Bangi: Kementerian Pendidikan mengesan lebih 3,000 pelajar asing hilang sejak 2011, selepas mendaftar untuk melanjutkan pengajian di pusat pengajian tinggi negara.
Pelajar yang hilang itu dipercayai menggunakan pas pelajar untuk bekerja di negara ini, transit ke negara ketiga atau dipercayai terbabit jenayah seperti penyeludupan dadah, penipuan dan pengubahan wang haram.
Mereka biasanya ‘hilang’ selepas mendaftar masuk ke negara ini atau selepas mendaftar masuk ke kolej tanpa meneruskan sesi pengajian seperti termaktub dalam syarat program.
Selain itu, ada juga pelajar yang hilang ketika memperbaharui pas setahun kemudian.
Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Zaini Ujang, berkata jumlah itu adalah tiga peratus daripada 117,000 pelajar warga asing yang masuk ke negara ini dengan menggunakan pas pelajar.
Credit: BH/Wan Noor Hayati Wan Alias
No comments:
Post a Comment