Tuesday, 3 June 2014

Kesenangan dunia sebagai ujian kepada manusia

Pada dunia akhir zaman ini, golongan muda seharusnya diberi perhatian kerana mereka mudah terpedaya dengan dugaan dunia. Dalam konteks ini, Ashabul Kahfi adalah contoh terbaik kerana berani melawan arus. 

Mereka adalah anak muda yang tegas berpegang kepada prinsip kebenaran walaupun ia berisiko tinggi. Pada akhir zaman, golongan yang akan berjaya adalah mereka yang bersikap seperti Ashabul Kahfi ini. 


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad) bahawa kisah Ashabul Kahfi dan al-Raqim (nama batu bersurat) itu saja yang menakjubkan antara tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?” (Surah al-Kahfi, ayat 9) 


Penyebaran media massa pada akhir zaman akan menjadi begitu dahsyat sehingga mengubah nilai hidup manusia seperti perbuatan zina dihalalkan, mereka yang rendah moral dan mendedahkan aurat menjadi ikutan, pergaulan bebas dianggap lambang kemajuan dan amanah menjadi bahan permainan. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “(Iaitu orang yang telah sia-sia usahanya dalam kehidupan dunia sedangkan mereka menyangka mereka sentiasa betul dan baik pada apa saja yang mereka lakukan.” (Surah al-Kahfi, ayat 104) 

Tambahan pula, orang kafir sentiasa menginginkan umat Islam berpecah dan masuk ke dalam golongan mereka. Mereka tidak akan berhenti mencari helah untuk memerangkap umat Islam sehingga berjaya dengan menggunakan cara halus. 

Selain itu, umat Islam seharusnya mengawasi keseronokan sementara duniawi seperti hiburan yang melampaui batas dan melanggar syariat Islam. Kesenangan dunia adalah fitnah dan ujian bagi setiap manusia yang hidup di muka bumi ini. 
Jika ia diambil dengan sikap dan cara yang betul, seperti yang dilakukan oleh Nabi Sulaiman maka akan menguntungkan umat Islam di dunia dan akhirat. 
Sebaliknya apabila manusia sudi memperhambakan dirinya kepada lembah kehinaan, maka kebinasaan akan menimpa mereka di akhirat kelak. 

Allah SWT mengingatkan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di kalangan mereka yang lebih baik amalnya.” (Surah al-Kahfi, ayat 7) 
Umat Islam perlu mempunyai matlamat yang jelas supaya tidak terpedaya dengan keseronokan dunia yang hanya sementara. Justeru, umat Islam haruslah sentiasa mengamalkan surah Al-Kahfi pada setiap hari Jumaat supaya dapat melindungi diri daripada fitnah Dajjal kelak.

Credit: Muhammad Luqman Ahmad

Islam bawa rahmat ke seluruh umat

Al-Quran, al-Sunah beri panduan lengkap setiap aspek hidup insangambar masjid cantik di dunia
Masjidil Haram, Makkah

Islam adalah anugerah nikmat tiada ternilai yang dikurniakan Allah SWT kepada umat manusia. Islam diutuskan Allah melalui pesuruh-Nya Rasulullah SAW untuk menyelamatkan warga alam ini daripada terjerumus ke kancah kesesatan dan sebagai gantinya Islam menaungi alam semesta. 

Hagia Sophia Mosquedi Istanbul Turkey

Islam datang ke alam semesta dalam keadaan tidak dikenali. Oleh itu, Islam dipulau, dihina dan ditentang hebat orang kafir Musyrikin. Situasi inilah yang dihadapi Rasulullah SAW pada detik permulaan menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat Arab. 



Selimiye Mosque di Edirne, Turkey

Sabda Rasulullah SAW: “Islam itu bermula dalam keadaan dagang dan akan kembali dalam keadaan dagang, maka beruntung dan berbahagialah golongan ghuraba’ iaitu pedagang-pedagang. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Siapakah golongan pedagang itu? Lantas Baginda menjawab: Mereka itulah golongan manusia yang melakukan islah atau reformasi di saat berleluasanya kerosakan, kezaliman dan penindasan di kalangan manusia.” (Riwayat Muslim) 


Grand Mosque di Paris, France

Setelah Islam bertapak kukuh di bumi Madinah, Islam diangkat sebagai teras yang mendasari segala aspek kehidupan ummah. Ini bermakna Islam dipraktikkan secara menyeluruh oleh generasi Rasulullah SAW dan sahabat sehingga mereka muncul sebagai generasi terbaik dan contoh umat terkemudian. 



Banya Bashi Mosque di Sofia Bulgaria.

Pengiktirafan mereka sebagai umat contoh dan terbaik yang dilahirkan Islam telah diperakui sendiri oleh Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).” (Surah Ali-Imran, ayat 110) 



Sehitlik Mosque di Berlin, Jerman

Bertolak dari sini, generasi Rasulullah SAW dan sahabat mengorak langkah melebarkan sayap Islam ke seluruh pelusuk bumi yang terbentang luas ini hingga mampu menumpaskan dua kuasa besar dunia ketika itu iaitu Empayar Rom dan Parsi. 



Emperor Mosque diSarajevo Bosnia Herzegovina

Akhirnya, Empayar Islam mengambil tempat gah di persada dunia memantulkan nilai Islam ke seluruh warga alam semesta. Ringkasnya, kedatangan Islam memberikan kerahmatan, kemuliaan dan kesejahteraan kepada umat Islam sehingga memegang tampuk pemerintahan dunia satu ketika dulu. 



Kul Sharif Mosque di Kazan Russia

Perlu ditegaskan bahawa kesemuanya ini adalah janji dan jaminan Allah kepada orang yang beriman kepada-Nya. Apa yang dijanjikan Allah ini telah berlaku dan pasti akan berlaku pada masa akan datang. 



Suleymaniye Mosque di Istanbul, Turkey

Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian dalam hal ini ialah usaha umat Islam menuju kemuncak kejayaan itu bukanlah satu perkara yang mudah dicapai atau boleh dipandang enteng. Sebaliknya ia mempunyai syarat tertentu yang wajib dipenuhi. 



Zentral Moschee di Jerman

Syarat itu adalah antara formula dan rahsia yang telah melonjakkan generasi Rasulullah SAW dan sahabat sebagai generasi terbaik. Antara formula itu ialah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dengan sebenar-benar iman. 



Stockholm Mosque di Sweden

Pada masa sama, setiap Muslim dituntut patuh dan tunduk kepada segala perintah Ilahi dan menjauhi segala larangan-Nya. Begitu juga, kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya hendaklah mengatasi segala-galanya daripada kecintaan kepada dunia, anak isteri, harta, pangkat dan kedudukan. 



Masjid di Skoder, Albania

Seterusnya, konsep ibadah dalam Islam sewajarnya dihayati dan diterjemahkan secara keseluruhannya di alam realiti kehidupan semasa. 

Sultan Ahmed Mosque di Istanbul, Turkey

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah! Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan yang demikian saja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya).” (Surah al-An’am, ayat 162-163) 



Masjid di Rotterdam, Netherlands

Apa yang berlaku kini, umat Islam begitu asyik menayangkan nostalgia silam yang gemilang tanpa mengambil iktibar terhadap yang telah berlaku satu ketika dulu. Sepatutnya, apa yang berlaku dijadikan pengajaran untuk mengulang kegemilangan itu. 



Vienna Islamic Centre di Austria

Justeru, Islam sewajibnya diletakkan di tempatnya yang sewajarnya sebagai teras menunjangi setiap lapangan hidup manusia. Ini kerana tidak ada satu masalah pun di dalam kehidupan ini melainkan Islam mempunyai penawarnya dan jalan penyelesaiannya yang ampuh. 



Piyale Pasha Mosque di Istanbul, Turkey

Di sini terletaknya ciri-ciri keunikan dan keistimewaan yang menghiasi Islam hingga diiktiraf sebagai ad-Din paling sempurna dan lengkap dengan sistem atau cara hidup menyeluruh. 



Selimiye Mosque di Edirne, Turkey

Islam yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunah perlu dihayati secara keseluruhannya, bukannya diambil sebahagiannya dan ditolak sebahagian yang lain kerana turutkan kehendak hawa nafsu yang menyeleweng.



Masjid Kristal, Terengganu, Malaysia


Credit: Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Monday, 2 June 2014

Sistem pengangkutan darat Singapura antara paling cekap di dunia


SINGAPURA: Singapura mempunyai rangkaian pengangkutan terbaik dalam kalangan bandar raya sejenis dengannya dan bandar raya lain di seluruh dunia boleh mendapat manfaat daripada pengalamannya, demikian menurut satu kajian bertajuk “The Mobility Opportunity” yang dikendalikan oleh firma perunding bertempat di London, Credo. 

Kajian yang ditugaskan oleh Siemens dan dibentangkan hari ini di Singapura itu, mengkaji rangkaian pengangkutan di 35 bandar raya utama di seluruh dunia dan menilai sejauh mana bandar raya bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan, termasuk pertumbuhan pengangkutan dan persaingan yang semakin sengit.




Menurut kajian itu jika kesemua 35 bandar raya yang terbabit dalam kajian itu melaksanakan piawaian yang "terbaik dalam kelasnya" bandar-bandar itu berpeluang meraih hingga AS$238 bilion setahun menjelang 2030. 

Hari ini faedah berpotensi ialah kira-kira AS$360 bilion setahun. 


Memandangkan sistem berkapasiti tinggi boleh memenuhi permintaan dengan kesesakan minimum dan tahap kefungsian pengguna yang tinggi, Singapura sememangnya boleh menampung pertumbuhan pada masa akan datang, dakwa kajian itu. 




Singapura dipuji kerana perancangan jangka panjangnya -- dengan dibantu oleh tadbir urus bersepadu -- tahap keandalan dan ketepatan masa, dan penyediaan penyaman udara dalam hampir kesemua kenderaan pengangkutan awamnya. 

Satu-satunya kelemahan Singapura ialah ketumpatan rangkaian yang rendah, yang menyebabkan beberapa bahagian tidak menikmati perhubungan yang baik, tetapi apa yang diperlukan untuk mengekalkan kedudukannya sekarang hanyalah rancangan pembangunan jangka panjang dan pelaburan berterusan untuk mengekalkan piawaian tinggi sekarang, kata laporan itu. 




"Semakin cekap rangkaian pengangkutan sesebuah bandar raya itu, semakin menariklah ia kepada perniagaan dan orang," kata Chris Molloy, Rakan Kongsi Credo. 


Menurut kajian itu, bandar merupakan enjin pertumbuhan akan datang. Bandar-bandar ini menjana 80 peratus pengeluaran ekonomi global, tetapi dalam sebuah ekonomi yang global sifatnya, dengan perniagaan dan tenaga kerja semakin dapat berpindah ke peringkat antarabangsa, bandar-bandar ini perlu bersaing untuk menawarkan persekitaran paling menarik bagi kegiatan ekonomi. 



Sunday, 1 June 2014

3000 PELAJAR ASING LESAP

Eksklusif: 3,000 PELAJAR ASING 'LESAP'
System EMGS diguna Kementerian Pelajaran berjaya kesan pelajar salah guna visa
Bangi: Kementerian Pendidikan mengesan lebih 3,000 pelajar asing hilang sejak 2011, selepas mendaftar untuk melanjutkan pengajian di pusat pengajian tinggi negara. 


Pelajar yang hilang itu dipercayai menggunakan pas pelajar untuk bekerja di negara ini, transit ke negara ketiga atau dipercayai terbabit jenayah seperti penyeludupan dadah, penipuan dan pengubahan wang haram. 


Mereka biasanya ‘hilang’ selepas mendaftar masuk ke negara ini atau selepas mendaftar masuk ke kolej tanpa meneruskan sesi pengajian seperti termaktub dalam syarat program.

Selain itu, ada juga pelajar yang hilang ketika memperbaharui pas setahun kemudian.

Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Zaini Ujang, berkata jumlah itu adalah tiga peratus daripada 117,000 pelajar warga asing yang masuk ke negara ini dengan menggunakan pas pelajar.



Credit: BH/Wan Noor Hayati Wan Alias

CARA RINGKAS SOLAT JENAZAH






Cara ringkas untuk solat jenazah... Belajar lah wahai lelaki..apakah tak merasa malu bila tak pandai nak solat untuk ahli keluarga lebih-lebih lagi untuk mak atau ayah meninggal.. Itu sahaja lah penghormatan yang terakhir buat insan yang membesarkan dan menjaga kita...


Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :


1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri
++ Selesai


Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah.




Credit: Surau Al Ikhwan


Moyang 82 tahun sambung belajar


Wan Zainon dibantu Mohamad Umbaik ketika membuat pendaftaran kelas menggunakan komputer. Gambar kecil: Wan Zainon

KUALA NERUS, TERENGGANU - Ketika orang seusianya memilih untuk menghabiskan waktu dengan keluarga tercinta, berbeza bagi Wan Zainon Wan Abd Manan, 82, apabila beliau mengambil keputusan menyambung pengajian di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di Pusat Pembelajaran Terengganu, di sini.

Ternyata cinta terhadap ilmu begitu utuh dalam diri anak jati Kampung Simpang Tokku, Chabang Tiga, Kuala Terengganu yang membahasakan dirinya dengan panggilan Tok Wan itu, walaupun sudah lebih 28 tahun bersara daripada bidang perguruan.

Semangat yang dimiliki wanita berstatus moyang dan nenek kepada 17 cicit, 29 cucu serta ibu kepada tujuh anak itu sememangnya mengagumkan ramai pihak, apatah lagi beliau antara penuntut tertua di institusi pengajian tinggi (IPT) ketika ini.

Kata Wan Zainon, keinginan untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atas kehendak dirinya sendiri selain ingin mengisi waktu terluang dengan sesuatu yang bermakna.


Cucu ajar guna komputer
Menurutnya, sebelum menyambung pengajiannya di OUM, beliau banyak mengikuti kelas antaranya kelas bahasa Arab dan al-Quran bagi mengisi masa lapang, tambahan memang minatnya untuk mempelajari dan menguasai bahasa Arab.

“Tapi tak banyak yang Tok Wan boleh belajar kerana sumber (waktu pembelajaran) terhad, sehinggalah Tok Wan lihat cucu dan cicit main komputer, jadi Tok Wan  minta mereka ajarkan cara nak guna komputer.

"Dari situlah Tok Wan mula tambah lebih banyak ilmu dengan mempelajari bahasa Arab secara online seperti di Youtube, anak-anak juga ada belikan VCD,” katanya.

Wan Zainon berkata, walaupun ketika itu mempunyai komputer bagi membantunya belajar, beliau masih belum berasa puas sehinggalah anaknya memaklumkan OUM menawarkan kursus pengajian Islam.


Keluarga beri sokongan

“Alhamdulillah, ketika Tok Wan menyatakan hasrat untuk belajar, semua ahli keluarga termasuk anak, cucu dan cicit beri sokongan, malah salah seorang menantu Tok Wan pun belajar di tempat yang sama,” katanya.

Biarpun terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak dan pernah diserang strok yang tidak serius, Wan Zainon bersyukur kerana masih diberikan kesihatan yang baik sama ada dari segi  pertuturan dan pendengaran.

Ketika ditanya mengenai jurang usia antara dirinya dengan pelajar lain akan mengundang perasaan tidak selesa, Wan Zainon mengakui perkara itu tiada masalah.

“Tok Wan tak lihat perbezaan usia yang jauh dengan pelajar lain akan membuatkan diri Tok Wan tersisih, sebaliknya perkara itu dilihat kelebihan buat Tok Wan, malah semua pelajar dan kakitangan di sini juga begitu mesra dan banyak membantu,” katanya.

Baru memulakan kelas pertamanya semalam, Wan Zainon sudah membuat persediaan rapi termasuk membuat nota sebagai rujukan bagi memudahkannya bertanya kepada pensyarah jika ada perkara yang tidak difahami.


Jadi contoh golongan seusia

Sementara itu, Pengarah Pusat Pembelajaran OUM Terengganu, Mohamad Umbaik Ismail  berkata, kehadiran penuntut berstatus moyang di universiti berkenaan merupakan idola dan contoh kepada pihak lain untuk turut serta belajar walaupun sudah lanjut usia.

“Saya bagi pihak universiti (OUM) sangat berbangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan Wan Zainon dan sekalung tahniah kepada beliau kerana begitu bersemangat untuk belajar walaupun bertongkat.

“Saya harap selepas ini lebih ramai mengikuti jejaknya menuntut ilmu dan kita di pihak  OUM sentiasa memberikan perhatian dan bantuan yang diperlukan,” katanya.

Kata Mohamad Umbaik, selaras moto OUM iaitu ‘Universiti untuk Semua’, soal usia, status, atau apa sahaja perkara tidak membantutkan usaha mana-mana pihak untuk  menambah ilmu ke peringkat yang tertinggi.

“Kami di sini teruja dengan kehadiran Wan Zainon dan diharap dia dapat menghabiskan  sepenuhnya pengajian selama empat tahun ini, sekali gus mampu menarik lebih ramai pelajar senior untuk mengikuti jejak langkahnya nanti,” katanya.

Pusat Pembelajaran OUM Terengganu yang terletak di Bukit Tunggal mempunyai 1,484 pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana membabitkan 23 kursus ditawarkan.



Credit: Sinar Harian/NURUL HUDA HUSAIN

Umat Nabi Syuaib

UMAT Nabi Syuaib a.s adalah penduduk kota Madyan yang menyembah pohon al-Aikah dan selalu melakukan penipuan dalam sukatan, ukuran dan timbangan. 

Oleh itu, Allah SWT telah mengutuskan Nabi Syuaib untuk mengajak mereka menyembah Allah Yang Esa dan meninggalkan perbuatan buruk tersebut. Bagaimanapun, mereka menolak ajakan pesuruh Allah itu.

Allah SWT mengisahkan semua ini menerusi firman-Nya yang bermaksud: Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.

Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. Ia berkata: “Wahai kaum sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata daripada Tuhan kamu.

Oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu orang-orang yang beriman."

Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang, dengan menakut-nakutkan dan menghalangi orang-orang yang beriman daripada melalui jalan Allah dan kamu pula menghendaki supaya jalan Allah itu bengkok terpesong. Dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kembang ramai, serta perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berbuat kerosakan."

Dan jika ada segolongan daripada kamu beriman kepada wahyu (perintah-perintah Allah) yang aku telah diutuskan untuk menyampaikannya dan segolongan lagi tidak beriman, maka sabarlah sehingga Allah menjalankan hukum-Nya di antara kita semua dan Dialah jua sebaik-baik hakim."

Ketua-ketua yang sombong takbur daripada kaum Nabi Syuaib berkata: “Sesungguhnya kami akan mengusirmu wahai Syuaib dan orang-orang yang beriman yang menjadi pengikut-pengikutmu dari negeri kami ini atau kamu berpindah kepada agama kami". Nabi Syuaib menjawab: “Adakah (kamu hendak melakukan yang demikian) sekalipun kami tidak menyukainya?

Sesungguhnya (bermakna) kami berdusta terhadap Allah, jika kami berpindah kepada agama kamu sesudah Allah menyelamatkan kami daripadanya. Dan tidaklah harus kami berpindah kepadanya sama sekali, kecuali jika Allah Tuhan kami, mengkehendakinya. Pengetahuan Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu. Kepada Allah jualah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebesaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik hakim."
Dan berkatalah pula ketua-ketua yang kafir daripada kaum Nabi Syuaib (kepada orang ramai): “Sesungguhnya jika kamu mengikut Syuaib nescaya kamu dengan perbuatan yang demikian menjadilah orang-orang yang rugi."

Maka mereka dibinasakan oleh gempa, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing."
Mereka yang mendustakan Nabi Syuaib (punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah mendiami negeri itu. Orang yang mendustakan Nabi Syuaib, merekalah orang-orang yang rugi."

Kemudian Nabi Syuaib meninggalkan mereka sambil berkata: “Wahai kaumku! Sesungguhnya aku telah menyampaikan kepada kamu perintah-perintah Tuhanku dan aku telah memberi nasihat kepada kamu. Oleh itu, tidaklah aku merasa sedih terhadap orang-orang kafir (yang telah binasa itu)."

Dan (Tuhan berfirman): Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang Nabi (yang didustakan oleh penduduknya), melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri (insaf dan tidak berlaku sombong takbur).

Setelah (mereka tidak juga insaf) Kami gantikan kesusahan itu dengan kesenangan hingga mereka kembang biak (serta senang-lenang) dan berkata (dengan angkuhnya): “Sesungguhnya nenek moyang kita juga pernah merasai kesusahan dan kesenangan (sebagaimana yang kita rasakan)". Lalu Kami timpakan mereka (dengan azab seksa) secara mengejut dan tidak menyedarinya. (al-‘Araaf: 84-95)

Allah SWT menceritakan kehancuran umat Nabi Syuaib dengan gempa menerusi firman-Nya yang bermaksud: Kemudian mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di dalam rumah-rumah mereka. (Iaitu) orang-orang yang mendustakan Syuaib seolah-olah mereka belum pernah berdiam di kota itu, orang-orang yang mendustakan Syuaib mereka itulah orang-orang yang rugi. (al-’Araaf: 91-92)

Juga dalam surah asy-Syu’ara ayat 189-190, Allah SWT menjelaskan kehancuran mereka menerusi firman-Nya yang bermaksud: Kemudian mereka mendustakan Syuaib, lalu mereka ditimpa azab pada hari mereka dinaungi awan. Sesungguhnya azab itu adalah azab hari yang besar. 

Sesungguhnya azab itu adalah azab hari yang besar. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah), tetapi kebanyakan mereka tidak beriman.

Demikianlah kaum Nabi Syuaib a.s, mereka diazab dengan tiga azab sekali gus, iaitu gempa, suara keras mengguntur dan awan gelap yang menaungi mereka. Semua itu disebabkan kerana kekufuran dan kemaksiatan mereka.