Friday, 2 March 2012

Cemerlang Hasil Didikan Ibu


Syeikh Abdul Kadir Jailani Cemerlang Hasil Didikan Ibu

          


 
                                                     imej hiasan sahaja

         Syeikh Abdul Kadir Jailani berkata: Aku telah diajar supaya dalam semua perkara, ketika di mana saja, agar sentiasa bersifat benar. Suatu ketika aku telah keluar dari kota Makkah menuju ke Baghdad untuk menuntut ilmu. Ibuku telah membekalkan aku sebanyak empat puluh dinar sebagai keperluan makan dan minumku. 

Ibuku berpesan supaya aku berakhlak dengan sifat benar. Bila rombongan kafilahku sampai ke bumi Hamdan, sekumpulan perompak menyerang kafilah kami. Salah seorang dari perompak itu telah datang kepadaku dan bertanya, "Apa yang ada padamu?" Aku berkata, "empat puluh dinar:" Perompak itu menyangka aku memperolok-olokkannya, lantas dia meninggalkan aku. Bagaimanapun aku telah diperhatikan oleh perompak lain. Dia juga bertanya kepadaku, "Apa yang ada pada kamu?". Aku pun memberitahu apa yang ada padaku.

           Perompak itu telah membawa aku menemui ketuanya. Ketuanya bertanya padaku dan aku pun menceritakan hal keadaanku yang sebenar. Ketua perompak itu berkata, :Apa yang menyebabkan kamu berkata benar?". Aku berkata, "Ibuku telah berpesan agar aku berkata benar, sesungguhnya aku amat takut untuk mengkhianati pesannya. 

Perompak itu sungguh terkejut dengan jawapan itu. Dia ketakutan lantas berteriak sambil berkata, "Kamu takut mengkhianati pesan ibumu, sedangkan aku tidak takut mengkhianati pesan Allah!". Ketua perompak lantas memerintahkan orang-orangnya mengembalikan barang-barang yang telah dirampas dari kafilah itu. Sambil dia berkata, "Aku bertaubat kepada Allah melalui engkau!".

       Perompak yang lain pun berkata, "Engkau ketua kami dalam merompak, kini jugalah ketua kami dalam bertaubat!" Perompak-perompak itu pun bertaubat beramai-ramai dengan berkat sifat benar dan jujur yang ditunjukkan oleh Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani itu.

 Demikianlah besarnya peranan seorang ibu itu dalam mencorakkan perangai dan watak anaknya. Hasil dari didikan yang benar, maka anak itu berjaya menyelamatkan orang lain dari terjun ke dalam api neraka.

Credit to: Norliza Idrus

No comments:

Post a Comment