Sunday, 26 February 2012

Telefon di pejabat tempat paling 'disukai' kuman, virus


phone7~1.jpg

WASHINGTON: Satu kajian mengenai kuman di pejabat mendapati bahawa telefon adalah tempat paling kotor di tempat kerja dan anda boleh dijangkiti selesema atau batuk hanya dengan menggunakan telefon pejabat.

Kajian berkenaan dikendalikan oleh seorang profesor mikrobiologi, Charles Gerba dari Univesiti Arizona.
“Tiada sesiapa yang membersihkan atau membasmi kuman pada telefon pejabat,” kata Gerba yang dipetik CBS News.
Cerek kopi, kepala paip sinki, peti sejuk serta pemegangnya dan ketuhar gelombang mikro adalah beberapa bahagian paling kotor yang biasa di tempat kerja. - Brad Reynolds, Wakil projek North American Platform Leader for The Healthy Workplace
Pekerja juga diberi amaran supaya berhati-hati di tempat yang mudah dijangkiti bakteria dan virus yang bersembunyi di pejabat. Bagaimanapun penemuan paling mengejutkan ialah ia tidak membabitkan tempat duduk dalam tandas.

“Pekerja sentiasa membersihkan tandas hampir sepanjang masa.

“Malah anda juga boleh mendapat kuman dari laci meja dan juga papan kekunci komputer, kata Gerba di mana tempat berkenaan hanya akan dibersihkan apabila ia melekit.

“Kita sering menemui virus selsema pada komputer sewaktu musim sejuk,” kata Gerba. 
Dalam satu siaran berita ABCNews.com, Gerba berkata beliau menemui bakteria usus yang biasanya wujud dalam najis manusia pada satu daripada mangkuk gula-gula seorang daripada pekerja.

“Cerek kopi, kepala paip sinki, peti sejuk serta pemegangnya dan ketuhar gelombang mikro adalah beberapa bahagian paling kotor yang biasa di tempat kerja,” kata Brad Reynolds, daripada projek North American Platform Leader for The Healthy Workplace yang dikendalikan firma Kimberly-Clark Professional.

“Secara keseluruhan, semua barangan ini adalah empat kali ganda mempunyai tahap bakteria yang sama pada tempat duduk tandas,” katanya.

“Walaupun ramai pekerja menggunakan bilik rehat pejabat secara harian, ia secara umumnya tidak dibersihkan kecuali sehari oleh pekerja pembersih dan jarang sekali dilakukan sendiri oleh pekerja menyebabkan pencemaran lebih mudah dipindahkan daripada seseorang kepada yang lain sepanjang hari,” kata Reynolds.

Beliau berkata, bilik persidangan juga antara tempat paling mudah untuk kuman tersebar, misalnya ketika seseorang berjabat tangan dengan yang lain.

“Setiap orang perlu membersihkan tangan mereka sebelum atau selepas mesyuarat untuk mengelak kuman dibawa balik ke meja mereka,” kata Reynolds.

Butang pada lif, mesin menyalin atau pembuat kopi juga adalah sama seperti berjabat tangan. 


Credit to: BHarian.

Usaha, doa dan Tawakkal


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

 

Assalamualaikum...Selamat pagi Isnin yang ceria...Allah S.W.T menghendaki seluruh hamba-NYA berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu dengan penuh harap dan diiringi dengan doa kepada Allah azza wajalla..Allah Maha Besar, Maha Penyayang, Maha berkuasa atas segala sesuatu...Maha kaya dan maha pemberi...maka pinta dan mohonlah kepada-NYA..insyaAllah jika berusaha, berdoa dan kemudiannya bertawakal kepada Allah untuk natijahnya, insyaAllah pasti berjaya..



Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:



"Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!"

Ramai graduan wanita sia-siakan kepakaran


Hanya separuh lulusan IPT ceburi pasaran kerja








BANGI: Pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2006, Prof Dr Muhammad Yunus berpendapat banyak bakat wanita di Malaysia yang menguasai sehingga 70 peratus kemasukan di institusi pengajian tinggi (IPT), menjadi sia-sia berikutan hanya sebahagian daripada mereka mengisi keperluan pasaran kerjaya.
Katanya, wanita terbabit terbukti mampu bersaing dalam cabaran melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, sekali gus memiliki ilmu pengetahuan yang dapat memberi sumbangan besar kepada negara dan masyarakat.
Punca mengapa wanita kurang menceburi pasaran kerja walaupun kuasai kira-kira 70 peratus tempat di IPT, perlu dikaji secara mendalam supaya langkah wajar diambil untuk menangani. - Muhammad Yunus, Pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2006
Beliau berkata, kekurangan peratusan wanita dalam pasaran kerjaya mungkin berpunca daripada faktor sistem sosial atau pun wanita berasa tidak selesa terutama untuk menceburi bidang profesional sehingga mewujudkan jurang gender bagi jawatan peringkat atasan.

“Justeru, punca mengapa wanita kurang menceburi pasaran kerja walaupun menguasai kira-kira 70 peratus tempat di IPT, perlu dikaji secara mendalam supaya langkah wajar diambil untuk menanganinya.

“Sebagai contoh bagaimana untuk membolehkan mereka berasa selesa menduduki jawatan peringkat atasan,” katanya kepada Berita Harian selepas menyertai Wacana Bitara Srikandi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, semalam.

Bagaimanapun, Muhammad yang juga Laureate Bermastautin UKM, bangga dengan pencapaian wanita Malaysia, termasuk menduduki jawatan tertinggi dalam pengurusan perniagaan dan pentadbiran universiti. 
Katanya, pencapaian itu memberi imej positif berbanding gambaran lazim diperoleh mengenai pembabitan wanita yang masih jauh ketinggalan di negara Islam.

“Namun, kita tidak harus puas hati. Masih banyak harus dimanfaatkan seperti (meningkatkan kedudukan wanita) pada peringkat pembuat keputusan, CEO (ketua pegawai eksekutif) syarikat, supaya tiada lagi yang menyatakan pembabitan wanita masih jauh ketinggalan di negara Islam,” katanya.


Credit to: BH/Syuhada Choo Abdullah

Kurang interaksi punca terjebak


SUBANG JAYA: Kekurangan interaksi antara ibu bapa dengan anak dikenal pasti antara punca utama remaja perempuan mudah terjebak dengan pelbagai gejala sosial atau terpengaruh dengan janji manis lelaki hidung belang yang bijak mengambil kesempatan.

Sehubungan itu, Yang Dipertua Pertubuhan Baitul Fiqh (Baitul Fiqh), Juhaidi Yean Abdullah berkata, ibu bapa perlu menggunakan beberapa pendekatan bagi membendung pelbagai gejala sosial yang makin tidak terkawal di kalangan remaja masa kini.

Antaranya ialah meningkatkan komunikasi dengan anak berusia 10 hingga 16 tahun yang sangat penting, terutama remaja perempuan, supaya mereka tidak memindahkan tanggungjawab itu kepada teman lelaki, seterusnya membawa pelbagai musibah.
“Anak pada usia beginilah yang perlu diberikan tumpuan kerana remaja perlukan bimbingan untuk menghadapi pelbagai cabaran hidup. Pada usia begini juga anak pandai menyimpan rahsia.

“Sehubungan itu, ibu bapa perlu sentiasa ada bersama anak, walau sesibuk mana sekalipun. Jangan bina batasan atau jurang dengan anak kerana ia boleh menimbulkan kesan buruk. Itulah pentingnya komunikasi dengan mereka,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.

Menurutnya, meskipun bilangan penghuni Baitul Fiqh tahun lalu berkurangan berbanding tahun sebelumnya, ia tidak bermakna kes membabitkan remaja, terutama hamil luar nikah, berkurangan.
“Remaja sekarang lebih berani dan agresif serta mampu bertindak di luar kawalan dan jangkaan ibu bapa. Gejala ini harus ditangani segera dan ia memerlukan kerjasama banyak pihak,” katanya.

Juhaidi berkata, selain pengaruh kawan, telefon dan Internet juga antara yang menyumbang kepada keruntuhan moral remaja.
“Berdasarkan kajian dibuat di Singapura, remaja tidak bersekolah lebih ramai terbabit dengan gejala sosial berbanding yang bersekolah.

“Ini disebabkan mereka yang tidak bersekolah ada lebih banyak masa terluang yang memberi lebih peluang melakukan kegiatan tidak bermoral.

“Apa pun, ibu bapa perlu mengawasi gerak-geri anak mereka dan jangan terlalu memberi kebebasan, terutama dalam pergaulan,” katanya.

Credit to: H Metro

Saturday, 25 February 2012

Debat secara beradab, beretika elak dipengaruhi emosi



ISU UNTUK berdebat dan cabar-mencabar semakin menjadi-jadi, terutama dalam usaha meraih populariti kumpulan mahupun peribadi. Cabaran untuk berdebat ini biasanya timbul apabila berdepan dengan pertembungan idea dan pendekatan dalam menangani sesuatu perkara. Dalam bahasa Arab disebut sebagai ikhtilaf.

Pada asasnya istilah ini merujuk kepada perbezaan pendapat terhadap sesuatu perkara. Dalam erti kata lain setiap orang mengambil yang berbeza sama ada dalam perkataan mahupun pendapat. Ikhtilaf juga memberi erti tidak sama. Oleh itu, setiap yang tidak sama dikatakan ikhtilaf, sementara khilaf ialah pertentangan atau berlawanan.
Harus diakui manusia memang berbeza pandangan, pendirian dan bebas membuat penafsiran terhadap sesuatu yang dirasakan benar baginya tetapi ketika yang sama, manusia diberi akal dan iman untuk mempertimbangkan ilmu secara beradab. Firman Allah yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu wahai Muhammad dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik.” (Surah al-Nahl, ayat 125).
Apabila seseorang memahami dan mengerti bahawa setiap perkataan diucapkan melalui lidahnya akan dihisab dan dibalas maka dia akan tahu untuk menjaga lidahnya, menjaga tutur katanya dan mempertimbangkan dengan teliti sebelum berkata-kata.
Risalah al-Mustarsyidin menggariskan 10 adab untuk berdebat iaitu tidak berada dalam keadaan marah, tidak cuba mencari masalah, tidak membanggakan diri, jangan menghukum, jangan ketawa, jangan menjadikan dakwaan sebagai dalil, apabila anda mendatangkan dalil, tujuan daripadanya adalah mencari kebenaran, apabila anda menggunakan akal, gunakanlah ia sebagai untuk menerangkan sesuatu, hendaklah anda menjadikan kebenaran berharga untuk umat Islam dan usah mencari kemenangan sebagai tujuan utama (dalam berdebat) dan yang akhir sekali janganlah anda berpaling kepada orang lain sewaktu pihak kedua sedang bercakap dengan anda.

Ertinya, penjagaan akhlak dan kesopanan amat dititikberatkan seandainya berlaku perdebatan. Saidina Ali Abi Talib pernah berkata: “Petunjuk sebaik-baik pemimpin, akhlak yang baik sebaik-baik teman, akal sebaik-baik sahabat dan adab sebaik-baik peninggalan (Kitab: al-Adab Islamiyyah Li an-Nasyiah).

Sesungguhnya akhlak dan adab ini akan menjaga diri kita daripada terjerumus ke dalam lembah kebinasaan dan kehancuran. Lebih-lebih lagi jika kita sangat inginkan perbahasan ilmu yang mempunyai khilaf padanya. Dengan mempelajari adab maka tenanglah hati menghadapinya.

Debat kalau berlaku mestilah secara beretika dan halus budi bahasanya. Setiap patah kata dalam ungkapannya dapat menjadi contoh mereka yang mencintai kebenaran. Tetapi sayang, sebahagian daripada pendebat sekarang menyimpang jauh daripada panduan kerana debat mereka untuk mencari pengaruh dan kemenangan, sedangkan debat yang dicadangkan ialah untuk mencari jalan yang lurus. Oleh itu, berhujah untuk memburukkan lawan, pelbagai kata kasar dan nista dihambur keluar akan memburukkan keadaan Dibimbangi keburukan demi keburukan orang didedah dan diaibkan melalui kata-kata. 
Ramai yang suka bertikam lidah apabila berlaku perselisihan pendapat. Kadangkala timbul keadaan menyerang, menentang dan saling mencela antara mereka. Rasulullah SAW bersabda: “Aku ialah pemimpin di sebuah tempat di syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia benar.” (Riwayat Abu Daud).

Cucunda Rasulullah SAW, Saidina Hussain berkata, seseorang yang menceritakan keburukan orang lain di hadapanmu, jadi dia akan menceritakan keburukanmu (juga) pada orang lain. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa mampu menjaga apa yang ada antara dua janggut dan apa yang ada di antara dua kaki, maka aku jamin dia masuk syurga. (Hadis riwayat Sahl bin Sa'ad)

Apabila seseorang memahami dan mengerti bahawa setiap perkataan diucapkan melalui lidahnya akan dihisab dan dibalas maka dia akan tahu untuk menjaga lidahnya, menjaga tutur katanya dan mempertimbangkan dengan teliti sebelum berkata-kata.

Termasuk dalam adab menjauhi perdebatan ialah berwaspada seandainya sesuatu perbincangan yang dimulakan dengan adab Islam akan berubah menjadi satu perdebatan yang dibina atas dasar keangkuhan. Oleh itu hendaklah sentiasa prihatin kepada tanda-tanda yang bakal mengubah satu perbincangan kepada perdebatan, seperti sikap berlemah lembut mula berubah kepada perkataan yang kesat, bahasa yang kasar, nada yang tinggi dan gerak badan yang mengancam, manakala format perbincangan berubah daripada ilmiah kepada emosi.

Cara penuturan seseorang memudahkan kita mengenali watak ahli pendebat. Bahasa yang terhambur keluar melalui lidah yang tidak bertulang amat membahayakan kerana tajamnya melebihi sembilu. Justeru, jangan biarkan lidah itu lebih cepat daripada akal dalam menuturkan kata-kata. Apalagi apabila akal gagal mengawal tutur katanya menyebabkan apa yang terkeluar itu menjadi zarah amarah dan nafsu semata-mata.

Rasulullah SAW pernah mengumpamakan lidah itu sebagai kunci segala perkara, yakni perkara baik dan buruk. Sabda Baginda kepada Muaz bin Jabal yang bermaksud: “Mahukah engkau aku beritahukan mengenai kunci semua perkara ini? Aku (Muaz) menjawab: Mahu wahai Rasulullah SAW. Lalu Baginda SAW memegang lidahnya dengan berkata: Awas, jagalah ini (lidah) baik-baik. Aku (Muaz) pun berkata pula: Wahai Rasulullah SAW, apakah kami akan dituntut atas tutur kata kami? Lalu Baginda SAW menjawab: Moga-moga Allah memelihara engkau. Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri.” (Hadis riwayat al-Tirmizi).

Healthy mind screening for all schools



KUALA LUMPUR: Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai says the Healthy Mind Screening Programme will be extended to all schools this year.
"We are concerned about this issue (mental health). A survey was conducted in all schools in collaboration with Ministry of Education to identify early problems and help those in need," he told reporters after opening Taman Medan Health Clinic here, Saturday.
The programme to train students to address mental problems was implemented as pilot project in six schools last year.
Liow said mental health cases increased last year compared to 2006, based on the National Health Morbidity Survey, conducted once every five years.
"In 2006, the prevalence of mental health problems among adults was 11.2 percent while children and adolescents reported 20.3 percent.
In 2011, the number of cases increased to about 12 percent for adults while children also recorded slight increase.
Asked if the high number of cases among children and adolescents was due to the school curriculum, Liow said it was due to their inability to handle stress.
Some RM80,000 was allocated to upgrade Taman Medan Health Clinic which extended operating hours from 5pm to 9.30pm (Mon-Fri) and until noon (Sat).
He did not rule out the construction of a hospital to cater for the 1.8mil population of Petaling district but said it would require detailed planning.
Credit to: The Star

Pemanasan global boleh pendekkan manusia?


 

FLORIDA - Pemanasan global mampu menjadi punca saiz hidupan menjadi semakin kecil termasuk manusia menerusi satu kajian terbaru saintis.

Kajian yang dilakukan pakar paleontologi terhadap fosil kuda terawal spesies Sifruhippus berusia kira-kira 56 juta tahun lalu mendapati akibat pemanasan global, saiz haiwan itu telah mengecil menjadi sebesar kucing.

Kurator Sejarah Semula jadi Muzium Florida, Dr. Jonathan Boch mengesahkan pemanasan global secara berterusan sememangnya boleh mengecilkan saiz spesies mamalia termasuk manusia.

Para penyelidik turut percaya bahawa peningkatan suhu dari semasa ke semasa boleh menyebabkan manusia berpotensi mengecil sehingga 91.44 sentimeter.

"Paling mengejutkan kuda tersebut kembali membesar secara mendadak kepada saiz sebenar apabila suhu Bumi kembali normal kira-kira 45,000 tahun kemudian," kata Dr. Bloch.

Dalam satu kenyataan, Dr Ross Secord dari Universiti Nebraska berkata, mereka masih lagi tidak dapat membuat andaian sama ada kejadian sama akan berlaku pada masa terdekat kerana ia tidak mustahil akan berulang.