Tuesday, 7 January 2014

DOA PENDINDING & PENGGERAK SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;
Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;
Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

  1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
  2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
  3. Berbahaya
  4. Melarat, Bertambah Payah
Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;
  1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
  2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
  3. Selamat dari bahaya.
  4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
Keberuntungan beramal dengan doa ini
1. Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;
  • Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
  • Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
2. Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.
3. Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
3. Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya’Allah.

Credit: Darussyifa’

Monday, 6 January 2014

Jasad bayi masih sempurna

Alor Gajah: Beberapa penduduk terkejut apabila jasad dipercayai seorang bayi perempuan masih sempurna biarpun sudah disemadikan puluhan tahun lalu ketika kerja mengalihkan tujuh pusara lama yang terletak di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, di sini, pagi kelmarin.
Difahamkan, jasad bayi berkenaan antara tujuh pusara dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan yang diwartakan itu.
Naib Pengerusi Masjid Al-Syakirin Padang Sebang Rambeli Md Taha, 73, berkata, tujuh pusara lama itu dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan kerana ia membabitkan maruah Islam.

“Saya dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid mengambil masa hampir lapan bulan bagi memastikan perpindahan pusara lama ini dapat dilaksanakan dengan sempurna sebelum mendapat persetujuan daripada Mufti Melaka, baru-baru ini.
Foto
SEORANG penggali kubur Abdul Ghani Ibrahim mengangkat jasad yang ditemui dan dikafankan semula sebelum dipindah serta disemadi.


“Jika dikenal pasti dan diteliti, masih banyak lagi pusara lama tidak ditempatkan dalam kawasan tanah perkuburan, namun ia memerlukan masa agak panjang untuk dipindahkan kerana prosedur yang ketat,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.

Saturday, 4 January 2014

Hari pertama bertugas 2014.



Ahad yang memenatkan.....Pelbagai ragam murid baru dan lama yang mewarnai sekolah. Setelah 19 tahun Ahad menjadi cuti hujung minggu bagi Negeri Johor...kini Ahad menjadi hari pertama bekerja dalam seminggu.

Bagaimanapun apa yang terlihat pada mata kasar, guru-guru semuanya bagaikan penuh semangat menunaikan amanah dan tanggung jawab selaku pendidik dalam membentuk jatidiri anak bangsa ini.

Demikian juga para Pengawas yang ditugaskan membantu guru-guru dalam memastikan perjalanan sekolah ini tertaur mengikut jadual yang telah direncanakan lebih awal.

Terima kasih ya Allah....Terima kasih  segalanya.

Amal rosak kerana riak

ALLAH berfirman, “Sesiapa yang ingin bertemu Allah, hendaklah dia beramal soleh. Dan dalam amal solehnya itu janganlah dia mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun." (Surah al-Kahfi 18 :110)

Beribadat dan beramal soleh merupakan tuntutan daripada Allah kepada hamba-hambanya, kerana tujuan kita diciptakan di atas muka bumi ini adalah kerana ingin beribadat kepada Allah. Tetapi syarat supaya sesuatu amalan itu diterima ialah tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.

Amal ibadat akan berubah menjadi cacat sekiranya dicemari dengan dua jenis virus iaitu sifat riak dan sum‘ah. Allah berfirman dalam hadis Qudsi: “Aku paling tidak memerlukan sesuatu. Sesiapa yang mengerjakan suatu amal yang dicampuri dengan perbuatan syirik kepada-Ku, maka Aku tiada kaitan dengannya dan membiarkannya dengan orang yang dia sekutukan." (Riwayat Muslim)


Jenis riak

Apakah itu riak? Istilah riak berasal daripada kata akar “lihat". Orang yang riak ingin “memperlihatkan" ibadatnya kepada orang untuk mendapat sanjungan, pujian dan penghargaan. Dalam erti kata lain, riak ialah sifat “menduakan" Allah dalam melakukan kebaikan.

Imam al-Ghazali berkata: " Riak ialah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal-hal kebaikan."
Imam Habib Abdullah al-Haddad pula berkata: “Riak ialah menuntut kedudukan atau minta dihormati orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat."

Menurut pandangan ulama, berikut merupakan dua jenis riak:

1- Riak Akbar (Riak Besar) : Seseorang yang melakukan ibadat semata-mata untuk mendapat sanjungan manusia dan bukanlah untuk mendapat keredaan Allah. Riak jenis ini adalah berpaling secara keseluruhan daripada Allah. Riak beginilah yang paling buruk, jika tidak kerana manusia, maka dia tidak akan beramal.

2- Riak Asgar (Riak Kecil) : Tujuan dia melakukan ibadat bercampur-campur antara tujuan mendapat keredaan Allah dan juga penghargaan manusia. Riak jenis ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana masih mengharap keredaan Allah tetapi pada masa yang sama mengharap juga penghargaan dari manusia.


Risiko penyakit riak

Ramai yang tidak menyedari bahawa riak hakikatnya cuba menipu Allah. Percubaan menipu Allah tidak akan berjaya bahkan mengundang bahaya yang paling besar. Malahan al-Quran dan hadis banyak sekali memuatkan ancaman riak. Riak bukan sekadar dosa kecil, bahkan termasuk dalam dosa-dosa besar. Berikut antara bahaya riak yang dinyatakan oleh al-Quran dan hadis:

Riyak lebih bahaya dari fitnah dajal. Rasulullah bersabda: “Mahukah aku khabarkan kepada kalian sesuatu yang lebih aku takutkan terhadap kalian daripada kedatangan dajal?" “Bahkan, kami mahu!", jawab para sahabat. Maka Rasulullah bersabda, “Syirik khafi; iaitu seseorang solat, lalu menghiasi solat, kerana seseorang yang memperhatikan solatnya." (Riwayat Ibnu Majah)

Amal tidak akan berkesan. Allah berfirman: “Maka celakalah bagi orang yang solat, iaitu orang yang lalai daripada solatnya, orang yang berbuat riak dan mencegah iaitu menolong dengan barang yang berguna." (Surah al-Ma‘un 107: 4-7)

Riyak akan menghapus dan membatalkan amalan. Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan menyebut-nyebut dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. 

Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun dari apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah, Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang kafir." (Surah al-Baqarah : 264)


Penawar Riak

Jadi bagaimana mahu mengatasi rasa riak ini? Adakah orang yang riak ini akan berterusan tenggelam dan syok sendiri dengan amalannya yang tidak membuahkan hasil? Sudah tentu sekali tidak. Maka riak dapat ditangani sekiranya mereka beringat bahawa apa yang dicari pada manusia akan punah, dan yang kekal hanyalah Allah. Firman Allah: “Apa yang ada di sisi Allah jua yang kekal." (Surah an-Nahl :96)

Yakinilah bahawa riak hanya akan membawa kepada kehinaan, dan amalan orang yang riak ini langsung tidak akan mendapat ganjaran di akhirat. Tanya diri kita, mahukah kita berpenat lelah mengerjakan segala amal kebajikan di atas dunia ini, lantas di akhirat kita hanya menjadi seorang yang papa kedana? Fikirkan juga betapa riak akan menghapuskan pahala dan menambah dosa. Pada hari kiamat kelak Allah akan berfirman: " Pergilah kepada mereka yang kamu perlihatkan amalan untuknya. Tengoklah adakah pahala pada mereka? " (Riwayat Ahmad)

Apabila terdetik sahaja rasa riak, segeralah ingat kepada Allah dan berlindung daripada godaan syaitan. Hadapkan hati dan wajah kepada Allah dengan mengenangkan segala sifat keampunan dan kasih sayang dari-Nya, dan bayangkan aib diri akan didedahkan kepada seluruh manusia sekiranya kita beribadat hanya mengharap pujian manusia.

Credit: Dr. Zahazan Mohamed

Friday, 3 January 2014

Ungkit pemberian hapus pahala sedekah

Bersedekah adalah amalan sunat yang sangat dituntut oleh Islam. Rasulullah SAW sudah memberitahu kepada umatnya bahawa sedekah tidak akan mengurangkan harta orang yang bersedekah. 

Malah, sedekah memberi banyak kebaikan antaranya dapat menyucikan harta, membersihkan diri daripada sifat kedekut, menghapuskan dosa kecil, menjauhi daripada penyakit serta memberi kegembiraan kepada golongan memerlukan.


Justeru, jangan terpedaya dengan pujukan syaitan yang menakutkan kita dengan kepapaan andainya banyak bersedekah. Sebaliknya, yakinlah rezeki Allah SWT kerana ada kalanya ia datang tanpa disangka. 

Pada masa sama, perlu diberi perhatian, apabila bersedekah jangan pula mengungkit pemberian itu kerana ia hanya akan menghilangkan pahala dan menunjukkan kita tidak ikhlas memberi. 

Tindakan itu juga boleh menyebabkan aib kepada pihak yang menerima sedekah apabila disebarkan khususnya di depan mereka sendiri. Bak kata pepatah, tangan tangan memberi, tangan kiri tidak tahu. 

Abu Zar berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Ada tiga golongan yang Allah tidak bercakap dengan mereka pada hari kiamat nanti. Allah juga tidak memandang mereka dan tidak mengampunkan dosa mereka. Mereka juga mendapat seksaan yang pedih. 

“Nabi Muhammad menyebutnya tiga kali. Abu Zar berkata: Ruginya mereka. Siapakah mereka itu, wahai utusan Allah? Rasulullah berkata: Orang yang melabuhkan pakaiannya kerana sombong, orang yang mengungkit pemberian atau jasanya dan orang yang menjual barang dengan sumpah palsu.” (Riwayat Muslim).


Dalam riwayat lain oleh Muslim, Nabi Muhammad menerangkan orang yang melabuhkan kainnya bermaksud lelaki yang melabuhkan kain atau pakaiannya lebih daripada buku lali kerana berlagak sombong. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima).” (Surah al-Baqarah, ayat 264).



Ulama berjiwa pahlawan

SEPINTAS lalu dapat digambarkan dan dikenangkan bahawa peranan dan sumbangan para ulama di Nusantara, khususnya di tanah air kita adalah daripada perjuangan ulama dan termasuk juga para penulis dan wartawan.

Buku-buku teks sejarah kebangkitan orang Melayu menentang penjajah seperti perjuangan Tok Janggut, Tok Kenali, Abdul Rahman Limbong, Tok Gajah, Datok Bahaman, Mat Kilau dan ramai lagi ada menjelaskan faktor utama yang mendorong kebangkitan pahlawan dan rakyat pada waktu itu.

panglima-mat-kilau

Penentangan terhadap penjajahan di Melaka dan negeri-negeri Melayu yang lain daripada penjajahan Pertugis, Belanda dan Siam begitu hebat dan rancak di bawah pimpinan para ulama. Terdapat juga ulama yang berjuang yang akhirnya menyaksikan ada antara mereka yang gugur syahid dan dibuang negeri.




Berhijrah

Sebahagian ulama telah mengatur perancangan antaranya berhijrah ke Mekah pada akhir abad ke-7 Hijrah. Penghijrahan ini bukan bermaksud mereka takut untuk berjuang tetapi sebagai mengatur strategi dalam menghadapi era penjajahan. Strategi ini menghasilkan natijah apabila lahirnya ramai ulama Melayu yang dilatihkan di Mekah antaranya Sheikh Ahmad Muhammad Zain al-Fathani.



Selain itu, ulama-ulama Melayu ini juga menggunakan kesempatan ketika ibadat haji untuk berkumpul dan meniupkan semangat anti penjajah kepada orang Melayu yang datang mengerjakan haji.

Di Indonesia penjajah Belanda berasa hairan, mengapa setiap kali umat Islam ke Mekah mengerjakan haji, penentangan rakyat terhadap mereka semakin kuat. Menurut kajian Snouk Hurgronje pada 1884, mendapati peranan ulama Melayu, seperti Sheikh Ahmad al-Fathani yang telah bertanggungjawab mempengaruhi jemaah haji dan para pelajar Melayu di Mekah dalam membebaskan tanah air masing-masing.

Berdasarkan kajian tersebut, Hurgronje mengeluarkan sebuah laporan yang berjudul, €œDe Afjehera€ di mana laporan itu menyebut supaya ulama diasingkan daripada rakyat untuk memisahkan antara agama dan politik bagi menyemarakkan gerakan penentangan.

Thursday, 2 January 2014

Basikal baharu cipta rekod dunia



LONDON 31 Dis. - Seorang pemilik kedai basikal di Britain mencipta rekod baharu dunia apabila berjaya menghasilkan sebuah basikal yang mampu bergerak dengan kelajuan lebih 180 kilometer sejam.

Jason Rourke, 42, menghabiskan masa selama 10 hari untuk membina basikal tersebut dengan kos sebanyak 5,000 pound (RM27,133) dan memberi penghormatkan kepada pelumba motosikal Britain, Guy Martin untuk menggunakan basikal itu bagi memecahkan rekod dunia dengan catatan masa 181 kilometer sejam.



Rekod sebelum ini dicipta oleh pelumba basikal dari Belanda, Sebastiaan Bowier yang mencapai kelajuan 133.78 kilometer sejam pada September lalu.

Rourke menunda basikal yang dinaiki Martin pada kelajuan 80 kilometer sejam sebelum pelumba terbabit mengayuh kenderaan itu sehingga mencecah kelajuan 181 kilometer sejam.



Rourke yang berasal dari Staffordshire berkata, pada mulanya ayahnya dihubungi seseorang yang meminta bantuan untuk membina sebuah basikal bagi mencatat rekod dunia, namun dia terpaksa menolak pelawaan itu atas faktor kerja yang banyak.

Namun jelasnya, seorang produser kemudian menghubunginya pada Februari lalu memintanya melakukan perkara yang sama dan kali ini dia tidak menolaknya.



"Saya menghabiskan masa selama 10 hari untuk mencipta basikal yang kuat menggunakan besi dan tayar yang tebal bagi memastikan kenderaan itu stabil.



"Malah Martin turut datang ke bengkel kami di Burslem untuk membantu menghasilkan basikal berkenaan," katanya.



Usaha mencipta rekod berkenaan yang dirakamkan sejak pembikinan basikal itu, disiarkan bermula semalam melalui satu siri program televisyen yang dikenali sebagai 'Speed'. - AGENSI