UMAT Nabi Syuaib a.s adalah penduduk kota Madyan yang menyembah pohon al-Aikah dan selalu melakukan penipuan dalam sukatan, ukuran dan timbangan.
Oleh itu, Allah SWT telah mengutuskan Nabi Syuaib untuk mengajak mereka menyembah Allah Yang Esa dan meninggalkan perbuatan buruk tersebut. Bagaimanapun, mereka menolak ajakan pesuruh Allah itu.
Allah SWT mengisahkan semua ini menerusi firman-Nya yang bermaksud: Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.
Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. Ia berkata: Wahai kaum sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata daripada Tuhan kamu.
Oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu orang-orang yang beriman."
Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang, dengan menakut-nakutkan dan menghalangi orang-orang yang beriman daripada melalui jalan Allah dan kamu pula menghendaki supaya jalan Allah itu bengkok terpesong. Dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kembang ramai, serta perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berbuat kerosakan."
Dan jika ada segolongan daripada kamu beriman kepada wahyu (perintah-perintah Allah) yang aku telah diutuskan untuk menyampaikannya dan segolongan lagi tidak beriman, maka sabarlah sehingga Allah menjalankan hukum-Nya di antara kita semua dan Dialah jua sebaik-baik hakim."
Ketua-ketua yang sombong takbur daripada kaum Nabi Syuaib berkata: Sesungguhnya kami akan mengusirmu wahai Syuaib dan orang-orang yang beriman yang menjadi pengikut-pengikutmu dari negeri kami ini atau kamu berpindah kepada agama kami". Nabi Syuaib menjawab: Adakah (kamu hendak melakukan yang demikian) sekalipun kami tidak menyukainya?
Sesungguhnya (bermakna) kami berdusta terhadap Allah, jika kami berpindah kepada agama kamu sesudah Allah menyelamatkan kami daripadanya. Dan tidaklah harus kami berpindah kepadanya sama sekali, kecuali jika Allah Tuhan kami, mengkehendakinya. Pengetahuan Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu. Kepada Allah jualah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebesaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik hakim."
Dan berkatalah pula ketua-ketua yang kafir daripada kaum Nabi Syuaib (kepada orang ramai): Sesungguhnya jika kamu mengikut Syuaib nescaya kamu dengan perbuatan yang demikian menjadilah orang-orang yang rugi."
Maka mereka dibinasakan oleh gempa, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing."
Mereka yang mendustakan Nabi Syuaib (punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah mendiami negeri itu. Orang yang mendustakan Nabi Syuaib, merekalah orang-orang yang rugi."
Kemudian Nabi Syuaib meninggalkan mereka sambil berkata: Wahai kaumku! Sesungguhnya aku telah menyampaikan kepada kamu perintah-perintah Tuhanku dan aku telah memberi nasihat kepada kamu. Oleh itu, tidaklah aku merasa sedih terhadap orang-orang kafir (yang telah binasa itu)."
Dan (Tuhan berfirman): Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang Nabi (yang didustakan oleh penduduknya), melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri (insaf dan tidak berlaku sombong takbur).
Setelah (mereka tidak juga insaf) Kami gantikan kesusahan itu dengan kesenangan hingga mereka kembang biak (serta senang-lenang) dan berkata (dengan angkuhnya): Sesungguhnya nenek moyang kita juga pernah merasai kesusahan dan kesenangan (sebagaimana yang kita rasakan)". Lalu Kami timpakan mereka (dengan azab seksa) secara mengejut dan tidak menyedarinya. (al-Araaf: 84-95)
Allah SWT menceritakan kehancuran umat Nabi Syuaib dengan gempa menerusi firman-Nya yang bermaksud: Kemudian mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di dalam rumah-rumah mereka. (Iaitu) orang-orang yang mendustakan Syuaib seolah-olah mereka belum pernah berdiam di kota itu, orang-orang yang mendustakan Syuaib mereka itulah orang-orang yang rugi. (al-Araaf: 91-92)
Juga dalam surah asy-Syuara ayat 189-190, Allah SWT menjelaskan kehancuran mereka menerusi firman-Nya yang bermaksud: Kemudian mereka mendustakan Syuaib, lalu mereka ditimpa azab pada hari mereka dinaungi awan. Sesungguhnya azab itu adalah azab hari yang besar.
Sesungguhnya azab itu adalah azab hari yang besar. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah), tetapi kebanyakan mereka tidak beriman.
Demikianlah kaum Nabi Syuaib a.s, mereka diazab dengan tiga azab sekali gus, iaitu gempa, suara keras mengguntur dan awan gelap yang menaungi mereka. Semua itu disebabkan kerana kekufuran dan kemaksiatan mereka.

No comments:
Post a Comment