Friday, 3 February 2012

Punca rusuhan bola sepak di Mesir


Punca rusuhan bola sepak di Mesir

SEORANG penunjuk perasaan yang tidak berpuas hati dengan insiden kematian 74 orang di sebuah stadium di Port Said memegang sehelai bendera Mesir semasa dia bertempur dengan anggota-anggota pasukan keselamatan dekat bangunan Kementerian Dalam Negeri di Kaherah semalam.


LAUSANNE, Switzerland - Rusuhan yang membunuh 74 orang di Mesir dilihat sebagai sesuatu yang tidak asing dalam bola sepak.
Insiden para peminat berlari ke padang, bergaduh dan dipijak sehingga mati merupakan adegan yang berulang kali berlaku di seluruh stadium di dunia.
Namun, pada kali ini, kejadian yang berlaku di sebuah stadium di Port Said, Mesir pada Rabu lalu mempunyai beberapa perkara penting berbanding insiden-insiden di stadium di seluruh dunia.
Paling penting, bola sepak telah menjadi lebih daripada satu permainan dalam dunia Arab dan ia mempunyai kaitan dengan politik.
Sebelum kebangkitan penduduk Arab, menghadiri perlawanan bola sepak merupakan antara beberapa tempat yang merupakan lokasi untuk orang ramai melemparkan kekecewaan dalam kehidupan semasa diperintah oleh para pemimpin yang kuku besi.
Di Mesir, para peminat yang ekstrem memainkan peranan penting dalam kebangkitan penduduk yang popular sehingga menyebabkan Hosni Mubarak meletakkan jawatan pada Februari tahun lalu.
Mesir ketika ini diperintah oleh majlis ketenteraan yang diketuai Fil Marsyal Mohamed Hussein Tantawi selepas Mubarak meletakkan jawatan.
Latar belakang keganasan di Mesir dan Asia Barat di stadium- stadium bola sepak secara asasnya berbeza dengan tempat lain di dunia," kata seorang pengarang di laman blog yang berjudul, The Turbulent World of Middle East Soccer, James Dorsey dan pakar Kajian Antarabangsa Sekolah Rajaratnam di Singapura.
Stadium Port Said yang menjadi lokasi kejadian itu berlaku bukannya kemudahan berkelas dunia seperti stadium Old Trafford di Manchester United.
Dibina pada tahun 1950-an, stadium itu didirikan sebelum Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Bawah 20 Tahun anjuran Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).
Dalam rusuhan itu, para peminat bola sepak kelab Al-Masry meluru keluar ke padang selepas perlawanan tamat ekoran kemenangan mengejut kelab tersebut yang mengalahkan kelab ternama dari Kaherah, Al-Ahly, 3-1.
Para peminat itu kemudian mengejar para penonton dan pemain pasukan lawan mereka.
Rusuhan itu melibatkan penggunaan senjata seperti parang, batu dan pisau.
Serangan itu, juga dikatakan berlaku ekoran cacian para peminat kelab dari Kaherah itu ke atas bandar Port Said.
Sementara itu, tiga orang mati semalam apabila rusuhan terbaharu di bangunan Kementerian Dalam Negeri di Kaherah, Mesir menyebabkan tiga orang mati.
Tunjuk perasaan itu diadakan bagi menyuarakan perasaan tidak puas hati kerana polis tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang rusuhan tersebut daripada berlaku.
Rusuhan itu juga dilaporkan merebak di Terusan Suez sehingga mengakibatkan pihak polis melepaskan tembakan pemedih mata bagi menyuraikan tunjuk perasaan.
Credit to: Kosmo

No comments:

Post a Comment