Thursday, 20 November 2014

Jihad atau bunuh diri?

Bukan hanya mengangkat senjata, jihad mempunyai konsep yang luas

MENYEBUT syahid, pastinya setiap umat Islam yang beriman mengimpikan untuk menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan yang mulia demi memperjuangkan agama Allah SWT itu. Selain dijanjikan ganjaran yang tidak terhingga di akhirat, golongan yang syahid juga turut dimuliakan di dunia berikutan sumbangannya yang dianggap tidak ternilai kerana mempertahankan agama sehingga sanggup menggadaikan nyawa.
 
Begitu pun, oleh sebab taksub untuk mengejar ‘makam tertinggi’ tersebut, dijadikan sandaran oleh segelintir umat Islam untuk menyalahertikan kalimah jihad yang menjadi laluan bagi mengecap syahid tersebut.
 
Tanpa mengambil kira pandangan dan usul periksa daripada pelbagai aspek, tidak kira di mana dan kumpulan siapa sahaja yang berperang dengan membawa erti kata jihad, golongan itu juga akan turut serta.
 
Terbukti berlaku apabila sekurang-kurangnya 30 rakyat di negara ini telah berlepas ke Syria untuk menyertai sebuah kumpulan yang digelar pelampau Islam iaitu, kumpulan Negara Islam (IS) menurut laporan sebuah perunding keselamatan antarabangsa. 
 
Hal ini menimbulkan kebimbangan banyak pihak berikutan kumpulan militan tersebut sering dikaitkan dengan keganasan, pembunuhan orang yang tidak berdosa dan juga tindakan-tindakan yang menyalahi akhlak Islam.
 
Penterjemah kitab Fiqh Jihad karangan ulama terkemuka dunia, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Ahmad Fauwaz Fadzil Noor berkata, kalimah jihad yang asalnya digunakan sebagai sandaran untuk memperjuangkan Islam dikhuatiri hanya sia-sia apabila bertentangan dengan konsep jihad sebenar.
 

















 
 









Beliau berkata, ini melihat kepada slogan jihad yang diperjuangkan oleh kumpulan itu yang dilihat tertumpu kepada peperangan semata-mata tanpa mengambil kira pembahagian jihad yang lain.
 
“Walaupun memetik daripada ayat al-Quran yang membenarkan peperangan seperti dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 123 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Perangilah orang-orang kafir musyrik yang berdekatan dengan kamu dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan (serta ketabahan hati) yang ada pada kamu dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa (dengan memberikan pertolongan-Nya), namun ayat tersebut ditafsirkan dalam makna yang sempit.
 
“Jihad dalam konteks yang ditunjukkan oleh kumpulan IS ini adalah dilihat meletakkan peperangan sebagai kaedah utama. Sedangkan di dalam Islam berperang adalah cara terakhir selepas tiada cara lain sebagai penyelesaian.
 
“Ia sebagaimana seorang doktor yang ingin merawat pesakit, pembedahan adalah jalan yang terakhir yang diambil setelah tiada ikhtiar selepas menjalani proses rawatan lain,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
 
Tidak boleh menghukum pelaku sebagai berdosa atau sesat, Fauwaz berkata, kaedah fikah hanya membincangkan sesuatu hukum, sama ada membolehkan atau tidak bersandarkan syarak.
 
Namun tambahnya, selepas disepakati oleh kebanyakan ulama memutuskan tidak sah, maka individu yang ingin menyertai kumpulan IS dinasihati mempelajari ilmu berhubung jihad bukan sekadar mengikut hawa nafsu.
 
“Seorang ulama sufi, Hassan al-Basri pernah menyebut ketika hayatnya iaitu kira-kira lebih 1,200 tahun lalu berkata, golongan yang kuat ibadah tidak mungkin akan mengangkat senjata ke atas golongan Muslim yang lain. 
 
“Perkara ini dilihat dilakukan oleh IS yang bertindak bukan sahaja memerangi orang kafir tetapi golongan Muslim lain yang tidak mengikuti fahaman mereka serta golongan yang tidak berdosa seperti wartawan, orang awam dan sebagainya.
 
“Sedangkan jihad membawa maksud bersungguh-sungguh memerah keringat bukannya Qatala yang membawa maksud membunuh atau berperang.
 
 
Konteks jihad juga sangat luas iaitu merangkumi jihad membangunkan ekonomi, sosial, politik, pendidikan kesihatan dan juga pembangunan,” jelasnya.
 
Fauwas berkata, perdamaian melalui dialog serta rundingan merupakan kaedah terbaik yang boleh diambil berbanding kaedah peperangan yang hanya mengakibatkan kemusnahan harta benda, kerugian dan juga kematian orang yang tidak berdosa.
 
MEMPUNYAI kekuatan ketenteraan dianggar hampir 100,000 ahli serta aset bernilai sekurang-kurangnyaAS$2 bilion, secara tidak langsung menjadikan kumpulan IS sebagai kumpulan yang penuh dengan teori konspirasi.
 
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, walaupun dilihat mempunyai aktiviti sendiri bagi mengumpul dana dan ketenteraan, namun kemunculan kumpulan itu yang dianggap secara tiba-tiba agak mengelirukan.
 
Ini katanya, berikutan banyak fakta yang dilaporkan tidak konsisten dan mempunyai bukti kukuh untuk membuktikan kegiatan dan kemunculan kumpulan militan itu.
 
“Melalui maklumat risikan Iraq, aset kumpulan IS bernilai AS$2 billion. Ini bermakna ia dilihat sebagai organisasi militan terkaya di dunia. Hampir tiga suku daripada jumlah itu dianggarkan diperoleh apabila IS menawan Mosul, Iraq pada Jun lalu. 
 
“Ini termasuk kira-kira AS$429 juta yang dirampas dari bank pusat Mosul, bersama berjuta lagi dan emas yang dirampas daripada beberapa bank yang lain di Mosul.
 
Namun semua maklumat ini masih dipersoalkan sama, ada ia benar-benar sah atau sebaliknya,” katanya.
 
BERSELINDUNG dengan istilah jihad demi menubuhkan Dawlah Islamiyah (negara Islam) dan menentang golongan kafir, IS cuba mengaburi mata masyarakat dunia, terutamanya umat Islam untuk mengikuti gerakan mereka dalam usaha memperluas lagi pengaruh di seluruh dunia.
 
Penganalisis Politik Timur Tengah dan gerakan Islam Kontemporari, Dr. Maszlee Malik bagaimanapun berkata, melihat kepada ideologi gerakan yang dibawa, istilah jihad yang digunakan oleh kumpulan pelampau Islam itu disifatkan sebagai propaganda dan kesesatan dalam memperdayakan umat Islam.
 
Perkara itu turut disepakati oleh kebanyakan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) menerusi persepakatan pelbagai kesatuan ulama negara Islam yang terdiri daripada kalangan ulama-ulama terkemuka di seluruh dunia.
 
“Kira-kira 126 ulama Islam terkenal dari seluruh dunia juga telah menandatangani kenyataan bersama yang dibacakan oleh presiden Council on American Islamic Relations (CAIR), Nihad Awwad mengutuk IS dan juga menolak keganasan dan juga khalifah yang diisytiharkan oleh IS pada September lalu.
 
“Mereka juga menolak keganasan IS yang membunuh rakyat tidak berdosa termasuk golongan umat Islam yang tidak bersetuju dengan fahaman mereka serta menghalau golongan Kristian dan Yazidi dengan penuh kezaliman.























 
 
Bahkan, ramai di antara mereka yang telah melabelkan IS atau Da’esh sebagai Khawarij di zaman moden. “Para ulama dari seluruh dunia termasuk Kesatuan Umat Islam Sedunia juga telah menyatakan pendiriannya menolak pengisytiharan Dawlah Islamiyah dan pengisytiharan Khilafah oleh Abu Bakar al-Baghdadi disifatkan sebagai tidak sah dan hanya mewakili kumpulan pengganas yang kecil,” katanya.
 
Malah, tambahnya, ulama beraliran Salafi juga turut mengecam dan menjelaskan penyelewengan IS termasuk para pemimpin al-Qaeda yang merupakan pertubuhan yang bertanggungjawab melahirkan IS.
 
Oleh itu, jelas Pensyarah Kanan di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, bagi mereka yang mengikut konsep jihad IS dengan alasan ingin mendapatkan syahid memperjuangkan negara Islam itu secara tidak langsung menolak persepakatan keputusan ulama seluruh dunia.
 
Sementara itu, Maszlee berkata, konsep jihad IS adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana kumpulan militan itu memegang prinsip negara umat Islam selain IS adalah negara kafir dan wajib diperangi. “IS menegaskan umat Islam pada zaman kini wajib melaksanakan ‘Jihad Global’ atau Jihad Hujumi (serangan ofensif).
 
Bagi mereka keadaan umat Islam yang ditindas dan diperangi oleh kuasa barat menuntut umat Islam untuk melancarkan jihad di seluruh dunia.
 
“Golongan IS juga menyakini bahawa negara umat Islam yang mengamalkan sistem pemerintahan moden dianggap mengikuti syiar kekafiran dan didominasi oleh undang-undang buatan manusia dan bukannya hukum Islam, maka IS mengkategorikannya sebagai negara kafir.
 
“Bagi mereka, umat Islam yang tidak melaksanakan jihad ataupun mentafsirkan jihad dengan urusan selain peperangan telah melakukan dosa besar dan bukanlah Muslim yang sebenar,” ujarnya.
 
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, video yang tersebar yang dikatakan perbuatan IS juga diragui kerana dikenal pasti tidak kelihatan benar.
 
“Pada 2010, Washington Post ada menyiarkan artikel oleh bekas perisik tentera, Jeff Stein telah menulis secara terperinci bagaimana CIA mengaku membuat filem video Osama Bin Laden yang palsu ketika perang Iraq 2003 sedang dirancang.
 
“Agensi itu memang ada mengeluarkan video menunjukkan Osama dan rakan-rakan duduk mengelilingi unggun api sedang minum arak. Salah seorang bekas CIA mendedahkan mereka mengguna pelakon daripada kalangan staf CIA yang mempunyai kulit sedikit gelap.
 
“Jika ini benar, apa yang menghalang video IS juga melalui proses yang sama. Mungkin ini dianggap mustahil, tetapi masih boleh dibincangkan,” katanya.
 
Begitu juga tambahnya, pembunuhan David Haines dan Alan Henning oleh IS mungkin bukanlah petugas kemanusiaan sebagaimana yang dilaporkan.
 
“Mengikut sumber lain, berdasarkan profil, Haines bertugas di syarikat worked Astraea. Mengikut laman sesawang Astraea , program syarikat itu adalah untuk Sistem Pesawat Tanpa Pemandu, UAS (Unmanned Aircraft Systems) iaitu membina drones. “Alan Henning pula mungkin tidak berada di Syria untuk mengelak laporan media.
 
Mengikut laporan The Daily Mail, konvoi kemanusiaan yang dikatakan disertai oleh Alan Henning dan diculik IS, kini disiasat atas dakwaan ada kaitan dengan kumpulan militan.
 
Setengah teori konspirasi menyatakan mereka berdua adalah fixers iaitu agen yang menyamar sebagai jurugambar wartawan.
 
Oleh itu, tidak mengejutkan jika berita dan visual melalui ubahsuai untuk menggambarkan keadaan di Syria, ujarnya.
 
Satu lagi persoalan besar mengenai banyak konspirasi IS kata Azmi ialah bagaimana warga Amerika direkrut oleh IS tanpa dapat dipantau oleh agensi seperti NSA yang bertugas sepanjang masa untuk mengesan apa yang digelar jaringan pengganas.
 
“Teori yang lebih kritikal mengatakan, NSA tidak mahu menyekat mereka keluar untuk terlibat menjadi pejuang di kawasan konflik seperti Syria kerana Amerika Syarikat perlu mewujudkan perang untuk kepentingan ekonominya,” jelasnya.
 
Azmi juga tidak menolak kemungkinan kumpulan militan IS adalah merupakan Operation Hornet’s Nest iaitu istilah yang diguna untuk memporak-perandakan kestabilan Asia Barat melalui kegiatan golongan ekstremis antarabangsa yang di bantu oleh CIA, MI6 dan Mossad.
 
“Bekas agen NSA dan CIA, Edward Snowden, mendakwa memiliki dokumen untuk membuktikan hal ini dalam artikel yang diterbit dalam Gulf News. Snowden menyatakan agen perisikan tiga negara mewujudkan organisasi pengganas (terrorist) yang boleh menarik golongan ekstremis dari seluruh dunia pada satu tempat menggunakan strategi yang digelar The Hornet’s Nest.
 
“Pembocoran maklumat lagi yang didedahkan oleh Snowden memberitahu ketua kumpulan IS, Abu Bakar al-Baghdadi diberi latihan intensif ketenteraan selama setahun oleh Mossad. 
 
“Dengan menarik ekstremis antarabangsa di Asia Barat, negara Yahudi akan mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya dan dengan itu mempunyai justifikasi menghapus gerakan Islam seluruhnya. Ini memang akan disenangi oleh kuasa barat,” katanya.






















 

 
 
 
Credit: MOHD. SHAH CHE AHMAD

Wednesday, 19 November 2014

FADILAT SOLAT DHUHA

GOLONGAN ORANG YANG BERSOLAT:BERKENAAN dengan solat dhuha ada sebuah hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Hendaklah masing-masing setiap pagi bersedekah untuk persendian (ruas tulang) tubuh badannya. Maka setiap kali bacaan tasbih (Subhanallah) itu sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) itu sedekah, setiap bacaan tahlil (Lailahaillallah) itu sedekah, setiap takbir (Allahuakbar) itu sedekah, amar makruf nahi mungkar (menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan) itu sedekah, dan sebagai ganti itu semua, cukuplah mengerjakan solat dhuha dua rakaat.”
 
 
Secara umumnya waktu melakukan solat sunat Dhuha mengikut syarak adalah bermula dari selepas terbit matahari iaitu anggaran naik matahari setinggi segalah sehingga condongnya matahari ke arah barat.
 
Pengiraan Waktu Dhuha secara astronomi/falak adalah berdasarkan formula waktu Syuruk ditambah dengan satu pertiga perbezaan waktu Syuruk dan waktu Subuh atau secara purata waktu Dhuha bermula 28 minit selepas waktu Syuruk.
 

Waktu Afdal Dan Akhir Dhuha

Waktu afdal Solat Sunat Dhuha pula adalah 2/3 masa antara bermulanya Solat Sunat Dhuha sehingga masuk waktu Zuhur. Dan waktu tamat atau berakhir Solat Sunat Dhuha adalah ketika matahari tegak di atas kepala iaitu lebih kurang 9 minit sebelum masuknya waktu Zuhur.
 
Dari Zaid bin Arqam r.a, berkatanya, “Nabi Muhammad keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Sunat Dhuha. Baginda  bersabda :
 
“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
.
 
 
Sunat dilaksana ketika matahari naik tinggi, panas terik.
 
Solat dhuha waktunya iaitu selepas matahari sudah naik tinggi segalah dan berakhir ketika tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur).
 
Mudahnya solat dhuha bermula setengah jam selepas waktu syuruk. Namun disunatkan melaksanakannya pada waktu matahari naik agak tinggi dan panas agak terik.
 
Hal ini seperti hadis riwayat Ahmad dan Muslim, daripada Zahid bin Arqam RA, beliau berkata:
 
“Nabi SAW keluar menuju tempat ahli Quba. Pada ketika itu mereka sedang menunaikan solat dhuha. Baginda bersabda: Ini adalah solat orang yang kembali kepada Allah (Awwabiin), iaitu di waktu anak-anak unta telah bangun kerana kepanasan waktu dhuha.
 
Sekurang-kurangnya solat dhuha ini adalah dua rakaat seperti hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah RA berkata yang bermaksud: “Kekasihku Rasulullah SAW berpesan kepada saya supaya berpuasa tiga hari tiap-tiap bulan dan solat dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur.”
 
Boleh juga dibuat empat rakaat seperti hadis riwayat Muslim, daripada Aisyah RA beliau berkata: “Rasulullah SAW biasa melaksanakan solat dhuha empat rakaat, dan kadang-kadang melebihi dari itu sekehendak Allah”.
 
Boleh juga dibuat lapan rakaat dan setiap dua rakaat satu salam seperti hadis riwayat Abu Daud, yang bermaksud: “Bahawa Nabi SAW mengerjakan solat dhuha sebanyak lapan rakaat dan tiap-tiap dua rakaat bersalam. Sehinggalah kepada 12 rakaat dan sesiapa yang mengerjakan solat dhuha 12 rakaat, nescaya dia akan mendapat istana di syurga”.
 
Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, daripada Anas r.a, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang solat dhuha 12 rakaat, nescaya Allah dirikan untuknya istana di syurga.”
 
Dalam kitab fiqah I’aanatuth Thalibin, jilid 1 muka surat 225 dinyatakan bahawa jika dikerjakan dua rakaat, disunatkan pada rakaat pertama sesudah membaca surah al-Fatihah, membaca surah “Wasy-Syamsi waduhaaha..” dan pada rakaat kedua sesudah membaca al-Fatihah, membaca surah “Wadhuhaa wal-Laili izaa saja.”
 
Jika dikerjakan lebih daripada dua rakaat, maka disunatkan tiap-tiap dua rakaat salam. Surah yang dibaca adalah seperti yang telah disebutkan, manakala rakaat selebihnya membaca surah al-Kafirun (Qul yaa ayyuhal kafirun) dan surah al-Ikhlas (Qul huwallahu ahad).
 
Cara yang terbaik apabila mengerjakan solat dhuha dua rakaat ialah pada rakaat pertama sesudah membaca al-Fatihah, membaca ayat Kursi sebanyak 10 kali dan pada rakaat kedua sesudah membaca al-Fatihah, membaca surah al-Ikhlas 10 kali juga.
 
Hal ini seperti hadis daripada Anas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melaksanakan solat dhuha, bacalah pada rakaat pertama surah al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali serta pada rakaat yang kedua sesudah membaca al-Fatihah, membaca surah al-Ikhlas 10 kali, pasti ia mendapat keredaan yang terbesar daripada Allah.”
 
Demikianlah.
 
.
والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

 
 
 
 
 

Doa Sukar Tidur

Suite Simple and You Intip warna ruangan dan karakternya yuk Bunda ...
Antara penyakit-penyakit yang sering diadukan kepada perawat ialah masalah sukar untuk tidur malam ataupun dikenali imsomnia.

Sebagaimana yang kita tahu, jangka waktu tidur setiap orang adalah berbeza, bagaimanapun secara umumnya, manusia tidak memerlukan waktu yang panjang untuk tidur.

Penyakit sukar tidur boleh disebabkan antara salah satu faktor dibawah ini
  1. Stress atau tekanan (tempat kerja, belajar, rumahtangga)
  2. Menghadapi masalah (rumahtangga, kewangan, pelajaran, pekerjaan)
  3. Perubahan pada persekitaran (berpindah tempat tidur, rumah , dan sebagainya)
  4. Penyakit
  5. Gangguan makhluk halus
 
Home Gambar Lainnya Gambar Orang Tidur Lucu
 
 
DOA YANG DIBACA
 
Pesakit yang menghadapi masalah gangguan makhluk halus (gangguan/sihir/saka) sering menghadapi masalah penyakit tidur. Selain daripada mendapatkan rawatan dari perawat Islam bertauliah, boleh juga amalkan adab-adab sebelum tidur :-
  1. Membaca 3 Qul
  2. Ayatul Qursi
  3. Ayat Terakhir AL-Baqarah dan zikir fatimah (tasbih, tahmid, dan takbir 33x)
  4. Tambahan : Al-Kahfi-25 atau Al-Anbiyaa : 87 atau Maryam : 18 dan 98
  5. Mengamalkan dua rangkaian doa di bawah ini yang dikenali sebagai doa Al-Araq.
Amalkan nya dengan membacanya berulang kali sebelum masuk tidur. Boleh juga dibacakan keatas air dan diminum.
 
1. “Ya Allah, Tuhan pemelihara langit yang tujuh dan apa yang dilindunginya. Tuhan pemelihara segala bumi dan apa yang terkandung didalamnya dan Tuhan pencipta syaitan dan apa yang tersesat kerananya, jadikanlah aku terpelihara dariapada kejahatan makhlukMu itu semua, sampai-sampai seseorang daripada mereka mengalahkan daku dan melakukan kezaliman. Muliakanlah pemeliharaanMu, maha bsar pujiMu, tidak ada Tuhan selain Engkau.”
 
doa_sukar_tidur_malam
 
2. “Ya Allah, bintang-bintang telah tenggelam, segala mata merasa tenang, sedangkan Engkau tetap hidup lagi berdiri sendiri. Tiada mengantuk dan tidur menimpa Engkau. Ya Tuhan yang hidup, Ya Tuhan yang berdiri sendiri, tenangkanlah malamku dan tidurkan mataku”.
 
Jika masalah di atas masih berterusan maka bangkitlah diwaktu malam itu mengambil wuduk dan terus mengerjakan solat taubat, solat tahajud, solat tasbih dan solat hajat memohon perlindungan Allah SWT daripada gangguan, sama ada gangguan manusia, iblis dan syaitan atau kedua-duanya sekali.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Doa Istighfar (Mminta Ampun) dan Taubat

taubat
 
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.
 
Sabdanya yang bermaksud:
Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.
 
Sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca:

DOA AMPUN

Maksudya:
Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya. Nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.
 
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.
 
Sabdanya yang bermaksud:
Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.
 
Sabdanya yang bermaksud:
Sesungguhnya jika hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.
 
 
 
 
 

Ahli matematik, astronomi

Buzjani, the Persian.jpg
Orang pertama memisahkan ilmu hitung
trigonometri dengan ilmu astronomi

ABU Al-Wafa’ Al-Buzjani adalah salah seorang ilmuwan Muslim terkemuka dalam bidang matematik. Di samping itu, beliau juga adalah ahli astronomi.

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Muhammad bin Yahya bin Ismail, manakala nama gelarannya ialah Abu Al-Wafa’ Al-Buzjani Al-Hasib. Al-Buzjani adalah namanya yang diambil daripada nama tempat kelahirannya, iaitu Al-Buzjan iaitu sebuah desa kecil yang terletak di daerah Khurasan di Iran, atau antara Nishapur dan Harrah.

Manakala gelaran Al-Hasib adalah gelaran umum yang diberikan kepada orang yang menekuni bidang ilmu matematik. Dalam kesusasteraan Arab, namanya biasa disebut dengan nama-nama berikut, iaitu Abu Al-Wafa’, Abu Al-Wafa’ bin Al-Abbas, Al-Buzjani, Abu Al-Wafa’ Al-Buzjani. 

Abu Al-Wafa’ dilahirkan di sebuah desa bernama Buzjan pada 328 Hijrah (940 Masihi). Tidak banyak rujukan sejarah yang menyebutkan secara lengkap tentang sejarah pendidikannya.

Namun yang jelas, ketika usianya masih muda dia pernah mengunjungi Baghdad pada 348 Hijrah (959 Masihi). Di situ, beliau belajar ilmu matematik dan ilmu astronomi. Beliau kemudiannya mengajar dan menulis dalam bidang tersebut, di samping mengadakan penelitian astronomi melalui teropong bintang milik pemerintah. 

Al-Buzjani termasuk salah seorang ilmuwan Muslim yang mengembangkan penelitiannya untuk pertumbuhan ilmu hitung kalkulus.

Kerana itu, beliau banyak memberikan tumpuan bagi kebangkitan industri yang ada pada masa kita sekarang. Ini kerana gambar geometri dan kalkulus dianggap sebagai tumpuan dasar bagi pengembangan industri dan teknologi, selain sebagai cara untuk mengukur berbagai-bagai bentuk dan ukuran yang sulit. 

Kitab Al-Madkhal ila Al-Aritsmatiqi, membincangkan tentang aritmetik iaitu sebahagian daripada cabang ilmu matematik. Sementara itu, kitab Ma Yahtaju Ilaihi Amal Wa Al-Kitab Min Shina’ati Al-Hisab, secara ringkasnya dikenal dengan nama Al-Manazil Fil Hisab atau Kitab Al-Manazil. Buku ini ditulis oleh Al-Buzjani untuk digunakan oleh pegawai negeri. Dalam buku itu juga, beliau menerangkan tentang kaedah ilmu hitung India, seperti goresan pada pasir dan bagaimana menghapuskannya. 

Ilmu hitung Pada kenyataannya, ilmu hitung ini didasarkan pada cara hitung yang disebut “hitungan Romawi dan Arab” menurut cara penyelesaian penghitungannya. Kadang-kadang juga hanya dilakukan di dalam benak seseorang dan dalam keadaan tertentu ada langkah penyelesaian dengan cara menghitung jari. Inilah yang saat dikenal dengan nama “hitungan tangan,” “hitungan akad,” dan “hitungan udara.” Kemudian untuk berinteraksi dengan bilangan pecahan, hitungan tangan menggunakan ukuran enam puluhan atau pecahan itu diubah menjadi mata wang atau satuan ukuran. 

Kitab Al-Manazil telah menjadi dasar dalam menghitung pada masa Al-Buzjani. Penamaan buku Al-Manazil didasarkan pada keadaan aslinya, iaitu bahawa buku ini terbahagi menjadi tujuh manzilah (tingkatan) dan masing-masing manzilah terbahagi menjadi tujuh bab. 

Keunggulan Al-Buzjani dalam ilmu astronomi dan matematik telah membuat para astronomi dan ahli matematik barat merasa kagum, sekali gus iri hati kepadanya. 

Bahkan, kerana didorong perasaan itu, salah seorang daripada mereka mengaku apa yang ditemukan oleh Al-Buzjani sebagai penemuannya sendiri. Misalnya, ahli astronomi dari Denmark, Tycho Brahe (1546-1601). S

epanjang penglibatan Al-Buzjani dalam bidang astronomi, tujuh risalah utama daripada Almagest (Kitab al-Majisti) masih wujud hingga kini. Kerja-kerjanya merangkumi banyak topik dalam bidang satah dan sfera trigonometri, teori planetari dan penyelesaian dalam menentukan arah kiblat. Sebahagian sejarawan mengatakan bahawa ini adalah penemuan Brahe.

Bagaimanapun, sebahagian yang lain ada yang juga membantah perkara itu. Masalah ini sempat menjadi perdebatan yang panjang, hingga dapat diyakinkan pada masa sekarang bahawa penemuan ketidaksempurnaan ketiga pada pergerakan bulan adalah penemuan Abu Al-Wafa’ Al-Buzjani, bukan Tycho Brahe. 

Akhirnya, para ilmuwan Barat mengembalikan penemuan hak Al-Buzjani kepadanya. Beliau juga merupakan orang pertama kali memisahkan ilmu hitung trigonometri dengan ilmu astronomi. Abu Al-Wafa’ telah mencapai kedudukan yang paling tinggi dalam ilmu matematik.

Karya-karya atau tulisan Al-Buzjani memiliki banyak keistimewaan dan segala karyanya dapat dimanfaatkan oleh semua orang. Malah segala isi karyanya begitu lengkap dan tidak mungkin dapat dilakukan oleh mereka yang bukan pakar atau ahli khusus dalam bidang tersebut. 



Nama lengkap: Muhammad bin Muhammad bin Yahya bin Ismail 

Gelaran: Abu Al-Wafa’ Al-Buzjani Al-Hasib 

Lahir: 10 Jun 940 Masihi di Buzhgan, (sekarang Torbat-e Jam) di Khurasan (sekarang Iran)

Meninggal dunia: 15 Julai 997 Masihi atau 998 Masihi di Baghdad

Era: Zaman Keemasan Islam

Bidang kepakaran: Matematik dan Astronomi

Idea-ideanya yang paling terkesan: Fungsi tangen, peraturan sinus dan beberapa identiti trigonometri.







 

Tuesday, 18 November 2014

Cepat marah mudah dapat penyakit

... tips untuk anda supaya menjadi orang yang bisa menahan marah
Kajian dibuat bagi membandingkan sifat individu dengan penyakit yang dihidapi

Individu yang peramah kuat bekerja, terurus dan sentiasa tenang, bukan saja mudah dapat pekerjaan dan lebih menonjol dalam kalangan rakan-rakannya, bahkan mereka juga kurang berkemungkinan menghidap penyakit seperti angin ahmar, artritis dan kencing manis.                  
 
Sebaliknya mereka yang mudah marah, sentiasa moody, kerap sakit hati, marah, perengus dan bersedih, lebih berkemungkinan untuk didiagnos dengan penyakit-penyakit tersebut.
 
Gambar-Gambar Kucing Lucu dan Anjing
 
Satu kajian jangka panjang yang dilakukan oleh penyelidik di Amerika Syarikat menemui kaitan yang rapat antara personaliti seseorang dengan penyakit.
 
Mereka mendapati bahawa individu yang mempunyai personaliti mesra, berhemat, terbuka, mudah dibawa berbincang dan tidak terlalu neurotik, mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik dan kurang berpenyakit.
 
Gambar Animasi Orang Lagi Sedih Senang Marah
 
Ini disebabkan kata mereka, individu berpesonaliti begini kemungkinan besar mengamalkan pemakanan yang sihat, bersenam, kurang tekanan dan mampu berkomunikasi lebih baik dengan doktor ketika membuat rutin pemeriksaan kesihatan, berbanding mereka yang bersifat neurotik, iaitu mudah marah, sentiasa rasa bimbing, mood yang mudah berubah-ubah dan kerap bersedih.
 
Golongan individu berpersonaliti demikian lebih berkemungkinan didiagnos dengan penyakit. Penemuan ini menyokong hasil penyelidikan sebelum ini bahawa individu yang neurotik mempunyai kadar hayat lebih rendah, walaupun para penyelidik ini tidak begitu tahu apa puncanya. 
 
Marah-marah Bikin Serangan Jantung
 
Salah satu teori bagi keputusan hasil kajian ini ialah, golongan tersebut kurang keupayaan untuk menangani tekanan dengan lebih berkesan, membuatkan tubuh mereka merembeskan lebih banyak hormon cortisol. Terlalu banyak hormon cortisol boleh merosakkan sistem ketahanan badan dan organ-organ dalam tubuh termasuk otak.
 
Melalui ujian soal jawab terhadap personaliti peserta, para penyelidik memberi markah berdasarkan kepada lima jenis sifat paling ketara iaitu, neurotik, ekstraversi, terbuka, berhemat dan menyenangkan.
 
Empat tahun kemudian, mereka ditanya sama ada mereka telah dikesan menghidap sebarang penyakit oleh doktor. Peserta diberi markah pada sekala satu hingga empat bagi setiap sifat personaliti tersebut.
 
Markah empat bermakna personaliti mereka cukup kuat, sebagai contoh peserta yang mendapat markah empat bagi sifat ekstraversi adalah seorang yang sangat peramah dan ceria, manakala individu yang mendapat marah satu kurang ramah dan kurang bercakap.
 
Kumpulan Gambar Animasi Orang Marah Tweet Email

Monday, 17 November 2014

Doa Kesembuhan Sakit & Penyakit


Kehidupan sebagai manusia tidak dapat dielakkan dari ditimpa pelbagai sakit dan penyakit, ada yang bersifat kejiwaan, pemikiran dan juga tentunya fizikal. Kesakitan fizikal boleh mengganggu prestasi fizikal. Namun agak terhad kepada dirinya sahaja. Lebih merbahaya, penyakit jiwa, dimana kejahatannya boleh menimpa kepada orang lain dan persekitarannya.
 

Di dalam kejahilan umat Islam hari ini, agak dukacita melihat bomoh dan perawatan jampi dengan bacaan pelik, menurun, tangkal hikmah yang tidak tahu apa isinya kerap menjadi pilihan. Kononnya sebagai ikhtiyar, malangnya tidak disedari tindakan bertemu bomoh dan perawat sedemikian dengan mudah membawa syirik.
 

Jika di dalam rumah dan pejabat kita sering ada first aid kit yang boleh dimanfaatkan ketika terdapat kemalangan dan pesakit di sekeliling. Dalam tulisan ini ringkas ini, saya sertakan beberapa rawatan awal yang boleh kita selaku Muslim yang mukmin lakukan kepada pasangan, anak dan diri kita apabila ditimpa pelbagai jenis kesakitan. Namun jangan dilupa, bertemu doktor itu PERLU.
 

Bacalah doa-doa ini semasa menghadapi sakit fizikal, moga ia juga berkesan untuk ketenangan mental dan iman kita. Doanya berwarna BIRU dan selebihnya yakinilah kuasa Allah yang mengawal seluruh alam dan makhluk, Maha Penyembuh.
 

Sebenarnya banyak lagi ayat Al-Quran dan doa dari hadis yang boleh dibaca, namuan untuk tidak membebankan pemikiran pembaca, cukuplah kita memilih beberapa terlebih dahulu.
 

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً


Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim).
 

كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة (رواه البخاري)


Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat" ( Riwayat Al-Bukhari).
 

أن جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيت ؟ قال نعم , قال : بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ

Ertinya : Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w dan berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi " Ya". Jibrail membalas " Bacalah "Dengan nama Allah yang mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau disembuhkan"


Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa berwarna biru :

أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ثلاثا , وقل سبع مرات : أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
 

Ertinya : Seorang sahabat datang mengadu kepada Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam, lalu nabi mengajarkan berkata : " Letakkan tanganmu ditempat yang kamu merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali : " Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan yang telah menimpaku dan yang aku ingin hindari. ( Riwayat Muslim).

 
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله فقال عنده سبع مرارٍ أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ
أَنْ يُشْفِيَكَ إلا عافاه الله من ذلك المرض


Ertinya : Nabi telah berkata " Barangsiapa melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba ajalnya (sakit yang dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali : " Aku memohon kepada Allah yang maha agung, tuhan bagi arasy yang agung agar menyembuhkanmu". Tiadalah dibacakah itu kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit tersebut. ( At-Tirmidzi : hadis Sohih)

Imam Ibn Qayyim berkata “dari kaedah pelindung dan penyembuh dari hasad mata dan yang sepertinya adalah membaca dau Qul ( Surah An-Naas dan Al-Al-Falaq) dan Al-fatihah, ayat Kursi dan lain-lain doa dari hadis nabi” iaitu antaranya seperti di atas. (At-Tibb al-Nabawi, hlm 168)
 
Semoga sakit yang dideritai beransur sembuh. Termasuklah penyakit malas solat, panas baran, ketagih porno dan sebagainya. Cubalah amalkan doa-doa di atas juga.
 
Sekian
 



Credit: Zaharuddin Abd Rahman