Monday, 17 October 2011

Republik yang mempunyai wilayah kedaulatan sendiri ini memang wujud secara fakta, de facto.


NEGARA TERKECIL... PENDUDUK 3 ORANG... ANJING 3 EKOR...

... Sebagaimana syarat-syarat penubuhan sebuah negara yang berdaulat, maka Republik Molossia memang layak dikatakan sebagai negara Republik terkecil di muka bumi ini, walau mungkin tidak akan pernah berdaftar di Perikatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun Republik yang mempunyai wilayah kedaulatan sendiri ini memang wujud secara fakta, de facto.

.... Republik Of Molossia secara geografi berada di dalam negara Amerika Syarikat iaitu di Dayton Nevada, jadi negara Molossia dikelilingi oleh negara Amerika Syarikat. Negara paling kecil ini dipimpin oleh seorang diktaktor yang bernama Kevin Baugh di mana Kevin ditemani oleh 2 anaknya di negara yang dia proklamirkan 3o tahun silam itu.

... Negara Molossian yang ditubuhkan pada 26 Mei 1977. Dikenali pada waktu itu sebagai Republik Grand Vuldstein, James Spielman telah menjadi Raja James I, dan Kevin Baugh sebagai Perdana Menteri. Setelah tempoh singkat kegiatan negara tunggal itu memasuki masa sunyi. Raja James I, meskipun masih sebagai raja, beliau tidak lagi menjadi aktif dalam kerajaan pada waktu itu. Kerajaan terus wujud tanpa campurtangan Raja, dan kemudian ditadbir oleh Perdana Menteri. Pada tahun 1980, nama negara tersebut ditukarkan menjadi Negara Edelstein, dan pada tahun 1988 ditukaran kembali kepada nama XI sekali lagi, kali ini sebagai Kerajaan Zaria. Kerajaan yang berpindah randah tersebut yang memiliki pemerintah tetapi tanpa sebuah rumah. Setelah ditadbir oleh Perdana Menteri, Pemerintahan tersebut kemudiannya berhijrah ke Eropah. Setelah kembali dari Eropah pada tahun 1992, Kerajaan tersebut menjadi makmur dan wujud dalam budaya.

Luas Wilayah : 14.3 acres
Date of foundation : 3 September 1999 (Saat di Nevada)
Pemimpin : Kevin Baugh (Diktator)
Bentuk Negara : Republic (Dictatorship de facto)
Bahasa : English (Deseret), Esperanto, and “Griko”
Mata Wang : Valora (Dari Koin Kasino)
Ibu Kota : Espera
Time Zone : Molossian Standard Time (UTC-7 hours, 29 minutes)
Penduduk Manusia : 3 (3 lainnya anjing )
Website rasmi kerajaan: www.molossia.org

... ADA SESIAPA NAK PI MELAWAT?... AIR ASIA BELUM SAMPAI SANA BEB...
... PI NAIK BOT AJER LARRR ...

No comments:

Post a Comment