Thursday, 29 January 2015

Polis digantung tugas kerana makan cicak

A man is seen here holding a salamander fish. – Reuters file pic, January 28, 2015.




















Salamader gergasi

BEIJING - CHINA. 14 orang polis digantung tugas dan seorang ketua polis disiasat, semalam kerana disyaki memakan haiwan spesis terancam, salamander gergasi.

Menurut Reuters, kumpulan polis berkenaan makan haiwan amfibia terbesar dunia tersebut di sebuah restoran makanan laut.

Salamander gergasi mampu membesar sehingga 180 cm (6 kaki).

Pegawai polis dikatakan merampas kamera dan menyerang wartawan dan jurugambar yang cuba membuat liputan ketika kejadian tersebut berlaku.

Tuesday, 27 January 2015

Khilaf Cerita 
1001 Malam

Wajah Abu Nawas yang digambarkan oleh Khalil Ghibran.
Wajah Abu Nawas yang digambarkan oleh Khalil Ghibran.

Pembohongan nyata tentang Abu Nawas, Harun al-Rashid

CERITA Abu Nawas dan Khaifah Harun Al-Rashid bukan asing bagi masyarakat Malaysia, bahkan di Nusantara. Semasa di bangku sekolah kami dihiburkan dengan pelbagai kisah bagaimana orang yang bernama Abu Nawas itu menipu raja dan macam-macam cerita menarik.

Hari ini pelbagai cerita yang dipetik daripada Kisah 1001 Malam, digarap melalui filem, drama, novel, komik dalam pelbagai bahasa dan pendekatan. Konon pada zaman Khalifah Harun Al Rasyid (pemimpin Dawlah Bani Abbasiyyah), hiduplah seorang pujangga atau sasterawan yang bernama Abu Nuwas (Abu Nawas).

Khalifah mempunyai hubungan rapat dengan Abu Nawas ini, sedangkan dia adalah seorang pemabuk, suka menghabiskan masa dengan wanita, mendengarkan muzik, menari serta perbuatan lain sehingga khalifah turut terjebak melakukan perkara yang sama kerana bersahabat dengan Abu Nawas.

Kisah ini sangat masyhur di Nusantara dan mungkin juga di negara lain. Sehingga kalau disebut dalam kalangan orang banyak tentang Harun Al Rasyid, maka yang terbayang dalam fikiran mereka, seorang pemimpin tidak berwibawa suka kepada muzik, wanita, minum khamr (arak).

Jarang di antara kaum muslimin mengetahui siapa sebenarnya Khalifah Harun Al Rasyid? Asal-usul cerita ini bersumber daripada sebuah buku dongeng – Alfu Lailatin wa Lailah (Cerita 1001 Malam).

Daripada lembar pertama sampai terakhir hanya berisi dongeng, sekali gus bererti ia sebuah cerita khayalan yang tidak berpegang kepada asal-usul sanad yang dipercayai, antaranya Ali Baba dengan 40 penyamun, Aladdin dengan lampu ajaib termasuk kisah Abu Nawas dengan Harun Al Rasyid.

Buku ini dikatakan berasal dari India dan Parsi. Lalu dialihbahasakan ke dalam bahasa Arab pada sekitar abad ketiga hijrah. Kemudian ada pihak menambah beberapa cerita lain sehingga zaman Dawlah Mamalik.

Ia sama sekali bukan buku sejarah dan tidak boleh menjadi landasan untuk mengetahui keadaan umat tertentu pada masa itu. Justeru, ada ulama sepakat melarang umat Islam membaca dan menjadikannya sebagai buku sejarah. Antaranya; Al-Ustadz Anwar Al Jundi yang berkata, buku Alfu Lailatin wa Lailah adalah karya yang bercampur-baur tanpa penulis. Buku ini disusun dalam perjalanan waktu yang pelbagai.

Kebanyakan isinya menggambarkan keadaan sosial masyarakat sebelum kedatangan Islam di Parsi, India dan pelbagai negeri paganis lainnya.

Ibnu Nadim dalam Al-Fahrasat pula berkata, itu adalah buku yang penuh dengan kedunguan dan kejelekan. Manakala banyak lagi ulama berpendapat sedemikian – Sila lihat karya Syaikh Masyhur Hasan Salman dalam Kutubun Hadzara minha Ulama (2:57).

Seorang tokoh hadis, Syaikh Shalih Al Fauzan pernah ditanya, sebahagian buku sejarah terutama buku Alfu Lailatin wa Lailah menyebut Harun Al Rasyid adalah seorang yang dikenali sebagai pemimpin suka berfoya-foya, minum arak dan mencintai wanita. Apakah ini benar?”

Beliau menjawab, “Ini adalah satu pendustaan dan tuduhan yang dihembuskan ke dalam sejarah Islam. Buku Alfu Lailatin wa Lailah adalah sebuah buku yang tidak boleh dijadikan sandaran. Tidak selayaknya seorang Muslim menghabiskan waktu untuk menelaah buku tersebut.

Khalifah Harun Al Rasyid, dikenali seorang yang soleh dan istiqamah dalam agamanya, bersungguh-sungguh dan bagus dalam mengatur masyarakatnya. Tidak layak seorang Muslim terutama penuntut ilmu menghabiskan waktu dengan membaca buku seperti itu.” (Nur Ala Darb, Fatawa Syaikh Shalih Fauzan Hal. 29)

Daripada keterangan di atas, tiada lagi keraguan bahawa kisah tentang Khalifah Harun Al Rasyid seperti yang digambarkan tadi adalah sebuah pendustaan. Banyak ulama menyatakan bahawa itu adalah satu pembohongan. Di antara mereka ialah – Syaikh Shalih Fauzan, (sebagaimana nukilan daripada beliau di atas), Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin, (Fatawa Islamiyyah, 4:187), Syaikah Salim bin Id Al-Hilali (Al-Jama’at Islamiyyah, Hal. 430).

Atas dasar ini, maka alangkah baiknya kalau kita sedikit mengetahui perjalanan hidup kedua orang ini, agar kita dapat mengetahui siapa sebenarnya Abu Nawas dan benarkah tuduhan terhadap Khalifah Harun Al Rasyid.





Credit: Ibrahim Muhamad

Sunday, 18 January 2015

Lelaki Taiwan mati akibat main permainan video

Posted by Ohsenyum at 8:00 pm

TAIPEI 17 Jan. Seorang lelaki Taiwan berusia 32 tahun maut selepas leka bermain permainan video selama tiga hari berturut-turut di sebuah siber kafe di selatan kepulauan itu, kejadian kedua seumpamanya tahun ini.

Lelaki yang hanya dikenali dengan nama keluarganya, Hsieh ditemukan tersembam pada kerusinya di siber kafe itu yang terletak di bandar Kaohsiung. Pelanggan yang turut berada di kafe siber itu menyangka mangsa sedang tidur, namun apabila seorang pekerja kafe menyedari mangsa tidak bernafas, mereka membawanya ke hospital.



Bagaimanapun pihak hospital mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia, lapor Taipei Times, hari ini. Doktor mengesahkan Hsieh mengalami masalah kegagalan jantung dan mengklasifikasikan kes itu sebagai ‘mati mengejut’ akibat terlalu lama bermain permainan video.

“Hsieh merupakan satu daripada pelanggan tetap di sini dan sentiasa bermain untuk tempoh beberapa hari berturut-turut. “Sekiranya mengantuk, dia akan tidur di atas kerusi dengan kepalanya diletakkan pada meja komputer dan disebabkan itu kami tidak menyedari akan keadaannya,’’ kata pekerja kafe siber tersebut.

Kes Hsieh berlaku selepas seorang lelaki berusia 38 tahun ditemukan mati di sebuah kafe siber di New Taipei City pada 1 Januari lalu selepas bermain game selama lima hari berturut-turut. – AFP

Thursday, 8 January 2015

Bijak menghadapi ujian

Gambar banjir di Kuantan dan Kemaman ini boleh dikira #Lifestyle ke ...

Al-Quran turut menjelaskan kepada umat Islam kaedah menghadapi musibah


BERMULA dengan kemarau panjang, catuan air, jerebu, kehilangan MH 370, kezaliman manusia terhadap MH 17, kebocoran soalan UPSR, kejatuhan pesawat Air Asia QZ 8501 dan banjir luar biasa di Kelantan, tahun 2014 boleh dinobat sebagai tahun duka bencana bagi Malaysia.



Semua bencana tersebut meninggalkan parut luka yang sungguh dalam pada hati rakyat Malaysia. Musibah dan ujian yang meliputi dalam berbagai rasa seperti sakit, rugi, gagal, susah serta kecewa adalah rencah rasa hidup yang tidak mungkin dihapuskan dari takdir hidup manusia. 

air-asia-terhempas air-asia-terhempas

Firman Allah SWT bermaksud: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (al-Baqarah[2:155-156]).

Tahukah anda bahawa musibah sebenarnya terbahagi kepada dua iaitu musibah dunia dan musibah agama. Rata-ratanya manusia berduka ketika ditimpa musibah dunia seperti musibah tahun 2014 yang melanda negara, namun sedikit yang risaukan musibah agama yang mengundang kemurkaan Allah SWT. 

Lihat sahaja bagaimana nabi Yusuf AS risaukan agamanya terancam dengan musibah zina. Baginda lebih rela ditimpa musibah dunia dengan dipenjarakan serta hilang kebebasan berbanding ditimpa musibah agama serta mengingkari perintah Allah SWT maksudnya: (Isteri Aziz Mesir atau Zulaikha) berkata: “Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi ia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; dan demi sesungguhnya kalau ia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah ia akan dipenjarakan, dan akan menjadi dari orang-orang yang hina.”Yusud (merayu ke hadrat Allah SWT dengan) berkata; Wahai tuanku, aku lebih rela kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya“(Yusuf: 32-33). 

Elak musibah agama Pun begitu, musibah dunia yang tidak diuruskan dengan iman dan taqwa boleh juga menjadi musibah agama. Ada segelintir manusia yang rapuh imannya kepada qada dan qadar Allah menyalahkan Allah kerana menguji mereka dengan perbagai ujian.

Oleh itu, umat Islam wajib tahu teknik menguruskan musibah, antaranya:

1) Sabar terutamanya pada awal musibah. Rasulullah SAW pernah melewati di sebelah seorang wanita yang menangis di sebuah kubur. Baginda berkata kepadanya, “Takutlah kepada Allah dan bersabarlah.” Wanita itu berkata, “Engkau tidak rasa musibah yang aku alami.” Ketika Rasulullah SAW berlalu dari situ ada sahabat berkata kepada wanita itu bahawa orang yang menasihati tadi adalah Rasulullah SAW.

Alangkah terkejutnya wanita itu, dia segera pergi ke rumah Rasulullah SAW dan berdiri dipintunya. Dia berkata, “Wahai Rasulullah, tadi aku tidak mengenalmu.” Rasulullah SAW bersabda, “Sabar itu di awal musibah.” (Sahih al-Bukhari).

2) Faham dan yakin musibah yang melanda mampu kita tanggung. Firman Allah SWT bermaksud: Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan (al-Talaq:7]).

3) Reda dengan musibah dan ujian. Tanpa reda, manusia tidak akan dapat meneruskan hidup dengan normal kerana akan berterusan menyalahkan takdir. Firman Allah ertinya: Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah (al-Hadid:22]).

4) Sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah SWT sebelum datangnya musibah jauh lebih banyak. Firman Allah bermaksud: Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya (Ibrahim:34). 

5) Sentiasa positif menerima musibah. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Menakjubkan sekali urusan orang beriman. Semua urusannya membawa kepada kebaikan dan ia tidak akan berlaku kecuali kepada orang beriman sahaja. Sekiranya dia beroleh kesenangan dia akan bersyukur, dan syukur itu baik untuk dirinya. Sekiranya dia beroleh kesusahan dia akan sabar, dan sabar itu juga baik untuk dirinya (Sahih Muslim).

6) Memahami pasti ada hikmah di sebalik musibah. Firman Allah SWT bermaksud: Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya (al-Baqarah:216). 

7) Tidak berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar musibah diganti bahagia. Setelah kematiannya suaminya, Abu Salamah, Ummu Salamah senantiasa berdoa dengan doa yang diajar Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya kami ini milik Allah dan sesungguhnya kami akan kembali padaNya. Ya Allah! Berikan ganjaran padaku dalam musibah yang menimpaku ini, dan gantikanlah ia dengan sesuatu yang lebih baik.” Allah kemudiannya menggantikan kehilangan suaminya itu dengan suami terbaik iaitu Rasulullah SAW sendiri yang meminangnya (Sahih Muslim).

Hidup adalah pentas ujian bagi Allah menilai iman manusia. Hadaplah ujian yang menimpa dengan hati terbuka kerana kejayaan menangani musibah dan ujian akan menjadi sebab kebahagiaan kita di akhirat kelak.

Kebahagiaan itu pastinya dicemburui oleh orang lain. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Pada hari kiamat kelak, apabila orang yang sihat melihat orang yang banyak diuji (semasa di dunia dan bersabar atas ujian tersebut) mendapat pahala yang banyak, (maka orang yang sihat) sangat berharap agar kulit mereka dikoyak dengan gunting semasa di dunia dahulu.” (Sunan al-Tirmidhi).

Monday, 5 January 2015

BABI HUTAN REMPUH PERPUSTAKAAN UNIVERSITI



Cyberjaya: Seekor babi hutan merempuh panel dinding kaca pintu belakang perpustakaan Universiti Multimedia (MMU) di sini, 1.30 petang tadi.

Berikutan itu, semua penuntut yang berada di dalam perpustakaan berkenaan diminta keluar bagi membolehkan pihak bomba menangkap haiwan liar itu.

Ketua Pustakawan MMU Kamal Sujak berkata, babi jantan itu berjaya ditangkap dua jam selepas itu. "Bahagian utama perpustakaan itu terpaksa ditutup disebabkan keadaan berselerak akibat usaha menangkap haiwan itu.

"Binatang liar ini mungkin tersesat dari kawasan hutan berdekatan memandangkan pembangunan pesat sekitar Cyberjaya," katanya.

Bagaimanapun, Kamal berkata, ruang bacaan utama 24 jam tetap dibuka seperti biasa