Tuesday, 8 May 2012

ISLAM CARA HIDUPKU



Pagi itu sewaktu diri sibuk melayari internet, membaca blog-blog ilmiah untuk menjamu santapan minda dan  jiwa, diri kerap kali menemui kata 'Islam Is My Way Of Life' yang dipamerkan jelas sama ada di bahagian sudut tepi blog mahupun di sudut paling atas. Tidak kurang juga yang menulis sedemikian di bahagian maklumat diri profil Facebook masing-masing.

Slogan 'Islam is my way of life' (Islam adalah gaya hidupku) ini kerap didengari dan diwar-warkan oleh kebanyakan orang, namun sejauh manakah implementasi dan tindakan diri? Adakah selari dengan slogan yang dihebohkan itu atau sebaliknya?

Usahlah cuba memandang dan mengkaji gaya hidup insan lain, cubalah lihat akan tindakan dan gaya hidup diri sendiri terlebih dahulu. Hari ini ramai yang mengatakan dirinya Islam dan mengucapkan dua kalimah syahadah setiap hari dalam solatnya, namun gaya hidup yang dijalaninya sama sekali tidak menggambarkan gaya hidup Islam, malah lebih memburukkan apabila gaya hidup yang diamalkan itu adakalanya amat bertentangan dengan ajaran Islam.

Perhatikanlah gaya hidup diri sendiri hari ini, adakah benar-benar menggambarkan keindahan Islam atau sebaliknya? Adakah benar-benar mengikut batas-batas dan syariat yang telah ditetapkan Islam atau sebaliknya? 

Manusia sememangnya tidak sempurna, namun keazaman untuk menjadi hamba Allah yang beriman dan bertakwa itu haruslah ada. Andai ada yang kurangnya sebelum ini, bersama-samalah kita melakukan perubahan hari ini juga - perubahan untuk menjadikan Islam sebagai gaya hidup diri kita yang sebenarnya!


Hakikat hari ini, banyak perkara yang amat bertentangan dengan apa yang termaktub di dalam kitab suci Al-Quran dan sunah peninggalan Rasullulah S.A.W. tercinta, namun ramai yang melakukannya dan masyarakat pula menganggap ia sebagai satu perkara biasa, seolah-olah menghalalkan apa yang sememangnya sudah jelas haram di sisi agama.

Manusia itu sememangnya mudah alpa dan lupa, maka ramailah juga yang hanyut menikmati keindahan dunia sehingga terlupa sejenak pada kehidupan abadi di akhirat kelak. Ramailah yang melakukan kemungkaran namun tidak menyedarinya kerana menganggap ia hanyalah sekadar perkara biasa. 

Bagaimana pula dengan diri kita sendiri? Cuba perhatikan senarai di bawah ini. Ini adalah antara perkara yang kerap dilakukan insan yang menggelarkan dirinya muslim dan muslimah.

* Bercinta (couple) dan bersiar-siar ke hulur dan kehilir dengan pasangan masing-masing tanpa ada ikatan suami isteri yang sah

* Bergurau senda dengan mahram sehingga melampaui batas - adakalanya melibatkan sentuhan dan perasaan.

* Tidak menjaga muamalat (perhubungan) antara lelaki dan perempuan - antaranya duduk terlalu dekat sehingga boleh tersentuh. Sebaiknya berbicara apabila perlu dan jarakkan diri 1 meter apabila berurusandan sebagainya (sebagai langkah berjaga-jaga)

* Mengumpat dan membuka aib orang lain kerana ingin melepaskan perasaan benci dan geram sama ada secara sedar ataupun tidak sedar.

* Mengeluarkan kata-kata yang kesat, kasar dan tidak baik untuk didengari dan dipraktikkan sebagai kata-kata harian (contoh: kata-kata yang mencarut)

* Mengutuk dan mengata menggunakan sumpah seranah bertujuan untuk menyedarkan orang yang dikutuk. Seharusnya dengan memberi nasihat dan cara yang baik. Walaupun niat ingin menegur, namun caranya tidak kena. Matlamat tetap tidak menghalalkan cara.

* Wanita terutamanya - menayangkan aurat secara terbuka dan mempamerkan aurat dalam laman sesawang Facebook dan blog (menampakkan rambut, leher, lengan dan sebagainya). Adakalanya gambar yang diletakkan itu menutup warna kulit secara menyeluruh, namun tetapmenampakkan bentuk badan yang menggiurkan - termasuklah dengan menggelapkan gambar (teknik silhouette) namun tetap menampakkan bentuk dada, pinggang dan pinggul yang menggoda.

* Penipuan secara halus (wanita terutamanya) - Mengubah suai gambar diri sendiri bertujuan untuk mencantikkan dirinya dalam gambar tersebut dan ditayangkan kepada orang ramai sehingga boleh menyebabkan orang yang melihat gambar tersebut tertipu (biasanya dengan mencerahkan gambar sehingga menyebabkan kulit tampak cerah, licin dan sebagainya).

* Menjawab 'uh' dan 'ah' kepada ibu bapa apabila disuruh melakukan sesuatu atau semasa ditegur tingkah laku.

* Bergurau senda melibatkan penipuan dan adakalanya boleh menimbulkan fitnah

* Wanita - menata rias wajah (make up) sehingga terjadinya tabarruj(melampau-lampau)

* Mengajak orang lain ke arah kebaikan namun diri sendiri tidak melakukan apa yang diserunya. Keadaan ini biasanya terjadi apabila diri sekadar menyalin ayat-ayat yang dipetik dari kata-kata orang lain untuk disebarkan namun diri sendiri tidak menghayati, memahami dan mempraktikkan apa yang diserunya itu. 

* Mempamerkan gambar-gambar yang menjurus ke arah maksiatwalaupun bukan gambar sendiri kerana ia boleh membentuk minda orang-orang yang melihatnya.

* Menghadiri konsert-konsert yang mempunyai unsur maksiatdan zina berlaku secara berleluasa

Banyak lagi perkara-perkara yang nampak biasa dan normal di mata masyarakat namun hakikatnya, salah dari segi agama. Sama-samalah kita bermuhasabah dan melakukan perubahan pada hari ini juga.

Andai diberikan Ilahi walau secebis perasaan bersalah dan menyesal di dalam hati, maka bersegeralah untuk pulang kembali ke pangkal jalan agar diberikan hidayah olehNya. Hidayah itu haruslah dicari, bukan sekadar menanti agar ia menyinggah diri.

Antara perubahan yang boleh dilakukan:
1. Mengukuhkan akidah dan pegangan dalam diri
    * Menjadikan Allah sebagai satu-satunya tempat pergantungan, bukan pada manusia
    * Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam dengan khusyuk
    * Berpuasa di bulan Ramadhan dan mengharapkan keredhaan dari Ilahi
    * Menunaikan haji apabila mampu
    * Membayar zakat - membersihkan harta kita dari unsur-unsur yang tidak baik
    * Membaca kalamullah Al Quran dan memahami/menghayati ertinya

2. Menjauhi dan meninggalkan perkara-perkara kemungkaran
    * Menipu, mengumpat, mengata dan mencela (Jaga lidah)
    * Menjauhi maksiat dan perkara yang menjurus ke arah penzinaan
    * Menutup aurat dengan sempurna
    * Tidak melihat dan mendengar perkara-perkara yang tidak dibolehkan (Jaga penglihatan dan pendengaran)

3. Memperbanyakkan amalan kebaikan dan menyahut seruan agama
   * Amal maa'ruf nahi munkar (mengajak-ajak ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran)
   * Tolong menolong sesama manusia
   * Beribadah 24 jam sehari semalam - setiap perkara yang dilakukan itu, niatkan kerana Allah. Pastikan semua perkara yang dilakukan itu masih lagi dalam batas-batas agama
   * Bertegur sapa sesama manusia dan doakan kebaikan insan lain

Bersegeralah dalam melakukan perubahan agar diri tidak semakin jauh terpesong dari jalan yang lurus. Apa yang berlaku sebelum ini, bertaubat dan mohonlah keampunan dari Yang Maha Esa. SesungguhNya Dia Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani. Selagi ajal masih belum menjemput, selagi matahari masih lagi terbit dari ufuk timur, masih belum terlambat untuk berubah dan pulang ke pangkal jalan. Bukalah lembaran baru dan mulalah kehidupan yang baru dan jadikanlah pengajaran lepas sebagai sempadan buat diri.

Firman Allah S.W.T.
"Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang," (An'-Nisa', 110)

Untuk renungan:
Andai terdetik untuk melakukan sebuah kebaikan,  jangan pernah berfikir dua kali kerana anda mungkin tidak akan melakukannya.
Andai terdetik untuk melakukan sebuah kejahatan, jangan pernah berfikir dua kali kerana anda mungkin benar-benar akan melakukannya.

Semoga Allah senantiasa memelihara hati kita dari segala anasir yang kurang baik dan menyuluh hati dan jiwa kita dengan hidayahNya, Amin.

Credit to: Aisha Ardini

MAN JADDA WA JADDA



Tentu ada dikalangan anda yang pernah mendengar ungkapan dalam bahasa Arab ini serta faham pula akan maksudnya. Bagi yang kurang maklum, MAN JADDA WA JADDA bererti BARANGSIAPA BERSUNGGUH-SUNGGUH PASTI DAPAT. Namun berapa ramaikah dikalangan kita yang benar-benar faham dan mengaplikasikannya? 

Kalau kita lihat sekeliling kita, maka akan kelihatanlah betapa ramainya sahabat handai dan rakan taulan kita yang lebih senang mengeluh, berhenti berusaha dan akhirnya menyerahkan segalanya pada takdir dan nasib. Sedangkan Islam tidak mengajar kita begitu.

Jika kita berusaha bersungguh-sungguh, bak kata pepatah Melayu yang terkenal, DIMANA ADA KEMAHUAN, DISITU ADA JALAN. Maka berusahalah dengan kemahuan yang kuat, berdoa dan berharap dan bersangka baik dengan Allah akan petunjuk dan bantuanNya. InsyaAllah..Kejayaan bakal hadir menyapa kita...ameen.
  

Mari Mensyukuri Nikmat Allah..Jom



Andai kata, Allah tarik salah satu nikmat, katakanlah mata, mampukah kita melihat, membaca buku untuk menjawab exam, membaca Al-Quran, membaca risalah agama?

Pada ketika itulah baru datang rasa menyesal yang tidak sudah kerana tidak mahu mensyukuri dan menggunakan nikmat itu sebaik mungkin ketika masih diberi ruang dan peluang oleh-Nya...

Tuesday, 1 May 2012

WAHYU TERAKHIR RASULULLAH......


WAHYU TERAKHIR KEPADA RASULULLAH SAW
Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada']. Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:

"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
Setelah Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna." 
Apabila Abu Bakar ra. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar ra. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar ra. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar ra. pun berkata, "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w.. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."

Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar ra. maka sadarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru kembali dari rumah Abu Bakar ra. dan kami dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar ra.. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar ra. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya, "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali ra. berkata, "YaRasulullah s.a.w., Abu Bakar ra. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." LaluRasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar ra. adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat".

Setelah Abu Bakar ra. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pingsan. Sementara 'Ukasyah ra. berkata kepada Rasulullah s.a.w., 'Ya Rasulullah, waktu itu saya anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu apakah anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta baginda." Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal ra., "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah dan ambilkan tongkatku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."

Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fathimah ra. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal ra. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengambil tongkat beliau. "Kemudian Fathimah ra. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal ra.: "Wahai Fathimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fathimah ra. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?" Bilal ra. tidak menjawab pertanyaan Fathimah ra., Setelah Fathimah ra. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w. Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal ra. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah.

Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar ra. dan Umar ra. tampil ke depan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash Rasulullah s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar ra. dan Umar ra. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar duduklah kamu berdua, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali ra. bangun, lalu berkata, "Wahai 'Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata, "Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata, "Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul."

Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju. Setelah Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah 'Ukasyah melihat tubuh Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata, "Saya tebus anda dengan jiwa saya ya Rasulullah s.a.w., siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu" KemudianRasulullah s.a.w. berkata, "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya." Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga."

Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin dekat maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t. dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan mensolatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan mensolat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok bersolat ke atasku."

Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, "Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata, "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal ra. menyelesaikan azan subuh, maka Bilal ra. pun pergi ke rumahRasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal ra. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal ra. pun memberi salam, "Assalaarnualaika ya Rasulullah." Lalu dijawab oleh Fathimah ra., "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal ra. mendengar penjelasan dari Fathimah ra. maka Bilal ra. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fathimah ra. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal ra. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. berkata, "Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah."

Setelah Bilal ra. sarnpai di masjid maka Bilal ra. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya. Abu Bakar ra. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar ra. menangis sehingga ia jatuh pingsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fathimah ra.; "Wahai Fathimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fathimah ra. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali ra. dan Fadhl bin Abas ra., laluRasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka Rasulullah s.a.w. pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata, "Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah s.w.t., oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia." Setelah berkata demikian makaRasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail a.s., "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."

Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam, "Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?) Apabila Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat." Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fathimah ra., "Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fathimah ra. pun berkata, "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fathimah, "Tidak ayah." "Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah ra. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, "Assalamuaalaikum yaRasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau engkau izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w., "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat sedang memuliakan dia." Tidak beberapa lama kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah s.a.w..

Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s., "Ya aku tahu" Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t" Berkata Jibril a.s., "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s., "Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud,"Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga."
Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku." Setelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibrila.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" Anas bin Malik ra. berkata: "Apabila ruh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda,"Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga solat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."
Ali ra. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu." Credit: 101 Kisah Teladan

RASULULLAH S.A.W. DAN PENGEMIS YAHUDI BUTA


Masjid Bandaraya Kota Kinabalu - Kota Kinabalu, Sabah
RASULULLAH S.A.W. DAN PENGEMIS YAHUDI BUTA
Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". 

Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w.menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w  melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad s.a.w.  wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a. 
Credit: 101 kisah Teladan

Saturday, 28 April 2012

Ayat Kursi tangani gangguan makhluk halus



Aizi Saidi Abdul Aziz
$entry.content.caption.value
KUALA TERENGGANU - Jangan terlalu emosi dan takut pada hantu mengatasi ALLAH, tegas Imam Besar Negeri Terengganu, Aizi Saidi Abdul Aziz.
 
Menurutnya, orang ramai khususnya umat Islam tidak perlu takut kepada hantu kerana ia adalah jelmaan iblis, syaitan atau jin dan semua­nya itu adalah makhluk ALLAH.
 
“Saya bimbang bila orang kita terlalu takutkan hantu sehingga mengatasi kekua­saan ALLAH. Kita tidak perlu gusar atau takut, mungkin apa yang berlaku adalah ketentuan ALLAH tetapi kita perlu ikhtiar dengan bergantung kepada ALLAH TAALA.
 
“Kejadian diganggu hantu sepatutnya menjadikan kita lebih dekat pada ALLAH dan lebih banyak muhasabah diri,” katanya ketika diminta mengulas mengenai gangguan hantu Kak Limah yang dikatakan berlaku di Marang.
 
Ketika ditanya mengenai kejadian itu, Aizi berkata, dia tidak menolak kemungkinan kejadian sihir atau gangguan iblis, syaitan atau jin tetapi dalam bentuk jelmaan, untuk menakutkan orang apabila dilihat.
Bagaimanapun, katanya, jelmaan yang wujud dalam pelbagai bentuk itu tidak perlu ditakuti.
 
“Apa yang penting, kita perlu kuatkan iman. Kalau kita takut, iman kita mungkin masih lemah. Kita perlu ada kekuatan dalaman bagi mengatasi perkara yang boleh melemahkan iman kita,” katanya.
 
Menurutnya, bagi mengatasi masalah gangguan makhluk halus, umat Islam boleh membaca ayat Kursi dan ayat-ayat al-Quran yang lain.
 
Secara fitrah katanya, amalan ayat 3 Qul dibaca sebelum tidur untuk menghalang gangguan, iaitu dengan menghembus atau meniup bacaan itu pada seluruh tubuh.
 
Ketika ditanya nasihat beliau kepada keluarga Mazlan yang diganggu Kak Limah, Aizi bersetuju dengan tindakan keluarga itu memulangkan semula barang yang diambil dari rumah pusaka bapanya di Jerangau, Dungun.
 
“Kadang kala kita tidak tahu mungkin barangan yang diambil dari rumah pusaka itu adalah tempat tinggal bagi makhluk lain seperti jin. Jadi, eloklah kembalikan ke tempat asalnya.
 
“Saya juga menasihatkan dia agar memagar rumah dan bersihkan rumah dia, sebagaimana amalan kita bagi mengelakkan gangguan,” katanya.
 
Sementara itu, Sinar Harian berusaha menjejak ‘tapak lama’ rumah keluarga Mazlan di Jerangau untuk melihat secara lebih dekat keadaan di situ, selain membantu mencari penyelesaian ke atas kemelut yang dihadapi keluarga ini. Credit to: Sinar Harian

RACUN BERBISA: Zainab mendendami Rasulullah


SUP kambing yang menjadi makanan kegemaran Rasulullah di bubuh racun berbisa tetapi Rasulullah SAW terlepas daripada niat jahat Zainab. - Gambar hiasan

TERDAPAT banyak lagi catatan menarik apabila membicarakan mengenai Perang Khaibar. Sebagaimana perang yang lain dalam era sejarah Islam, Perang Khaibar memberikan banyak pengajaran, terutamanya musuh harus diperangi walaupun pelbagai rintangan dihadapi.

Ia tidak sekadar perang yang menonjolkan kegagahan luar biasa Saidina Ali dan bagaimana tentera Islam sebenarnya bukan sahaja perlu menawan Kubu Nai'im namun juga tujuh lain yang perlu ditawan dalam Kota Khaibar.

Namun menyebut Khaibar maka kita tidak boleh pisahkan daripada sebuah kisah bagaimana Nabi Muhammad diracun yang hampir-hampir membawa maut.

Peristiwa itu berlaku selepas seluruh Kota Khaibar dapat ditawan. musuh- musuh utama termasuk ketua puak Yahudii, Kinanah dihukum pancung, Rasulullah sendiri mengahwini Safiyyah yang dahulunya merupakan isteri kepada Kinanah. Baginda menetap sementara di Khaibar dan masyarakat Yahudi di situ menjadikan Rasulullah sebagai pemimpin baru mereka.

Cubaan meracun baginda itu dilakukan oleh seorang perempuan yang sangat jelita dan terkenal di kalangan penduduk Khaibar bernama, Zainab binti al-Harith.

Zainab menaruh dendam yang sangat kuat terhadap kekalahan yang menimpa kaumnya di tangan tentera Islam. Malah tidak dapat menerima hakikat kekalahan Khaibar.

Ini termasuklah abangnya sendiri, Marhab yang berjaya di bunuh oleh Saidina Ali.

Zainab merupakan isteri kepada bekas ketua Kaum Yahudi Khaibar, Sallam bin Misykam yang mati diracun oleh para pengikutnya.

Tetapi Zainab sendiri merancang untuk membalas dendam terutama terhadap Nabi Muhammad dengan memasukkan racun dalam makanan yang dihidangkan kepada baginda.

Bagi menjalankan misi itu, Zainab melakukannya secara berhati-hati dengan penuh tipu daya.

Beliau berpura-pura kononnya dapat menerima kepimpinan baginda dengan memuji-muji baginda ketika bertemu dengan ibu saudara Rasulullah yang menjadi Ketua Muslimat dan bertanggungjawab merawat tentera Islam dalam Perang Khaibar.

Sebelum itu, menerusi seorang dukun Yahudi, Zainab berjaya mendapatkan racun yang dikatakan paling berbisa dan sesiapa yang terkena walaupun sedikit kesannya akan menderita sepanjang hidup.

Di hadapan Safiyyah, Zainab memberitahu yang dia ingin menjadi pengikut Nabi Muhammad yang setia.
"Tentu sahaja baginda dapat menerima kamu lebih-lebih lagi dikatakan kamu seorang wanita Yahudi yang ternama di sini," kata Safiyyah.

Safiyyah yang tidak tercium niat jahat di sebalik kata-kata manis Zainab itu, memberitahu bahawa makanan kesukaan baginda ialah sup daging kambing.

Lalu Zainab menawarkan diri untuk menyediakan hidangan istimewa tersebut dan meminta Safiyyah menghidangkannya kepada baginda.

"Tetapi jangan kamu memberitahu bahawa saya yang memasak sup tersebut, saya bimbang Muhammad akan segan. Beritahu sahaja kamu yang memasaknya. Kalau baginda sudi untuk menikmati sup itu ia sudah memadai untuk saya rasa gembira dan rasa dihargai," ujar Zainab sambil tersenyum manis.

"Rasulullah tidak pernah menolak sebarang pemberian orang walaupun baginda akan berkongsi pemberian tersebut dengan orang lain. Jika sup kambing yang menjadi pemberian, tentu baginda akan lebih gembira dan tentu sekali tidak akan dicela pemberian yang istimewa seperti itu.

"Janganlah kamu bimbang, pasti baginda akan gembira dengan pemberian kamu yang ikhlas dan tentu dimasak dengan begitu sedap sekali," kata Safiyyah.

Seperti biasa Rasulullah dikatakan tidak pernah menjamu selera seorang diri kecuali makan secara 'berjemaah' dengan ahli keluarga dan para sahabat yang lain.

Jadi apabila dihidangkan dengan satu mangkuk besar sup kambing yang kelihatan begitu menyelerakan, baginda turut mengajak beberapa orang sahabat untuk turut sama menikmati hidangan tersebut.

Ini termasuklah seorang sahabat baginda yang bernama Bisyr bin Al Barra bin al Ma'rur yang dikatakan juga seorang penggemar sup kambing.

Lalu baginda pun mengambil bahagian paha untuk dimakan.

Dikatakan baginda sempat menggigit daging kambing itu sebelum dengan izin Allah, daging itu sendiri memberitahu baginda bahawa racun telah dimasukkan dalam masakan itu.

Segera baginda mengeluarkan daging tersebut daripada mulut baginda dan memberitahu yang lain mengenai ada pihak berniat jahat dengan membubuh racun dalam makanan kegemaran baginda itu.

Namun segala-galanya sudah terlambat kerana rupa-rupanya Bisyr telah mengunyah dan menelan daging kambing tersebut.

Malang bagi Bisyr apabila racun itu menyebabkan beliau menggelupur kesakitan dan tidak sempat diselamatkan, sahabat baginda itu akhirnya mati akibat kuatnya bisa racun itu.

Baginda sangat terkejut dan bersedih dengan kejadian yang tidak disangka-sangka itu.

Lalu Safiyyah dipanggil dan bertanya mengenai siapakah sebenarnya yang mengirim sup tersebut untuk membunuh baginda itu.

Baginda tahu ibu saudaranya itu juga dalam keadaan terkejut, lalu tidak dipaksanya untuk memberitahu angkara siapa di sebalik cubaan untuk membunuh baginda itu.