Saturday, 6 October 2012

PENDIDIKAN KHAS...DIMANA KITA?

Seminar Pendidkan Khas IPG 2012.

Dua hari berseminar tentang pelajar bekeperluan khas di Inst. Pendidikan Guru, Kampus Tun Hussien Onn, Batu Pahat dari 02hb Oktober hingga 03hb Oktober 2012 baru-baru ini, sedikit sebanyak menyedarkan saya bahawa terdapat banyak nilai-nilai dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Khas yang perlu diketahui dan difahami dengan lebih lanjut agar tidak tersalah tindak dalam menangani pelajar bekeperluan khas.


Diseminar ini para peserta telah diberi peluang untuk berbincang dan berkongsi maklumat tentang isu-isu terkini pendidikan khas. Seminar ini juga telah dapat menyemai nilai keprihatinan terhadap isu dan permasalahan pendidikan khas dalam kalangan warga pendidik guru disamping dapat juga mencetuskan pemikiran baru dan inovasi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas

Mereka dalam kategori bekeperluan khas bukanlah hanya pelajar yang mengalami down syndrome, disleksia, autisma, cacat pendengaran dan penglihatan bahkan juga terhadap pelajar-pelajar pintar yang melangkaui usianya. Pelajar pintar seperti Sufiah Yusof, Adi Putera dan Amalina Che Bakri, sekadar beberapa nama, adalah merupakan pelajar pintar bekeperluan khas samada dibidang akademik mahupun didikan agama.



Sangat tersentuh bila dapat berkongsi pengalaman dengan salah seorang ahli panel dari Sek. Men. Panji, Kelantan Cikgu K A Razhiyah K A Mohamed yang telah dapat membuat persembahan dengan baik dengan menunjukkan contoh tauladan yang boleh diaplikasikan. Beliau telah sangat berjaya dengan P&Pnya yang sangat inovatif dan berkesan dalam memajukan pelajaran anak-anak bekeperluan khas di SMK Panji.

 

Apa pula sumbangan kita terhadap golongan bekeperkluan khas ini? 




 

banner intec.my

Pengajaran Bahasa Inggeris hangat diperbincang


KUALA LUMPUR – Isu pengajaran Bahasa Inggeris (BI) di sekolah turut menjadi topik hangat yang dibangkitkan pada sesi dialog Hari Terbuka Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di Pusat Transformasi Bandar Pudu Sentral di sini hari ini.
Turut mendapat perhatian ialah isu kualiti khidmat perguruan yang rata-rata dibangkitkan oleh ibu bapa yang menyertai sesi selama kira-kira satu setengah jam bersama panel Kementerian Pendidikan Malaysia.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Dr Amin Senin yang merupakan salah seorang anggota panel berkata, antara isu yang dibincangkan melibatkan pengajaran BI ialah seperti masalah kaedah pengajaran dan kesesuaian sukatan mata pelajaran dalam meningkatkan mutu penguasaan BI di kalangan pelajar sekolah.
"Ia merupakan antara isu yang menjadi perhatian ibu bapa serta penjaga, dan dengan itu kita percaya penyelesaiannya memerlukan penelitian sempurna iaitu dengan meningkatkan mutu pengajaran Bahasa Inggeris itu sendiri bagi memastikan murid turut menguasai bahasa berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog berkenaan.
Dr Amin berkata, segala cadangan dan input dari sesi dialog itu akan dibawa ke peringkat perbincangan selanjutnya yang akhirnya akan dibawa ke jawatankuasa pemutus yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri, sebelum dimasukkan ke dalam laporan.

Friday, 5 October 2012

La tahzan...Janganlah bersedih

 

Cukuplah Allah bagi kita.

La tahzan...Janganlah bersedih. Jangan juga bermuram durja. Kembalikan apa jua pada Allah yang maha segalanya. Allah yang maha pengasih dan penyayang. Allah yang maha kaya dan maha berkuasa dalam menentukan sesuatu mengikut kehendaknya.

Akan menjadi mudah sekiranya kita dapat ikhlaskan diri dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diamanahkan kepada kita. Percayalah sahabat, insyaAllah kita akan dapat merasakan kemanisannya.

Usahlah kita berharap pada nilaian, penghargaan dan anugerah serta pujian manusia.Ketahuilah bahawa manusia sangat lemah untuk menilai kekurangan sesama manusia. 

Biarlah Allah sahaja yang menilai pencapaian kita dalam melakasanakan segala tugasan kita.Samada kita telah dapat mencapai objektif sesuatu tugasan dengan baik atau sekadar bertaraf lemah, sederhana, memuaskan, cemerlang dan sangat cemerlang disisi Allah Rabbul Jalil. 

Biarlah Allah jua yang menentukan ganjaranya samada didunia atau diakhirat nanti. Cukuplah Allah bagi kita.

La tahzan....La tahzan.

 

Satu pertujuh penduduk dunia habiskan masa secara aktif di halaman sosial

Pengguna Facebook kini 1 bilion
Logo Facebok dipamerkan di ibu pejabat NASDAQ  di Times Square New York, New York Mei lalu. Pengasas Facebook Mark Zuckerberg (gambar kecil), semalam mengumumkan bahawa rangkaian sosial itu kini mempunyai satu bilion pengguna. - EPALogo Facebok dipamerkan di ibu pejabat NASDAQ di Times Square New York, New York Mei lalu. Pengasas Facebook Mark Zuckerberg (gambar kecil), semalam mengumumkan bahawa rangkaian sosial itu kini mempunyai satu bilion pengguna. - EPA

NEW YORK: Rangkaian halaman sosial Facebook kini mempunyai 1 bilion pengguna yang menghabiskan masa secara aktif, kata Ketua Eksekutifnya, Mark Zuckerberg semalam. Angka berkenaan dicapai pada 14 September jam 12.45 tengah hari, dan bermakna kira-kira satu pertujuh daripada penduduk dunia kini adalah ahlinya. 


Tidak dapat dipastikan bagaimana pengguna aktif ini didefinisikan tetapi NBC melaporkan bahawa pengguna palsu dan akaun terbiar tidak dikira dalam jumlah 1 bilion terbabit.

Membantu satu bilion penduduk berhubung adalah menakjubkan, hebat dan setakat ini adalah perkara paling membanggakan dalam hidup saya," Mark Zuckerberg, Ketua Eksekutif Facebook
Halaman sosial yang dicetuskan oleh Zuckerberg ketika beliau di Havard kira-kira sedekad lalu, kini menjadi tuan rumah kepada pelbagai jenis permainan di talian.

Zynga dan Electronic Arts pada masa ini tersenarai di dalam syarikat di bawah Facebook dengan nama The Ville dan The Sims Sosial manakala pembangun permainan Insomniac Games, baru-baru ini melancarkan permainan pertamanya, Outernauts.

Zuckerberg juga berkongsi beberapa perkara lain dalam Facebook. Berdasarkan data dari syarikat terbabit Facebook antara lain memiliki:

* 1.13 trilion ‘like’ sejak dilancarkan Februari 2009. 
* 140.3 bilion hubungan rakan.

* 219 bilion gambar yang dimuatnaikkan (265 bilion jika gambar yang dipadamkan dikira)

* 17 bilion lokasi tag pos, termasuk daftar masuk (check-in)

* 62.6 juta lagu dimainkan sebanyak 22 bilion kali.

Maklumat lain mendedahkan umur pengguna utama Facebook adalah 22, menurun daripada 23 ketika Facebook mencecah 500 juta pengguna pada Julai 20010.

Sebagai tambahan pengguna yang masuk ke Facebook melalui alat mudah alih kini berjumlah 600 juta.

Secara keseluruhan ahli Facebook menjadi rakan antara satu sama lain sebanyak 140.3 bilion kali, mengirim sejumlah 1.13 trilion ‘like’, dan 219 bilion gambar, kata firma terbabit.

Kokurikulum Membentuk Sahsiah Pelajar


Jangan abaikan kokurikulum


   

 

KUANTAN 5 Okt. - Pentadbiran sekolah diingatkan supaya komited memperkasakan aktiviti kokurikulum yang merupakan medium penting untuk membentuk sahsiah pelajar agar menjadi insan patriotik, berketerampilan dan bersyukur.

Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran, Muhamad Roli Hassan berkata, sebab itu pihaknya memandang serius jika terdapat sekolah yang mengabaikan aktiviti kokurikulum sebaliknya tertumpu kepada akademik semata-mata.

''Perkembangan sahsiah yang positif di kalangan pelajar memerlukan pembabitan dua komponen seiring iaitu aspek akademik dan kokurikulum.

Awas Jerat penipuan internet


Jerat sindiket penipuan internet





KUALA LUMPUR 5 Okt. - Seorang ahli perniagaan Taiwan sanggup menempuh perjalanan beribu-ribu kilometer ke negara ini, semata-mata untuk menjerat anggota sindiket penipuan internet yang mengakibatkan dia kerugian AS$1.7 juta (RM5.2 juta) sejak tiga tahun lalu.

Kesungguhan mangsa berusia 50 tahun berbaloi, apabila melalui kerjasama sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, dua suspek berjaya ditangkap di sebuah hotel di sini malam tadi.

Penangkapan itu dilakukan apabila mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai James Chan berjaya mengumpan suspek supaya datang ke bilik hotelnya untuk menerima wang berjumlah AS$42,000 (RM127,000) yang dituntut oleh anggota sindiket.

Credit: Utusan

Thursday, 4 October 2012

Gadis pintar 12 tahun lebih bijak daripada Albert Einstein dan Stephen Hawking


Gadis pintar 12 tahun


Olivia Manning diterima menganggotai komuniti IQ tinggi tertua, Mensa, selepas mencatat mata 162 dalam ujian IQ yang dijalaninya. - Agensi

LONDON 4 Okt. - Seorang gadis Britain berusia 12 tahun diterima menganggotai komuniti IQ tinggi tertua dan terbesar di dunia, Mensa, selepas dia didapati lebih bijak daripada Albert Einstein dan Stephen Hawking.

Olivia Manning yang berasal dari Liverpool, memperolehi 162 mata dalam ujian IQ, iaitu di atas purata 100 mata.

Pencapaian yang diperolehinya itu bukan sahaja dua mata lebih tinggi daripada ahli fizik Jerman, Einstein dan Profesor Hawking, tetapi juga meletakkannya dalam kalangan satu peratus manusia paling bijak di dunia.

Dia kini diberi penghormatan untuk menganggotai Mensa, sekali gus membolehkannya menyertai rangkaian orang-orang pintar di seluruh dunia.

Selepas disahkan sebagai genius, Manning juga kini telah menjadi selebriti di sekolahnya, North Liverpool Academy di Everton.

"Kini semakin ramai orang datang menemui saya untuk meminta bantuan menyelesaikan kerja sekolah mereka.

"Saya sememangnya sukakan cabaran yang boleh membuatkan otak saya terus berfikir," katanya.
Manning yang tinggal di Norris Green mengaku mempunyai cara untuk cepat memahami atau mengingati sesuatu maklumat baru, tetapi dia turut terkejut dengan keputusan ujian IQ yang dijalaninya.