Sunday, 2 March 2014

Sifat mukmin sebenar

ARTIKEL kali ini masih lagi berkaitan dengan sahabat-sahabat Rasulullah SAW. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan juga keluarga baginda. 

Jelas terbukti betapa benarnya sahabat Rasulullah dalam menzahirkan keimanan kepada Allah SWT, sehingga sanggup berkorban harta benda mahupun nyawa.

Hal ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud: Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah SWT (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid) dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun. (al-Ahzab: 23)

Ayat ini menunjukkan betapa cintanya sahabat dan berdukacitanya mereka apabila tidak boleh bersama baginda Rasulullah SAW dalam mempertahankan agama Islam ketika perang Badar.

Imam Ahmad r.hm telah meriwayatkan dengan sanadnya yang sahih daripada Thabit katanya: "Bapa saudaraku Anas bin al-Nadhr r.a sangat terkilan kerana tidak dapat ikut bersama Rasulullah SAW di dalam perang Badar. Dia berkata: "Aku tidak ikut berjuang dalam peperangan pertama yang diceburi Rasulullah SAW. Demi sesungguhnya Allah memberi kesempatan kepadaku berjuang dalam peperangan selepas ini, nescaya Allah dapat melihat bagaimana aku berjuang."

Ujar Thabit: Dia bimbang mengeluarkan perkataan yang lain. Kemudian dia turut berjuang bersama Rasulullah SAW di dalam peperangan Uhud. Di sana dia bertemu dengan Saad ibnu Muaz r.a, lalu dia berkata kepadanya: "Aku tercium bau syurag di bukit Uhud." Kata Thabit: Lalu dia bertempur hingga gugur syahid. Disabdanya terdapat lebih 80 luka-luka ditetak, ditikam dan dipanah. Kata perempaun saudaranya iaitu ibu saudaraku al-Rubaiyi’ binti al-Nadhr: "Aku dapat mengenal mayat saudarku itu dari jari-jarinya." Ujar Thabit: Lalu turunlah ayat di atas."

Sayyid Qutub dalam Fi Zilal Al-Quran menyebut: "Gambaran gemilang bagi contoh golongan Mukminin ini adalah disebut di sini dengan tujuan untuk menyempurnakan gambaran iman berbanding dengan gambaran nifak, keimanan yang lemah dan kemungkiran janji daripada golongan lawannya supaya perbandingan itu dapat ditunjukkan dengan sempurna dalam rangka tarbiah melalui peristiwa al-Quran.

Gambaran itu diulaskan pula dengan menerangkan hikmah ujian dan akibat memungkiri janji dan menyerahkan kesemua hal ini kepada iradat Allah SWT.

Dalam menambahkan lagi koleksi kebaikan dalam mizan hasanat kita pada hari akhirat kelak, maka hendaklah kita lakukan semua perintah Allah SWT yang wajib dan kita menambahnya dengan pelbagai amalan sunat dan fadhail ‘amal antaranya;

Kalaulah ini sebagai lambang cinta mereka kepada Allah SWT dan Rasul dengan perlaksanaan segala titah perintah-Nya, maka sewajarnya kita juga meletakkan kefahaman yang tinggi dalam berkorban untuk agama Allah SWT, meninggikan syiar-Nya dan melaksanakan syariat-Nya.

Sifat-sifat yang baik atau dikenali sebagai sifat mahmudah seperti amanah, ikhlas, jujur, berintegriti dan lain-lain hendaklah menjadi pakaian dalam kehidupan kita ini.







Credit : DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

No comments:

Post a Comment