Wednesday, 8 October 2014

Suburkan sifat syukur dalam jiwa anak

Firman Allah dalam surah Ibrahim, ayat 152 bermaksud: “Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur.”
Bersyukur adalah satu nilai mulia, bukan saja ditekankan agama, tetapi dalam kehidupan kita bermasyarakat. Apabila adanya rasa syukur kita akan lebih menghargai setiap yang diperoleh.
Ibu bapa sewajarnya menerapkan konsep syukur ini ke dalam jiwa anak mereka semenjak usia kanak-kanak lagi. Hal ini penting bagi mendidik sahsiah mereka supaya apabila besar nanti tidak lekas lupa diri, keluarga dan agama.
Anak seharusnya diberitahu bahawa segala nikmat ataupun kemudahan yang mereka kecapi meskipun mudah didapati dan secara percuma tanpa perlu bersusah payah, ia adalah suatu kurniaan.  Setiap yang didapati dan berlaku di alam maya ini tidak ada dengan sendirinya, melainkan diberi dan dicipta. Sebagai hamba Allah sudah tentu kita percaya penciptanya tiada lain melainkan Dia Yang Maha Kuasa.  Justeru, kita perlu bersyukur kepada Tuhan, bahkan sesama manusia yang memberikan kemudahan dan sokongan kepada kita.

Syukur bukan sekadar mengucapkan terima kasih di bibir saja, tetapi ia disusuli dengan penzahiran sikap dan watak kita dalam memanfaatkan pemberian itu.

Kita lihat anak yang belajar di sekolah, bukan sedikit menerima buku teks secara percuma. Namun, mengapa masih ada yang enggan membacanya dan tidak menjaganya dengan rapi? Di manakah nilai syukur yang diajar dan diterapkan?  Jejantas yang dibina berdekatan sekolah ataupun di kawasan lain sekalipun, berapa ramai yang memanfaatkannya, sedangkan kos pembinaan menelan belanja yang banyak? Jadi, di mana rasa syukur dan menghargai pemberian itu? Mulai hari ini marilah kita anjakkan minda dan sikap klasik itu kepada bentuk baru yang lebih positif.  Kita sebagai ibu bapa perlulah tampil menjadi pendidik dan pembimbing pertama, bukannya dilepaskan tanggungjawab itu kepada guru di sekolah.  
Ingatlah firman Allah dalam surah al-Haj, ayat 38 bermaksud: “Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.” Sabda Rasulullah SAW, mafhumnya: “Orang yang dianggap paling bersyukur kepada Allah ialah orang yang paling banyak berterima kasih kepada manusia.” (Riwayat Tirmidzi) Kini anak kita umumnya menikmati kehidupan dalam keadaan senang dan mewah. Mereka boleh mendapat apa-apa saja yang dihajati dengan mudah. Sebut saja, dibelikan kepada mereka.  Anak kita adalah anak Malaysia yang dilahirkan di sebuah negara yang aman, makmur dan mudah dengan segala keperluan.
Makanan beraneka jenis dengan lauk-pauk memenuhi hidangan, pakaian pula cantik belaka manakala rumah sesetengahnya siap dengan penyaman udara. Ini belum lagi dikira dengan alatan lain.  Dengan itu, kita sebagai ibu bapa kenalah menyedarkan mereka mengenai kesenangan yang dinikmati.  Kita boleh juga bandingkan dengan kanak-kanak lain seusia mereka di luar negara sana masih ramai yang tidak bernasib baik. Hidup seharian di dalam khemah yang penuh kedaifan.


Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan.” (Riwayat Bukhari)  Kita wajib insafkan mereka bersyukur dengan memanfaatkan semaksimumnya segala nikmat perlu disuburkan di dalam jiwa.  Membiarkan jiwa anak kosong dengan nilai syukur bermakna kita gagal menerapkan salah satu nilai akhlak Islam yang mulia. Apakah kita berasa tidak bersalah?  Justeru, marilah kita memupuk anak masing-masing dengan sikap tahu bersyukur. Insya-Allah dengan itu mereka akan sentiasa mengenal Tuhan sama ada pada waktu senang mahupun susah, malah tahu membalas budi.


Credit: Mohd Rizal Azman Rifin

Lelaki Terkejut Cengkerik Bersarang Dalam Telinga

SEORANG lelaki yang tidak selesa dengan kegatalan pada telinga terkejut apabila mengetahui seekor cengkerik berada di dalam rongga telinganya.
Cengkerik itu ditemui selepas lelaki yang dipercayai dari India itu menemui doktor untuk melakukan pemeriksaan terhadap telinganya.
Twitching: What appears to be two of the insects legs are shown fluttering inside the patient's ear canal
Hasil pemeriksaan, doktor menemui cengkerik yang masih hidup berada kira-kira tujuh sentimeter di dalam telinga mangsa.
Cengkerik itu juga dikesan masih mengeluarkan bunyi ketika berada di dalam rongga teling mangsa.
Close-up: As the camera moves towards the cricket, its spiky, flicking legs become more visible
Doktor kemudian berjaya mengeluarkan cengkerik itu tanpa sebarang luka pada rongga telinga.
Careful: The doctor then retrieves his tool and uses it to gently pry the twitching cricket from its new home
Removed: The three-inch insect is brought out into the darkened room to the horror of the medical staff
Harmless: While the cricket is unlikely to have caused real damage, it could have affected the man's balance

Cabaran hidup berkeluarga


ORANG tua-tua sering berkata, melayari hidup berumah tangga ini sangat bergantung kepada takdir dan nasib. 

Jika nasib seperti batu, jatuh ke air, ia tenggelam dan jika nasib seperti sabut, jatuh ke air terapunglah ia. 

Sama ada tenggelam atau terapung, ia tetap suatu takdir Allah SWT dan pasangan tersebut juga perlu ada ikhtiar dan usaha bagi memastikan perkahwinan mereka kekal bahagia sehingga ke akhir hayat dan mereka sekeluarga berada dalam keberkatan-Nya.

Mustahil ada manusia di dunia ini berkahwin tanpa inginkan zuriat dan keluarga yang berkembang. Mana mungkin ada pasangan berkahwin semata-mata ingin menyelesaikan isu desakan nafsu tanpa sebarang niat ingin beribadah. Perkahwinan itu satu sunnah dan melakukannya adalah ibadah.

Namun, di zaman serba moden ini, generasi muda nampaknya sangat terfokus kepada isu seks dan tuntutan hawa nafsu sehinggakan kanak-kanak semuda 12 tahun telah mula berjinak dengan seks.

Bukan itu sahaja, selain daripada hanya memuaskan tuntutan seks, mereka juga melihat isu zuriat sebagai perkara tidak penting. Akhirnya, apabila telah ramai melakukan seks sebelum berkahwin, kepentingan perkahwinan mula menurun.

Suatu masa dahulu hamil sebelum nikah adalah sesuatu yang sangat memalukan sehingga anak perempuan yang sedang mengadung dihalau dan terpaksa hidup melarat. Malah perbuatan zina itu dikeji dan dikutuk.

Masyarakat Melayu Islam menyembunyikan kejadian hamil luar nikah dengan menikahkan segera anak gadis dengan pasangannya yang berzina dan kebiasaannya, selepas bernikah mereka akan berpindah bagi memastikan kelahiran anak sulung itu tidak diketahui orang.

Hari ini, masyarakat Melayu-Islam masih memandang keji perbuatan berzina atau mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin tetapi cara penyelesaiannya sudah berbeza. Jarang benar anak dihalau keluar dari rumah dan mereka juga tidak dinikahkan kerana faktor usia yang terlalu muda.



Ramai ibu bapa yang akan menghantar anak gadis mereka yang telah mengandung ke rumah persinggahan untuk melahirkan anak dan menyerahkan anak tersebut sebagai anak angkat, ibu anak yang masih muda meneruskan pengajian dan ada yang tamat hingga peringkat institusi pengajian tinggi (IPT).

Ada juga yang menikahkan anak mereka demi menjaga nama baik keluarga dan selepas kelahiran pasangan itu bercerai. Dalam kes seperti ini, anak juga diserahkan sebagai anak angkat atau dipelihara saudara terdekat.

Kita tetap memandang serius kejadian hamil luar nikah tetapi ia semakin menjadi-jadi dan kita tidak mencari jalan untuk menyelesaikannya. Kita tidak pernah terfikir bagaimana kita boleh menghalang zina daripada terus berlaku? Bagaimana seharusnya kita bertindak sekiranya berlaku hamil luar nikah pada umur 13 tahun.

Apa yang berlaku, kita asyik menunding jari menyalah antara satu sama lain. Kita menuduh ibu bapa tidak pandai mendidik anak sehingga anak tidak takut untuk berzina dan tidak mampu mengawal nafsu. Kita salahkan kerajaan kerana tidak memantau penjualan secara haram DVD lucah, program televisyen yang memberangsangkan atau bahan-bahan lucah di internet.

Tidak kurang juga segelintir pihak yang menyalahkan media, guru dan pemimpin kerana kita adalah pakar dalam mencari kesalahan orang daripada bermuhasabah diri bahawa ia semua berlaku kerana kita yang cuai tentang tanggungjawab kita.


Didikan agama


Sebagai ibu bapa kita berkewajipan mendidik anak-anak dengan didikan agama yang kuat dan mencukupi. Cara mendidik anak mengenai agama hari ini berbeza dengan ibu bapa dahulu. Zaman saya dibesarkan tiada televisyen, telefon dan internet. Yang ada hanya sebuah radio kecil yang usang dan buku-buku.

Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga besar yang mana ayah adalah imam dan guru agama. Saya mula bersolat dengan mengikut atau meniru ayah dan ibu solat dan masjid adalah rumah kedua saya kerana dibawa ke masjid setiap malam kerana ayah bertugas kecuali selepas baligh.

Sirah Nabi atau cerita waktu hendak tidur yang ayah ceritakan setiap malam sebelum kami tidur, saya percaya diceritakan oleh guru ayah kepadanya dan ayah menceritakannya semula kepada kami adik-beradik. 

Cerita itu lekat dalam kepada seperti lekatnya cerita bedtime stories yang generasi hari ini bacakan kepada anak-anak mereka. Saya hanya kenal Snow White, Sleeping Beauty apabila saya bersekolah di sekolah Inggeris melalui pembacaan.

Anak-anak saya juga beruntung kerana mereka sempat mendengar kisah-kisah Nabi daripada arwah ayah (datuk mereka) dan cerita itu sebati sebagai pengajaran. Penceritaan itu dibuat seolah-olah kami dapat merasai apa yang dilalui.

Cerita Nabi yang paling saya suka ialah cerita Nabi Yusof, Nabi Musa dan Nabi Muhammad SAW. Apabila dewasa dan boleh membaca, saya membaca semula kisah-kisah ini dalam bentuk ayat al-Quran dan dapat merasakan ketepatan cerita yang arwah ayah sampaikan dahulu.

Daripada sirah Nabi itu, lahirlah cinta kepada Nabi Muhammad SAW. Timbul rasa ingin menziarahi makam baginda di Madinah. Malah semasa pertama kali menunaikan umrah pada 1995 dan berada di Raudhah di Makam Rasulullah SAW, perasaan itu datang dengan sendiri, terasa seperti menemui baginda dan mengingati kisah yang Nabi SAW lalui.

Dua anak saya bertuah kerana mereka sempat mendengar sendiri cerita Nabi SAW dari mulut ayah saya. Mereka membesar di zaman yang maklumat berada di hujung jari, namun cabarannya ialah hendak menentukan kesahihan maklumat tersebut.

Hari ini terdapat pelbagai blog yang mengandungi maklumat mengenai agama, malah al Quran pun boleh dimuat turun di atas talian. Malahan, tidak perlu membawa kitab al-Quran hanya membawa ipad yang mana al-Quran boleh dibaca dengan membuka gajet bersebut.

Di samping itu, kita juga boleh belajar membaca al-Quran melalui telefon pintar kerana semuanya boleh dimuat turun. Banyak juga penulisan mengenai agama dalam internet, namun persoalannya bagaimanakah kita hendak memastikan kesahihan sumber itu? Dengan wujudnya aneka ajaran sesat, maka kerunsingan kita semakin meningkat terdapat bahan dalam talian ini.




Petikan Agama UM Rabu 8/10/2014.

Sunday, 5 October 2014

Garam juga baik untuk kesihatan

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Selama ini sebahagian besar orang ramai boleh dikatakan kurang mengambil garam kerana terpengaruh dengan persepsi, mineral itu mampu memudaratkan kesihatan selain menyumbang kepada pelbagai jenis penyakit.

Walau bagaimanapun, menurut satu hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik daripada Fakulti Perubatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selama sembilan tahun, pengambilan garam jika mengikut sukatan yang ditetapkan sebenarnya mampu memberi kesan yang baik untuk jangka masa panjang.

Menurut Profesor Kesihatan Pekerjaan di Jabatan Kesihatan Masyarakat PPUKM, Prof. Dr. Noor Hassim Ismail (gambar), pihaknya telah menjalankan kajian itu ke atas pelbagai lapisan masyarakat termasuk pesakit hipertensi dan golongan warga emas.

"Dalam kajian itu, kami mendapati garam sebenarnya mengandungi ‘potassium’ iaitu sejenis mineral yang perlu ada dalam tubuh manusia dan terdapat dalam buah-buahan serta sayur-sayuran antaranya pisang dan kobis.

"Jika garam diambil mengikut skala yang betul, tekanan darah dapat diturunkan. Jika sebelum ini masyarakat dipengaruhi bahawa pengambilan garam adalah berbahaya, sebenarnya tidak berdasarkan kajian yang dijalankan oleh kami," katanya.

Beliau mengumumkan kejayaan Fakulti Perubatan PPUKM apabila artikel berhubung hasil kajian itu disiarkan dalam ‘New England Journal’, antara bahan rujukan utama pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia, dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi PPUKM, Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman dan juga Pakar Bedah Saraf PPUKM, Prof. Madya Dr. T. Jegan.

Mengulas lanjut, Noor Hassim berkata, kejayaan tersebut adalah hasil usaha keras yang dilakukan oleh lima penyelidik Fakulti Perubatan PPUKM yang membuat kajian soal selidik menerusi internet terhadap penduduk di 18 buah negara termasuk Malaysia.

"Kajian yang dijalankan merupakan kajian ‘cohort’ iaitu pemerhatian untuk jangka masa yang panjang yang lebih tepat walaupun mengambil masa yang lama iaitu selama sembilan tahun bermula tahun 2005 lalu. Di Malaysia, sebanyak 16,000 responden terlibat dalam dalam kajian ini," katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan, PPUKM berjaya melakukan pembedahan rangsangan dalam otak yang pertama (deep brain stimulation) yang diadakan pada 25 September lalu, diketuai oleh Dr. Jegan.

Pembedahan ke atas pesakit lelaki berusia 62 tahun ini menurutnya, dibuat menggunakan tenaga elektrik yang dihantar pada bahagian tertentu otak dan mampu mengubah aktiviti otak agar memberi kesan pada pergerakan pesakit ketika dibedah.

Wednesday, 1 October 2014

Ketua Pengarah kongsi nama terpanjang, popular dalam rekod JPN


Image result for gambar bayi
PUTRAJAYA - Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Airol Anizam adalah antara nama terpanjang di Malaysia seperti yang direkodkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
'Ahmad', 'Alex' dan 'Ravi' pula adalah antara nama paling popular rakyat Malaysia yang didaftarkan JPN.
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Sulaiman Keling berkata, nama 'Ahmad' yang direkodkan adalah sejumlah 63,049 orang, diikuti 'Alex' sebanyak 16,992 orang dan 'Ravi' pula 10,866 orang.
"Nama-nama berkenaan paling banyak digunakan dan didaftarkan di negara ini," katanya ketika berucap pada Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi 2014 di Jabatan Pendaftaran Negara di sini hari ini.
Jelas Sulaiman lagi bahawa 1 Oktober ini diisytiharkan sebagai Hari Pendaftaran Negara sempena tarikh pengeluaran kad pengenalan pertama negara yang juga dikenali sebagai kad beras. - Bernama

Mangsa maut tersangkut tali tangsi wau


Image result for gambar wau

PASIR MAS 1 Okt. - Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dipercayai tersangkut tali tangsi yang digunakan untuk menaikkan wau di Kilometer 3 Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang berhampiran Kampung Lemal dekat sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, mangsa Mohd. Azri Aziz, 18, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Lati selepas keluar minum bersama tiga rakannya di Salor, Kota Bharu.

Difahamkan, mangsa yang ketika itu sedang menunggang motosikal terkena tali tangsi yang merentangi jalan tersebut sehingga menyebabkan lehernya tersangkut sebelum terbabas.

Rakan mangsa, Muhammad Amirul Alias, 18, berkata, ketika kejadian, dia bersama arwah dan dua lagi rakan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar minum. 


Crdit: YATIMIN ABDULLAH

Harga petrol RON95, diesel naik 20 sen 2 Okt 2014

RON95

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.

Dengan ini harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

KPDNKK berkata pemberian subsidi perlu lebih bersasar dan tidak secara pukal, dengan bukan warganegara Malaysia, termasuk pelancong asing, turut menikmati subsidi yang diberikan kerajaan.

Langkah ini juga dapat menghasilkan penjimatan yang setimpal dan boleh digunakan untuk pembangunan pendidikan, kesihatan, sistem pengangkutan awam yang lebih meluas dan cekap serta meningkatkan keselamatan negara.

Kata KPDNKK kerajaan sedar bahawa langkah rasionalisasi subsidi ini akan memberi kesan kepada ekonomi dan masyarakat.

Oleh itu, kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk meringankan beban, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Antara langkah yang akan diambil kerajaan ialah menaikkan kadar pemberian BR1M yang akan diumumkan dalam Bajet 2015 kelak. - Bernama