KUALA LUMPUR - Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP) yang dilaksanakan sewaktu perhimpunan mingguan di sekolah rendah dan menengah tahun ini bakal memberi fokus kepada elemen amalan dan penghayatan nilai di samping mencetuskan budaya berfikir.
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, evolusi perhimpunan sekolah alaf baharu perlu diperkasa bersesuaian dengan keperluan dan hasrat kementerian untuk mencapai kemenjadian murid daripada pelbagai kemahiran.
“Ucapan berjela-jela, leteran panjang dan aktiviti perhimpunan yang bersifat sehala perlu diubah serta-merta,” katanya ketika berucap merasmikan program Wadah Perhimpunan Sekolah Alaf Baharu dan Pelancaran 60 Tahun Ilmu Khas di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas di sini semalam.
Credit: Kosmo
Credit: Kosmo