Thursday, 1 March 2012

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

 Masjid Kota Kinabalu


Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ialah Masjid utama kedua yang dibina di bandar Kota KinabaluSabahMalaysia selepas Masjid Negeri. Masjid tersebut telah dibuka dengan rasminya pada tanggal 2 Februari 2000 berikutan pengisytiharaan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar raya.


Ketika memandu melintasi masjid ini dari arah Kota Kinabalu menuju ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini, terlihat dengan jelas betapa indahnya masjid ini di mata saya. Masjid yang bagaikan terapung dikelilingi air amat cantik dan mendamaikan perasaan sesiapa juga yang melihatnya.


Semoga saya dapat kembali menziarahi masjid ini di kesempatan yang akan datang, insyaAllah.



Masjid Bandaraya (MBR)
Penerangan
LokasiLikasKota Kinabalu,Sabah
StatusMasjid daerah
DibukaFebruari 2000
Imam Besar (Imam 1)Hj. Losman Hj. Linjal
Imam 2Hj. Asli Abdul Karim
Maklumat teknikal
Keluasan14.83 hektar
Bilangan tingkat1 1/2 tingkat
KosRM 34 juta
Kapasiti jemaah12 ribu jemaah

No comments:

Post a Comment