Tuesday, 11 November 2014

Jaga adab berziarah

Menziarahi <b>orang</b> <b>sakit</b> adalah sunat dan digalakkan oleh Islam ...
Menziarahi orang sakit adalah amalan mulia.

Adab <b>Ziarah</b> <b>Orang</b> <b>Sakit</b>
Satu amalan mulia, erat silaturahim serta peringatan bagi yang sihat

Gambar hiasan                                                            

ISLAM menggalakkan umatnya melawat orang yang sakit. Kemusykilan saya ada tidak adab-adab tertentu, sama ada bagi seorang perempuan atau lelaki untuk melawat orang yang sakit itu.

Bagaimana pula jika orang yang hendak kita lawati itu berlainan jantina, ada tidak garis panduan daripada Islam? Jawapan Menziarahi orang sakit adalah amalan mulia.

Ia dapat mengingatkan kita yang sihat bahawa kita juga akan sakit. Hari ini kita sihat, esok lusa mungkin kita pula yang sakit. Ziarah juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim.

Antara adab ziarah ialah pemilihan waktu yang wajar. Untuk hospital, maka ziarahi pada waktu melawat. Jika di rumah, ziarahi lah pada waktu petang. Waktu malam mungkin tidak sesuai kerana pesakit mungkin ingin berehat dan tidur.

Maka pilihlah waktu yang sesuai. Waktu ini mungkin berubah mengikut keadaan pesakit. Selain itu, tidak sewajarnya kita berbual lama dengan pesakit. Kita menziarahi sambil duduk satu hingga dua jam berbual isu politik, ekonomi dan agama. Pesakit ingin berehat. Cukup sekadar 10 minit bertanya khabar, mendoakan kesihatannya, menyampaikan salam orang lain kepadanya dan beberapa perkara yang ringan sahaja.

Selain itu, boleh juga dibawa buah tangan. Seeloknya buah tangan yang sesuai dengan pesakit. Pesakit kencing manis lalu kita membawa buah rambutan yang manis. Hatinya mungkin ingin makan, namun tertahan dengan sebab sakitnya. Maka sewajarnya dibawa biskut yang sesuai dengan pesakit kencing manis.

Ini antara sebahagian adab yang boleh diamalkan. Pada masa yang sama, kita tidak lupa mengingatkan pesakit agar banyak bersabar, banyak ingat kepada Allah dan memohon istighfar kerana ini adalah ujian Allah kepada orang yang sakit.

No comments:

Post a Comment