Wednesday, 11 January 2012

Selsema Burung...


  


Kes jangkitan Selesema Burung kepada manusia yang pertama dilaporkan berlaku di Hong Kong pada tahun 1997, apabila variasi H5N1 virus ini menyebabkan gangguan pernafasan yang teruk kepada 18 orang, dan 6 daripada mereka maut. Ini berlaku semasa wabak selesema burung merebak di Hong Kong, berpunca dari kelompok ayam-ayam yang dijangkiti variasi virus ini.
Virus selesema jenis A dari manusia dan burung boleh dipecahkan kepada beberapa kategori, bergantung kepada kandungan protin di atas permukaan virus. Protin-protin ini dipanggil hemagglutinin (H) dan neuaminidase (N). Kategori virus yang sering dijumpai dalam manusia adalah A (H1N1) dan A (H3N2). Variasi virus selesema burung jenis A yang menjangkiti manusia ialah A (H5N1).
Terdapat 15 sub-jenis virus yang diketahui. Walaupun semua jenis virus ini dikesan di kalangan burung-burung, hanya 3 variasi virus jenis H (H1, H2 and H3), dan jenis N (N1 and N2) yang biasa terdedah kepada manusia.
Agen
Keluarga: Orthomyxoviridae
Gen: Selesema
  • Virus berukuran 80 sehingga 129 nm diameter dan mungkin berangkai dengan virus selesema yang lain.
  • Terdapat lapan segmen rangkaian negatif RNA; ini membolehkan penyusunan semula genetik dalam sel individu yang dijangkiti oleh satu atau lebih virus, dan mungkin boleh menyebabkan variasi-variasi yang berbeza dari virus yang asal.
  • Penjenisan dilakukan berdasarkan keadaan antigenik protin M yang didapati di permukaan virus dan nukleoprotin di dalam partikel virus. Terdapat tiga jenis virus selesema (A, B dan C).
  • Glycoprotin pada permukaan virus mempunyai aktiviti hemagglutinin (HA) dan neuraminidase (NA); ciri-ciri ini digunakan untuk menjeniskan virus-virus A, B dan C.
Jenis: Selesema A
  • Virus Selesema Jenis A merupakan punca selesema burung dan sebab utama jangkitan selesema burung pada manusia.
  • Semua wabak selesema yang terjadi pada manusia berpunca dari virus selesema jenis A.
  • Selesema A jenis juga menjangkiti khinzir, kuda dan mamalia laut (ikan paus dan anjing laut); Baru-baru ini H5N1 telah dikesan pada harimau dan kucing. Virus Selesema Burung H5N1 yang tersebar di Asia menambah lagi jenis perumahnya termasuk kucing, harimau dan harimau bintang, dimana secara amnya haiwan ini biasanya tidak mudah dijangkiti Selesema A.
  • Terdapat 16 jenis antigen yang berbeza (H1 sehingga H16) dan sembilan jenis antigen NA (N1 sehingga N9) untuk Selesema A. Sehingga baru-baru ini, 15 jenis HA telah dikenali, tetapi satu jenis baru (H16) dikesan dari burung layang-layang berkepala hitam di Sweden dan Belanda pada tahun 1999 dan dilaporkan pada tahun 2005.
  • Jangkitan pada manusia sejak dahulunya disebabkan oleh tiga sub-jenis HA (H1, H2 dan H3) dan dua sub-jenis NA (N1 dan N2).
  • Semua sub-jenis virus Selesema Jenis A didapati dalam burung, tetapi hanya sub-jenis H5 dan H7 menyebabkan wabak penyakit yang serius dalam populasi burung (dikenali sebagai "Highly Pathogenic Avian Influenza" (HPAI)
    Virus-virus selesema jenis A didapati di kalangan haiwan yang berbeza, termasuk itik, ayam, khinzir, ikan paus, kuda dan anjing laut. Walau bagaimana pun, sesetengah sub-jenis virus selesema jenis A adalah unik kepada spesis tertentu, kecuali burung yang merupakan perumah kepada semua jenis selesema jenis A. Sub-jenis virus yang mengakibatkan penyakit yang meluas di kalangan manusia adalah H3N2, H2N2, H1N1, dan sub-jenis H1N2. H1N1 dan H3N2 menyebabkan wabak di kalangan khinzir, dan virus H7N7 and H3N8 pula di kalangan kuda.
    Sehingga kini boleh dikatakan semua kes-kes jangkitan virus Avian yang dilaporkan kepada manusia adalah terjadi kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan haiwan ternakan yang dijangkiti, sama ada di ladang, pusat pemprosesan atau pun di pasar. Sesetengah individu yang dijangkiti telah mengendalikan khinzir yang menyebabkan tersebarnya spekulasi bahawa mereka ini dijangkiti virus itu dari khinzir yang juga adalah pembawa virus Avian itu.

    Bagaimana manusia mendapat jangkitan selesema burung
    Burung air dan terutamanya itik yang kerap berhijrah membawa virus yang boleh menyebabkan selesema burung. Meskipun virus itu tidak memberi kesan kepada mereka, haiwan-haiwan perumah boleh menyebarkan jangkitan ke spesis-spesis yang mempunyai daya tahan yan lemah, seperti ayam ternakan, ayam belanda dan angsa, sehingga menyebabkan wabak yang serius yang akan membawa penyakit dan maut kepada jumlah haiwan yang besar, kadang-kala dalam tempoh sehari sahaja.
    Virus burung biasanya tidak berkesan terhadap manusia, tetapi pada tahun 1997, wabak selesema burung merebak di Hong Kong, menjangkiti 18 orang dan membunuh 6 daripada mereka. Sejak itu, kes jangkitan selesema burung kepada manusia telah dilaporkan di Belanda, Kanada dan serata Asia. Kebanyakannya dikesan terlibat dengan haiwan ternakan atau permukaan yang telah dijangkiti oleh burung yang berpenyakit.
    Pengarauan genetik yang berlaku dalam pertukaran anti-gen menerangkan bagaimana satu penyakit yang biasanya menjangkiti burung atau haiwan boleh secara tiba-tiba menjangkiti manusia. Selalunya, virus selesema yang boleh merebak di antara spesis berpunca dari keadaan di mana manusia hidup dalam lingkungan yang rapat dengan ayam dan khinzir. Ini kerana khinzir mudah dijangkiti virus selesema burung dan manusia, dan merupakan haiwan yang sesuai untuk mencampur-adukkan gen-gen berkenaan.
    Akan tetapi sesetengah virus selselema burung tidak memerlukan agen pemangkin. Mereka bertindak balas dengan bercampur aduk dan menyusun semula bahan genetik terus kepada manusia. Itulah yang menjadi penyebab dalam kebanyakan kes manusia dijangkiti virus selesema burung. Manusia menjadi sakit selepas terkena sentuhan secara langsung dari burung-burung yang dijangkiti atau permukaan yang tercemar oleh burung, tetapi bukan sentuhan dari haiwan-haiwan lain.

    Bagaimana pemindahan langsung berlaku dari burung ke manusia:
    Burung-burung liar membawa virus tersebut. Burung air, iaitu pembawa semulajadi semua virus selesema burung, dijangkiti dan menyebarkan virus itu melalui najis, air liur atau lelehan dari hidung.
    Virus tersebar kepada burung ternakan. Haiwan ternakan terkena jangkitan melalui sentuhan dengan burung-burung berkenaan atau dari air, makanan atau tanah yang tercemar. Mereka juga boleh mendapat jangkitan melalui cara yang sama dengan manusia yang dijangkiti selesema biasa, iaitu dengan menghidu virus yang berterbangan di udara. Selesema burung merebak secara cepat dan merbahaya di kalangan kelompok haiwan, dan tersebar secara tidak langsung dari ladang ke ladang kepada kenderaan atau alatan lain, sangkar-sangkar, dan juga ke kasut dan pakaian pekerja-pekerja. Virus ini dimusnahkan oleh haba, tetapi boleh bertahan untuk tempoh yang agak lama dalam suhu yang dingin.
    Pasar membuka laluan untuk jangkitan kepada manusia. Pasar terbuka, di mana telur dan ayam selalu dijual dalam suasana yang sesak dan persekitaran yang tidak bersih, menjadi tempat tumpuan jangkitan, dan menyebarkan penyakit kepada komuniti yang lebih luas. Perlawanan laga ayam, yang berleluasa di Asia, telah dikatakan menyebabkan selesema burung, kerana ayam yang berlaga selalunya akan dihantar ke destinasi yang jauh, dan diseludup ke luar sempadan. Manusia boleh dijangkiti oleh virus ini pada bila-bila masa semasa proses penghantaran, melalui sentuhan langsung dengan burung yang sakit atau permukaan yang tercemar. Burung yang sakit boleh menyebarkan virus ini melalui bulu dan najisnya, dan boleh menyebabkan jangkitan kepada manusia hanya dengan menyentuh burung atau ayam laga itu.
    Kemudahan untuk bergerak sekeliling dunia berpotensi untuk menyebarkan selesema burung ke serata dunia, walaupun ia belum lagi berlaku. Ahli-ahli sains tidak berpendapat burung-burung yang berhijrah bertanggungjawab membawa virus itu dari benua ke benua, kerana wabak yang merebak tidak mengikut laluan udara lazim mereka. Sebaliknya, wabak dilihat merebak melalui pasar basah tempatan, pakaian atau peralatan yang tercemar, dan juga haiwan yang diseludup.


    Selesema Burung pada Manusia
    Walaupun virus Selesema Burung jenis A biasanya tidak menjangkiti manusia, terdapat beberapa kes jangkitan manusia dan wabak selesema burung telah dilaporkan sejak tahun 1997. Kebanyakan kes jangkitan Selesema Burung kepada manusia disebabkan sentuhan dengan haiwan ternakan yang telah dijangkiti atau permukaan yang tercemar. Tetapi, terdapat banyak lagi yang masih perlu dipelajari mengenai sub-jenis yang berbeza dan variasi virus selesema burung yang mampu menjangkiti manusia. Sebagai contoh, tidak diketahui bagaimana perbezaan antara variasi berpenyakit rendah dan tinggi boleh menyumbang kepada risiko kesihatan kepada manusia. Dalam kes-kes jangkitan virus selesema virus kepada manusia yang telah dilaporkan, penyakit yang disebabkan oleh virus-virus yang berpatogenik tinggi dilihat sebagai lebih berbahaya.
    Oleh kerana keperihatinan mengenai potensi penyebaran wabak yang lebih meluas dalam populasi manusia, pihak berkuasa kesihatan awam memantau secara dekat wabak penyakit manusia yang dikaitkan dengan selesema burung. Sehingga kini, jangkitan virus selesema burung kepada manusia yang dikesan sejak tahun 1997 tidak menyebabkan pemindahan dari manusia kepada manusia yang berpanjangan. Tetapi, disebabkan virus selesema berpotensi untuk berubah dan berkebolehan untuk tersebar dengan mudah antara manusia, usaha pemantauan untuk jangkitan manusia dan pemindahan antara manusia adalah sangat penting.
    Kes Jangkitan Selesema Burung ke atas Manusia
    Tahun
    Sub Jenis
    Jumlah Kes
    Lokasi
    Komen
    1997
    H5N1

    18 (6 kematian)

    Hong Kong
    Kes-kes dikaitkan dengan wabak H5N1 pada haiwan ternakan. Pemindahan jangkitan antara manusia yang berpanjangan tidak berlaku, dan wabak berakhir apabila semua burung dalam industri ternakan di Hong Kong (sebanyak 1.4 juta) dihapuskan.
    1999
    H9N2
    2 (kanak-kanak berusia 4 tahun, 13 bulan)
    Hong Kong
    Dalam kedua-dua kes, pesakit dimasukkan ke hospital dengan penyakit yang seakan selesema, dan kedua-duanya pulih dengan segera. Tiada kes pemindahan antara manusia dilaporkan. Siasatan lanjut menunjukkan variasi H9N2 tersebar antara haiwan ternakan di Hong Kong dan China, walaupun virus-virus berkenaan tidak merbahaya kepada burung.
    2002
    H7N2
    1
    Amerika Syarikat (Virginia)
    Bukti jangkitan dijumpai pada seorang di Virgina berikutan dengan wabak haiwan ternakan.
    2003
    H5N1
    2 (1 kematian)
    Hong Kong
    Dalam kedua-dua kes, pesakit merupakan ahli keluarga yang baru melancong ke China. Ahli keluarga yang ketiga maut di China kerana penyakit pernafasan yang misteri. Tiada kaitan langsung dikesan antara kes-kes ini dengan jangkitan H5N1 pada haiwan ternakan.
    2003
    H7N7
    89 (1 kematian)
    Belanda
    Semasa wabak selesema burung H7N7 berlaku pada haiwan ternakan, jangkitan merebak kepada pekerja ladang ternakan dan keluarga mereka yang tinggal berdekatan. Kebanyakan pesakit dijangkiti ?conjunctivitis?, dan beberapa melaporkan penyakit yang seakan selesema. Seorang doktor haiwan berusia 57 tahun maut. Ujian serologik selanjutnya menunjukkan terdapat pesakit yang mempunyai jangkitan bersimptom.
    2003
    H7N2
    1
    New York
    Punca jangkitan tidak diketahui


    2003-2005 (ongoing)
    H5N1
    114 (59 kematian), berdasarkan angka rasmi WHO
    Vietnam, Thailand, Kemboja dan Indonesia
    Kes-kes jangkitan manusia dikaitkan dengan wabak selesema burung yang berlarutan pada haiwan ternakan. Sehingga kini, pemindahan jangkitan antara manusia sangat terhad. Maklumat lanjut boleh didapati dari seksyen berikut.
    2004
    H7N3
    2
    Kanada (British Columbia)
    Pekerja ladang ternakan jatuh sakit semasa wabak selesema burung H7N3 berlaku pada haiwan ternakan.
    2004
    H9N2
    1 (kanak-kanak)
    Hong Kong
    Punca jangkitan masih tidak diketahui
    2004
    H10N7
    2 (bayi)
    Mesir
    Bapa kepada salah seorang bayi adalah saudagar ternakan.
    Wabak H5N1 di Asia 2003-2005
    Penyebaran HPAI disebabkan oleh variasi selesema burung H5N1 bermula di Asia dalam musim luruh tahun 2003 di ladang ternakan tempatan pada kadar yang sangat tinggi dalam sejarah. Penyebaran wabak menurun dalam musim bunga 2004, tetapi kembali meningkat dalam musim panas di beberapa kawasan dan mendapat perhatian yang serius. Variasi virus yang menyebarkan wabak adalah berbeza dari segi genetik daripada yang didapati di Hong Kong pada tahun 2003.
    Negara yang terjejas dengan selesema burung H5N1 pada haiwan ternakan:
    • Kemboja
    • China
    • Hong Kong
    • Indonesia
    • Jepun
    • Laos
    • Malaysia
    • Korea Utara
    • Thailand
    • Vietnam
    • Russia
    • Kazakhstan
    • Mongolia
    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) secara rasmi melaporkan 116 kes selesema H5N1 kepada manusia, 60 daripadanya telah membawa maut, pada September 29, 2005; kes-kes yang dilaporkan berlaku di Vietnam, Thailand, Kemboja dan laporan oleh media dari Indonesia adalah paling tinggi. Laporan terbaru berpendapat risiko yang dipandang rendah dan pendedahan populasi yang tinggi kepada ayam hidup merupakan faktor penyebab kepada penyebaran H5N1 di Asia. Satu kes "encephalitis" telah disahkan sebagai H5N1.
    Pemindahan / penyebaran antara manusia yang berterusan belum lagi berlaku sehingga kini, walaupun terdapat satu kes yang disyaki adalah pemindahan antara manusia dikalangan keluarga yang dilihat sebagai kes terpencil dikesan di Thailand pada musim luruh 2000. Dalam kes berkenaan, seorang kanak-kanak yang sakit telah memindahkan virus itu kepada ibu dan ibu saudaranya. Analisa genetik terhadap variasi virus yang tersebar itu mendapati tiada penyusunan dengan gen manusia berlaku.
    Virus berkenaan walaubagaimanapun telah menunjukkan kebolehan untuk menjangkiti dari satu spesis ke spesis yang lain, menjangkiti kucing, khinzir, harimau dan harimau bintang sejak akhir-akhir ini. Satu kajian pada musim panas 2004 menunjukkan bahawa virus itu boleh menyebabkan penyakit yang semakin berbahaya apabila disuntik ke dalam tikus makmal. Pada Ogos 2005, H5N1 disahkan pada musang di Vietnam.

    Fasa-Fasa Wabak Global
    Untuk membantu persediaan dan tindakan terhadap wabak yang meluas, WHO telah memperuntukkan beberapa langkah atau fasa yang boleh digunakan oleh pihak perancang.
    • Fasa 0, Tahap Kesediaan 0 (Jangkamasa Antara Wabak)
      Setiap tahun, terdapat tiga atau empat variasi virus selesema yang tersebar ke seluruh dunia dan mengakibatkan penyakit. Pada tahun yang normal (jangkamasa sebelum wabak), semua virus-virus ini terdiri daripada variasi yang telah diketahui, ataupun sama dengan variasi yang baru tersebar. Satu vaksin, yang biasanya akan mengatasi variasi-variasi yang tersebar semasa musim selesema tersebut, dihasilkan setiap tahun. Vaksin ini kemudiannya akan diedarkan dari bulan Oktober hingga Disember setiap tahun di Amerika Syarikat.
    • Fasa 0, Tahap Kesediaan 1 (Laporan Awal Mengenai Variasi Baru dalam Manusia)
      Kadang kala terdapat laporan jangkitan virus baru yang terpencil dari manusia tanpa bukti kukuh penyebaran dari manusia kepada manusia atau aktiviti penularan wabak. Setiap laporan virus baru disiasat, dan bergantung kepada hasilnya, kita mungkin ataupun tidak berganjak ke peringkat seterusnya.
    • Fasa 0, Tahap Kesediaan 2 (Amaran Virus Baru ? Jangkitan Kepada Manusia Disahkan)
      Amaran virus baru dikeluarkan bila dua atau lebih jangkitan manusia (dengan virus yang baru) disahkan berlaku. Walaupun begitu, kebolehan virus untuk tersebar dari manusia kepada manusia dan menyebabkan penyakit yang serius masih menjadi persoalan. Jangkitan manusia dengan virus baru biasanya dilihat di Asia terlebih dahulu, tetapi virus baru boleh dijumpai di mana-mana sahaja. Contohnya, virus baru tahun 1976, dikenali sebagai virus khinzir, ditemui di Fort Dix, New Jersey.
    • Fasa 0, Tahap Kesediaan 3 (Pemindahan Manusia Disahkan)
      Tahap Kesediaan ini diaktifkan bila pemindahan manusia dengan sub-jenis virus baru disahkan melalui bukti kukuh penyebaran antara manusia dalam populasi awam, seperti kes sekunder yang berpunca dari pendedahan dengan kes indeks, dengan sekurang-kurangnya satu wabak berlaku selama jangkamasa minima dua minggu dalam satu negara.
    • Pengenalan sub-jenis virus baru di beberapa negara, dengan tiada menjelasan melainkan pendedahan sesama manusia yang telah dijangkiti, mungkin akan digunakan sebagai bukti penting pemindahan antara manusia.
    • Fasa 1 (Permulaan Wabak Meluas Disahkan)
      Bagi menukar Amaran Virus Baru kepada Wabak Meluas yang Disahkan, sesuatu virus baru mesti berupaya untuk tersebar dari seorang manusia kepada manusia yang lain. Dalam fasa ini, virus berkenaan menyebabkan beberapa kes penularan wabak dalam sekurang-kurangnya satu negara; ia telah merebak ke negara-negara lain dan corak penyakit menunjukkan penyakit dan kematian yang teruk adalah mungkin dalam sekurang-kurangnya satu segmen masyarakat. Virus selesema burung yang berlaku pada tahun 1997 tidak pernah merebak secara cekap antara manusia, jadi Amaran Wabak Meluas yang Sah tidak diwartakan.

    • Fasa 2 (Wabak Serantau atau Antara Benua)
      Fasa penularan wabak berlaku bila virus baru mengakibatkan jangkitan dan wabak di beberapa negara seluruh dunia. Jika komuniti tidak bersedia secukupnya sebelum fasa ini, ia akan berdepan dengan masalah kesihatan awam, sosial dan ekonomi yang serius. Namun begitu, kemungkinan untuk virus baru bertukar kepada fasa penularan wabak adalah sangat kecil. Ia belum berlaku sejak kejadian terakhir Selesema di Hong Kong pada tahun 1968.

    • Fasa 3 (Gelombang Penularan Wabak Meluas Pertama Berakhir)
      Aktiviti selesema dalam negara atau rantau yang terbabit telah berhenti sementara jangkitan terus berlaku di kawasan lain. Semasa jangkamasa ini, usaha mengatasi wabak dengan kempen vaksinasi dan usaha lain perlu diteruskan. Ini saja mungkin masa yang ada untuk kita bergerak seiring dengan virus itu.

    • Fasa 4 (Gelombang Penularan Wabak Kedua dan Seterusnya)
      Berdasarkan pengalaman yang lepas, sekurang-kurangnya satu gelombang kedua disebabkan virus baru boleh dijangkakan berlaku dalam tempoh 3 - 9 bulan dari wabak asal di negara atau rantau tertentu.

    • Fasa 5 (Penularan Wabak Meluas Berakhir ? balik ke Fasa 0)
      Wabak akan diwartakan sebagai berakhir apabila kadar jangkitan selesema berbalik ke tahap seperti sebelum wabak, dan tiada lagi gelombang penyakit yang besar disasarkan akan berlaku. Berdasarkan sejarah, ini boleh mengambil masa sehingga dua tahun. Selepas ia berlaku, pusingan akan bermula kembali.

      Walaupun tiada cara untuk mengenal pasti bila fasa-fasa tertentu akan berlaku, wabak secara puratanya akan mengambil masa beberapa bulan untuk bertukar dari fasa Amaran Virus Baru ke fasa Penularan Wabak. Jangkamasa ini boleh dipanjangkan lagi jika penyakit itu tidak mudah berjangkit, ataupun dipendekkan jika virus itu tersebar dengan cepat.

      Fasa-fasa yang diterangkan di atas telah digunakan untuk membantu perancang penularan wabak memikirkan langkah seterusnya dalam menangani sifat virus baru yang sering berubah. Perlu difahami bahawa kadar sebaran virus mungkin tidak mengikut fasa yang telah dinyatakan. Sebagai contoh, kita mungkin tidak mengetahui tentang virus baru sehingga ia telah menyebabkan penyebaran atau penularan penyakit secara meluas. Untuk sebab ini, rancangan untuk menangani wabak mestilah mempunyai ruang untuk bertindak secara khusus terhadap setiap virus pandemik.

No comments:

Post a Comment