Thursday, 5 January 2012

Wanita nyaris dipatuk ular di tandas restoran


6th January, 2012




TAWAU: Seorang wanita nyaris dipatuk ular sawa ketika ingin membuang air kecil di tandas sebuah restoran di kawasan Air Panas Tawau, malam kelmarin.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam itu, wanita berkenaan, Nursiah Hayak, 50, terselamat apabila terdengar bunyi ‘berdesis’, di kawasan tangga yang terdapat di dalam tandas itu.

“Saya terus melompat dan berlari keluar. Syukur Alhamdulillah kerana saya tidak apa-apa,” katanya yang merupakan seorang pekerja di restoran berkenaan.

Berikutan kejadian itu katanya, pihak Bomba kemudiannya dipanggil untuk membawa keluar ular sepanjang kira-kira dua kaki itu dari tandas berkenaan.
 

No comments:

Post a Comment