Monday, 8 December 2014

HAKIKAT DUNIA

ABU Hurairah R.A. berkata bahawa suatu ketika Rasaulullah SAW bertanya kepadanya,.
" Maukah Aku perlihatkan kepadamu hakikat dunia ?"
Beliau menjawab, "Ya"...

 

Rasulullah bersama beliau pergi ke suatu tempat pembuangan sampah di luar kota Madinah. Di tempat itu berserakan benda2 termasuk tengkorak manusia, kotoran, kain2 koyak , tulang belulang & lain lain.

Rasulullah bersabda,
"Abu Hurairah, ini adalah tengkorak manusia, dahulu otak di dalamnya bercita cita dan tamak untuk dunia. sebagaimana kamu hidup sekarang. Dahulu dia pun menaruh harapan seperti kamu sekarang . Hari ini dia terguling di sini tanpa kulit. sebentar lagi ia akan menjadi tanah.

KOTORAN ini berasal dari berbagai jenis makanan, yg telah diusahakan dengan susah payah lalu di makan. Kini ia berselerak disini dalam keadaan menjijikkan , sehingga orang yang melihatnya saja akan menjauhkan diri,

Kain-kain yang koyak ini dahulu adalah pakaian yg indah dan mahal di pakai orang lalu merasa bangga dengannya. Hari ini angin menerbangkan nya kesana kemari.

Tulang-tulang ini dahulu adalah haiwan-haiwan yang manusia pernah menungganginya dengan perasaan bangga dan berjalan di muka bumi . Jadi siapakah yang tidak mau menangis dengan keadaan mereka ini, menangislah sambil melihatnya."

Abu Hurairah R.A. berkata bahawa mereka kemudian menangis tersedu-sedu.

 
 
 
 
Credit: Sheikh Mohd Khalid Ismail
 

DITANGKAP KERANA AJAR BACA AL QURAN

Tashkent: Pihak berkuasa Uzbekistan menahan sekumpulan wanita Islam di daerah Yangiyul di bandar raya ini selepas mendapati mereka bersalah mengajar kanak-kanak perempuan membaca kitab suci al-Quran.

Menurut laporan World Bulletin baru-baru ini, wanita berkenaan mengajar kanak-kanak itu di rumah mereka apabila mereka ditahan Khamis lalu.

Stesen televisyen milik kerajaan pula melaporkan mereka didakwa atas tuduhan ‘radikalism’ kerana mengajar kitab suci itu.
Antara yang ditahan ialah Hanaife Mirganieva yang didakwa mengetuai kumpulan berkenaan.

Pegawai Uzbekistan berkata, beberapa wanita berjaya melepaskan diri dan dijangka mendapatkan perlindungan di Turki.

Kumpulan hak asasi manusia sudah sekian lama menuduh Uzbekistan menindas kebebasan beragama sebagai sebahagian daripada kempen menentang kebangkitan Islam di negara itu.

Penindasan itu termasuk menahan dan mendera masyarakat Islam yang mengamalkan suruhan agama.
Pada Mac 2012, kerajaan mengharamkan penjualan pakaian menutup aurat.

Negara itu pada 1998 meluluskan undang-undang mendenda dan memenjara mereka yang mengenakan pakaian bercirikan keagamaan, termasuk hijab. - Agensi



 

KUCING 2 MUKA MATI PADA USIA 15 TAHUN

Worcester: Seekor kucing yang dinamakan Frank dan Louie selepas dia dilahirkan dengan dua muka, dua mulut dan tiga mata biru mati pada usia 15 tahun, kelmarin.

Akhbar Telegram of Worcester melaporkan ‘Frankenlouie’ mati di Sekolah Perubatan Veterinar Cummings di Universiti Tufts di Grafton Utara.

Pemiliknya, Marty Stevens berkata, pakar veterinar percaya kucing itu mati disebabkan barah. Frank dan Louie dimasukkan dalam Rekod Dunia Guinness edisi 2012 sebagai kucing Janus yang dinamakan sempena Tuhan Roman dengan dua muka yang paling lama hidup. Kucing Janus biasanya mati beberapa hari selepas dilahirkan.

Frank dan Louie hidup seperti kucing biasa sepanjang hayatnya. Meskipun buta mata tengah, kedua-dua matanya yang lain berfungsi dengan baik dan walaupun memiliki dua hidung dan dua mulut, tetapi haiwan itu hanya memiliki satu otak.- Agensi 

POLIS BURU LELAKI GIGIT ANJING

Gloucester: Polis semalam melancarkan gerakan memburu seorang lelaki yang dilihat menggigit anjingnya.

American-Staffordshire-Bull-Terrier

Gerakan memburu itu dilancarkan selepas aduan diterima mengenai perbuatan lelaki itu terhadap anjing baka Staffordhire yang dipercayai miliknya.

Jurucakap polis Gloucestershire berkata, mereka berharap ada saksi yang mengenali lelaki itu tampil untuk memberi butiran lanjut mengenai kejadian itu.

Awal tahun ini, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tertunda selama 26 minggu selepas didapati bersalah atas tuduhan menggigit anjing teman wanitanya sebelum melontarnya ke dinding. - Agensi

Sunday, 7 December 2014

JANGAN REMEHKAN BERBUAT KEBAIKAN




Sabda Rasulullah SAW; "Jangan pernah kamu meremehkan kebaikan, meski dengan menyambut saudaramu dengan wajah berseri." (Hadis Riwayat Muslim). - Gambar hiasan

Kehidupan adalah peluang disajikan Allah SWT di mana kepelbagaian peluang ini tidak dapat dihitung oleh manusia. Peluang ini datang pada setiap bidang dan sebahagian daripadanya dapat mengubah perjalanan hidup seseorang dan sebahagiannya tidak akan berulang sehingga ada ulama mengungkapkan bahawa: "Apabila dibuka suatu peluang kebaikan, maka bersegeralah melakukannya kerana kita tidak mengetahui bilakah ia akan tertutup buat kita."

Kadang kala kita melihat peluang berkenaan berbentuk kebaikan bagi membentuk dan membina masyarakat, terkadang berbentuk jawatan dan pangkat untuk berkhidmat kepada agama dan umat selain ada masanya berbentuk perniagaan yang mampu menjana pendapatan lumayan khususnya dari seorang insan yang baik.

Sesungguhnya harta yang banyak di tangan orang yang baik adalah satu nikmat yang tidak ternilai. Ulama menyebut: "Sebaik-baik harta adalah dari kepunyaan orang yang baik." Ini kerana, orang baik dan soleh saja yang dapat menguruskan hartanya mengikut acuan agama.

Peluang dalam kehidupan akan sentiasa terbentang sepanjang hayat dan ianya teguh berdiri sehinggalah detik terakhir kehidupan. Sabda Baginda SAW bermaksud : "Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan seorang daripada kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat, maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala." (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

Dua jalan

Dapat difahami bahawa dua jalan yang tidak pernah terpisah iaitu dunia dan akhirat. Apa yang tersirat ialah Baginda SAW ingin menyatakan dengan maksud tersurat berbunyi: "Bekerjalah sehingga ke detik-detik terakhir kehidupan."

Saidina Umar Al-Khattab memberitahu dengan tegas dan yakin bahawa: "Jikalau di tanganku ada sebutir biji benih dan aku tahu keesokan harinya akan kiamat, nescaya aku akan tanam biji benih berkenaan."

Demikianlah Baginda SAW yang sentiasa peka dengan peluang dan menyarankan umatNya mengisi peluang berkenaan dengan kebaikan. Maka, Saidina Abu Bakar Assiddiq ra dapat merebut peluang pertama sehingga diiktiraf baginda SAW melalui sabdanya bermaksud: "Sesungguhnya aku telah diutus oleh Allah kepada kamu namun kamu sekalian mengatakan, "Engkau pendusta!" Sementara Abu Bakar berkata: "Engkau benar!" Selepas itu dia membelaku dengan seluruh jiwa dan hartanya. Lalu apakah kamu akan mengabaikan sahabatku ini? (Hadis Riwayat Bukhari).

Begitu juga Saidina Othman yang berusaha agar kekalutan yang berlaku pada zamannya dapat diredakan dengan menangkis serangan fitnah terhadapnya secara bijaksana.

Akibatnya, nyawa dan jiwanya terus terancam sehingga meninggal dunia dalam keadaan membaca Al-Quran. Peluang jawatan yang dikurniakan Allah SWT tidak disia-siakan sehingga beliau dapat memperluaskan empayar Islam yang dapat mengatasi keluasan empayar Rom Timur dan juga empayar Parsi pada zaman kegemilangan mereka.

Beliau juga dapat menyatukan pengumpul Al-Quran yang membawa pelbagai versi dalam sebuah mushaf yang diberi nama mushaf Uthmani. Demikian juga mereka yang terdahulu daripada Muhajirin dan Ansar yang mendahului manusia lain apabila mereka menggunakan peluang berhijrah dan menerima ahli Makkah sebagai tetamu istimewa.

Terus menetap dalam syurga

Pasukan Badar yang berjuang bermati-matian, mereka yang menerima Islam sebelum pembukaan kota Makkah dan berhijrah serta mengorbankan harta dan jiwa di mana mereka mendapat pengiktirafan khusus berbanding mereka yang berjuang selepas pembukaan kota Makkah.

Firman Allah SWT bermaksud: "Dan antara mereka ialah orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia). yang akan mendahului orang lain dalam mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak. Mereka itulah orang-orang yang didampingkan di sisi Allah SWT. Terus menetap di dalam syurga yang penuh nikmat. Sebahagian besar daripada mereka adalah dari umat manusia yang terdahulu dan sebilangan kecil dari orang yang datang kemudian." (Surah Al-Waqiah ayat 10-14).

Demikianlah gambaran mereka yang terbaik disisi Allah SWT apabila mereka dapat memanfaatkan peluang dalam kehidupan. Mereka yang menyedari akan luputnya tarikh peluang itu akan berasa kelajuan masa dengan berlalunya peningkatan umur, tahap kesihatan yang rendah, berkurangnya harta simpanan, status keamanan sejagat dan keizinan masa yang terbatas.

Sabda Baginda SAW bermaksud: "Jangan pernah kamu meremehkan kebaikan, meski dengan menyambut saudaramu dengan wajah berseri." (Hadis Riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Baginda SAW bersabda: "Takutlah kamu kepada neraka, meski dengan bersedekah sebutir kurma." (Hadith Riwayat Bukhari). Begitu juga mereka yang ditimpa musibah. Maka, peluang bagi mereka adalah bersabar dan reda atas segala ketentuan.

Setia terhadap agama

Nabi Yusuf as yang menderita akibat berada di perantauan, kezaliman dan penjara yang menyakitkan, masih setia terhadap agama dan kebenaran walaupun menerima tekanan terhadap kalimah tauhid yang dipegang.

Firman Allah SWT bermaksud: "Wahai kedua penghuni penjara, manakah yang lebih baik. Tuhan yang bermacam-macam itu ataupun Allah yang maha Esa lagi perkasa? Maka Yusuf as menjawab dengan yakin melalui firman Allah SWT bermaksud: "Keputusan hanyalah kepunyaan Allah. Dia memerintahkan agar kamu tidak menyembah yang lain kerana itulah agama yang lurus". (Surah Yusuf ayat 39-40).

Namun demikian, peluang ini disalah gunakan sebahagian masyarakat kini dengan meletakkan kebebasan yang dikurniakan Allah kepada manusia untuk menjadi kufur.

Bagi mereka, sesiapa saja berhak untuk beriman dan kufur sebagai respons kepada peluang yang dikurniakan Allah SWT. Pada mereka, ini adalah peluang yang dianugerahkan Allah SWT untuk kita beriman atau kufur mengikut pandangan masing-masing.

Malah ada yang mengungkapkan bahawa: "Kami hanya murtad dan kufur sahaja. Kami tidak mengganggu sesiapa. Biarkanlah kami dengan fahaman kami." Malah, mereka juga membentangkan ayat Al-Quran sebagai alasan bagi menghalalkan kata-kata mereka.

Mereka membacakan ayat yang bermaksud: "Dan katakanlah bahawa kebenaran adalah dari TuhanMu. Sesiapa yang ingin beriman, dia boleh beriman dan sesiapa yang ingin kufur, maka dia berhak berbuat demikian." (Surah Al-Kahfi ayat 29).

Di sini, terdapat beberapa perkara yang kita harus perhatikan. Walaupun Allah SWT memberikan tawaran untuk manusia memilih, Allah SWT tidak membiarkan kita terkapai-kapai mencari kebenaran. Allah SWT Maha Penyayang dan Dialah yang memberikan petunjuk.

Empat batas utama

Maksud ayat seterusnya ialah: "Sesiapa yang kufur dan zalim, bagi mereka adalah neraka yang sering mengepung mereka serta pelbagai azab yang memedihkan". (Surah al-kahfi ayat 29). Ini menunjukkan bahawa pilihan mereka mestilah tepat dan benar kerana neraka sedang menanti. Janganlah pula mereka sanggup mengatakan bahawa: "Kami sanggup masuk neraka asalkan jangan ganggu kami."

Ingatlah bahawa iman dan kufur dibatasi oleh empat benteng utama. Oleh itu, sesuatu ucapan atau perbuatan yang membawa maksud yang disengajakan untuk melanggar keempat-empat batas ini, maka ia akan mengeluarkan seseorang itu dari iman dan Islam.

Empat batas utama yang menjadikan terbatalnya iman seseorang ialah mengingkari atau mencela sifat rububiyyah Allah, mengingkari atau mencela nama atau Asma' Allah dan sifat-sifat-Nya, mengingkari atau mencela sifat uluhiyyah Allah dan mengingkari atau mencela Rasulullah SAW sama ada kerasulannya atau apa yang dibawanya melalui hukum syari'at.

Banyak ayat yang menjelaskan bahawa tidak ada sedikit pun perbuatan Allah yang terkeluar dari landasan hikmat. Bertolak dari sini, perbuatan menolak atau menentang sebahagian dari syari'at dan hukum ketetapan Allah SWT bererti menolak dan menentang perbuatan Allah secara keseluruhannya.

Oleh itu, bagi mereka yang mengucapkan kata-kata yang boleh membawa mereka ke jurang yang hina ini mestilah menggunakan peluang yang ada untuk kembali kepada jalan yang sebenar.

Allah SWT berfirman bermaksud: "Wahai kaumku, mintalah ampun daripada Tuhanmu, kemudian kembalilah mentaatiNya agar diturunkan hujan lebat dan menambah bagi kamu kekuatan yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangi seruan-Ku dengan terus menerus melakukan dosa." (Surah Hud, ayat 52).

Rahmat akan sentiasa membayangi kita semua sekiranya perasaan takabbur dapat dihapuskan dengan menerima pandangan ahli ilmu di dalam bidang mereka.

Kesimpulannya, setiap manusia diberikan peluang oleh Allah SWT untuk melakukan ketaatan. Maka, mereka yang bahagia adalah mereka yang dapat menjadikan setiap musim dalam kehidupan sebagai peluang untuk membersihkan jiwa, membangunkan kehidupan dan sentiasa berjuang untuk mencapai tahap tertinggi.

Apabila hilangnya semangat juang berkenaan, maka hilanglah peluang keemasan yang diberikan Allah SWT. Ingatlah bahawa kita tidak diberikan kebebasan dalam menentukan jalan keimanan dan kekufuran. Hanya jalan iman sahaja yang akan selamat di dunia dan akhirat.



 Credit: Zamanuddin Jusoh

Thursday, 4 December 2014

Tanda bukan Islam mula terima al-Quran

ADA dua berita gembira kepada umat Islam dalam tempoh seminggu lalu. Pertama, seorang biskop kanan Gereja England, Harries of Pentregarth pada 30 November 2014 lalu mencadangkan bacaan ayat suci al-Quran diperdengarkan dalam majlis pertabalan Putera Charles, sekiranya beliau diangkat sebagai pemerintah negara itu. 
 
   Lord Harries of Pentregarth
  Harries of Pentregarth            
 
Sehari kemudian, pemimpin agama Vatican, Pope Francis pula menyatakan, tindakan menyamakan Islam dengan keganasan adalah satu perbuatan salah. 
 
“Anda tidak boleh menyatakan demikian. Semua agama mempunyai kumpulan kecil seumpama ini (pelampau). Mereka (penganut Islam) percaya al-Quran adalah kitab suci yang membawa keamanan,” katanya sekembalinya daripada melawat Turki.
 
Pope Francis
Pope Francis
 
Apa yang menarik adalah tanggapan kedua-dua pemimpin agama itu kepada kitab suci al-Quran. Yang tersirat daripada yang tersurat adalah keyakinan mereka bahawa al-Quran itu memberi ketenangan dan mengajak manusia kepada kesejahteraan. 
 
Jika orang bukan Islam menyakini demikian, di mana pula kedudukan kita sebagai umat Islam yang beriman dengan kitab Allah ini? Sejauh mana kita mentadabbur ayat-ayat Allah yang di dalamnya penuh dengan petunjuk, hidayah serta merungkai semua permasalahan dalam hidup manusia.
 
Persoalannya, berapa ramai dalam kalangan kita yang menjadikan al-Quran sebagai bacaan wajib setiap hari? Selepas membacanya adakah kita berusaha memahami dan mengamalkannya? Hal-hal begini sepatutnya menjadi keutamaan bagi umat Islam sementelahan kita tahu bahawa al-Quran itu memberi petunjuk kepada orang yang bertakwa. (al-Baqarah: 2)
 
 Gambar Hiasan Majlis Khatam Al Quran
Gambar hiasan
 
Kelebihan membaca al-Quran bukanlah rahsia. Antaranya, al-Quran akan menjadi syafaat di akhirat. Ia berdasarkan hadis daripada Abu Umamah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya. (riwayat Muslim)
 
Kedua: Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya di akhirat. Ia berdasarkan hadis daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Di akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan surah al-Baqarah dan surah ali-Imran, kedua-dua surah ini menghujah (mempertahankan) orang yang membaca dan mengamalkannya. (riwayat Muslim).
 
 Gambar muka depan Al-Quran
 
Sepatutnya kedua-dua berita di atas dijadikan pemangkin kepada semua umat Islam untuk memperhebatkan lagi usaha dakwah kepada orang bukan Islam.
 
Berdakwah tugas semua, bukan terhad kepada para ulama, ustaz dan ustazah. Antara ramuan dakwah yang paling berkesan adalah dakwah bil hal (penampilan kualiti peribadi). 
 
Bagi Malaysia, adakalanya kita memerlukan kepada uslub al-Latf wa al-layn (pendekatan lembut dan lunak). Lebih-lebih lagi dalam hal melibatkan hubungan dengan penganut agama lain. Berlembut pada tempat yang perlukan kelembutan adalah bukti kebijaksanaan pendakwah.
 
Sama juga keadaan berkeras pada tempat yang memerlukan kekerasan juga adalah hikmah. Uslub al-Latf wa al-layn ini diasaskan kepada firman Allah SWT kepada nabi Musa a.s dan nabi Harun a.s ketika mereka diperintah menyeru Firaun kepada agama Allah. (rujuk surah Thaha: 43–44).
 
 the respected persian islamic scholar al ghazali 1058 1111 born and ...
 
Semua tindakan itu terangkum dalam dakwah secara hikmah. Ia sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik... (an-Nahl: 125) 
 
Mereka yang membudaya dan mengamalkan al-Quran pasti menjadi generasi yang cemerlang dalam segi tingkah laku, amalan dan cara hidup mereka.
 
Apabila ini dicapai, tugas berdakwah kepada bukan Muslim menjadi lebih mudah. Ingatlah bagaimana al-Quran melembutkan hati insan bengis dan keras seperti Umar al-Khatab sekali gus menukar beliau kepada insan Muslim dan mukmin.
 
Urgensi Menghafal Al Qur’an


Credit: MOHD. RADZI MOHD. ZIN

Wednesday, 3 December 2014

Solat Wusto

 

Solat Wusto : Wusto bererti pertengahan. Solat Wusto bererti solat pertengahan. Jadi Solat Asar adalah solat wusto atau solat pertengahan. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t.:

Pendapat yang menyatakan Solat Asar merupakan Solat Wusto ialah berdasarkan dari hadits Ali r.a. : Bahawa Nabi s.a.w. bersabda pada waktu perang Ahzab: “Allah akan memenuhi kubur dan rumah-rumah mereka dengan api neraka, sebagaimana mereka menghalangi kita dari solat wusto sampai terbenam matahari”. (HR Bukhari dn Muslim)

Sedang pada riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud berbunyi sebagai berikut : “Mereka menghalangi kita solat Wusto, iaitu solat Asar”.

Pendapat di atas ada kebenarannya, berpandukan penetapan waktu, iaitu sehingga sampai terbenam matahari, sebagaimana dalam hadits riwayat Bukhari dan Muslim. Waktu solat yang berakhir dengan terbenamnya matahari ialah Solat Asar.