Thursday, 1 March 2012

Benteng gangguan sihir



KITA wajib belajar dan mengetahui kejahatan yang cuba dilakukan orang lain dan mencari jalan bagaimana membenteng atau membentuk diri mempunyai ketahanan dalaman menangkis kejahatan ghaib yang biasa disebut ‘black magic’ atau sihir.

Sihir ini adalah kerjasama manusia dan jin untuk menyerang dan menganiaya seseorang. Kejahatan yang dilakukan itu amat berbahaya kerana membabitkan keluarga dan memusnahkan rumah tangga selain organ tubuh.

Perbuatan sihir sering dikaitkan dengan dengki kesumat atau membalas dendam.

Ia dipengaruhi iblis yang sentiasa menarik manusia melakukan kejahatan
sehingga melanggar sunnah dan al-Quran. 

Kemarahan yang meluap-luap itu menyebabkan mereka menemui dukun dan bomoh untuk melakukan perbuatan jahat agar si polan mendapat gangguan atau penyakit misteri.

Mereka yang disihir itu apabila menerima rawatan di hospital atau klinik, doktor akan memberitahu tiada sebarang penyakit. Inilah halusnya permainan ilmu hitam itu.

Apabila memikirkan permainan kotor ilmu hitam itu, adakah kita sanggup berdiam diri?

Hakikatnya, manusia mempunyai potensi dalam diri bagi menangani perbuatan ilmu hitam yang mahu ditujukan kepada kita.

Dalam diri manusia, ada potensi murni, bersih dan baik.

Apabila digabungkan dengan ayat al-Quran dan kebesaran Ilahi, ia akan dapat mengalahkan kuasa jahat.

Apabila kedua-dua potensi itu disatukan, lahirlah kekuatan semangat yang luar biasa dan kejahatan sihir akan berfikir dua kali jika mahu masuk ke tubuh.

Bagi mereka yang terlanjur dan silap langkah meng-gunakan bomoh ilmu hitam, awas kerana dosa yang dilakukan itu balasannya api neraka.

Banyak kisah bagaimana dahsyatnya mereka yang melakukan perbuatan sihir itu apabila roh di hujung kerongkong, mereka akan menghadapi penderitaan yang amat sangat.

Sebagai pendinding atau benteng menghindari perbuatan ilmu hitam atau sihir ini, anda boleh belajar dan mengambil ilmu bermanfaat menggunakan ayat al-Quran.

Tahukah anda waktu dan kesempatan untuk belajar yang disarankan guru yang arif dalam bidang ini adalah langkah yang bijak.

Tetapi, awas. Apabila belajar pastikan dengan berguru kerana ia amat berbahaya dan boleh tersesat oleh godaan syaitan.

Selamat belajar, insya-Allah anda selamat di dunia dan akhirat. Percayalah dengan ayat al-Quran dan kebesaran Allah Yang Maha Esa. 

No comments:

Post a Comment