RAIPUR: Seorang budak perempuan berusia tujuh tahun dijadikan korban puaknya sebelum menjadikan hati mangsa sebagai “hadiah” untuk dewa. Polis Chhattisgarh semalam berkata, ritual itu dilakukan dalam usaha penduduk setempat cuba mendapatkan hasil pertanian yang lebih lumayan.
Pegawai polis Chhattisgarh, Narayan Das, berkata mayat Lalita Tati ditemui Oktober lalu, seminggu selepas keluarganya membuat laporan mengenai kehilangan mangsa. “Seorang budak berusia tujuh tahun dibunuh dua individu yang percaya tindakan itu akan membolehkan mereka mendapat hasil tuaian pertanian lebih baik,” katanya.
Menurut polis, dua lelaki ditahan pada Rabu lalu kerana disyaki membunuh dan membelah mayat mangsa untuk mengeluarkan hatinya.
Polis juga mendapatkan pengakuan daripada kedua-dua lelaki terbabit. Kata Narayan, pembunuhan berlaku di sebuah hutan di Chhattisgarh yang menjadi kubu kuat pemberontak komunis India.
Amalan mengorbankan manusia kadang-kadang dilaporkan di kawasan pedalaman India yang masih kuat berpegang kepada kepercayaan tahyul.
Kemiskinan juga mendorong ramai penduduk kampung merujuk pelbagai masalah mereka kepada amalan sihir bagi mengatasi masalah dihadapi. Pada 2010, dua budak maut - juga disyaki menjadi mangsa amalan korban di Chhattisgarh.
Pada tahun sama, satu mayat pekerja kilang ditemui dengan kepala terputus di sebuah kuil di timur Bengal Barat. - AFP
No comments:
Post a Comment