Wednesday, 11 January 2012

Pemilik kereta ada TV mudah kena sakit jantung





2012/01/12

PARIS: Pemilik kereta yang mempunyai kemudahan televisyen, berisiko 27 peratus diserang jantung berbanding mereka yang tidak memiliki kedua-duanya, menurut kajian global ke atas senaman fizikal dan sakit jantung.

Kajian yang meliputi 29,000 penduduk di 52 negara menunjukkan melakukan senaman adalah ubat pencegahan terbaik menghalang kegagalan jantung.
Sehingga kini, tidak banyak penyelidikan memberi tumpuan mengenai bagaimana kegiatan fizikal di tempat kerja mempengaruhi kejadian serangan jantung, malah sedikit yang membandingkan secara langsung data ini di seluruh negara di kalangan rakyat semua peringkat.
Kajian ini menunjukkan aktiviti fizikal sedikit dan sederhana di tempat kerja dan sebarang tahap aktiviti pada masa lapang, mengurangkan risiko serangan jantung. - Profesor Claes Held, Ketua penyelidikan Universiti Uppsala di Sweden
“Kajian ini menunjukkan aktiviti fizikal sedikit dan sederhana di tempat kerja dan sebarang tahap aktiviti pada masa lapang, mengurangkan risiko serangan jantung. Ia juga menyambung penemuan terdahulu mengenai kesan perlindungan aktiviti fizikal pada masa lapang kepada negara berpendapatan rendah dan sederhana,” kata ketua penyelidik, Profesor Claes Held, di Universiti Uppsala di Sweden.

Held dan pasukannya menyelidik data yang dihimpun daripada tahun 1999 hingga 2003 untuk kajian Interheart.

Mereka membandingkan satu kumpulan mengandungi lebih 1,000 lelaki dan wanita pertengahan usia yang pernah mengalami serangan jantung dengan kumpulan lebih besar yang tiada sejarah penyakit kardiovaskular.

Kajian itu, yang disiarkan dalam European Heart Journal, mendapati senaman baik untuk kesihatan tetapi keberkesanannya pelbagai bergantung kepada cara dan kesungguhan, menurut penyelidikan. 
Sebarang jenis senaman pada masa lapang paling baik, dengan risiko sakit jantung, dibandingkan dengan tidak membuat sebarang aktiviti, menurun 13 peratus untuk aktiviti ringan dan 24 peratus untuk aktiviti sederhana.

Kelebihan serupa untuk aktiviti ringan dan sederhana ketika bekerja. Bagaimanapun, aktiviti berat tidak mengurangkan risiko langsung. –Agensi

No comments:

Post a Comment