Tuesday, 4 March 2014

Suspek khianat masjid ada rekod sakit mental

KUALA TERENGGANU 5 Mac - Polis menahan seorang pengawal keselamatan yang disyaki terlibat dalam kes khianat ke atas dua buah masjid di Besut iaitu Masjid Nasiruddin Shah di Kampung Raja dan Masjid di Limbongan.



Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustafa berkata, suspek berusia 27 tahun dan masih bujang itu dipercayai kurang siuman, ditahan pada pukul 5 petang semalam di sekitar Besut.

Jelasnya, suspek mempunyai rekod sakit mental sejak dua tahun lalu dan masih mendapatkan rawatan, malah perkara itu diakui oleh ahli keluarganya.



"Kes ini dapat diselesaikan semalam dengan tertangkapnya suspek yang kita percaya melakukan kedua-dua perbuatan khianat itu pada malam 3 Mac lalu.



"Dengan penahanan suspek kita percaya ia akan dapat mematikan apa jua spekulasi yang dibuat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengaitkan perbuatan khianat atau merosakkan rumah ibadat ini dilakukan oleh golongan yang mempunyai niat tertentu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.



Awal pagi semalam, penduduk Kampung Limbongan dan Kampung Raja gempar setelah mendapati sejumlah naskhah al-Quran dalam keadaan bertaburan di dua masjid tersebut.



Lebih menyedihkan, selain dimusnah dan dikoyak, sejumlah kitab suci itu turut ditemui dibuang di dalam mangkuk tandas, manakala sejumlah naskhah surah Yasin pula dibuang ke dalam kolah di luar masjid.





Credit: Rosalinda Md Said

No comments:

Post a Comment