Wednesday, 11 January 2012

Gadis mati dikelar dalam bilik




Mayat Sivaranjini yang ditemui mati dibunuh dalam rumahnya di Taman Kempas, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Tidak diketahui motifnya, seorang gadis yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui mati dengan kesan kelar di leher di dalam rumahnya di Taman Kempas di sini semalam.
Mangsa, C. Sivaranjini, 18, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidurnya oleh bapanya yang baru pulang dari kerja pada pukul 10 pagi.
Difahamkan semasa dibunuh, mangsa tinggal bersendirian di rumah kerana ibu dan bapanya keluar bekerja manakala dua adik lelaki Sivaranjini pula berada di sekolah.
Pemeriksaan terhadap mayat mangsa yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kempas di sini percaya dia dikelar menggunakan objek tajam.
Suspek dipercayai lebih daripada seorang itu memasuki rumah mangsa melalui pintu belakang. Mereka kemudian membunuh mangsa sebelum kesemua suspek itu melarikan diri dengan menunggang motosikal.
Polis yang menerima maklumat kejadian itu berjaya menahan tiga lelaki berusia 20 hingga 50 tahun di tiga lokasi di Kempas, Pasir Gudang dan Senai tidak lama selepas mangsa dibunuh.
Credit to: Kosmo 

No comments:

Post a Comment