Friday, 15 January 2016

10 Tanda Anak Anda Hidap Autisme. Kenal Pasti Sebelum Terlambat!

Secara ringkasnya, Autisme boleh dilabelkan sebagai satu gangguan dimana kanak-kanak menghadapi kesukaran dalam berinteraksi dan komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berpusing.
Penyakit ini tidak dapat dikesan sebelum atau sewaktu anak anda baru dilahirkan. Anda boleh mula memerhatikan petanda-petandanya apabila umur sudah menjejak 12 bulan dan ke atas. Tetapi secara jujurnya, anak istimewa ini kelihatan sangat biasa seperti kanak-kanak lain di sekitar mereka.
Sebagai ibu bapa yang prihatin, anda harus peka terhadap tingkah laku si anak. Pengesanan di peringkat awal adalah penting supaya dapat membantu mereka untuk pulih. Jika lewat kelak akan memberi kesan langsung terhadap perkembangannya terutama dari segi mental.

10 TANDA ANAK ANDA HIDAP AUTISME

1. Sangat-sangat susah untuk memahami arahan apatah lagi melaksanakannya
2. Lebih gemar menyampaikan pesanan melalui isyarat tangan, bukannya lisan
3. Eye contact adalah sesuatu yang asing baginya. Mengelak bertentangan mata semasa bercakap
4. Menolak untuk disusui oleh ibunya
5. Tidak mengecam ibu bapanya. Di mata mereka, semua orang adalah sama
6. Sering terjaga pada tengah malam lantas menganggu sesiapa sahaja di sekitarnya
7. ‘Alergik’ dengan sentuhan. Berasa tidak selesa apabila orang lain menyentuhnya
8. Tidak menyukai permainan seperti kebiasaan kanak-kanak lain
9. Suka meluangkan masa bersendirian
10. Minat terhadap benda yang pelik seperti suis lampu, benda berpusing
Jangan panik sekiranya anak anda memiliki tanda-tanda di atas. Jumpa doktor pakar autisme untuk mengesahkannya dan dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang harus dilakukan.
baby-einstein450
Namun, jangan berasa sedih sekiranya anak anda memang disahkan autisme. Albert Einstein merupakan antara penghidap autisme di zaman kanak-kanaknya. Lambat bercakap, sukar berkomunikasi dengan orang lain. Tetapi lihat apa yang terjadi terhadapnya sewaktu membesar. Terlampau banyak sumbangannya terhadap perkembangan sains dunia. Isaac Newton pun menunjukkan simptom autisme sewaktu kecil 😉
Berurusan dengan anak autisme memang sangat memenatkan. Oleh itu, anda harus sentiasa bersabar dan melayan sahaja karenah mereka. Insyaallah banyak pahala anda kerana menjaga anak istimewa ini.

Credit: Timang Tingi-Tinggi, M Zanna, Ohsem Mamma

No comments:

Post a Comment