Wednesday, 20 March 2013

SABAH-MILF DAN MNLAF BERBEZA PENDAPAT.


MILF tolak tuntutan Nur Misuari ke atas Sabah


Nur Misuari
Nur Misuari.jpg

KUALA LUMPUR 20 Mac - Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menolak dakwaan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari kononnya Kerajaan Malaysia telah menggunakan MILF bagi memperkukuh tuntutannya ke atas Sabah dan bertanggungjawab mendorong perpecahan di kalangan rakyat Moro.

Ketua Sekretariat MILF, Mohammad Ameen berkata, dakwaan itu adalah satu pembohongan dan palsu semata-mata.

"Misuari melakukan dosa berat kerana membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan cuai terhadap MILF dan kerajaan Malaysia," beliau disebut sebagai berkata oleh Pusat Berita Luwaran.
Serangan lisan terbaru Misuari itu disiarkan oleh Al-Jazeera, YouTube dan beberapa media arus perdana Malaysia di Kuala Lumpur semalam.



Ameen mengingatkan Misuari bahawa Malaysialah yang telah menggesa pembentukan Persidangan Perpaduan Bangsamoro (BSC) pada 2002 demi menyatukan pelbagai puak dalam MNLF dan MILF dan menggalakkan pendirian bersama di kalangan mereka terutama untuk berurusan dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

"Bagaimana pula boleh menggunakan MILF bagi mengukuhkan tuntutannya ke atas Sabah, bila Sabah tidakpun menjadi sebahagian daripada agenda rundingan damai sejak 2001?" kata Ameen.

Ameen turut memberitahu Misuari bahawa Malaysia tidak pernah menawarkan diri untuk mengatur rundingan damai Kerajaan Filipina-MILF (GPH-MILF), tetapi Presiden Gloria Macapagal-Arroyo pada 2001 yang meminta Malaysia bertindak sebagai orang tengah antara dua pihak berkenaan setelah rundingan diadakan semula, selepas Presiden Joseph Estrada melancarkan perang terhadap MILF pada tahun 2000.

Presiden Arroyo, dalam lawatan luar negaranya yang pertama sejak menjadi presiden selepas penggulingan Presiden Estrada, telah berkunjung ke Kuala Lumpur untuk secara rasmi meminta Malaysia mengatur rundingan damai GPH-MILF.

"Malaysia setakat memberi respon ikhlas terhadap permintaan jiran yang baik," jelas beliau.

Ameen juga mempersoal niat Misuari yang begitu beria-ia menyokong tuntutan Sabah sekarang sedangkan beliau tidak pernah menimbulkan isu itu sepanjang 21 tahun rundingan damainya dengan kerajaan Filipina.

Sementara Perjanjian Damai Muktamad Kerajaan Republik Filipina-MNLF (GRP-MNLF) pada 1996 tidak pernah merujuk kepada tuntutan Sabah. - BERNAMA

Ops Daulat dilancarkan kerana pengganas ancam kedaulatan negara: PAT

LAHAD DATU: Malaysia tidak akan berlembut jika kedaulatannya diancam dan akan mengambil tindakan sama seperti negara berdaulat lain.

Ketika menegaskan perkara itu, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, tindakan memerangi pengganas militan dari selatan Filipina diambil kerana kumpulan penceroboh terbabit memberi ancaman kepada keselamatan, keamanan dan kedaulatan negara.


"Ini satu manifestasi kita satu negara dan rakyat yang mencintai keamanan," katanya pada sidang media bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi FELDA Sahabat 16 dekat sini, hari ini. 


Zulkifeli berkata, Malaysia sebagai sebuah negara yang mencintai keamanan dan kedamaian sebelum ini memberi masa yang panjang untuk menyelesaikan kemelut itu melalui rundingan dan meminta pengganas berundur dari negara ini.

"Itu hasrat kita tapi tiada petunjuk pengganas mahu menyelesaikan perkara ini secara aman menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil tindakan sepatutnya," katanya.

Beliau turut menjelaskan sebab kerajaan mengambil masa yang lama untuk menggerakkan tindakan terhadap kumpulan militan itu.

"Ini dasar kita sebagai sebuah negara yang mencintai keamanan dan kedamaian, maka kita berunding dan langkah ini terbukti bahawa kerajaan tidak mahu berlaku pertumpahan darah," katanya. 


Beliau berkata, kerajaan Malaysia terbukti sebuah negara yang mencintai keamanan apabila terbabit di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang banyak menyelesaikan konflik pihak bertelagah termasuk di selatan Filipina membabitkan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). - BERNAMA.

Saling menghormati elak sengketa


ALLAH SWT pernah berfirman yang bermaksud: Dia memasamkan muka dan berpaling, (1) Kerana dia didatangi orang buta. (2) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali dia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)! (3) Ataupun dia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya. (4) Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran al-Quran), (5) Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya. (6) (Abasa: 1-6)

Ayat ini mengandungi teguran Allah SWT kepada Nabi SAW kerana tidak mempedulikan sahabat yang buta iaitu Abdullah bin Ummi Maktum r.a yang bertanya soalan kepada Baginda. Pengajaran daripada ayat ini ialah kita perlu memberikan layanan yang sama dan bersikap adil kepada semua manusia, tidak kira apa status dan jawatan yang dimiliki olehnya. Ini termasuk terhadap orang yang kita benci. Sekiranya dia mempunyai hak, maka laksanakanlah tanggungjawab untuk melunaskan haknya itu.

Firman Allah SWT: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (al-Maidah: 8)

Islam amat melarang umatnya merendah-rendahkan orang lain. Kedudukan, harta dan rupa paras bukannya boleh menjadikan seseorang itu mulia melainkan sekiranya ia dipayungi dengan iman dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuan-Nya. (al-Hujurat: 13)

Islam menganggap semua manusia mempunyai hak dan tanggungjawab yang perlu ditunai dan dilaksanakan. Oleh kerana itu, kita tidak boleh membeza-bezakan manusia. Tidak wajar untuk ditinggikan sebahagiannya dan direndahkan sebahagian yang lain dengan melihat ukuran keduniaan semata-mata. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui kemuliaan seseorang. Barangkali seorang pengemis lebih mulia di sisi Allah SWT berbanding seorang jutawan.

Lantaran itu, persoalannya mengapa kita tegar merendah-rendahkan sesuatu keturunan, kaum dan bangsa? Mengapa kita sanggup dan tergamak untuk menghina seseorang yang mempunyai kecacatan atau kekurangan? Sedangkan mereka tidak mengetahui dan tidak meminta untuk dijadikan begitu. Ia adalah merupakan keputusan daripada Allah SWT yang penuh dengan hikmah yang tersurat dan tersirat. Nabi SAW bersabda: "Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu adalah sama, bapa kamu adalah sama (Adam). 

Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas 'ajam (yang bukan Arab) atau 'ajam ke atas Arab atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan. (riwayat Ahmad dan al-Baihaqi)

Orang yang benar-benar beriman kepada Allah SWT tidak akan bermegah-megah dengan hartanya, tidak berbangga dengan keturunan serta warna kulit dan tidak mendabik dada dengan kelebihan yang ada pada dirinya. Semua yang berlaku di dunia ini adalah merupakan ketentuan dan pemberian Allah SWT.

Oleh itu, kita perlu saling menghormati dan memandang tinggi kepada orang lain. Janganlah kita merendah-rendahkan orang lain dengan mengeji dan memperlekehkannya atau tidak memberikan layanan yang baik kepadanya.

Credit: WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN

SATU LAGI PENGGANAS TERBUNUH


Satu lagi mayat pengganas Kiram ditemui

LAHAD DATU 20 Mac - Pasukan keselamatan menemui satu lagi mayat pengganas Kiram yang dipercayai mati ketika operasi penggeledahan di kawasan perumahan Kampung Tanjung Batu pada 6 Mac lalu.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd. Zin berkata, mayat pengganas itu akan dibawa keluar hari ini tetapi bergantung pada keadaan sekeliling.

Tuesday, 19 March 2013

JAMALAUL KIRAM DIANCAM BUNUH??


Jamalul Kiram dakwa ada pihak mahu bunuhnya

GAMBAR fail menunjukkan Jamalul Kiram (tengah) berada di dalam rumahnya di Kampung Maharlika, bandar Taguig pada 1 Mac lalu.


MANILA - Satu pasukan asing didakwa tiba di negara ini untuk membunuh pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III, kata jurucakapnya, Abraham Idjirani.
Menurut akhbar Philippine Daily Inquirer semalam, skuad itu juga didakwa akan membunuh penasihat Jamalul Kiram Pastor 'Boy' Saycon.
Pada satu sidang media semalam, Idjirani mendedahkan, seorang kolonel tentera asing bersama empat komando dan tiga pembunuh upahan tempatan didakwa akan membunuh Jamalul Kiram dan para pengikutnya.
Idjirani meminta pihak Biro Siasatan Kebangsaan dan polis tentera Filipina untuk menyiasat maklumat perisikan masing-masing bahawa skuad bunuh itu kini tinggal di Hotel Maxim di bandar Pasay.
Idjirani berkata, seorang peguam yang dikatakan didekati anggota-anggota skuad berkenaan telah memberitahu Saycon mengenai plot tersebut.
Para pengikut Jamalul Kiram sebelum ini menceroboh Lahad Datu, Sabah untuk menuntut tanah nenek moyang Kesultanan Sulu pada 12 Februari lalu.
Pertempuran kemudian berlaku melibatkan para pengikut itu dengan anggota-anggota keselamatan Malaysia yang melibatkan sejumlah kematian. - Agensi

PENGGANAS SEDIA MENYERAH


Pengganas sedia serah diri


KUALA LUMPUR 19 Mac - Ramai anggota kumpulan pengganas Kiram yang sedang menyembunyikan diri daripada diburu pasukan keselamatan, bersedia menyerah diri setelah berputus asa untuk meneruskan perjuangan mereka dan mengalami kebuluran.

Sumber berkata, pengganas yang kini berpecah kepada beberapa kumpulan kecil dikesan sudah hilang arah dan berada dalam keadaan tertekan akibat trauma dengan insiden yang berlaku.

Beliau berkata, ini kerana sebelum datang ke Lahad Datu, Sabah untuk menuntut negeri itu, mereka telah dijanjikan bayaran RM80,000 setiap seorang dan diberikan pangkat dalam pasukan polis atau tentera jika misi mereka berjaya.

Malah, katanya, anggota yang sedia untuk taat setia menyumbangkan bakti sebagai 'polis' dan 'tentera' dalam misi pencerobohan itu dijamin bahawa tiada pertumpahan darah akan berlaku menyebabkan mereka tidak ragu-ragu menyertai kumpulan pengganas Kiram.

Bertempur empat kali


 Bertempur empat kaliPerisai berantai jenis ‘Adnan’ menuju ke Kampung Labian untuk memulakan operasi menggeledah kubu pengganas. Gambar kiri, pekerja ladang Felda Sahabat melambai ke arah anggota tentera yang bertugas di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, semalam. - Foto Fathil Asri
Lahad Datu: Empat pertempuran berlaku antara pengganas dan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi menggeledah dan menjejaki musuh di kawasan Tanjung Batu, kelmarin.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kematian membabitkan anggota pasukan keselamatan atau pihak musuh dilaporkan dalam pertempuran antara jam 8.05 pagi hingga 5 petang itu.

Operasi selesai hari ini 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata operasi menggeledah, menjejaki musuh dan membersih kubu pengganas di Tanjung Batu dijangka selesai hari ini.

“Kita percaya bilangan pengganas yang tinggal, kurang daripada 50 orang. Itu pun sudah berpecah dalam kumpulan kecil selepas operasi dilancarkan pasukan keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Panglima 1 Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16 dekat sini, semalam.


62 pengganas terbunuh
 Sehingga semalam, 62 pengganas ditembak mati dan 241 orang ditahan kerana memasuki kawasan zon merah serta pelbagai kesalahan lain.

Ahmad Zaki berkata, pasukan keselamatan mengukuhkan operasinya berikutan penggunaan kenderaan perisai berantai jenis Adnan di kawasan zon merah, sejak semalam.

Katanya, Adnan yang mempunyai kelengkapan persenjataan tinggi itu membolehkan pasukan keselamatan bergerak ke lebih banyak lokasi, khususnya meredah kawasan sukar dilalui anggota keselamatan yang dikenal pasti kemungkinan menjadi tempat persembunyian musuh.

“Alhamdulillah pagi ini (semalam) kenderaan perisai berantai mula masuk ke kawasan operasi termasuk Tanjung Batu. Operasi menggeledah giat dijalankan dengan bantuan kenderaan itu.


Guna perisai berantai

“Jadi, kita harap semua berjalan baik. Kita percaya dengan bantuan perisai berantai, lebih luas lokasi yang boleh diredah berbanding sebelumnya.

“Kita berdoa semoga dengan bantuan kenderaan itu membersih sepenuhnya kawasan berkenaan,” katanya.

Selain kelengkapan persenjataan, kenderaan perisai berantai jenis Adnan juga mampu memasuki kawasan berpaya, berbukit-bukau dan tanah lembut.