Sunday, 1 January 2012

Perempuan cantik untuk korban pemujaan…



Sungai Nil di Mesir

Tidak berapa lama setelah orang-orang muslim menakluk Mesir sekitar kurun ke-20, sekumpulan orang kristian koptik, menemui Gabenor ‘Amr bin al A’as, Radi-Allahu anhu, dengan satu hal yang sangat penting. Aktiviti ekonomi di Mesir pada ketika itu sangat bergantung kepada Sungai Nil. 

Mengikut kepercayaan sesetengah penduduk tempatan, sungai tersebut menagih korban manusia setiap tahun. Khabarnya pada setiap malam ke-12 pada bulan Jun, seoarng anak dara sunti yang dipakaikan seperti seorang pengantin perempuan, mesti dihumban ke dalam sungai tersebut. Jika tidak, kata mereka, Sungai Nil akan berhenti mengalir dan menjadi kering.
Sedar akan agama Islam yang menegah segala bentuk amalan khurafat dan jahiliah, gabenor tersebut dengan pantas menegaskan: amalan korban manusia ini patut dihentikan serta-merta. Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Dan tahun berganti tahun. Air Sungai Nil menjadi semakin cetek. Walau bagaimanapun pemerintah muslim tetap berkeras melarang sebarang bentuk korban manusia dilakukan. Kehidupan ramai penduduk yang bergantung hidup dengan sungai tersebut menjadi semakin sukar. Ada yang tidak tahan lagi dan mengambil keputusan untuk berhijrah.
Dibelenggu dilema, ‘Amr bin al A’as mengutuskan sepucuk surat kepada Khalifah Sayyidina Umar, Radi-Allahu anhu, meminta nasihatnya. ‘Kamu telah melakukan perkara yang betul, balas Sayyidina Umar. ‘Tertegaknya Islam adalah untuk memusnahkan segala bentuk amalan jahiliah dan khurafat. Bersama-sama surat ini ada sekeping nota. Lemparkan nota tersebut ke dalam sungai.
Nota tersebut merupakan sekeping surat kepada Sungai Nil. Ianya berbunyi: Daripada hamba Allah, Amirul Mukminun ‘Umar kepada Sungai Nil, Mesir. Jikalau kau mengalir sesuka hati kau, maka kau bolehlah berhenti mengalir. Tetapi jika kau mengalir dengan izin Allah, Tuhan yang Satu, Pencipta sekelian alam, maka kami sebagai hamba, berdoa kepada-Nya untuk memerintahkan supaya kau mengalir semula.Maka, tulis ahli sejarah, Ibn Taghri Berdi, setelah Gabenor ‘Amr bin al A’as, melemparkan surat itu ke dalam sungai, pada keesokkan paginya, Sungai Nil mula mengalir deras seperti biasa. (An Najum un zahira fi akbar muluk Misr wal Qahira – Vol. 1,p. 35) Sesungguhnya Islam telah membebaskan wanita-wanita Mesir daripada belenggu amalan paganisme yang dahsyat.
Korban manusia sememangnya lazim dikalangan masyarakat yang mengamalkan paganisme. Kebanyakkan amalan korban ini membabitkan golongan gadis dan wanita. Ada dikalangan mereka yang dihumban ke dalam sungai atau tasik sebagai habuan, ditanam hidup-hidup pada asas bangunan dan jambatan untuk ‘memperkuatkan’ binaan tersebut; atau dipersembahkan kepada dewa-dewa sebagai korban untuk melindungi sesuatu masyarakat.

Seorang pengembara muslim yang terkenal Ibn Battuta, pernah meriwayatkan tentang suatu amalan paganisme di Kepulauan Maldives. Pada setiap bulan, seorang anak dara sunti yang dipakaikan cantik-cantik akan ditinggalkan semalaman di sebuah kuil di tepi pantai sebagai habuan kepada seekor jin. Pada keesokkan paginya, gadis tersebut akan ditemui mati dan diperkosa.
Seorang pelawat muslim Abul Barkat Berberi mendapat tahu tentang hal ini daripada tuan rumahnya, seorang wanita tua yang anak gadisnya akan menerima nasib yang sama. Abul Barkat, seorang hafiz, menawarkan untuk menggantikan tempat gadis tersebut. lalu pada satu malam duduklan dia dalam kuil tersebut, dan disepanjang malam itu dia asyik mengaji Al-Quran. Pada keesokkan paginya beliau didapati masih hidup dan langsung tidak diapa-apakan. Berita tentang kejayaan Abul Berkat tersebar ke seluruh pelusuk pulau dan masyarakat pagan di sana mula menerima Islam. Dan dengan itu wanita-wanita di Maldives juga telah diselamatkan daripada kezaliman paganisme.
Kepercayaan kepada korban manusia juga sangat menebal melalui konsep penebusan dosa. Sesetengah masyarakat mempercayai Jesus, Alahis-Salam, telah mengorbankan diri baginda di atas salib semata-mata untuk menebus semua dosa-dosa manusia. Golongan paderi juga seperti mahu menghalalkan amalan paganisme dengan cara yang lebih halus. Mereka menggantikan amalan korban manusia di Saturnalia dengan amalan memberi hadiah Krismas.

Semasa kepercayaan Kristian diperkenalkan di Britain, pesta pagan orang-orang Druids, telah diganti-namakan sebagai Halloween.Orang-orang Druids kuno percaya, ahli sihir, hantu dan roh-roh jahat merayau-rayau di bumi pada malam 13 Oktober, yakni hari terakhir sebelum menjelang tahun baru, mengikut kalendar Celtic. Unggun-unggun api akan dinyalakan untuk menghalau roh-roh jahat. Mereka kemudiaannya akan berjalan dari rumah ke rumah sambil meminta diberikan ‘habuan’. ‘Habuan’ ini bukanlah gula-gula tetapi mangsa-anak dara sunti-untuk dijadikan korban. Jika menerima ‘habuan’ yang dikehendaki, mereka akan meninggalkan tanglong jack-o (yang diperbuat daripada labu) di rumah tersebut sebagai tanda telah menerima korban daripada rumah tersebut.
Ketika ini, simbol-simbol kepada amalan jahiliah masih lagi wujud dan hidup segar dalam kehidupan masyarakat barat. Ianya telah diberi nafas baru supaya lebih menarik. Walaupun amalan tidak berperikemanusiaan sudah tidak diamalkan lagi, namun idenya masih lagi diterima masyarakat umum.Apakah sebabnya seorang anak dara sunti perlu dihumban ke dalam Sungai Nil? Dan kenapa pula seorang wanita mesti menjadi mangsa korban manusia semata-mata untuk memakmurkan ekonomi masyarakatnya? Wanita-wanita dipaksa keluar rumah untuk bekerja di pejabat dan kilang-kilang. Revolusi Industri nampaknya hanya berjaya menghidupkan semula amalan masyarakat kuno.
Dengan meletak wanita sebagai pelaris kepada sesuatu produk, ‘Revolusi Pemasaran’ hanya menghidupkan nilai-nilai yang sama. Wanita harus mengorbankan diri mereka, hidup mereka, maruah dan keselamatan diri semata-mata untuk kemakmuran ekonomi masyarakatnya. ‘Dewa kemajuan dan kemakmuran’ mahu pengorbanan mereka dan mereka harus akur. Kononnya wanita perlu bekerja keras untuk kesejahteraan keluarganya.Hari ini wanita sudah tidak lagi duduk di rumah. Mereka telah ‘dipisahkan’ daripada keluarga mereka; dikasari dan dipaksa bekerja untuk sesuap nasi. Adakah ini erti sebuah kebebasan yang sering dilaung-laungkan? Inikah pengorbanan yang perlu mereka bayar?!

Apa yang dapat kita pelajari daripada episod Sungai Nil tersebut? Mungkin ianya akan mengingatkan kita, yakni apabila manusia memilih untuk menolak tanda-tanda kekuasaan dan perintah Allah, maka jalan kemusnahan yang dipilih mereka dipermudahkan kepada mereka. ‘Mereka yang menolak tanda-tanda kekuasaan Kami, maka Kami akan menemukan jalan kemusnahan tanpa mereka sedari’ (Al-A’raf, 7:182).
Peristiwa Sungai Nil yang berhenti mengalir adalah satu ujian kepada semua manusia. Adakah mereka akan berpegang teguh kepada larangan mengamalkan sebarang bentuk pemujaan atau adakah mereka akan mengalah apabila berada dalam kesusahan? Ujian kepada gabenor tersebut juga berat. Kesejahteraan dan kemakmuran rakyat adalah tanggungjawabnya. Surat daripada Khalifah Sayyidina Umar kepada Sungai Nil adalah satu manifestasi iman yang sangat hebat. Ia menunjukkan tahap keimanan yang tidak berbelah bagi kepada Allah. Ia juga menunjukkan tahap kebencian kepada amalan khurafat yang menyukutukan Allah. Hanya dengan tahap keimanan setinggi itu yang dapat membebaskan manusia daripada belenggu zalim paganisme.
Dan sekarang ini, kita masih lagi diuji.
Diterjemah daripada artikel bertajuk ‘Fair ladies for the altar’ oleh Encik Khalid Baig daripada majalah Impact International keluaran Februari 2000 di petik dari artikel asal di www.islam1st.org
Credit to: Toyu2u.com

No comments:

Post a Comment