Tuesday, 15 July 2014

Adolf Hitler Muslim dan Meninggal di Indonesia

Adolf Hitler Peluk Islam & Meninggal di Indonesia

Saya bawakan kajian menggemparkan ini beserta dengan gambar-gambarnya sekali bagi mengukuhkan bukti artikel 
ini, satu-satunya yang berbahasa Malaysia disekitar alam maya.

Terbongkar juga akhirnya segala tipu daya Zionis dan Barat yang 
selama ini telah mencorakkan sejarah dunia dengan 
penipuan dan konspirasi.


Daripada sekian banyak maklumat dan teori yang ada tentang 
kematian Adolf Hitler, tidak ada satu pun yang dapat menyatakan 
secara pasti apa penyebab kematian seorang pemerintah Nazi ini. 
Di manakah sebenarnya akhir dari petualangan kisah Hitler itu? 
Benarkah Hitler bersama isterinya Eva Braun bunuh diri selepas 
minum racun sianida?

Lantas bagaimanakah hasil kajian pihak Amerika Syarikat 
ketika tengkorak Hitler dipamerkan pada tahun 2000 lalu, yang 
ternyata adalah tengkorak wanita? Di manakah sebenarnya Hitler 
selepas jatuhnya Berlin pada tangan Tentera Bersekutu?

Beberapa Versi Tentang Kematiannya

Versi yang paling popular menyatakan bahawa Hitler mati 
bunuh diri dengan cara menembak dirinya sendiri 
dan minum racun sianida pada 30 April 1945, ketika Jerman 
diduduki oleh Kesatuan Soviet.

Meskipun sejumlah ahli sejarah ragu-ragu Hitler menembak 
dirinya sendiri, dan berpendapat bahawa fakta itu hanyalah 
propaganda Nazi untuk menjadikan Hitler sebagai pahlawan.

Namun, lubang pada potongan tengkorak yang telah dijumpai 
tampak menguatkan lagi hujah tersebut ketika tengkorak itu 
dipamerkan di Moscow tahun 2000. Bagaimana dan bila Hitler 
meninggal sekarang ini masih diselimuti misteri.

Dapat dijumpai penjelasan tentang punca dan bila Hitler 
mati dari beberapa versi. Ada kematian versi Jerman, versi 
Rusia, dan versi para pengkaji sejarah atau saintis.

Versi Jerman, seperti yang diceritakan oleh Flegel, salah 
seorang jururawat Hitler dan pemimpin Nazi yang lain ketika 
di dalam bunker(kereta perisai).

Versi Russia, yang dinyatakan oleh seorang pegawai tinggi 
Organisasi Keselamatan Rahsia Russia, KGB, yang mengatakan, 
bahawa Adolf Hitler mengakhiri hidupnya bukan dengan 
menembak dirinya sendiri, tetapi dengan meminum racun sianida.

Seperti yang dinyatakan oleh Leftenan Jeneral Vasily 
Khristoforov, kakitangan arkib untuk Organisasi Keamanan
 FSB Rusia, "Unit Peubatan Tentera Kesatuan Soviet ketika 
itu telah memastikan bahawa Hitler dan Eva Braun mati selepas 
meminum racun sianida pada 30 April 1945."

Versi para saintis, yang terkini adalah mengikut pendapat umum 
dalam hal ini diwakili oleh para saintis. Sudah lama sebenarnya 
para saintis dan ahli sejarah menyatakan bahawa potongan 
tengkorak yang telah diambil dari luar bunker Hitler oleh tentera 
Rusia dan selama ini disimpan perisikan Soviet itu akan menjadi
 bukti yang meyakinkan bahawa Hitler menembak dirinya sendiri 
sehingga mati selepas meminum pil sianida pada 30 April 1945.


Akhirnya analisis DNA dilakukan terhadap potongan tengkorak 
itu oleh penyelidik dari Amerika Syarikat, dan mereka menyatakan, 
"Kami tahu tengkorak itu ada kaitan dengan seorang perempuan 
berusia antara 20 dan 40 tahun," kata ahli arkelogi Nick Bellantoni 
dari Universiti Connecticut, AS, yang dipetik dari Dailymail.

"Tulang itu kelihatan sangat nipis, tulang tengkorak lelaki cenderung 
lebih kuat. Dan persambungan di mana kepingan tengkorak 
itu menyambung nampak berkaitan dengan seseorang yang 
berusia kurang dari 40 tahun. Hitler pada April 1945 berusia 56 tahun"

Dengan adanya hasil ujian DNA tersebut, bererti sejarah kematian 
Hitler menjadi sebuah misteri kembali, dan para ahli teori konspirasi 
terus memikirkan semula kemungkinan lain tentang kematian 
Hitler, seperti Hitler tidak mati di dalam bunker.

Biografi Ringkas Adolf Hitler

Mengenai masa kanak-kanak, remaja, sampailah menjadi 
seorang pemerintah, Hitler kecil adalah seorang kanak-kanak yang 
tidak diterima, ayahnya sangat membencinya dan menganggap 
sikapnya yang "anti-sosial" sebagai sebuah kecacatan.

Ayahnya seorang yang keras dalam mendidik anak, sedangkan 
ibunya, Klara sangat baik kepadanya. Masa kecil yang diliputi 
dengan kebencian dari ayahnya inilah yang memberikan 
pengajaran dalam pembentukan mental dan kejiwaan Hitler 
ketika dewasa.

Ketika hidupnya kucar-kacir, Perang Dunia 1 pun bermula. Tanpa 
ragu-ragu Hitler mendaftar menjadi tentera dengan pangkat 
Koperal, bertugas di medan perang di barisan paling hadapan. 
Kecewa dengan kekalahan Jerman di Perang Dunia 1, dan melihat 
negara dan rakyatnya yang sengsara dan kelaparan, Hitler mula 
menjadi Anggota Parti Buruh yang kemudian menjadi NSDAP 
(National Socialistische Deutsche Arbeiter Partei).

Surat keiizinan masuk

Pada tahun 1920, Hitler dilantik menjadi Ketua Bahagian 
Propaganda, ketika inilah terserlahnya bakat Hitler berpidato.

Satu tahun kemudian, 1921, Hitler menjadi ketua parti. Akhirnya 
pada tahun 1962, Hitler mendapatkan hak kuasa mutlak 
daripada partinya. Hitler dianggap sebagai seorang yang 
pandai berpidato, digelar "singa podium", ahli pidato yang 
mampu memukau para pendengarnya.

Hitler adalah ahli politik handal dan berjaya membina imej yang 
berjaya melalui propagandanya. Beliau berjaya membina idea 
serta pemikiran menjadi sebuah kekuatan dahsyat yang berjaya 
melalui propaganda.

Beliau berjaya membina sebuah kekuatan dahsyat yang ditakuti. 
Beliau juga berjaya membangunkan idea sebagai fuhrer atau 
pemimpin yang boleh dipercayai rakyat, membawa bangsanya ke 
puncak kejayaan.

Bukti-Bukti Hitler di Indonesia

Bagaimanakah Hitler boleh sampai ke Indonesia? Bagaimana dia 
boleh bekerja menjadi seorang doktor di Hospital Umum Sumbawa 
Besar? Sehingga kepada pertemuan Hitler dengan seorang wanita 
sunda yang akhirnya menjadi isterinya?

Juga tentang kesaksian Dr Sosro Husodo ketika bertemu dengan 
Hitler ketika di Sumbawa Besar. Dan semuanya telah dilengkapi 
dengan dokumen-dokumen lengkap serta foto-foto sedia ada.


Hitler yang terkenal, dengan kekejamannya di abad ke-20, 
rupa-rupanya telah bersembunyi di Indonesia sejak tahun 1954 
sehingga tahun 1970, yang kemudian diketahui oleh Pakatan 
Bersekutu (AS, Kesatuan Soviet, Britain dan Perancis) yang 
seterusnya dihasut oleh Israel untuk terus memburu para tokoh Nazi.

Pada tahun 1954, Adolf Hitler memasuki Indonesia dengan 
menggunakan nama palsu, Dr Poch. Pada awalnya, Dr Poch 
tinggal di Dompu kemudiannya berpindah ke Bima, seterusnya 
berpindah pula ke Pulau Sumbawa Besar, kemudian bekerja 
sebagai doktor di Hospital Umum Daerah Sumbawa Besar. 
Seluruh penduduk Pulau Sumbawa mengenali doktor ini, yang 
dipanggil dengan gelaran "Doktor Jerman".

Salah satu peninggalan Adolf Hitler yang meninggal pada tarikh 
15 Januari 1970 di Surabaya, adalah buku nota kecil berwarna 
coklat bersaiz 9×16 cm dengan tebal 44 cm.

Di dalam buku itu tertulis puluhan alamat sekutu-sekutunya dan 
rakan sekerja Hitler yang sama, seperti yang tercatat dalam 
sejarah Eropah. Begitu pula tulisan tangan yang ditulisnya 
dibuku tersebut sangat hampir dan mirip dengan tulisan tangan Hitler.

Buku ini mempunyai erti yang sangat besar, kerana ianya 
merupakan salah satu bukti yang boleh dipercayai yang 
menyatakan bahawa "Dr Poch" adalah Pemerintah Nazi, Adolf Hitler.

Surat Izin Mengemudi Dr Poch saat tinggal di Sumbawa Besar


Hitler yang bertemu dengan seorang gadis bernama Sulaesih 
yang sedang menggembara ke Sumbawa Besar, yang akhirnya 
dilamar oleh Hitler.





Tidak lama selepas Dr Poch melamar Sulaesih, beliau memeluk Islam 
pada tahun 1964, disaksikan oleh Ketua Jabatan Agama di Sumbawa 
dan menukar namanya menjadi Abdul Kohar. Pada tahun 1965, Hitler 
pun menikahinya.



Aries Zulkarnaen, salah seorang saksi kewujudan Dr Poch, pada 
tahun 2010 berkata doktor itu mempunyai dua sikap yang 
berlawanan antara satu sama lain, pemarah namun sering 
bergurau senda dengan orang lain.

"Dia pemarah, banyak memberi penerangan tentang ubatan 
dengan mulut [menyebutkan nama ubat], tapi kalau ada yang 
tanya lagi, dia beritahu, kan saya sudah jelaskan tadi," kata Aries.

Poch juga akan marah jika pesakitnya menyebut penyakit yang 
mereka alami. "Apa kamu doktor?," Kata Aries, meniru gertakan 
yang sering diucapkan Poch.

Adolf Hitler (kanan) ketika berusia 75 tahun di Sumbawa Besar

Aries menambah, Poch juga dikenali sebagai seorang 
yang berperikemanusian. "Tidak takut gurauan kasar 
dengan masyarakat," kata dia. Yang paling menonjol dari Poch, 
kata Aries, adalah caranya memandu kenderaan Jeepnya.

"Jalan-jalan di Sumbawa dulu belum bagus, tapi dia memandu 
dengan satu jari. Luar biasa, "kata Aries. "Itu tanda-tanda dia 
bekas tentera," tambah Aries.

Adolf Hitler saat berusia 78 tahun, dengan keadaan tubuhnya yang 
agak bongkok

Walaupun tidak pernah menyangka bahawa Poch adalah Hitler, 
Aries mengaku bahawa masyarakat setempat menjangkakan dia 
seorang bekas tentera Nazi.

"Dia sangat bertenaga, kelihatan sekali tenteranya. Penduduk 
ketika itu sudah mengira dia bekas tentera NAZI, "jelas dia.

Dalam akhbar Harian Pikiran Rakyat pada tahun 1983, terdapat 
sebuah artikel berkenaan dengan Hitler. Penulisnya bernama 
Dr Sosrohusodo, Profesor Lulusan Universiti Indonesia yang 
pernah bertugas di kapal yang dijadikan hospital bernama 'Hope' 
di Sumbawa Besar.

Dr Sosrohusodo menceritakan pengalamannya bertemu dengan 
seorang doktor tua berasal daripada Jerman bernama Poch di 
Pulau Sumbawa Besar pada tahun 1960. Poch adalah pegawai 
sebuah rumah sakit terbesar di pulau tersebut. Orang itu 
dinyatakan sebagai Hitler.

Bukti-bukti yang diterangkan Dr Sosrohusodo, adalah bahawa 
doktor tersebut tidak mampu untuk berjalan dengan normal. Dia 
selalu mengheret kaki kirinya ketika berjalan.

Foto ketika Dr Poch menikah dengan Sulaesih

Kemudian tangannya, kata Dr Sosrohusodo, tangan kiri doktor Jerman 
itu sentiasa bergetar. Dia juga mempunyai misai menegak mirip 
Charlie Chaplin, dan kepalanya tidak berambut.

Keadaan ini seperti dengan gambaran Hilter ketika ianya tua, 
yang ditemui di sebuah buku biografi Fuhrer. Ketika bertemu 
dengannya di tahun 1960, orang yang dikata sebagai Hitler itu 
berusia 71 tahun.

Menurut Dr Sosrohusodo, doktor yang berasal dari Jerman yang dia 
temui  itu sangat misteri. Dia tidak mempunyai lesen untuk 
menjadi doktor, bahkan dia sama sekali tidak mempunyai 
kepakaran tentang kesihatan.

Surat Perkawinan Lain Dr Poch dan Sulaesih

Dr Sosrohusodo mengakui pernah memeriksa tangan kiri Poch yang 
selalu bergetar. Ketika beliau bertanya bilakah gejala ini mula 
terjadi, Poch lalu bertanya pada isterinya yang lalu menjawab, "Ini 
terjadi ketika Jerman kalah di pertempuran dekat Moscow. Ketika 
itu Goebbels menyatakan kepadanya dengan memukul meja berkali-kali"

Goebbels yang disebut isteri Poch berkemungkinan ialah Joseph 
Goebbe, menteri propaganda Jerman yang dikenali setia dengan Hilter.

Kata Dr Sosrohusodo,  isteri Poch, iaitu Eva Braun, beberapa 
kali memanggil suaminya 'Dolf', yang dikatakan nama 
panggilan pendeknya daripada Adolf Hitler.

Hitler Mati di Indonesia

Pengakuan Hitler kepada isterinya yang berasal dari Indonesia, 
Sulaesih, bahawa dia adalah memang Hitler yang sebenarnya, 
Der Fuhrer. Apa sahaja kegiatan Hitler sebelum dia meninggal?.

Terdapat kenyataan daripada Stanlin, bahawa yang terbunuh di 
dalam bunker di Jerman bukanlah Hitler asli. Dan di bahagian akhir 
buku ini menceritakan bagaimana akhirnya seorang pemerintah 
Nazi meninggal di Indonesia.

Selama ini kematian Hitler memang sangat misteri, kerana tidak ada 
saksi yang dapat menunjukkan di mana mayat Hitler ataupun mayat 
Eva Braun, isteri terakhirnya ketika dia berada di Eropah.

Dalam pertemuan rundingan Postdam 1945, Stanlin menyatakan 
bahawa mayat Hitler dan Eva Braun tidak dijumpai. Stanlin 
menyatakan kemungkinan, bekas pemerintah Nazi ini telah 
melepaskan diri dan lari ke Sepanyol atau Amerika Latin.

Dan tidak berapa lama kemudian, ada sebuah khabar yang 
menyatakan Hitler melarikan diri menggunakan kapal selam ke 
sebuah pulau. Tapi tidak ada yang tahu pulau apa dan di mana.

Dunia antarabangsa sama sekali tidak menyedarinya. Bahawa 
seorang pemimpin Nazi yang terkenal sangat kejam itu 
bersembunyi dengan aman di Sumbawa Besar, sehingga ia 
meninggal di Surabaya dan dikebumikan di perkubuan awam 
muslim di Ngagel.

Penutup

Kematian Pemerintah Jerman, Adolf Hitler yang diyakini tewas 
dalam pertempuran dengan membunuh diri dalam sebuah bunker, 
pada tanggal 30 April 1945 di Berlin, tetap masih dipersoalkan 
dan menjadi misteri.


"Siapa yang menyaksikan peristiwa di bunker saat Hitler bunuh diri? Tidak ada, sumber cerita tersebut hanya dari mulut ke mulut. Dan pada saat itu, walaupun tidak ada saksi dan bukti yang jelas, pihak sekutu tetap mengumumkan secara rasmi bahwa Hitler dan istri, Eva Braun telah meninggal.
Bukan tidak mungkin Hitler mati di Indonesia. Kerana Indonesia dianggap tempat yang aman, bagi Hitler. Silakan siapa pun untuk menemukan jawaban yang sesungguhnya. (Ir KGPH Soeryo Goeritno, Msc.,Penulis Buku)

(Foto-foto diatas ditanda untuk menghargai hak cipta)

Judul Buku : Hitler Mati di Indonesia
Katagori : Umum / Tokoh / Sejarah
Ukuran : 14 X 21 cm
Penulis : Ir. KGPH Soeryo Goeritno, Msc
ISBN : 978-602-97263-0-5
Isi Buku : vi + 122 halaman
Penerbit : Titik media Publisher



Buku ini akan menjawab beberapa soalan yang belum terjawab, 
spt: Mengapa Hitler lari ke Indonesia? Mengapa Hitler akhirnya 
menjadi Muslim? Apa hubungan Hitler, Indonesia dan Yahudi? Apa
 yang dilakukan Hitler di Indonesia? Bagaimana hubungan Hitler 
dengan Sukarno? Dimana kubur Hitler di Indonesia? Bagaimana 
Hitler boleh berada di Indonesia? Apa kata Jerman, Rusia, Inggeris 
dan Israel? Siapa lagi yang mengetahui Hitler di Indonesia? 
Bagaimana Hitler menyembunyikan identitinya?” Buku yang 
akan menggemparkan dunia” (H.Oetoyo Oesman, SH- Mantan 
Menteri Kehakiman).

” Merinding saya membacanya” (Drs. J.B Soedarmanto 

Kadarisman- Mantan Dubes RI untuk Argentina dan Belanda).








Credit: hijabul crews

No comments:

Post a Comment