Friday, 2 March 2012

Cemerlang Hasil Didikan Ibu


Syeikh Abdul Kadir Jailani Cemerlang Hasil Didikan Ibu

          


 
                                                     imej hiasan sahaja

         Syeikh Abdul Kadir Jailani berkata: Aku telah diajar supaya dalam semua perkara, ketika di mana saja, agar sentiasa bersifat benar. Suatu ketika aku telah keluar dari kota Makkah menuju ke Baghdad untuk menuntut ilmu. Ibuku telah membekalkan aku sebanyak empat puluh dinar sebagai keperluan makan dan minumku. 

Ibuku berpesan supaya aku berakhlak dengan sifat benar. Bila rombongan kafilahku sampai ke bumi Hamdan, sekumpulan perompak menyerang kafilah kami. Salah seorang dari perompak itu telah datang kepadaku dan bertanya, "Apa yang ada padamu?" Aku berkata, "empat puluh dinar:" Perompak itu menyangka aku memperolok-olokkannya, lantas dia meninggalkan aku. Bagaimanapun aku telah diperhatikan oleh perompak lain. Dia juga bertanya kepadaku, "Apa yang ada pada kamu?". Aku pun memberitahu apa yang ada padaku.

           Perompak itu telah membawa aku menemui ketuanya. Ketuanya bertanya padaku dan aku pun menceritakan hal keadaanku yang sebenar. Ketua perompak itu berkata, :Apa yang menyebabkan kamu berkata benar?". Aku berkata, "Ibuku telah berpesan agar aku berkata benar, sesungguhnya aku amat takut untuk mengkhianati pesannya. 

Perompak itu sungguh terkejut dengan jawapan itu. Dia ketakutan lantas berteriak sambil berkata, "Kamu takut mengkhianati pesan ibumu, sedangkan aku tidak takut mengkhianati pesan Allah!". Ketua perompak lantas memerintahkan orang-orangnya mengembalikan barang-barang yang telah dirampas dari kafilah itu. Sambil dia berkata, "Aku bertaubat kepada Allah melalui engkau!".

       Perompak yang lain pun berkata, "Engkau ketua kami dalam merompak, kini jugalah ketua kami dalam bertaubat!" Perompak-perompak itu pun bertaubat beramai-ramai dengan berkat sifat benar dan jujur yang ditunjukkan oleh Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani itu.

 Demikianlah besarnya peranan seorang ibu itu dalam mencorakkan perangai dan watak anaknya. Hasil dari didikan yang benar, maka anak itu berjaya menyelamatkan orang lain dari terjun ke dalam api neraka.

Credit to: Norliza Idrus

Sultan Muhammad al-Fateh - Penakluk Konstantinopel


Gambar ini dikatakan gambar Sultan Muhammad al-Fatih, diharap anakanda menjadi sepertinya...Amin

Muhammad Al-Fatih Sang Penakluk Konstantinopel 1453


Kalau ada tokoh yang ditunggu-tunggu kedatangannya sepanjang sejarah Islam, dimana setiap orang ingin menjadi tokoh itu, maka dia adalah sang penakluk Konstantinopel. Bahkan para shahabat Nabi sendiri pun berebut-rebut ingin menjadi orang yang diceritakan Nabi SAW dalam sabdanya.

Betapa tidak, beliau SAW memang betul-betul memuji tokoh itu. Sampai beliau SAW menyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahwa sebaik-baik panglima adalah panglima tersebut, dan sebaik-baik pasukan adalah pasukan yang dipimpinnya.

Siapa yang tidak ingin menjadi orang yang telah dipuji oleh Rasulullah SAW. Dan siapa yang tidak ingin menjadi penakluk Rom. Di zaman itu, dapat menaklukkan Rom tentunya sebuah prestasi besar. Sebab Rom adalah kerajaan besar di Eropah yang sangat berpengaruh. Wang dinar (emas) yang digunakan oleh bangsa Arab, umumnya buatan Rom. Rom juga pernah mengalahkan kerajaan besar Persia. 

Bahkan salah satu surat dalam Al-Quran bernama Rom (Bangsa Romawi), yaitu surah 30, yang menggambarkan bahwa Rom yang beragama Masehi itu akan berhasil mengalahkan Persia yang Majusi (penyembah api). Dan digambarkan dalam ayat itu bahwa saat mendengar kemenangan bangsa Rom itu, para shahabat nabi yang disebut sebagai orang-orang beriman akan ikut berbahagia. 

Lalu menjadi cabaran tersendiri untuk dapat mengislamkan Rom. Bahkan Rasulullah SAW sendiri telah berkirim surat kepada pimpinan tertinggi Rom, iaitu Kaisar Heraklius (Hercules) yang bertahta di Konstantinopel. Ajakan Nabi SAW kepada Sang Kaisar memang tidak terus disambut dengan masuk Islam. Kaisar dengan santun memang menolak masuk Islam, namun juga tidak bermusuhan, atau setidaknya tidak mengajak kepada peperangan.

 
Dan beliau SAW sendiri yang mengatakan bahawa dari dua kota besar Rom, Konstantinopel adalah kota yang pertama kali akan jatuh ke tangan umat Islam.

Abdullah bin Amru bin Al-Ash berkata bahwa ketika kami duduk di sekeliling Rasulullah SAW untuk menulis, tiba-tiba beliau SAW ditanya tentang kota manakah yang akan dibuka terlebih dahulu, Konstantinopel atau Rom. Rasulullah SAW menjawab,"Kota Heraklius terlebih dahulu (Konstantinopel)".

Sayangnya penaklukan kota kebanggaan bangsa Rom itu nyaris belum pernah ada yang mampu melakukannya. Tidak dari kalangan shahabat, tidak juga dari kalangan tabi`in, tidak juga dari kalangan khilafah Bani Umayyah dan Bani Abbasi
Di masa shahabat, memang pasukan kaun muslimin sudah sangat dekat dengan kota itu, bahkan salah seorang shahabat yang menjadi anggota pasukannya dikuburkan di seberang pantainya, iaitu Abu Ayyub Al-Anshari Radhiyallahuanhu. Tetapi tetap saja kota itu belum pernah jatuh ke tangan umat Islam sampai 800 tahun lamanya. 

Abu Ayyub Al-Anshari berkata,"Aku mendengar baginda Rasulullah SAW bersabda bahwa ada seorang lelaki solih akan dikuburkan di bawah tembok tersebut, Dan aku juga ingin mendengar derap tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja, yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda".


Konstantinopel memang sebuah kota yang sangat kuat, dan hanya tokoh yang kuat pula yang dapat menaklukkannya. Sepanjang sejarah kota itu menjadi kota pusat peradaban barat, dan memang tidak pernah ada satu pun lawan yang mampu menembus benteng pertahanannya. Benteng Bosporus memang terlalu tinggi temboknya, terlalu tebal dindingnya. Bahkan benteng itu dikelilingi oleh laut yang membuat musuh yang ingin menerobos akan kecewa. 

Namun akhirnya benteng itu runtuh juga, dan kota Konstantinopel menyerah. Pahlawan muslimin yang ditakdirkan menjadi orang yang telah dikhabarkan Rasulullah SAW itu adalah Sultan Muhammad Al-Fatih. Al-Fatih adalah gelaran untuk beliau yang maknanya Sang Penakluk atau Sang Pembebas. Karena beliau adalah orang yang berhasil membebaskan jantung Eropah ke tangan umat Islam. 






Muhammad Al-Fatih


Beliau lahir pada 30 Mac 1432 dan meninggal pada 3hb Mei 1481. Al-Fatih sejak masih belia telah dididik dengan baik, sehingga telah mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik, dan juga ilmu-ilmu keislaman seperti bahasa Arab, ilmu tafsir, hadis, fiqih, ushul fiqh, sastera, dan lainnya. Beliau juga menguasai 6 bahasa ketika berumur 21 tahun.

Dari sudut pandangan Islam, beliau dikenal sebagai seorang pemimpin yang hebat, tiada tandingan, dan tawadhu` setelah Sultan Salahuddin Al-Ayyubi (pahlawan Islam dalam perang Salib) dan Sultan Saifuddin Mahmud Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di `Ain Al-Jalut melawan tentara Mongol).

Kejayaannya dalam menaklukkan Konstantinopel menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik dan strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Ia merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang masih merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

Ia jugalah yang mengganti nama Konstantinopel menjadi Islambol (Islam keseluruhannya). Bagaimanapun, kini nama tersebut telah diganti oleh Mustafa Kemal Ataturk menjadi Istanbul. Untuk memperingati jasanya, Masjid Al Fatih telah dibangun di sebelah makamnya.

Tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh dan separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajjud sejak baligh. Hanya Sulthan Muhammad Al Fatih saja yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud dan shalat sunat rawatib sejak baligh hingga saat kematiannya.

Konstantinopel

Istanbul atau yang dulu dikenal sebagai Konstantinopel, adalah salah satu kota termasyhur dunia. Kota ini tercatat dalam tinta emas sejarah Islam khususnya pada masa Kesultanan Usmaniah, ketika meluaskan wilayah sekaligus melebarkan pengaruh Islam di banyak negara. Konstantinopel ini didirikan tahun 330 M oleh Maharaja Bizantium yakni Constantine I. Kedudukannya yang strategik, membuatnya tempat yang istimewa ketika umat Islam memulai pertumbuhan di masa Kekaisaran Bizantium. 

Setelah proses persiapan yang teliti, akhirnya pasukan Sultan Muhammad Al-Fatih tiba di kota Konstantinopel pada hari Khamis 26 Rabiul Awal 857 H atau 6hb April 1453 M. Di hadapan tenteranya, Sulthan Al-Fatih lebih dahulu berkhutbah mengingatkan tentang kelebihan jihad, kepentingan memuliakan niat dan harapan kemenangan di hadapan Allah SWT. 

Beliau juga membacakan ayat-ayat Al-Quran mengenainya serta hadis tentang pembukaan kota Konstantinopel. Ini semua memberikan semangat yang tinggi pada bala tentera dan lalu mereka menyambutnya dengan zikir, pujian dan doa kepada Allah.

Sultan Muhammad Al-Fatih pun melancarkan serangan besar-besaran ke benteng Bizantium di sana. Takbir Allahu Akbar, Allahu Akbar! terus membahana di angkasa Konstantinopel seakan-akan meruntuhkan langit kota itu. 

Pada 27hb Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama tenteranya berusaha keras membersihkan diri di hadapan Allah SAW. Mereka memperbanyakkan solat, doa, dan zikir. Hingga tepat jam 1 pagi hari Selasa 20 Jumadil Awal 857 H atau bertepatan dengan tanggal 29hb Mei 1453 M, serangan utama dilancarkan. Para mujahidin diperintahkan supaya meninggikan suara takbir kalimah tauhid sambil menyerang kota. 

Tentara Usmaniyyah akhirnya berhasil menembusi kota Konstantinopel melalui Pintu Edirne dan mereka mengibarkan bendera Daulah Usmaniah di puncak kota. Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi di kalangan tentera Al-Fatih, akhirnya berjaya merealisasikan cita-cita mereka.


Credit to: Ahmad Sarwat

Thursday, 1 March 2012

Mohon maaf, akui kesalahan, pamer sifat orang bertakwa



MEMOHON maaf dan mengakui kesalahan bukan mudah. Setiap orang sering mengalami hal itu. Ramai mengalami masalah untuk berkata maaf kerana mahu menjaga imej, maruah dan malu. 

Bahkan ada segelintir orang yang berasa tidak perlu memohon maaf dan mengakui kesalahan kerana berasa kedudukannya yang lebih tinggi.
Dalam Islam sikap memaafkan kesalahan orang lain adalah satu ciri orang bertakwa. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhanmu, Allah menyediakan syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang bertakwa iaitu orang yang menafkahkan hartanya pada waktu lapang atau sempit dan orang yang menahan marahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, Allah menyukai orang berbuat kebajikan.” (Surah al-Imran, ayat 133-134).
Dalam sejarah dicatatkan, selepas pembebasan kota Makkah di hadapan orang yang selama ini gigih memusuhinya, Rasulullah SAW berkata: “Wahai orang Quraisy, menurut pendapat kamu sekalian apakah yang akan aku lakukan terhadapmu sekarang?” Jawab mereka: “Yang baik-baik. Saudara kami yang pemurah. Sepupu kami yang pemurah.” Mendengar jawapan itu Nabi kemudian berkata: “Pergilah kamu semua, sekarang kamu sudah bebas.” 

Dengan pengampunan dan pemberian maaf itu, jiwa Nabi melampaui kebesaran dimilikinya, hilang rasa marah, dengki dan dendam dalam hati, menunjukkan bahawa baginda bukanlah manusia yang mengenal permusuhan, atau akan membangkitkan permusuhan dalam kalangan umat manusia. 

Memberikan kedudukan tinggi kepada pemberi maaf kerana sifat pemaaf adalah sebahagian daripada akhlak luhur yang harus menyertai seorang Muslim bertakwa. Allah SWT berfirman bermaksud: “Maka barang siapa yang memaafkan dan berbuat baik, pahalanya atas tanggungan Allah.” (Surah asy-Syura, ayat 40). 

Daripada Uqbah Amir, dia berkata: “Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Wahai Uqbah, bagaimana jika aku beritahu kepadamu mengenai akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama?” Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi terhadap orang yang tidak mahu memberi kamu dan maafkanlah orang yang menzalimi dirimu.” (Riwayat Ahmad, al-Hakim dan al-Baghawi). 
Dalam buku Forgive for Good (Memaafkan demi kebaikan), Dr Frederic Luskin, menjelaskan sifat pemaaf sebagai resipi yang terbukti bagi kesihatan dan kebahagiaan. 

Buku itu memaparkan bagaimana sifat pemaaf memacu keadaan baik dalam fikiran seperti harapan, kesabaran dan percaya kepada diri sendiri, dengan mengurangi kemarahan, penderitaan, lemah semangat dan stres. 

Menurut Luskin lagi, kemarahan yang tidak dapat dikawal boleh merosak sistem suhu dalam tubuh dan boleh membakarnya lalu menjadikannya sulit berfikir secara waras malah akan memburukkan keadaan seseorang. 

Kesimpulannya, setiap manusia di dunia pasti mempunyai kesalahan tetapi hanya yang berani saja mahu mengakui kesalahannya. Setiap manusia di dunia pasti pernah disakiti hatinya. Hanya yang berjiwa kesatria yang mampu menjadi pemaaf. 
Credit to: BHarian

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

 Masjid Kota Kinabalu


Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ialah Masjid utama kedua yang dibina di bandar Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia selepas Masjid Negeri. Masjid tersebut telah dibuka dengan rasminya pada tanggal 2 Februari 2000 berikutan pengisytiharaan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar raya.


Ketika memandu melintasi masjid ini dari arah Kota Kinabalu menuju ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini, terlihat dengan jelas betapa indahnya masjid ini di mata saya. Masjid yang bagaikan terapung dikelilingi air amat cantik dan mendamaikan perasaan sesiapa juga yang melihatnya.


Semoga saya dapat kembali menziarahi masjid ini di kesempatan yang akan datang, insyaAllah.



Masjid Bandaraya (MBR)
Penerangan
LokasiLikas, Kota Kinabalu,Sabah
StatusMasjid daerah
DibukaFebruari 2000
Imam Besar (Imam 1)Hj. Losman Hj. Linjal
Imam 2Hj. Asli Abdul Karim
Maklumat teknikal
Keluasan14.83 hektar
Bilangan tingkat1 1/2 tingkat
KosRM 34 juta
Kapasiti jemaah12 ribu jemaah

RATUSAN BANDUAN MATI TERBAKAR












Kisah Sedih Kebakaran Penjara Honduras...Ratusan Banduan Mati Terperangkap

GAMBAR: Kisah Sedih Kebakaran Penjara Honduras…Ratusan Banduan Mati Terperangkap

Mereka menangis dan meraung-raung minta dibukakan pintu penjara namun tak banyak yang dapat dilakukan.
Api yang marak membuatkan para wadar terpaksa melarikan diri menyelamatkan diri, meninggalkan beratus-ratus tahanan menjerit kesakitan di dalam sel masing-masing.
Akhirnya 375 banduan disahkan mati terbakar!
Itulah situasi yang terjadi di sebuah penjara yang padat dan sesak dengan banduan di penjara Comayagua, kira-kira 75 kilometer ke utara ibu negara Tegucigalpa, Honduras minggu lalu.
Berdasarkan laporan Reuters, Ketua perkhidmatan forensik di Comayagua, Lucy Marder berkata, mengikut laporan polis, seorang daripada mangsa yang terbunuh adalah wanita dan yang lainnya banduan, tetapi turut menyatakan beberapa yang disangka mati mungkin telah melarikan diri.
Media tempatan melaporkan, ketua jabatan bomba Comayagua turut terbunuh dalam kebakaran itu.
Insiden kebakaran di penjara ini adalah yang terburuk di Amerika Latin dan radio tempatan melaporkan, kebanyakan banduan mati terbakar di dalam penjara.
Tentera, polis dan ahli keluarga yang bimbang berhimpun di luar penjara Comayagua hari ini dan gambar televisyen menunjukkan ada di antara mereka yang menangis dan mahu merempuh sekatan polis.
Penjara itu menempatkan lebih 800 banduan, melebihi kapasitinya.

Semoga insiden ini menjadi iktibar kepada kita semua khususnya pihak yang diberi tanggung jawab menguruskan penjara.
Betul mereka pernah disabitkan dengan kesalahan, namun itu tidak bermakna hak asasi mereka seperti hak untuk mendapatkan kemudahan sebagai seorang banduan diabaikan.
Dalam erti kata lain…walaupun mereka banduan, mereka juga adalah manusia, bukannya haiwan! - CREDIT TO: SYAHRIL A. KADIR

Penjara maut

Tirai besi bagai jatuh hukum lebih awal, banduan maut akibat rentung, rusuhan

Kisah Sedih Kebakaran Penjara Honduras...Ratusan Banduan Mati Terperangkap  


SEHARI selepas sambutan Hari Kekasih minggu lalu, seramai 358 banduan dilaporkan mati manakala lebih 100 masih hilang dalam kejadian kebakaran di penjara Comayaga, Honduras, Amerika Selatan.
Kes itu dicatatkan sebagai kejadian paling buruk membabitkan kehilangan nyawa akibat kebakaran sejak 100 tahun lalu. Malah, kejadian lewat malam itu menyebabkan sekurang-kurangnya 100 banduan mati rentung seperti ‘kayu api’ manakala selebihnya lemas ketika merusuh mahu menyelamatkan diri.
Paling menyedihkan, kebanyakan banduan yang maut ditemui dalam bilik tahanan mereka serta bilik mandi. Difahamkan pengawal atau warden penjara tidak membuka kunci bilik tahanan sebaliknya membiarkan banduan terkunci. Manakala bomba dan pasukan Palang Merah yang dikejarkan ke tempat kejadian dikatakan tidak dibenarkan masuk dan terpaksa menunggu selama setengah jam.

Pengurusan penjara di Comayaga yang dihuni lebih 800 banduan itu mendakwa, larangan itu dikeluarkan kerana mereka percaya kebakaran sengaja dicetuskan banduan yang mahu melakukan rusuhan atau merancang melarikan diri beramai-ramai.

Sekumpulan tahanan yang disoal siasatan berikutan kebakaran itu menggambarkan suasana huru-hara ketika ia meletus. Api dikatakan segera merebak dari satu berek ke berek lain, semuanya dipenuhi dengan langsir dan tilam yang mudah terbakar. Mereka memberitahu pengawal tidak berbuat apa-apa malah membawa bersama kunci bilik tahanan ketika menyelamatkan diri.

Berdasarkan cerita berkenaan, jelas menunjukkan keselamatan di penjara bukan hanya kerana kelemahan pengurusan penjara. Ia berpunca kepada pengabaian aspek keselamatan penghuni serta kegagalan membekalkan mereka dengan ilmu menyelamatkan diri ketika berlakunya kebakaran. 
Sebenarnya, kes kebakaran penjara di Comayaga bukan yang pertama berlaku di Honduras. Banyak kes kebakaran berlaku di penjara di negara itu lebih sedekad lalu. Malah, penjara di negara berkenaan digelar sebagai penjara maut.

Selain Comayaga, kejadian yang sama berlaku di Penjara San Pedro, Sula pada 17 Mei 2004 mengorbankan 103 banduan. Setahun sebelum itu, pada April, seramai 86 tahanan mati terbakar di penjara El Porvenir.

Kebanyakan kes kebakaran berpunca daripada rusuhan banduan dan tidak terkecuali didalangi geng penjenayah yang mendapat keistimewaan daripada pengawal penjara yang dirasuah. 

Dalam kejadian di penjara San Pedro Sula, api dikatakan bermula daripada litar pintas di dalam peti sejuk yang disimpan oleh ahli-ahli kumpulan penjenayah di dalam bilik tahanan mereka. 

Ada yang mendakwa litar pintas itu sengaja direka ahli salah satu daripada dua kumpulan yang berbalah di penjara berkenaan Semua mangsa yang mati adalah ahli kumpulan daripada salah satu geng terbabit. Penjara itu dibina untuk menampung 800 banduan tetapi ketika kejadian hampir 2,000 tahanan menghuni pusat berkenaan.

Apa yang pasti, kes kebakaran di penjara negara berkenaan membuka mata dunia mengenai aspek keselamatan penghuni penjara dan pusat tahanan. Menyingkap sejarah lalu, ada banyak lagi kes seumpama itu berlaku di seluruh dunia.

Kali ini kita mari kita lihat beberapa kejadian kebakaran membabitkan pusat tahanan, penjara dan rumah pesakit mental yang mengorbankan banyak nyawa. 

Paparan turut menyentuh mengenai aspek keselamatan penjara serta pengajaran yang perlu di ambil pihak berkuasa untuk membendung kejadian kebakaran di pusat tahanan tidak berulang.

Apa yang menyedihkan, dalam kebanyakan kes kebakaran penjara, penghuni pusat tahanan dibiarkan terbakar kerana terperangkap akibat kecuaian pengawal selain aspek keselamatan bangunan yang terdedah kepada risiko mudah terbakar. 

1. Penjara Higuey, Republik Dominican (7 Mac 2005)

Penjara Higuey yang dibina untuk menempatkan 180 tahanan tetapi disumbat dengan 400 orang, terbakar ketika banduan melakukan rusuhan. Rusuhan dikatakan berpunca daripada perselisihan faham antara dua kumpulan di dua sayap bangunan di penjara berkenaan.

Pengawal tidak dapat mengawal rusuhan berkenaan dan banduan kemudian bertindak membakar tilam dengan menggunakan penyembur serangga untuk menghalang campur tangan pengawal. Api dan asap membunuh sekurang-kurangnya 134 orang dan 26 orang lagi dilaporkan cedera. Hanya kira-kira 20 banduan di bilik tahanan terselamat.

2. Hospital Mental Colney Hatch London England (27 Januari 1903)

Hospital pesakit jiwa ini dibuka pada 1851 dan menjadi hospital terawal untuk rawatan sakit mental. Dibina dalam kompleks yang besar dan luas, malah dikatakan untuk meneroka seluruh hospital mengambil masa satu hingga lima jam. Hospital ini mampu memuatkan sehingga kira-kira 3,500 ‘pesakit’ dalam satu masa.

Kebakaran dikatakan bermula pada 5.30 petang dan penduduk sekitar mendengar dengan jelas bunyi wisel stim alat penggera kebakaran dibunyikan. Api dikatakan bermula dari bilik bawah tanah salah satu blok hospital.

Tidak lama kemudian, keseluruhan blok selatan, yang dikenali sebagai Wad 5 hangus terbakar. Menjelang senja, kebakaran merebak ke blok 4, 3 dan 2. Bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran tetapi tekanan air rendah menyebabkan kerja menyelamat terbantut. Sekurang-kurangnya 52 orang dilaporkan mati akibat melecur dan lemas.

Kejadian itu juga menyebabkan pihak berkuasa London bimbang ramai orang gila berkeliaran dan merayau di jalanan.

3. Sekolah Juvana Oakley Mississippi, Amerika Syarikat (1913)

Sekolah Latihan Juvana Oakley terletak berhampiran Raymond, Mississippi dan menjadi satu-satunya kemudahan untuk pesalah juvana di wilayah berkenaan. Pada asalnya, sekolah juvana yang dibina pada 1894 itu bagi menampung 150 penghuni Mississippi yang ditahan. Namun, akhirnya ia dikatakan menempatkan lebih ramai penghuni daripada kapasiti sebenar.

Tidak jelas tarikh sebenar kebakaran di pusat berkenaan tetapi berlaku pada 1913. Punca kebakaran juga tidak diberitahu tetapi api cepat merebak kerana bangunan dibuat daripada kayu.

Seramai 35 juvana semuanya keturunan Afrika-Amerika, rentung dengan kebanyakan daripada mereka sedang tidur ditingkat atas bangunan dua tingkat itu. Pada siang hari juvana terbabit dikatakan bekerja di ladang kapas.

Penjara itu tidak mempunyai peralatan mencegah kebakaran untuk memadam api. Petani tempatan berlari ke penjara cuba untuk membantu pengawal keselamatan memadamkan kebakaran tetapi api marak begitu cepat. Suara juvana di dalam sel tahanan menjerit kuat meminta pertolongan, namun tiada apa yang boleh dilakukan.

4. Penjara Maury County Columbia, Tennessee, Amerika Syarikat 

Penjara Maury County yang terletak di pusat bandar Columbia Tennessee terbakar pada hari Ahad bersamaan 26 Jun 1977 pada waktu tengah malam. Seramai 33 penghuni dan sembilan pelawat dilaporkan dalam kejadian kebakaran itu.

Tidak seperti penjara lain yang dibina dengan kayu dan bahan mudah terbakar, Maury adalah penjara yang dibina dengan reka bentuk moden, dilengkapi dengan binaan konkrit yang kalis api.

Namun, kelemahan penjara ini ialah ia tidak mempunyai sistem penggera kebakaran, walaupun kemudahan alat pemadam api disediakan. Pada hari kejadian, seramai 63 tahanan, 20 orang pengunjung, dan lima pengawal berada dalam bangunan.

Kebakaran dikatakan berpunca daripada puntung rokok yang ditinggalkan banduan ketika keluarganya datang melawat. Puntung rokok itu kemudian disyaki membakar dinding yang dilapik dengan papan ‘playwood’ dan penyambung pendawaian PVC.

Kebanyakan penghuni berjaya diselamatkan dengan tindakan pantas bomba dan pengawal penjara. Namun, mereka yang maut, menghembuskan nafas terakhir bukannya kerana melecur atau rentung sebaliknya terhidu asap hitam yang mengandungi karbon monoksida dan gas sianida.

5. Penjara Saint John New Brunswick, Kanada

Kebakaran yang berlaku hampir sama dengan kes penjara Maury, berlaku pada 21 Jun 1977. Penjara yang menempatkan tahanan yang masih menunggu perbicaraan itu terletak dalam bangunan 16 tingkat yang turut menempatkan pejabat Majlis Perbandaran dan pejabat polis.

Sekali pandang bangunan moden dengan pembinaan kukuh ini dilihat tidak mudah untuk terbakar, tetapi dindingnya dilindungi penebat yang mudah terbakar diperbuat daripada plastik.

Kebakaran dikatakan bermula dari bilik tahanan walaupun tiada siapa tahu punca tercetusnya api. Tindak balas kimia daripada pembakaran penebat itu menyebabkan pengawal sukar membuka pintu sel tahanan mengakibatkan penghuni bilik itu maut.

Hasil bedah siasat ke atas 21 mayat banduan mendapati mereka meninggal kerana terhidu asap yang mengandungi karbon monoksida maut dan gas sianida. 

6. Hospital Mental Seacliff, New Zealand

Dibina pada 1800-an, menjadikannya antara bangunan awam yang terbesar pernah dibina di New Zealand ketika itu. Terletak di kawasan terpencil berhampiran kawasan hutan dan pantai, hospital itu mengendalikan 500 pesakit dengan 50 orang kakitangan.

Seni bina dicipta arkitek terhebat abad ke-19 di New Zealand, Robert Lawson dan diuruskan Sir Frederic Truby King, yang juga pengasas Badan Amal Kesihatan Selepas Bersalin. Kejadian kebakaran berlaku 8 Disember 1942 di Wad 5 tingkat dua blok kayu yang baru ditambah pembinaannya.

Wad itu menempatkan kira-kira 39 hingga 41 pesakit wanita di mana ada di antara mereka yang dikunci dalam sel tahanan. Kebakaran disedari pekerja yang kemudian cuba memadamkan api menggunakan sistem hos kebakaran.

Namun, api merebak terlalu cepat hingga membakar bangunan kayu terbabit. Dalam kejadian itu, dua pesakit wanita berjaya diselamatkan manakala selebihnya terkorban. Bomba dan anggota penyelamat berjaya memadamkan kebakaran daripada merebak ke bangunan bersebelahan.

Benteng gangguan sihir



KITA wajib belajar dan mengetahui kejahatan yang cuba dilakukan orang lain dan mencari jalan bagaimana membenteng atau membentuk diri mempunyai ketahanan dalaman menangkis kejahatan ghaib yang biasa disebut ‘black magic’ atau sihir.

Sihir ini adalah kerjasama manusia dan jin untuk menyerang dan menganiaya seseorang. Kejahatan yang dilakukan itu amat berbahaya kerana membabitkan keluarga dan memusnahkan rumah tangga selain organ tubuh.

Perbuatan sihir sering dikaitkan dengan dengki kesumat atau membalas dendam.

Ia dipengaruhi iblis yang sentiasa menarik manusia melakukan kejahatan
sehingga melanggar sunnah dan al-Quran. 

Kemarahan yang meluap-luap itu menyebabkan mereka menemui dukun dan bomoh untuk melakukan perbuatan jahat agar si polan mendapat gangguan atau penyakit misteri.

Mereka yang disihir itu apabila menerima rawatan di hospital atau klinik, doktor akan memberitahu tiada sebarang penyakit. Inilah halusnya permainan ilmu hitam itu.

Apabila memikirkan permainan kotor ilmu hitam itu, adakah kita sanggup berdiam diri?

Hakikatnya, manusia mempunyai potensi dalam diri bagi menangani perbuatan ilmu hitam yang mahu ditujukan kepada kita.

Dalam diri manusia, ada potensi murni, bersih dan baik.

Apabila digabungkan dengan ayat al-Quran dan kebesaran Ilahi, ia akan dapat mengalahkan kuasa jahat.

Apabila kedua-dua potensi itu disatukan, lahirlah kekuatan semangat yang luar biasa dan kejahatan sihir akan berfikir dua kali jika mahu masuk ke tubuh.

Bagi mereka yang terlanjur dan silap langkah meng-gunakan bomoh ilmu hitam, awas kerana dosa yang dilakukan itu balasannya api neraka.

Banyak kisah bagaimana dahsyatnya mereka yang melakukan perbuatan sihir itu apabila roh di hujung kerongkong, mereka akan menghadapi penderitaan yang amat sangat.

Sebagai pendinding atau benteng menghindari perbuatan ilmu hitam atau sihir ini, anda boleh belajar dan mengambil ilmu bermanfaat menggunakan ayat al-Quran.

Tahukah anda waktu dan kesempatan untuk belajar yang disarankan guru yang arif dalam bidang ini adalah langkah yang bijak.

Tetapi, awas. Apabila belajar pastikan dengan berguru kerana ia amat berbahaya dan boleh tersesat oleh godaan syaitan.

Selamat belajar, insya-Allah anda selamat di dunia dan akhirat. Percayalah dengan ayat al-Quran dan kebesaran Allah Yang Maha Esa.