Thursday, 7 June 2012

Surat Rasulullah SAW Kepada Ketua Negara Di Zamannya

Berikut Surat-Surat Rasulullah SAW yang diutus dengan cop rasminya.

1. Surat Rasul, ketua Negara Islam untuk Heraclius: Dihyah bin Khalifah Al-Kalbi R.A. diutuskan kepada Qaisar (Maharaja Rom).
 
Terjemahan Melayu :-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Daripada Rasulullah kepada Hiraqal, Maharaja Rom,

 
Sejahteralah bagi orang yang mengikuti Al-Huda(petunjuk), amma ba`du,
Maka sesungguhnya aku menyeru engkau dengan seruan Islam,
Masuklah Islam nescaya engkau akan selamat dan Allah akan memberikan kepada engkau pahala sebanyak dua kali, maka jika engkau berpaling maka sesungguhnya ke atas engkau dosa kaum Al-Arisiyyin( kaum Nasrani ) dan :

 
"Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: 
"Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah. [ Surah Ali-Imran : 64 ]


2. Surat Rasul, ketua Negara Islam untuk Raja Kisra : `Abdullah bin Huzaafah As-Sahmi R.A. diutuskan kepada Kisra (Maharaja Parsi).
 

Terjemahan Melayu :-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Daripada Muhammad Rasulullah kepada Kisra Maharaja Parsi,
 

Sejahteralah kepada sesiapa yang mengikuti petunjuk dan beriman kepada Allah dan RasulNya dan menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang satu tidak ada sekutu bagiNya, 

dan bahawasanya Muhammad itu hambaNya dan RasulNya,dan aku menyeru engkau dengan seruan Allah sesungguhnya aku ialah Rasulullah kepada manusia keseluruhannya, agar aku memberi peringatan bagi sesiap yang hidup dan membenarkan perkataan ke atas orang-orang kafir, maka masuklah kamu ke dalam Islam nescaya engkau akan selamat, maka jika engkau enggan maka sesungguhnya ke atas engkau dosa majusi.


3. Surat Rasul, ketua Negara Islam untuk Muqaiqis : Utusan baginda kepada Muqaiqis Maharaja Qibti Mesir
 

Terjemahan Melayu :-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
daripada Muhammad hamba Allah dan RasulNya kepada Al-Muqauqis pembesar Al-Qibt(Mesir), sejahteralah bagi sesiapa yang mengikuti petunjuk, 


dan Amma ba`du, maka sesungguhnya aku menyerumu dengan seruan Allah dan agar kita tidak mempersekutukannya dengan sesuatu apa pun dan tidak menjadikan sebahagian kita dengan sebahagian lain sebagai tuhan-tuhan yang disembah melainkan Allah, 

maka jika kamu berpaling maka ke atasmu dosa Al-Qibti, dan wahai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. 

Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: 
"Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah. [ Surah Ali-Imran : 64 ])".


4. Surat Rasul, ketua Negara Islam untuk Najasyi : `Amru bin Umayyah Ad-Dhamri R.A diutuskan kepada Najasyi (Maharaja Habsyah).
 

Terjemahan Melayu :-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

 
Daripada Muhammad Rasulullah kepada An-Najasyi Maharaja Habsyah, sejahteralah bagi sesiapa yang mengikuti petunjuk, amma ba`du, maka sesungguhnya aku memuji kepadaMu Allah yang tiada Tuhan yang berhak disembah melainkanNya Dialah Al-Malik, Al-Quddus, As-Salaam, Al-Mukmin, Al-Muhaimin, 
  

Aku bersaksi bahawasanya `Isa bin Maryam ialah roh Allah dan KalimahNya yang diletakkannya kepada Maryam Al-Batul At-Taiyyibah 
 Al-Hasinah (yang terpelihara dari sebarang tuduhan) lalu dia mengandungkan `Isa daripada rohNya dan tiupanNya sebagaimana Dia menciptakan Adam dengan tanganNya, 

dan sesungguhnya aku menyerumu kepada Allah yang satu tiada Tuhan yang berhak disembah melainkanNya, dan agar saling berwala` atas ketaatan kepadaNya dan jika engkau mengikutiku dan beriman dengan apa yang telah datang kepadaku kerana sesungguhnya aku ialah Rasulullah dan aku menyerumu dan tentera-tenteramu kepada Allah `Azza wa Jalla, 

dan sesungguhnya aku telah sampaikan dan aku telah beri nasihat maka terimalah nasihatku, dan sejahteralah bagi sesiapa yang mengikuti petunjuk.-Kami Sokong Tok Guru

No comments:

Post a Comment