Friday, 16 March 2012

Kanak-kanak makan rumput untuk ke sekolah



Ini adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan telah melakukan “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”.
Di antara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana kesukaran hidup dan pengorbanan menjaga bapanya.
Sejak dia berusia 10 tahun kanak-kanak ini ditinggal oleh ibunya yang sudah tiada akibat tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit teruk dan sangat miskin.
Sejak itu Zhang Da, demikian nama kanak-kanak itu, hidup dengan ayahnya yang tidak bekerja, tidak boleh berjalan dan sakit-sakit. Dia terlalu kecil untuk memikul tanggungjawab yang berat itu, namun dia tetap berjuang.
Dia bersekolah dengan berjalan kaki melalui hutan kecil. Oleh kerana dia tidak bersarapan, semasa perjalanan itu dia makan daun-daun, biji-bijian dan buah-buahan yang dia temui. Dia juga mencuba memakan sejenis rumput, sehingga dia tahu mana yang masih boleh diterima lidahnya dan mana yang tidak.
Pulang sekolah, dia bekerja memecah batu-batu besar. Upah sebagai tukang pecah batu digunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya. Setiap hari dia mendukung ayahnya ke bilik air dan juga memandikan ayahnya. Dia membeli beras dan membuatkan bubur untuk ayahnya.
Segala urusan lain pun dia yang mengerjakannya sendirian. Ubat yang mahal dan jauh membuatkan Zhang memikir untuk menemukan cara terbaik untuk mengubati ayahnya. Dia pun belajar tentang ubat-ubatan melalui sebuah buku bekas yang ia beli.Dia belajar bagaimana seorang jururawat memberikan suntikan. Setelah berasa dia boleh, dia sendiri yang menyuntik ayahnya.
Ketika acara anugerah tersebut berlangsung, pengacara bertanya apa yang diinginkan Zhang Da
”Apakah wang atau lainnya. Disini ada banyak pejabat, peniaga, juga ada ratusan juta penonton telivision, mereka boleh dan bersedia membantumu nak!”
Namun apa yang dikatakan Zhang Da sangat sungguh mengejutkan kepada siapapun, dia hanya berkata,
”Aku tidak mahu apa-apa, aku hanya ingin ibuku kembali!.”
Kisah di atas bukan saja mengharukan namun juga menimbulkan kekaguman. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dapat menjalankan tanggung jawab yang berat selama 5 tahun. Kesulitan hidup telah membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi kuat dan pantang menyerah.
Zhang Da boleh dikatakan sangat berbeza dengan anak-anak kita. Dengan alasan sayang, kita selalu membantu anak-anak sudah mampu membuatnya sendiri.Ada kanak-kanak yang sudah bersekolah rendah pun masih disuap, dan memakai bajupun masih dibantu.
Juga seperti ucapan Zhang Da, pesanan kepada kita yang berumahtangga supaya menyayanyi keluarga masing-masing. Jangan kerapa pentingkan diri sendiri, kanak-kanak yang kecil dan tidak berdosa menjadi mangsa.
Credit:Titian Perjalanan

Protect employers too under maid pact


 
This is a good proposal subject to the condition that the employment agency fees be reduced as the current agency fee for an Indonesian maid has risen to RM7,000 and the maid will refund approximately RM1,700 from deductions of their monthly salaries being cost of their agency fees in Indonesia.
There have been many proven negative social problems (more than 90%) experienced by many decent employers concerning the compulsory rest day for the Indonesian maid. These maids would always end up having sexual affairs with fellow foreign male workers or even local Malaysian males and all these would result in serious social problems.
I would, therefore, suggest to the Human Resources Ministry to consider the proposal below when negotiating with the Indonesian Government as regards to the optional rest day granted to Indonesian maids, passport holding and counselling services:
> Define a reasonable basic wage for the domestic maid.
> This will need to take into consideration food and lodging expenses that the employers will have to pay in maintaining a domestic maid.
> Maids working experience, knowledge of cooking and rest day be made optional so that the maid can make a choice. If the maid chooses to work on a rest day (Sunday), then the employer will need to pay an extra day’s salary for that rest day.
> The Immigration Department has an ID card for foreign workers including maids, and this is good enough for maids to carry with them whenever they leave the house. The passport should always be kept by the employer for security reasons. This will help to deter the maids from running away due to outside influence.
> Agents or the Human Resources Ministry should employ well-trained officers to counsel problematic maids. If no significant improvement is seen within a grace period of three months from date of complaint raised by employer, then the maid concerned will need to be replaced by the agent with a reduced fee.
 
Our minister should understand the true predicament faced by most decent employers and be able to come up with a fair MOU with the Indonesian Government.
As employers, we have the right to be protected if we face disciplinary problems with maids as most agents in the country do not counsel the maids if there are any work-related problems.
M. SIM

Balada Pejuang VAT 69


Hiba rakan jadi korban tali barut



UNTUK menjadikan wawancara bersama Deputi Superintendan (B) Mohd. Noor Razak, 63, lebih berkesan, Kosmo! memohon budi bicaranya agar mengenakan semula seragam VAT 69 atau 69 Komando untuk sesi fotografi eksklusif.
Permintaan itu dipenuhi. Beberapa minit kemudian, Mohd. Noor tampil segak dengan uniform VAT yang pernah disarungnya pada 30 tahun lalu.
"Masih muat lagi," selorohnya. Begitupun, beliau menyambung bicara, parut dan sisa-sisa perjuangan menentang pengganas komunis yang pernah bermaharajalela dan membunuh sejumlah rakyat negara ini masih berbekas dalam ingatannya.
Ujar anak kelahiran Kedah itu, VAT 69 yang ditubuhkan khas untuk memerangi Parti Komunis Malaya (PKM) pada 23 Oktober 1969 di Ulu Kinta, Perak bukan sebarangan pasukan.
"Sampaikan seorang pemerintah komunis pernah berkata, mereka berani untuk berdepan dengan satu batalion pasukan tapi mereka akan mengelak untuk bertempur dengan VAT 69 yang cukup hebat dalam selok-belok peperangan," kata Mohd. Noor dengan nada tegas.
Isi borang
Pesara polis itu mempunyai banyak kisah perjuangan untuk dititipkan. Namun, terlebih dahulu, penulis bertanya siapakah Mohd. Noor sebelum bergelar perajurit.
Beliau berterus-terang, bapa saudaranya ialah orang yang mengisi borang untuknya menjadi polis meskipun minat beliau lebih terarah dalam bidang pertanian.
Barangkali sudah tersurat sejak di Loh Mahfuz, akhirnya, pada 8 Januari 1969, Mohd. Noor berjaya menjadi anggota polis pada usia 22 tahun, dengan gaji permulaan sebanyak RM50 sebulan.
Ternyata, aura kepahlawanan cepat menyerap dalam tubuh badan Mohd. Noor. Baru sahaja tamat rekrut, beliau dihantar berkhidmat di Batalion 11, Pasukan Polis Hutan (PPH), Pengkalan Chepa, Kelantan pada tahun 1970.
Operasi pertamanya sahaja sudah cukup untuk mengajarnya erti taat setia dan berkorban demi negara. Merentas operasi yang cukup berbahaya itu juga, telah mengajar beliau betapa pentingnya menyingkirkan komunis dari bumi Malaysia.

PARA anggota VAT 69 kata Mohd. Noor, tidak pernah gentar memburu dan menawan pengganas komunis.


Ceritanya dengan penuh tawaduk, semasa terlibat dalam operasi di Fort Belum, Perak yang terletak di tengah-tengah belantara, pasukannya secara jelas dapat mendengar siaran radio Komunis yang bertali arus menanam api kebencian dan menghentam kerajaan Malaysia.
"Risiko amat tinggi ketika itu kerana kubu kami berdekatan dengan kubu bekas Setiausaha Agung PKM, Chin Peng.
"Justeru, kami perlu berhati-hati kerana komunis berada di mana-mana. Semasa operasi itu juga, kami sempat berpuasa sebulan penuh dan beraya di dalam hutan," imbas Mohd. Noor.
Ketika ditanya tentang senario pada era darurat fasa kedua iaitu antara tahun 1972 hingga 1989, beritahu Mohd. Noor, ramai penduduk hidup dalam perasaan gentar. Mereka dicegah daripada keluar malam kerana PKM masih menjalankan kegiatan memeras ugut terutamanya dalam mendapatkan bekalan makanan dan maklumat.
Rentetan kisah Mohd. Noor sentiasa penuh debaran. Imbau lelaki yang masih memiliki fizikal tegap itu, beliau berjaya menangkap seorang komunis yang sesat dalam sebuah operasi di Kuala Krai, Kelantan.
"Ketika itu saya sedang mandi dan ternampak bayang-bayang manusia dan rupa-rupanya itu adalah komunis yang sesat dalam hutan," katanya tentang kejayaan beliau sebelum menganggotai VAT 69.
Tawaran khas
Mohd. Noor sedar, menjadi anggota keselamatan, beliau akan kehilangan banyak nikmat kehidupan dunia kerana masa akan banyak dihabiskan dengan bertugas di hutan.
Namun, itu tidak menjadi masalah. Mohd. Noor terus mencabar dirinya dan ketika kerajaan membuka tawaran untuk VAT 69 atau Unit Projek Khas (SPU) untuk mengekang gerakan komunis, Mohd. Noor nekad menyertainya.
Pada 4 April 1972, beliau bersama-sama 500 peserta yang lain mengikuti latihan di Fort Legap, Ulu Kinta yang dikendalikan oleh Mejar Adam, Sarjan Tuff Springle dan beberapa anggota lain daripada pasukan elit tentera British iaitu Special Air Service (SAS).



"Kami diajar untuk menembak, bertempur, menyerang, letupan, perubatan dan semboyan termasuk kelas survival. Namun daripada 500 peserta, hanya 46 orang sahaja yang bertahan," katanya yang pakar dalam segmen semboyan yang memerlukan beliau mahir menggunakan kod Morse.
Kecerdasan minda, ketahanan mental dan fizikal serta ketepatan masa amat penting bagi seorang komando.
"Kami kena sentiasa bersiap siaga. Kita bawa peralatan yang penting seperti baju preman dan kit tali pinggang (yang mengandungi makanan, jerat, ubat, alat pancing, jarum, benang dan lain-lain) seberat dua kilogram.
"Kami tak pakai kasut rasmi VAT 69 sebaliknya memakai kasut bertapak W jenama Foong Keong yang biasa dipakai komunis supaya kami tak meninggalkan jejak yang memudahkan komunis mengesan kami," imbas beliau.
Hujan atau terik mentari tidak akan membuatkan sesuatu operasi itu dihentikan. Kadang-kadang, beliau bersama platun yang lain memakai pakaian basah selama berhari-hari. Kesulitan itu langsung tidak mematahkan semangat mereka untuk terus memburu musuh negara.
Tali barut
Ujar Mohd. Noor, tidak semua rakyat Malaysia ketika itu bersemangat patriotik. Wujud tali barut komunis yang menyebabkan dua nyawa anggota tergadai.
"Tragedi anggota kita terkorban terjadi ketika Ops Buluh II di Fort Legap. Ketika itu, ada seorang lelaki yang berpura-pura membawa ikan kelah untuk kami. Namun, dia sebenarnya ialah tali barut komunis yang membocorkan maklumat lokasi kami sepasukan. Kesan daripada itu, pemandu bot kami diserang komunis," ujar beliau kesal.
Sepanjang lima belas tahun dalam VAT 69, Mohd. Noor yang bertugas sebagai anggota semboyan terlibat dalam beberapa operasi penting seperti Ops Buluh, Ops Nadi, Ops Kilat, Ops Buluh II dan Ops Kesedar.
Perjuangan seorang kesatria tidak semestinya melibatkan pertumpahan darah. Maklumnya: "Saya tak berpeluang untuk bertempur dengan komunis tapi terlibat dalam operasi-operasi yang mustahak".

MOHD. NOOR menunjukkan Pingat Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormatan Panglima Gagah Berani yang dianugerahkan kepada beliau sambil disaksikan anak-anak dan cucunya.


Sejak tahun 1969 hingga komunis menyerah kalah pada tahun 1989, VAT 69 telah melakukan 180 kali gerakan dengan 49 kali pertempuran yang berjaya menewaskan 36 anggota komunis. Bagaimanapun, lapan anggota komando gugur di medan perang.
Sekuat dan setabah manapun seorang komando, Mohd. Noor memberitahu, air mata jantannya berlinangan tatkala meratapi pemergian sahabat seangkatan. Misalnya, salah seorang anggota yang menyertai misi Ops Buluh II, ASP Mohd. Zabri Abdul Hamid yang terkorban pada September 1974 iaitu sehari sebelum bulan Ramadan.
"Arwah terkena jerangkap samar yang dipasang komunis. Walau dalam kesakitan, beliau sempat berpesan kepada kami supaya teruskan berjuang. Dia masih pegang senjata, dia suruh kami tinggalkan dia kalau kami diserang," imbaunya dengan air mata hangat bergenang.
Menurut Mohd. Noor, kejayaan VAT 69 dalam membanteras komunis sebenarnya atas semangat berpasukan dan patuh kepada arahan ketua.
Seperti katanya semasa menjadi panel dalam Kolokium Sejarah Malaysia baru-baru ini: "Pasukan ini ditubuhkan ketika bukan zaman mewah dan kami membiayai sendiri segala peralatan termasuk uniform dan kasut. Kami tidur dan hidup dalam hutan seperti komunis. Itulah semangat perjuangan VAT 69!".
Credit to:Kosmo

Biar Pandai Dalam Beragama Jangan Memandai-mandai


 
Bahaya Memandai-mandai 

Dalam Urusan Agama

Ada golongan pelajar, profesional atau yang baru berjinak-jinak belajar hadis. 

Berani, bahkan mengaku dirinya sebagai salafi. Bila berbicara tentang hadis atau hukum biasanya tidak lepas menggunakan kalam Imam Syafie.

Mereka kata :
Imam Syafie sendiri mengatakan ambil hadis sahih. Hadis Sahih itulah mazhabku. Ungkapan inilah yang selalu digunakan untuk membenarkan tindakan mengeluarkan hukum sendiri. Walaupun dirinya jahil dan tiada disiplin ilmu langsung untuk istinbath hukum.
Bahaya sebenarnya memandai-mandai dalam perkara agama yang melibatkan hukum hakam.
Sebab RasuluLlah sendiri telah bersabda yang bererti :
Dari AbduLLah ibn Amr Radiallhu ‘anhu bahawa RasuluLlah Sallalahu ‘alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :
ALLah Subhanahu Wa Ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), Jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ramailah sekarang ini yang berlagak seperti mujtahid. Bila berkata terus keluarkan hadis (itupun belum tentu ia menguasai bahasa Arab untuk tahu tentang hadis). Asal ada isu terus keluarkan hukum dari hadis.
Bolehkah jadi ulamak dengan hafal dan baca 10, 100 hadis sahaja?
Salah seorang ulama yang sezaman dengan Imam Ahmad pernah ditanya orang :
“Jika seseorang sudah dapat menghafal seratus ribu hadis, dapatkah ia dikatakan sebagai faqih…? “Tidak…!”, jawabnya. “Dua ratus ribu hadis..?” “Tidak..!.. katanya. “Tiga ratus ribu hadith..?” “Tidak..! Jawabnya. “Empat ratus ribu hadis..? “Juga tidak..!, tetapi begini (iaitu lima ratus ribu) katanya sambil mengisyaratkan dengan sebelah telapak tangannya.
Banyaknya perlu dihafaz hadis. 500,000 hadis dihafaz baru dikatakan sebagai faqeh. Itupun ulamak amat berhati-hati apabila mengeluarkan hukum walaupun sudah hebat dalam ilmunya. Contohnya :
Imam Malik pernah berkata :
Jika seseorang diminta untuk berfatwa, sebelum memberikan jawapan ia wajib meletakkan dirinya antara Syurga dan Neraka, Serta memikirkan nasibnya di akhirat nanti, kemudian baru boleh ia memberikan jawapan (mengeluarkan fatwanya)”.
Ibn al Qasim berkata :
“Aku pernah mendengar Imam Malik berkata : “Saya sedang memikirkan (jawapan) bagi suatu kemusykilan sejak beberapa puluh tahun dulu, tetapi hingga saat ini belum juga sampai kepada pendapat yang pasti”.
Ibn Abi Layla pernah berkata :
“Saya menemui seramai seratus dua puluh orang Ansar dari sahabat Rasul Sallalahu ‘alaihi Wasallam, jika seorang di antara mereka diajukan pertanyaan (diminta berfatwa), ia akan mengalihkannya kepada yang kedua, dan orang yang kedua akan mengalihkannya kepada orang ketiga dan seterusnya. Sehingga pertanyaan tadi kembali kepada orang yang pertama. Jika salah seorang daripada mereka diminta untuk berfatwa atau ditanya tentang sesuatu masalah, ia akan memohon sahabat yang lain menjawabnya.
Prof Dr Yusuf al Qardhawi, Al Fatwa Bayna Al Indibat al Tasayyub, Fatwa & Antara Ketelitian & Kecerobohan, 1996, Thinker’s Library, Selangor.

Hebat betul ulamak dan para sahabat zaman dahulu, mereka amat warak (berhati-hati) sebab takut untuk mengeluarkan hukum. Takut berdusta atas ALlah dan RasulNya. Ini halal dan ini haram hak siapa untuk berkata? Sedangkan Allah sendiri mengingatkan kita dalam firmanNya :
“Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahwa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas (nama) Allah, sesungguhnya orang-orang yang berani berbuat dusta atas (nama) Allah tidak akan dapat bahagia.” (an-Nahl: 116)
Berbalik pada persoalan mengenai kalam Imam Syafie yang selalu digunakan oleh golongan tertentu untuk membenarkan tindakannya. Sebenarnya kalam Imam Syafie ini perlu difahami melalui ulamak yang mengikut mazhab syafie juga. Sebab mereka lebih arif dan mendalami apa pengertian sebenar kalam Imam Syafie yang dimaksudkan.
Imam Syafie ada menyatakan :
Apabila hadis itu sahih maka itulah mazhabku
Penjelasan :
Apa yang telah diucapkan oleh Imam Asy Syafie bahawa bila hadis itu sahih maka itulah mazhabnya. Ini bukan bererti bahawa kalau melihat suatu hadis sahih seseorang itu boleh menyatakan bahawa itu adalah mazhab syafie dan boleh diamalkan menurut zahirnya.
Apa yang tersebut di atas hanya ditujukan bagi orang yang sudah mencapai darjat ijtihad dalam mazhab Syafie sebagaimana telah diterangkan sifat-sifatnya atau yang mendekati sifat tersebut.
Adapun syaratnya ialah ia harus mempunyai sangkaan yang kuat bahawa Imam Syafie Rahimahullah belum pernah menemukan hadis tersebut atau tidak mengetahui kalau hadis itu sahih.
Untuk mengetahui hal ini, ia harus menelaah semua kitab Imam Asy Syafie dan kitab-kitab para ulama pengikutnya. Sudah tentu syarat ini sangat sulit dan jarang dapat dipenuhi. 

Adapun diisyaratkan demikian kerena Imam Syafie Rahimahullah sendiri sering meninggalkan (tidak mengamalkan) hadis-hadis yang telah dilihat dan diketahuinya dan menurut pendapatnya bahawa hadis tersebut cacat dalam riwayatnya. atau maknanya sudah dinasakh, ditakhsis, ditakwil atau sebab lainnya.
Al Majmu’ Syarah Al Muhazzab, Jilid I, hlm 64.

Sekarang sudah jelas bukan? Perkataan Imam Syafie itu ditujukan untuk individu yang mencapai taraf mujtahid. Hendak jadi mujtahid bukan calang-calang orang boleh memiliki taraf ini. Perlu mengikut disiplinnya. Sebagaimana untuk menjadi seorang doktor bedah, perlu ada mengikuti kursus-kursusnya, kena tahu tentang biologi, anatomi dalam badan, perkara yang berkaitan dengan saraf. 

Bolehkan siapa sahaja mengakui dirinya sebagai doktor bedah? Dan kemudian terus melakukan pembedahan ke atas pesakit? Apa akan terjadi pada pesakit tersebut? Contohnya : Pesakit A perlu dibedah pada tulang belakang, tetapi ‘doktor bedah palsu’ ini membedah pesakit dan mengeluarkan jantungnya. Jawabnya – Tamatlah riwayat pesakit itu atas kejahilan ‘doktor bedah palsu’ terbabit. Kerosakan demi kerosakanlah yang dibawanya.
Itu baru contoh doktor bedah. Bagaimana pula perihal hukum hakam agama yang diserahkan kepada bukan ahlinya? Jawapannya sudah ada diberikan di dalam hadis di atas pada permulaan bicara.
Credit: Pondok Habib.

Wednesday, 14 March 2012

Doa agar beroleh kebaikan sewaktu meninggal dunia


Doa agar tidak Terkena Musibah ketika saat Meninggal dunia.

Rasulullah SAW. bersabda: Siapa saja yang di antara doanya adalah:
اللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا وَ أَجِرْنَا مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ اْلآخِرَةِ

“Allahumma ahsin ‘aqibatanaa fil umuuri kulliha wa ajirna min khizyid dunya wa ‘adzabil aakhirati”,

Ertinya: “Ya Allah! Perbaikilah hasil semua urusan kami dan jauhkanlah kami dari keburukan dunia dan siksaan akhirat.” Jika ia mati, maka ia mati tanpa ditimpa musibah.” (HR. Ath Thabrani, Imam Ahmad, Ibnu Hibban dan Al-Hakim. Perawi-perawi dari Ath-Thabrani tsiqat.)

Mari kita amalkan doa ini dizaman penuh fitnah ini. Zaman sekarang pelbagai perkara boleh berlaku dimana manusia di akhir zaman ini banyak yang bertopengkan musuh manusia. Dengan yang demikian, mari kita tingkatkan benteng dgn banyakkan berdoa.
 InsyaAllah selamat dunia dan akhirat....aameeen.

Tuesday, 13 March 2012

Rawatan untuk mengatasi gangguan makhluk halus


Meneliti sihir dan adanya jin dalam tubuh
 
Bagaimana hendak membezakan orang yang tersihir dengan orang yang kemasukan jin? Orang yang tersihir biasanya, mengeluhkan sesuatu yang tertentu yang datang begitu tiba-tiba, misalnya dia tiba-tiba membenci isterinya, padahal dia begitu mencintainya. Kebencian itu muncul tanpa sebab-sebab yang jelas. Atau mengeluh kerana rasa sakit pada seluruh tubuhnya yang datang dengan tiba-tiba. Lazimnya ia merupakan sihir yang disertai keterlibatan jin. Jin seperti ini adalah jin jenis yang merbahaya.
Sedangkan orang kemasukan jin, kalau tidak tiba-tiba menyendiri, pasti masih bergaul di tengah orang ramai, namun mengamuk dan melakukan kejahatan. Wajahnya akan berubah dari saat ke saat, yang kadang-kadang merah, kadang-kadang hitam. Perubahan warna itu kadang-kadang terjadi hanya pada sebahagian wajahnya. Di samping itu akan disertai mimpi-mimpi yang menakutkan, bahkan bertentangan, misalnya dia merasa jatuh dari tempat yang tinggi tetapi terlihat begitu takut dan kesakitan. Atau mengigau dengan mengucapkan perkataan-perkataan yang tidak kaharuan.
Di bawah ini adalah cara yang boleh mengetahui adanya sihir atau kemasukan jin dengan menguji si pesakit, berdasarkan ayat Al-Qur’an.
1. Bacalah akhir Surah Ibrahim pada telapak tanganmu :
2. Lanjutkan dengan akhir Surah Al-Mu’minin :
3. Selanjutnya teruskan Surah Al-Falaq :
4. Seterusnya Surah An-Nas :
Ketika membaca ayat-ayat di atas, letakkan mulutmu di telapak tangan kananmu, sehingga nafasmu atau sebahagian dari ludahmu mengenainya. Kemudian hulurkan telapak tanganmu itu di depan mata si pesakit and mintalah dia melihatnya. Kalau si pesakit itu sama sekali tidak boleh melihatnya atau penglihatannya silau atau nanar atau melihat tapak tanganmu berwarna sangat merah atau hitam atau melihat banyak salib di telapak tanganmu itu atau tiba-tiba kepalanya terasa pening atau menunjukkan suatu gejala yang muncul secara tiba-tiba, maka si pesakit itu tidak diragukan, terkena sihir ataupun kemasukan atau kedua-duanya sekali.
.
Yang berkaitan dengan hubungan suami-isteri
Ambillah tujuh lembar daun sirih hijau atau daun teratai. Tumbuklah sehingga lumat. ( Boleh juga dilakukan menggunakan mesin blender ).
Masuk tumbukan daun sirih atau daun teratai itu dalam satu mangkuk besar. Isi dengan air secukupnya untuk minum dan membasuh seluruh badan.
Letakkan telapak tangan kananmu pada air yang sudah diisi tumbukan daun sirih.
Sentuhkan bibirmu pada mangkuk, sehingga nafas atau air ludahmu mengenainya.
Bacakan ayat berikut ini dan arahkan pada air tersebut :
1.) Ayat Kursi :
2.) Lanjutkan dengan Surah Al-Kafirun :
3.) Lalu Surah Al-Ikhlas :
4.) Berikutnya Surah Al-Falaq :
5.) Selanjutnya Surah An-Nas :
6.) Berikutnya, ayat sihir dalam Surah Al-A’raf :
7.) Lalu ayat sihir dalam Surah Yunus ayat 79 – 82 :
8.) Terakhir, ayat sihir dalam Surah Thaha ayat 65 – 69 :
Setelah selesai bacaan ayat-ayat di atas, minumlah air itu kepada si sakit, kemudian mandikan ia dengannya. Ulangi seminggu kemudian dan sesudah itu, Insya’ Allah, sihir itu tidak akan datang lagi.
.
Mengusir atau membunuh jin
Bagaimana caranya untuk mengusir atau membunuh Jin yang jahat dan membangkang? Orang yang berusaha mengusir atau membunuh jin, tidak boleh tidak, haruslah orang yang betul-betul bertakwa kepada Allah, percaya akan pertolonganNya, selalu mematuhi ketentuanNya, dan selalu dalam keadaan berwhudu’. Menyingkirkan segala macam gambar atau patung dari tempat yang akan dijadikan tempat rawatan.
Sebab, gambar-gambar dan patung-patung itu memiliki daya tarik yang kuat bagi jin. Jika si pesakit seorang wanita, maka hendaknya dia memintanya berwhudu’, lalu berbaring dengan kedua kakinya ditutupi selimut. Sebagai usaha berhati-hati, hendaknya diletakkan mushaf di atas kepala si pesakit tepat di arah pandangan matanya, sehingga jin tidak keluar dari tubuhnya lalu menghalang pandangan matanya.
Ada baiknya juga jika dletakkan mushaf di arah antara pusat dan auratnya. Selanjutnya hendaklah meminta kepada salah seorang yang soleh untuk memegang hujung telapak kaki kirinya atau telapak kaki kanan dan kirinya jika diperkirakan jinnya lebih dari satu, atau jinnya mengaku beragama Islam dan mengatakan bahawa dia adalah jin Sufi, yang merupakan jenis jin sangat berbahaya. Kemungkinan besar, jin jenis ini adalah jin yang sangat mudah menerima kebenaran Islam dan bersedia keluar dari tubuh si pesakit kerana tunduk atas perintah Allah.
Di tengah-tengah bacaan Ayat Ruqyah itu tadi, bolehlah anda memohonkan kutukan Allah untuknya,
( *** Anda boleh mengulanginya dengan kutukan kepadanya yang berbunyi, “Aku mengutukmu dengan kutukan Allah yang sempurna,” sebagaimana halnya, anda pun boleh mendo’akan kehancurannya. )atau mengajaknya berdialog. Tetapi kalau lemah, dia akan diam saja. Kalau dia mahu berbicara, ajaklah dia masuk Islam. Mudah-mudahan melalui dirimu, Allah memberi petunjuk kepadanya.
Tetapi kalau dia bertahan dalam kekafirannya, maka diharapkan tidak begitu saja membunuhnya. Ingatlah akan Firman Allah : Tidak ada paksaan dalam memasuki Agama Islam: Biasanya dia akan meminta izin kepadamu untuk keluar. Kalau sudah begitu, katakan kepadanya, “Keluarlah dari ibu jari kaki sebelah kiri.” Kemudian ambillah minyak wangi dan urutlah ibu jari kaki kiri itu sebanyak tiga atau empat kali, agar dia keluar dari pintu yang anda bukakan melalui urutan tersebut, sesudah dia berjanji untuk tidak mengulangi kezalimannya.
Jika ada jin degil dan lemah, sehingga tidak mahu berbicara, dan bagaimana hendak mengetahui bahawa dia telah keluar, ulangi bacaan-bacaan di atas. Kalau si pesakit sekali lagi merasakan kesakitan atau pening, sesak nafas atau lehernya dicekik, atau lumpuh pada bahagian anggota tubuhnya, atau sekujur tubuhnya menunjukkan kejang-kejang atau melihat si pesakit berusaha menutupkan jari-jarinya pada matanya, maka cegahlah dia melakukan hal itu. Sebab, yang demikian itu merupakan was-was yang dibuat jin tersebut dari dalam dirinya agar jin tersebut boleh menutupi matanya. Semuanya itu merupakan bukti bahawa jin ada dalam tubuhnya, dan bahawasanya dia telah berdusta.
Tiba di situ bolehlah mengusirnya dengan mengambil segelas air. Letakkan bibirmu di gelas, lalu bacalah Ayat Kursi, sepuluh ayat pertama surah Ash-Shaffat, Al-Falaq dan An-Nas, lalu minumkan air itu kepada si pesakit. Saat itu, maka jin tersebut akan mati dalam tubuh si pesakit. Segera ulangi mengambil air dan membacakan ayat-ayat tersebut beberapa kali, lalu minumkan kepadanya satu gelas air yang dicampur dengan garam, agar jin yang mengeram dalam perutnya dapat dimuntahkan. Kalau si pesakit tidak dapat muntah, tetapi ini jarang terjadi, maka jin tersebut akan keluar saat si pesakit buang hajat di kamar mandi.
.
Cara mengusir jin yang tinggal dalam rumah
Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-
1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :
1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.
Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun.
2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :
2.) Kemudian bacalah ayat-ayat lanjutan ini.
Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.
Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. “Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.
Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.
Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.
.
Tanda-tanda gangguan jin
Tanda-tanda pada waktu tidur
Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
Mimpi yang sangat menyeramkan.
Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
Berperasaan sedih pada saat tidur.
Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
Bermimpi melihat hantu.

Tanda-tanda pada waktu sedar
Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.
.
Berbagai gangguan jin
Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.
.
.
Di antara penyebab gangguan jin
Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan perkara ini jin tidak akan dapat mengganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat takut, Sangat (gembira)lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.
.
.
Sebab-sebab masuknya jin ke dalam diri manusia
Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama’ yang membicarakannya.
Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.
Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.
Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.
.
.
Cara jin masuk ke dalam tubuh manusia
Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,“Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala”. ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.
Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.
.
Perlindungan terhadap gangguan
Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.
Mengucapkan “Bismillah” pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-
Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
Terjumpa sesuatu di atas tanah.
Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.
Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.
Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.
Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dangan wanita yang bukan muhrimnya.
Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.
Sifat-sifat yang harus ada bagi perawat
Harus mempunyai akidah yang benar, bersih dan jernih.
Harus mewujudkan tauhid yang murni, baik dalam ucapan mahupun dalam perbuatan.
Harus mempunyai keyakinan bahawa firman Allah sangat berpengaruh untuk menghalau jin dan syaitan.
Harus mengetahui hal ehwal jin dan syaitan.
Harus mengetahui tempat-tempat pintu masuk jin dan syaitan.
Orang yang akan mengubati sebaiknya orang yang sudah menikah.
Harus menjauhi perkara yang diharamkan, kerana dengan perkara yang haram tersebut syaitan menyerang manusia.
Harus mengerjakan dan melaksanakan berbagai macam ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, kerana amal tersebut akan dapat mengalahkan syaitan.
Harus sentiasa mengingat Allah Yang Maha Agung, berzikir kepada-Nya, kerana zikir adalah merupakan benteng yang sangat kukuh dalam menghadapi syaitan yang terkutuk. Semuanya ini tidak akan dapat dilaksanakan jika tanpa mengetahui berbagai macam zikir dan doa harian sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. serta sentiasa mengamalkannya, seperti doa masuk rumah dan masjid, doa keluar dari rumah dan masjid, doa waktu mendengar suara ayam berkokok, doa ketika mendengar suara keldai, doa pada waktu melihat bulan purnama, doa waktu naik kenderaan dan sebagainya.
Harus sentiasa memagar diri dengan cara mendekatkan diri kepada Allah.
.
Ayat-ayat pagar diri sebelum melakukan perawatan
Sebelum memulakan rawatan, pagar diri anda dan mintalah pertolongan dari Allah S.W.T dengan membaca Al-Istiadzah dan ayat-ayat di bawah ini :-

أَعُوْذ ُباِللَّهِ مِنَ الشَّيْطَا ِن الرََّجِيْمِ
Aku berlindung dari Allah dari syaitan yang direjam.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَِن الرَّحِيْمِِ
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
بسم الله توكلت على الله  لا حول و لا قوة الا بالله العلي العظيم
Dengan nama Allah aku bertawakal kepada-Nya. Tiada upaya dan kekuatan (atas kami) melainkan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi.
Ayat ini diulang bacaannya sebanyak 3 kali
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شئ في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم
Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya akan terhalanglah segala di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

اعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah (ayat-ayat) Allah yang sempurna dari semua kejahatan yang dicipta-Nya.
.
.
Kemudian mulakan perawatan
Cara pertama : Sebelum perawatan dilakukan
Menyiapkan keadaan yang benar. Keluarkanlah gambar-gambar yang ada di dalam rumah, kerana dengan demikian malaikat akan berkenan masuk ke dalam rumah.
Mengeluarkan serta membakar segala bentuk azimat yang ada pada orang yang terkena kerasukan tersebut.
Membersihkan tempat dari lagu-lagu dan bunyi alat muzik.
Membersihkan tempat dari perkara yang akan melanggar syariat, seperti orang lelaki yang memakai emas dan perempuan yang tidak tutup aurat.
Memberi pelajaran tentang akidah kepada orang yang kerasukan jin tersebut serta keluarganya, sehingga menghapuskan rasa ketergantungan hatinya kepada selain Allah.
Menjelaskan tentang cara pengubatan yang dilakukan tidaklah sama dengan pengubatan tukang sihir atau dukun, kemudian menjelaskan pula bahawa di dalam Al Qur’an terdapat ubat penawar serta rahmat, sebagaimana yang telah diberitahukan oleh Allah S.W.T.
Memerhatikan keadaan dengan mengadakan beberapa pertanyaan kepada orang yang terkena kerasukan jin tersebut serta melihat tanda-tandanya. Pertanyaan-pertanyaan tersebut misalnya :
Apakah engkau melihat beberapa ekor binatang dalam mimpi?
Berapa ekor binatangkah yang kamu lihat?
Apakah dalam mimpimu itu ada binatang yang mengejarmu?
Apakah mimpimu itu adalah mimpi yang menakutkan?
Apakah mimpimu itu seolah-olah kamu merasakan akan jatuh dari tempat yang sangat tinggi?
Apakah dalam mimpimu itu kamu berjalan di tempat yang menakutkan?
Teruskanlah dengan pertanyaan tentang semua tanda-tanda pada waktu tidur dan pada waktu sedar (jaga) sehingga kita yakin bahawa orang yang akan diubati itu memang benar-benar kerasukan jin. Dari pertanyaan-pertanyaan yang diberikan kita dapat mengira berapa jumlah jin yang mengganggunya. Misalnya, setiap ia bermimpi ia selalu melihat dua ekor ular, ini bererti ada dua jin yang mengganggunya.
Demikianlah jika jin yang ada di dalam tubuh seseorang itu tidak mahu berbicara. Akan tetapi jika telah dijelaskan tentang dirinya dan berkata melalui lidah orang yang kerasukan jin tersebut, maka tidak perlu lagi dilakukan pertanyaan-pertanyaan seperti tersebut di atas, kerana perkaranya sudah jelas.
Sebelum melakukan pengubatan dianjurkan berwudhuk terlebih dahulu begitu juga jika ada orang yang bersama dengan anda.
Jika yang akan diubati itu adalah seorang perempuan, janganlah anda memulai pengubatannya sebelum orang yang akan diubati itu berpakaian menutup aurat.
Janganlah anda melakukan pengubatan terhadap seseorang perempuan jika tanpa disertai oleh muhrimnya.
Janganlah anda memasukkan seorang perempuan (seperti ke dalam bilik) jika tanpa disertai oleh muhrimnya.
Berdoalah kepada Allah, semoga Allah membantu anda untuk mengeluarkan jin dari tubuh orang yang sedang diubati tersebut.
.
.
Ayat-ayat ruqyah
Cara kedua : Pertengahan perawatan
Letakkanlah tangan kanan anda di atas kepala orang yang kerasukan jin tersebut kemudian membacakannya di telinga kanannya dengan ayat-ayat ( Ayat Ruqyah ) di bawah ini :
1. Surah Al-Fatihah ( ayat 1-7 ) :
2. Surah Al-Baqarah ( ayat 1-5 ) :
3. Surah Al-Baqarah ( ayat 102 ) :
4. Surah Al-Baqarah ( ayat 163-164 ) :
5. Surah Al-Baqarah ( ayat 255 ) :
6. Surah Al-Baqarah ( ayat 285-286 ) :
7. Surah Al-’Imran ( ayat 18-19 ) :
8. Surah Al-A’raf ( ayat 54-56 ) :
9. Surah Al-A’raf ( ayat 117-122 ) :
10. Surah Yunus ( ayat 81-82 ) :
11. Surah Thaha ( ayat 69 ) :
12. Surah Al-Mukminin ( ayat 115-118 ) :
13. Surah As-Shaffat ( ayat 1-10 ) :
14. Surah Al-Ahqaf ( ayat 29-32 ) :
15. Surah Ar-Rahman ( ayat 33-36 ) :
16. Surah Al-Hasyr ( ayat 21-24 ) :
17. Surah Al-Jin ( ayat 1-9 ) :
18. Surah A1-Ikhlas ( ayat 1-4 ) :
19. Surah Al-Falaq ( ayat 1-5 ) :
20. Surah An-Nas ( ayat 1-6 ) :
Ayat2 ruqyah di atas ini sangat berpengaruh pada jin sehingga akan menghalau dan menjauhkannya atau menghadirkannya.
Cara ketiga : Setelah perawatan dilakukan
Cara untuk mengetahui hadirnya jin
Untuk mengetahui hadirnya jin, maka perhatikan tanda-tanda ini :
Orang yang kerasukan jin tersebut memejamkan kedua matanya atau membuka sebesar-besarnya atau berkedip dengat sangat cepat.
Tubuhnya gementar dengan sangat kuat atau gementar ringan pada hujung jarinya.
Meronta-ronta dengan kuat.
Memekik atau menjerit.
Menyebut namanya.
Setelah memperhatikan tanda-tanda itu, maka mulailah bertanya kepadanya seperti pertanyaan di bawah ini :
Siapa namamu?
Apakah Agamamu?
Apakah sebabnya kamu masuk ke dalam tubuh orang ini?
Apakah kamu bekerja dengan tukang sihir?
Di manakah kamu berada di dalam tubuh ini?
.
.
Cara hadapi jin beragama Islam
Bila anda menghadapi jin yang beragama Islam maka lakukanlah dua cara iaitu menganjurkannya dan memperingatkannya. Lakukanlah sesuai dengan sebab maksudnya ke dalam tubuh tersebut. Jika sebab masuknya adalah kerana kezaliman manusia kepadanya maka beritahukanlah kepadanya bahawa orang ini tidak mengetahuinya dan tidak sengaja menyakiti sehingga tidak patut dia dihukum.
Bila masuknya ke dalam tubuh seseorang itu kerana mabuk cinta kepada manusia, maka jelaskan kepadanya bahawa perbuatannya itu hukumnya haram. Hendaklah dijelaskan pula tentang balasan Allah terhadap orang yang berbuat demikian pada hari kiamat. Kemudian beritahukan kepadanya tentang ancaman seksa Allah dan balasan yang akan Allah berikan.
Bila penyebab masuknya itu kerana kezaliman terhadap manusia maka beritahukanlah kepadanya akan hukuman yang berat yang akan ditimpakan oleh Allah terhadap hamba-hamba-Nya yang zalim.
Jika jin yang ada di dalam tubuh seseorang itu mahu menjawab dan mahu keluar, maka ucapkanlah Al-hamdulillah, tetapi sebelum ia keluar dia harus berjanji kepada Allah, janji tersebut haruslah anda yang mengucapkan dan melalui lidah orang yang kerasukan jin itu, jin tersebut mengikutinya, ucapan janji itu ialah :
“Saya berjanji kepada Allah SWT bahawa saya akan keluar dari tubuh orang ini dan tidak akan datang lagi kepadanya, juga saya tidak akan masuk ke dalam tubuh kepada salah seorang dari kaum Muslimin. Jika saya mengingkari janji saya, maka saya akan dilaknat oleh Allah SWT, para malaikat dan seluruh manusia.”
Setelah itu haruslah anda pastikan bahawa jin itu benar-benar keluar, kerana banyak di antara jin yang berbohong, kecuali bagi jin yang benar-benar berlindung kepada Allah. Bacakanlah penangkal sekali lagi. Jika orang yang kerasukan jin itu masih terpengaruh mendengar bacaan Al-Quran serta jarinya masih juga gementar, maka yang demikian itu sebagai tanda bahawa jin itu masih berada dalam tubuhnya. Jika tidak ada pengaruhnya, jin tersebut telah keluar.
.
.
Cara hadapi jin kafir
Langkah pertama yang harus dilakukan, hendaklah anda jelaskan Islam kepadanya secara lengkap, kemudian suruhlah dia masuk Islam tanpa paksa. Jika dia telah masuk Islam, maka suruhlah dia bertaubat dan jelaskan kepadanya bahawa taubat yang sempurna itu ialah melepaskan diri dari berbuat zalim dan hendaklah keluar dari jasad orang ini.
Langkah yang kedua, jika dia masih tetap dengan kekafirannya, maka janganlah dia dipaksa supaya masuk ke dalam Islam, akan tetapi perintahkanlah dia supaya keluar dari jasad tersebut. Jika ia keluar, maka bacalah Al-hamdulillah. Jika ia tetap degil, maka ancamlah dia atau boleh anda memukulnya. Akan tetapi janganlah anda memukul, jika sekiranya anda tidak ‘arif dalam hal itu atau anda tidak dapat memastikan bahawa pukulan anda itu benar-benar mengenai jin, sebab ada jenis jin yang dapat mengelak ketika di pukul, sehingga pukulan tersebut mengenai orang yang kerasukan itu. Jika ingin memukul, lakukanlah pada bahagian tangan, punggung dan jari.
Langkah yang ketiga, bacalah surah-surah yang menyakiti jin seperti ayat Al-Kursi, surah Yasin, surah As-Saffat, surah Ad-Dukhan, surah Al-Jin, surah Al-Hasyr, surah Al-Humazah dan surah Al-A’la.
Pada umumnya setiap surah-surah atau ayat yang menyebutkan syaitan atau menyebutkan tentang neraka dan seksa, akan menyakiti jin. Bila dia sudah menjawab, maka hentikanlah bacaan ayat Al-Qur’an tersebut atau memberhentikan pukulan, dan memintakanlah kepadanya supaya ia berjanji kepada Allah dan perintahkanlah ia supaya keluar dari jasad orang yang dimasukinya itu.
Sebelum mengakhiri proses pengubatan ini, hendaklah anda mengambil perhatian terhadap kelakuan jin….. ( muka sebelah )
.
.
Perhatian dengan kelakuan jin
Kadang-kadang ada jin yang datang sambil memekik, mengancam dan berjanji. Dalam menghadapi hal ini janganlah anda takut, akan tetapi pukullah dia dan berilah pelajaran kepadanya, mudah-mudahan dengan izin Allah, jin tersebut akan diam.
Kadangkala jin itu mencaci-maki anda, maka janganlah anda marah kepadanya.
Kadangkala jin itu memuji anda, bahawa andalah orang yang yang soleh dan dia akan keluar demi menghormati anda. Apabila mendengar perkataan yang demikian ini, maka hendaklah anda katakan: “Aku adalah seorang hamba yang lemah, keluarlah engkau kerana taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya.”
Kadangkala ada pula jin pengganggu itu membantah. Dalam menghadapi hal ini hendaklah anda ambil setengah gelas air kemudian dekatkanlah air itu ke mulut anda dan bacakanlah ayat-ayat Al-Qur’an iaitu: Sursh Yasin, As-Shaffat, Ad-Dukhan dan Al Jin. Selepas itu siramilah air tersebut kepadanya, maka jin tersebut akan merasa kesakitan serta patuh kepada anda dengan izin Allah, dia akan keluar dari tubuh orang tersebut.
Jika anda ingin tahu tentang akidah jin tersebut tanpa menanyakannya, maka bacakanlah kepadanya ayat di bawah ini : ( Sebahagian dari Surah Al-Maidah – Surah 5 : Ayat 72 )
لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُواْ إِنَّ اللّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ | 72
Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam”.
Kadangkala ada jin yang lari pada waktu mengucapkan janji. Dalam menghadapi hal ini hendaklah bacakan berulang-kali di telinga orang yang kerasukan jin tersebut dengan ayat Al-Qur’an iaitu : (Ar-Rahman 33-36)
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ فَانفُذُوا لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ (33) فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (34) يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِّن نَّارٍ وَنُحَاسٌ فَلَا تَنتَصِرَانِ (35) فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ | 36
Hai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak akan dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Kepada kamu, (jin dan manusia) dilepaskan nyalaan api dan cairan tembaga maka kamu tidak akan dapat menyelamatkan diri (daripadanya). Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”
Kadangkala ada jin yang ingin keluar tetapi dia tidak tahu bagaimana caranya, dalam menghadapi hal ini, maka hendaklah anda membaca Surah Yasin serta azan di telinga orang yang kemasukan jin tersebut.
Ayat-ayat Al-Qur’an yang dibacakan itu hendaklah dengan bacaan yang benar, khusyuk dan dengan suara yang dapat didengar.
Jika jin itu meminta sesuatu syarat baru dia akan keluar dari jasad orang yang dimasukinya itu, maka perhatikanlah dahulu apa syarat yang dimintanya. Jika syarat yang dimintanya itu supaya taat kepada perintah Allah seperti: “Saya akan keluar dari tubuh orang ini dengan syarat dia mahu menjaga solatnya atau dia mahu menutup auratnya”. Jika demikian itu syarat yang dimintanya, maka turutilah dia, akan tetapi haruslah anda jelaskan kepadanya, bahawa ketaatan tersebut bukanlah kerana mentaatinya akan tetapi kerana taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika permintaan syaratnya itu supaya melakukan kemaksiatan, maka janganlah diikuti, bahkan hukumlah dia.
Jika Allah telah mengluarkan jin tersebut dari tubuh orang yang kerasukan jin itu, maka perintahkanlah kepada orang yang kerasukan jin itu, begitu juga orang yang hadir, supaya sujud syukur kepada Allah SWT kerana telah bebasnya dari penganiayaan tersebut. Begitu juga dengan diri anda haruslah melaksanakan sujud syukur tersebut, kerana Allah SWT telah memperkenankan permohonanmu untuk menyingkirkan kezalimannya.
Jika anda telah berhasil mengeluarkan jin tersebut dengan izin Allah, maka janganlah anda katakan: “Saya telah berhasil mengeluarkan jin tersebut”, akan tetapi karakanlah: “Allah telah mengeluarkan atau menghalaunya”. Anda haruslah berhati-hati dalam hal ini dan janganlah anda sampai terpedaya dengan rayuan syaitan.
Hendaklah anda selalu membaca buku-buku yang berkenaan dengan masalah jin, seperti buku “Risalatul Jin” karangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan lain-lain.
.
.
Perbuatan haram ketika menghalau jin
Mengadakan majlis bersuka ria di atas permintaan jin dan meminta berbagai macam permintaan yang pelik-pelik seperti perhiasan emas, ayam, kambing atau lembu. Dikatakan dengan majlis persembahkan ini dapat menghalau jin tersebut.
Mengabulkan segala permintaan jin yang masuk ke dalam diri seseorang. Seperti meminta disembelihkan binatang dan sebagainya.
Memohon bantuan kepada jin suruhannya supaya mengeluarkan jin yang ada dalam tubuh seseorang. Kerana jin pengganggu itu lebih kuat dari tukang sihir itu.
Bersumpah kepada jin penganggu itu atas nama tuannya dari bangsa jin, kerana jin itu ada mempunyai banyak tuan dan pemimpin. Dengan menggunakan nama pemimpin atau ketua, mereka akan merasa takut lalu keluar dari tubuh orang yang dimasuki itu.
Memasukkan jin pengganggu ke dalam penjara – Cara mengadakan pendekatan dengan pemimpin para jin, dipinta pemimpin jin itu untuk memasukkan jin pengganggu ke dalam penjara tersebut sehingga dia tidak lagi menganggu orang yang kerasukan jin itu.
Menyeksa dan membunuh jin pengganggu
Berakhirlah proses melakukan pengubatan dengan penggunaan Ayat Ruqyah, Terkabul hendaknya…..Insya’ Allah.
Credit to: Hikmatun