalam kalangan orang yang tersenyum apabila meninggal dunia nanti. Amin ya rabbal alamin.