Friday, 9 March 2012

Durian Oh Durian.....

BERBAGAI WARNA DAN RASA DURIAN.


Durian isi merah.
  durian_merah2
Durian isi merah ini merupakan durian liar yang ditemukan di hutan-hutan Borneo. Durian ini juga mudah didapati di pasar-pasar tamu di Sabah dan Sarawak. Nama saintifiknya Durio graveolens. 


Sama halnya dengan durian lainnya, durian ini mempunyai kulit berduri dan aroma durian yang sangat kuat dan menyengat. Yang membezakannya dengan durian biasa adalah warna dari isi buahnya yang berwarna merah. Ada orang kata ianya lebih enak dari Durian biasa. 


Durian isi kuning.
 
Gambar di atas ni merupakan durian kulit kuning. Bagi yang baru pertama kali melihatnya mungkin berasa janggal dengan warnanya. Bagaimana pun ianya merupakan pemandangan biasa di pasar-pasar (Tamu) di Borneo, samada di Sabah, Sarawak atau Kalimantan. 


Durian isi putih
 

Bagi masyarakat Sarawak, rata-rata orang tempatan menggelarnya durian putih sebab isinya yang bewarna putih. Durian ini mempunyai isi yang  tebal dan rasanya manis.



Durian kuning Otak Udang (Nanggala)
     


Jika di Sabah durian jenis ini digelar Durian Kuning-Otak Udang (sbb macam warna otak udang),

Buah durian ini memang bermusim macam durian biasa yang lainnya. Rasanya agak unik dan aromanya memang semerbak.


Durian jenis ini agak unik, sedap dan agak susah ditemui dan ia selalunya dijual agak mahal berbanding durian putih biasa.






Durian Tembaga.
    



Durian Kunyit.  


PERTAMA kali menjejakkan kaki ke Ladang Darulnaim Agro Management Industries Sdn. Bhd. (Damai) di Jeli, Kelantan pasti mengingatkan pengunjung ke kawasan tanah tinggi Cameron Highlands di Pahang.

Bezanya, ia tidak mengusahakan tanaman seperti strawberi atau bunga ros, tetapi dikenali dengan penanaman buah durian yang membuahkan hasil di luar musim mengguna- kan baka durian kunyit.
Terletak di tepi Lebuh Raya Timur-Barat dekat laluan Gerik-Jeli, ladang seluas 50 hektar di Batu 18 dekat sini ini diusahakan syarikat bumiputera di kawasan berketinggian 1,050 meter dari paras laut.
Walaupun baru dibuka kepada pengunjung, tetapi pihak pengurusan Ladang Damai menyediakan kemudahan asas mencukupi di sini seperti kawasan rehat siap dengan tempat mandi, gerai makan, madrasah dan tandas.
Bagaimanapun, bagi pengunjung yang berhasrat untuk bermalam, mereka perlu menghubungi pihak pengurusan ladang lebih awal bagi membuat tempahan kerana kemudahan penginapan sedia ada agak terhad.
Menurut Penolong Pengurusnya, Mohd. Asri Mat San, keadaan cuaca di kawasan itu berbeza jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain di negeri ini, dan kelebihan 'raja buah' antara sebab ia menjadi tumpuan pengunjung.
"Kita tanam baka durian kunyit sejak lapan tahun lalu dan kini telah mengeluarkan hasil di luar musim dengan jumlah yang banyak berbanding durian biasa yang berbuah pada bulan September atau Oktober sahaja.
"Durian kunyit mempunyai isi berwarna kekuning-kuningan, dan bakanya berasal dari Jepun, tetapi dibangunkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Cameron Highlands.
"Mungkin faktor cuaca dingin di sini, walau pun pukul 12 tengah hari pun udara masih dingin dan nyaman menyebabkan ia sesuai menjadi lokasi percutian keluarga selain persekitarannya yang menghijau," ujarnya.


Turut ditanam di ladang itu ialah dokong, manggis, durian tembaga dan limau selain beberapa tapak semaian anak-anak pokok buah-buahan yang dijual kepada pengunjung dengan harga berpatutan.
Menurut Asri lagi, selain berbuah di luar musim, terdapat beberapa pokok di situ yang memiliki tiga rasa, contohnya seperti buah limau yang memiliki rasa masam, manis dan masin.
"Orang ramai khususnya pengguna jalan boleh datang singgah ke sini untuk melihat sendiri kawasan tanaman menikmati buah- buahan sambil menghirup udara sejuk dan juga segar di sekelilingnya.
"Kita berhasrat menjadikan ia kawasan pelancongan ladang utama di negeri ini dengan menyediakan lebih banyak rumah tumpangan lebih selesa untuk pengunjung," ujarnya.







No comments:

Post a Comment