Monday, 5 November 2012

Mari Sukakan Pekerjaan Kita...



Tiada hari yang terlalu panjang bagi mereka yang suka bekerja 
( Seneca
 Pujangga Rom )

Adakah anda sukakan kerja yang anda lakukan sekarang?

Walau apa sekalipun jawapan yang mungkin akan anda berikan, biarlah hanya anda seorang sahaja yang mengetahui jawapan sebenarnya. Jawapan anda langsung tidak memberi makna kepada orang lain yang mendengar, dan jawapan anda juga tidak memberi sebarang kesan kepada orang lain.. selain diri anda.
Cubalah sekali dalam hidup, anda berlaku jujur dengan diri anda dan cuba untuk berikan jawapan yang seikhlasnya berkenaan dengan soalan diatas.

Secara amnya, manusia tidak akan memilih untuk bekerja ditempat yang mereka tidak suka. Kalau hati betul tak suka, kenapa masih nak kerja dekat tempat tu. Lepas tu sanggup pulak nak kerja sampai bertahun-tahun. Tak logik la.
Manusia sentiasa ada pilihan selagi mana dia masih bernafas. Alasan yang mengatakan tiada pilihan dalam hidup hanya sesuai untuk mereka-mereka yang menyerah kalah dalam hidup.
Mereka ada pilihan untuk bunuh diri dan tamatkan riwayat hidup mereka, tetapi mengapa mereka memilih untuk teruskan kehidupan. Bukankah dari situ je dah menunjukkan yang hidup ini merupakan suatu pilihan dan mereka memilih untuk hidup.
Ada orang sukakan pekerjaan yang dilakukan sekarang ni disebabkan pekerjaan tersebut sama bidang dan disiplin yang dipelajari semasa dalam peringkat universiti. Semasa belajar dulu menuntut dalam bidang kejuruteraan, jadi bila sudah beralih ke alam pekerjaan ini, dapat pulak kerja sebagai seorang jurutera. Suka.
Atau mungkin juga anda sukakan pekerjaan anda sekarang ini disebabkan oleh environmentkerja yang sememangnya mencabar. It involves life and death. Anda menyabung nyawa semata-mata untuk menyelamatkan nyawa orang lain.
Boleh jadi juga anda cintakan pekerjaan anda sekarang ini disebabkan oleh the nature of work itu sendiri yang membolehkan anda untuk travel. Anda berpeluang untuk outstation sana-sini. Berkesempatan juga untuk melihat dunia luar, berkenalan dengan pelbagai lapisan masyarakat dan mempelajari budaya, kepercayaan dan fahaman mereka. Anda memang suka skop kerja begini.
Berkemungkinan juga anda sukakan kerja yang anda lakukan sekarang disebabkan anda berupaya untuk menghasilkan wang besar. Gaji anda cukup tinggi jika nak dibandingkan dengan orang lain. Posisi anda dalam syarikat yang anda berkhidmat cukup baik dan segala-galanya okay.
Malahan anda dibayar bukan sekadar gaji, tetapi dibayar komisyen untuk perkhidmatan yang anda berikan dan juga gaji tambahan sekiranya anda melakukan kerja-kerja lebih masa.
Well.. you see that? You have 1001 reasons to like and to love your job!
Bagaimana pula bila satu masa nanti realiti hidup menduga anda? Anda diuji dengan dugaan, cabaran dan apabila semua itu berubah selaras dengan perubahan masa dan peredaran zaman.
Setiap satu perkara yang pernah anda enjoy dan yang pernah anda sukakan berkenaan dengan pekerjaan anda menjadi sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan.
Satu masa nanti kehidupan anda pasti akan mengalami perubahan. Anda akan ada komitmen baru. Anda mendirikan rumah tangga. Memiliki famili dan mempunyai anak-anak yang perlu anda jaga. Komitmen anda akan terbahagi kepada dua, tiga, empat dan mungkin lebih dari itu.
Kalau dulunya anda tiada masalah untuk travel, sekarang mungkin akan jadi satu isu.
Seiring dengan pertambahan usia, boleh jadi keupayaan dan kecekapan anda untuk melakukan satu-satu bidang kerja juga akan berkurangan. Value anda menurun secara tak langsung. Lagi banyak anda melakukan kesalahan semasa bekerja, lagi cerah peluang untuk anda kehilangan kerja.
Idea untuk melakukan kerja lebih masa boleh jadi satu jenaka spastik yang anda tak mahu untuk dengar.
Itu belum kira lagi sekiranya anda bukan jenis yang health conscious. Boleh jadi sebelum mencapai usia emas anda sudah kelihatan seperti sudah melangkaui usia tersebut. Sering sakit. Atau mungkin anda mengalami kehilangan salah satu anggota tubuh dalam kemalangan yang menyukarkan anda untuk memberi 100% dalam kerja yang pernah anda suka ini.
Semua ini boleh terjadi dan mungkin akan terjadi.
Kita tak tau sama ada kita bernasib baik untuk mengalami kesemua kemungkinan-kemungkinan tersebut. Namun apa yang boleh kita lakukan adalah untuk bersedia.
Sediakan backup plan. Emergency fund.
Ingatlah.. kita tidak akan bekerja selama-lamanya. Malah akan ada satu masa kita wajib untuk berhenti bekerja. Jadi lakukanlah pekerjaan yang bermanfaat untuk hari ini dan juga untuk hari akan datang.
Sebaiknya usahakan untuk melakukan kerja yang boleh menghasilkan pendapatan pasif kepada anda sebagai backup andainya satu masa nanti anda tidak mampu untuk bekerja lagi.
 Credit: Sabree Hussin

MENGAPA PERANG JAMAL BERLAKU....



Perang Jamal telah berlaku di antara dua pasukan tentera kaum Muslimin. Pasukan pertama telah diketuai oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib Radhiallahu ‘Anhu dan pasukan kedua pula telah diketuai oleh Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha. Setelah terjadinya peperangan tersebut, sebahagian umat Islam mula memberikan pelbagai-bagai sangkaan terhadap apa yang telah berlaku di antara Amirul Mukminin dan Ummul Mukminin. Ada di antara mereka yang menyokong Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib sambil memburuk-burukkan Ummul Mukminin ‘Aisyah dan begitulah sebaliknya. Umat Islam kembali mengalami perpecahan kerana kebingungan masing-masing.

Apakah sebenarnya yang telah berlaku di antara mereka sehingga menyebabkan berlakunya peperangan ini? Ini adalah anatara inisiatif membalas dan menjelaskan segala tohmahan dan kekeliruan yang telah dilemparkan kepada Sahabat Nabi S.A.W sebagaimana sabda baginda :

“Janganlah kamu mencerca para sahabatku…” dan

firman Allah S.W.T :

“…Sesungguhnya Allah telah REDHA kepada mereka (Muhajirin dan Ansar) dan mereka juga telah redha kepada-Nya…” (Surah At-Taubah : ayat 100).



PEMBERONTAKAN UMMUL MUKMININ KEPADA AMIRUL MUKMININ?



Benarkah Perang Jamal adalah satu gerakan pemberontakan kepada Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib? Perang Jamal bermula apabila ‘Aisyah, Thalhah dan Az-Zubair Radhiallahu ‘Anhum serta orang-orang yang bersama dengan mereka telah pergi ke Basrah. Mereka mula bertolak apabila mendengar pengangkatan Ali bin Abi talib sebagai Amirul Mukminin yang baru selepas Amirul Mukminin Uthman Radhiallahu ‘Anhu dibunuh atas sebab fitnah yang telah dilemparkan oleh pemberontak-pemberontakan. Pemberontak-pemberontak tersebut tidak lain adalah golongan mereka yang telah memendamkan perasaan dendam dan dengki terhadap Amirul Mukminin Uthman Radhiallahu ‘Anhu. Melihatkan pemergian tersebut, Amirul Mukminin Ali juga mengambil inisiatif untuk pergi ke Basrah bersama dengan pasukannya. Apabila menghampiri kota Basrah, kedua-dua pasukan Muslimin ini telah bertembung dan dengan itu berlakulah satu peperangan yang telah dinamai dengan peperangan Jamal. Ia telah dinamakan dengan sedemikian adalah kerana, Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha ketika itu sedang berada di atas unta (Jamal).

Dalam peristiwa tersebut telah timbul kepada sekalian umat Islam dua persoalan. Yang pertama : kenapakah Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha dan pasukannya bertolak menuju ke kota Basrah? Yang kedua ialah : Kenapakah kedua-dua pasukan tersebut bertembung dan berperang di antara satu sama lain?



Bagi menjawab soalan pertama orang mula memberikan pendapat mereka masing-masing dan daripada pendapat-pendapat yang serong inilah terjadinya perpecahan yang amat besar kepada umat Islam.

Di antara pendapat-pendapat tersebut ialah, ada yang berkata mereka (‘Aisyah dan pasukannya) keluar kerana mereka ingin melucutkan Amirul Mukminin Ali daripada jawatannya, ada yang berkata mereka keluar kerana kebencian mereka terhadap Ali, dan ada juga yang berkata mereka keluar kerana ingin menyatu padukan umat Islam selepas perpecahan yang berlaku semasa pemerintahan khalifah Uthman bin Affan. Dalam hal ini, Al-Imam Ibnu Hazm Rahimahullah telah berkata :

“Dan adapun (pemergian ke Basrah) Ummul Mukminin (‘Aisyah), Az-Zubair dan Thalhah Radhiallahu ‘Anhum berserta orang-orang yang bersama dengan mereka tidaklah mereka sedikitpun ingin membatalkan kekhalifahan Ali (Radhiallahu ‘Anhu), mereka tidak (juga) mencabar jawatan tersebut, mereka tidak menyebut apa-apa kecacatan yang merendahkan beliau (Ali Radhiallahu ‘Anhu) daripada jawatan tersebut, tidak juga bertujuan mengangkat khalifah yang baru yang lain dan tidak memperbaharui bai’ah kepada sesiapa yang lain. Ini adalah sesuatu yang tidak dapat diingkari oleh sesiapa dengan apa cara jua. 



Kebenaran yang sebenar yang tidak memiliki apa-apa permasalahan padanya adalah mereka tidak pergi ke Basrah untuk memerangi Ali atau menentangnya atau mencabut bai’h daripadanya…yang benar mereka berangkat ke Basrah tidak lain (adalah) untuk menutup (daripada berlakunya) perpecahan yang baru dalam Islam disebabkan peristiwa pembunuhan yang zalim ke atas Amirul Mukminin Uthman Radhiallahu ‘Anhu.” [al-fishal fi al-milal wa al-ahwa’ wa al-nihal, (ditahqiq oleh Ahmad Syams Ad-Din; Dar Al-Kutub Al-Ilmiah, Beirut, 1996), jilid 3, ms.83]

Berdasarkan penerangan di atas, jelas kepada kita semua jawapan kenapakah Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha berserta pasukannya pergi ke kota Basrah. Cubalah berfikir secara positif, manakah mungkin mereka yang telah diredhai oleh Allah S.W.T melakukan perkara yang ditegahnya iaitu memutuskan silatur rahim. Mereka juga adalah orang yang selalu berada di sisi Rasulullah S.A.W, mengikuti sunnah baginda, berhijrah bersama baginda, berperang bersama baginda dalam setiap peperangan yang baginda lalui dan memberikan janji taat setia (bai’ah) kepada baginda di bawah pokok. Di bawah ini akan dijelaskan kenapakah peperangan tersebut boleh berlaku sedangkan mereka adalah orang yang telah dijanjikan syurga oleh Tuhan Sekalian Alam.


KENAPAKAH BERLAKUNYA PEPERANGAN JAMAL?

Al-Imam Ibnu Hazm Rahimahullah berkata lagi, pasukan Ali (Radhiallahu ‘Anhu) turut ke Basrah bukan untuk memerangi pasukan ‘Aisyah tetapi untuk bersatu dengan mereka, menguatkan mereka dan menyatukan (kembali) umat Islam (di bawah satu panji) dalam menghadapi peristiwa pembunuhan Uthman (Radhiallahu ‘Anhu). [Al-Fishal, jilid 3, ms. 83]

Akan tetapi pada waktu yang sama terdapat sebahagian daripada pemberontak-pemberontak pada zaman Uthman yang menyelimutkan diri mereka di dalam kalangan umat Islam telah melihat rombongan pasukan ‘Aisyah pergi ke Basrah. Mereka mula menyalakan kembali api fitnah bahawa pemergian tersebut adalah kerana perpecahan daripada khalifah Ali. Namun, apabila mereka mendapat pengetahuan bahawa pasukan ‘Aisyah dan pasukan Ali telah bersatu mereka merasa amat bimbang dan cemas. Ini kerana selagi mana umat Islam tidak berada di bawah satu pemerintahan tentulah mereka akan terselamat daripada segala tindakan. Sebaliknya jika umat Islam kembali bersatu, mereka pasti akan dihukum oleh kesatuan umat Islam tersebut.



Oleh kerana itulah mereka cuba memikirkan bagaimanakah caranya untuk memecahkan kembali kesatuan pasukan Ali dan pasukan ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anhuma. Akhirnya mereka telah mengeluarkan satu pendapat dan akhirnya ia terlaksana dengan berlakunya peperangan Jamal. Sejarah hitam itu bermula pada awal pagi ketika mentari masih lagi belum memancarkan cahayanya, pasukan pemberontak mula menyerang pasukan ‘Aisyah. Dalam suasana terperanjat daripada tidur yang lena, masing-masing menjadi kelam kabut dalam suasana yang gelap gelita. Pasukan ‘Aisya mula menyangka bahawa pasukan Ali telah berlaku khianat dan menyerang mereka. Sebagai tindakan untuk mempertahankan diri, mereka mengangkat senjata dan membalas serangan yang telah dilakukan oleh pasukan pemberontak kepada pasukan Ali (kerana sangkaan mereka pasukan Ali yang menyerang). Pasukan Ali pula menyangka pasukan ‘Aisyah telah memberontak dan menyerang mereka. Dengan itu, mereka juga turut menyerang balas serangan yang dilakukan sebagai tindakan untuk mempertahankan diri mereka. Tanpa disangka dan diduga, berlakulah peperangan Jamal sekalipun kedua-dua belah pihak tidak mempunyai apa-apa niat untuk mengadakan peperangan. Dalam hal ini Al-Imam Ibnu Kathir memperincikannya dan ditulis di dalam kitab Al-Bidayah Wa An-Nihayah :

“Orang-orangpun merasa tenang lagi lega (kerana persatuan tersebut)… pada waktu malamnya kedua-dua pihak bermalam dalam keadaan yang sebaik-baiknya. Akan tetapi, pembunuh Uthman melalui malam tersebut dalam keadaan seburuk-buruknya. Mereka berbincang dan bersepakat untuk mencetuskan peperangan pada pagi esoknya. Mereka bangun sebelum terbitnya fajar, jumlah mereka menghampiri 1000 orang. Masing-masing kelompok bergabung dengan pasukannya lalu menyerang mereka (pasukan ‘Aisyah) dengan pedang. Setiap golongan bergegas menuju kaumnya untuk melindungi mereka. Orang-orang (pasukan ‘Aisyah) bangun dari tidur dan terus mengangkat senjata. Mereka berkata : “Penduduk Kufah (pasukan Ali) menyerbu kita pada malam hari, mereka mengkhianati kita!”



Mereka (pasukan ‘Aisyah) menyangka bahawa para penyerang itu berasal dari pasukan Ali. Suasana huru hara tersebut sampai ke pengetahuan Ali, lalu beliau bertanya: “Apa yang terjadi kepada orang ramai?” Mereka menjawab: “Penduduk Basrah (pasukan ‘Aisyah) menyerang kita!”

Maka kedua-dua pihak mengangkat senjata masing-masing, mengenakan (memakai) baju perang dan menaiki kuda masing-masing. Tidak ada seorang jua yang mengetahui apakah yang sebenarnya terjadi.”

[al-Bidayah wa An-Nihayah, jilid 7, ms. 227]

Pada waktu perang sedang berlangsung, Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha sedang berada di atas pelana untanya. ‘Aisyah tidak ikut berperang dan juga tidak mengarah sesiapa berperang. Ini telah dijelaskan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah di dalam kitabnya Minhaj As-Sunnah. Beliau mengatakan bahawa Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha tidak diperangi dan tidak juga melibatkan dirinya dalam peperangan. Beliau menjangkakan pemergiannya ke Basrah terdapat kemaslahatan kepada umat Islam tetapi ternyata meninggalkan pemergiannya tersebut adalah lebih baik. Maka setelah itu apabila beliau mengingat kembali pemergiannya beliau akan menangis sehingga tangisan itu membasahi kain tudungnya.



Dengan penelitian yang telah dilakukan oleh para ilmuan Ahl Sunnah Wal Jamaah jelaslah bahawa ini bukanlah satu peperangan yang telah dirancang oleh kedua-dua pihak. Sesungguhnya janganlah kita mengatakan sesuatu yang buruk kepada para ahli syurga kerana kita sendiri belum mengetahui adakah kita termasuk dalam kalangan mereka (ahli syurga). Jika kita mendengar sebarang keburukan mereka maka diamkanlah dan sebutkanlah kebaikan yang telah mereka lakukan. Semoga segala usaha kita memperbaikkan nama mereka di pandangan masyarakat akan mendapat ganjarannya daripada Allah S.W.T: Credit Ibnu Muslim.

Surah Hud: 73

        

قَالُواْ أَتَعْجَبِينَ مِنْ أَمْرِ اللّهِ رَحْمَتُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الْبَيْتِ إِنَّهُ حَمِيدٌ مَّجِيدٌ

Malaikat-malaikat itu berkata: "Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkatNya melimpah-limpah kepada kamu, wahai ahli rumah ini. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya".

They said : Wonderest thou at the commandment of Allah? The mercy of Allah and His blessings be upon you , O people of the house! Lo! He is Owner of Praise , Owner of Glory!

Sunday, 4 November 2012

Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM...

Selamat menempuh peperiksaan SPM kepada semua calon terlibat khususnya anak-anak MITT yang akan bermula Isnin 05.11.2012....Semoga semua semua calon-calon SPM berjaya dengan cemerlang dan dapat masuk universiti serta berjuang untuk mencorak masa depan negara yang baik , gemilang dan diredhai oleh Allah swt.


Segala harapan dan impian terletak dibahumu...

 
Kami semua telah bersedia...
 
 

Kami turut berdoa...Iringi jua kami dengan doa.

 
InsyaAllah doakan kami berjaya... 


Belajar sampai ke menara gading 
dan akhirnya menjadi warga UITM.


Saturday, 3 November 2012

Al Quran and Science...

It is a great miracle that these facts, which could not possibly be discovered, 

without the technology of the 20th century, were explicitly stated in the 

Qur’an 1400 years ago.


The Cat's Eye Nebula; an example of a planetary nebula.


 "When the sky is torn apart, so it was (like)
a red rose, like ointment."  


(Qur'an 55:37)

TERASING.....



Islam bermula dalam keadaan terasing

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبَّادٍ وَابْنُ أَبِي عُمَرَ جَمِيعًا عَنْ مَرْوَانَ الْفَزَارِيِّ قَالَ ابْنُ عَبَّادٍ حَدَّثَنَا مَرْوَانُ عَنْ يَزِيدَ يَعْنِي ابْنَ كَيْسَانَ عَنْ أَبِي حَازِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ


"Islam bermula dalam keadaan terasing. Ia akan kembali asing seperti permulaanya. Maka, berbahagialah untuk orang yang terasing."

(Riwayat Muslim)
 



Islam bermula dengan asing, maksudnya ia asing di tanah arab dan kawasan 

tersebut ketika itu, sehinggalah Nabi berjaya meraih kejayaan demi kejayaan 

hingga berjaya menawan seluruh Arabia, kemudian di sambung oleh para 

khalifah sehingga Islam menjadi super power yg memerintah 1/4 dunia. 

Kemudian Islam kembali lemah, dijajah, dan bila merdeka kembali dari 

penjajahan yang kelam dan kejam, umat islam dalam keadaan bingung, 

terasing, tidak lagi mengenali ajaran agamanya melainkan dalam bentuk 

pelbagai madzhab, sekte, manhaj, tareqat kesufian, aliran, hizbi dan puak. 

Islam cuma tinggal simbol, ritual, wirid, marhaban, talkin, yasin dan tahlil 

sahaja.



Orang jahil menggunakan hadis ini dengan maksud fatalisme atau 

keputusasaan. Ia adalah zaman suram Islam, zaman kekalahan Islam, 

kehinaan, banyaknya pergaduhan, perpecahan, meluasnya kejahilan umat, 

hudud dan syariat tidak dipedulikan lagi serta ditambah dengan Islam dilabel 

pemgganas di seluruh dunia. Di sana tidak ada lagi motivasi untuk kita 

bangkit semula. Maka mereka pasrah, beramal dan menjaga keluarganya 

sahaja kerana zaman keberasingan Islam sudah tiba.



Benarkah begitu? Sedangkan hadis tu tidak menjelaskan demikian, Nabi kata, 

Islam kembali dalam keadaan asing sahaja, Nabi saw tak pun kata, Islam 

akan berakhir dengan keadaan asing. Kemudian Nabi perkemaskan dengan 

'beruntunglah orang2 yang terasing." Bukankah ini memberi suntikan 

semangat, motivasi untuk kita berjihad dan berdakwah bila Islam sudah 

kembali asing?


 

Pemahaman yang sahih tentang hadis Islam gharib/asing.

Islam bermula dengan asing, maksudnya ia asing di tanah arab dan kawasan 

tersebut ketika itu. Wallahu a'lam.

Penilaian Berasakan Sekolah...Oh PBS.


PBS akan ditambah baik

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Kerajaan akan menambah baik sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan bagi menggantikan penilaian berorientasikan pendidikan selepas menerima banyak rungutan daripada guru.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sendiri sedar mengenai keluhan guru-guru memandangkan sistem tersebut masih baru dan sudah tentu mengambil masa untuk diadaptasi tetapi mengakui perlu ada ruang yang mesti ditambah baik. - UTUSAN